Hello dan selamat sejahtera pembaca Fiksyen Shasha semua.
Terima kasih pada Admin sekiranya cerita ini disiarkan.
Cerita ni jadi lebih kurang 8 atau 9 tahun lepas.
Tempatnya di bangunan milik sebuah bank tempatan yang terletak betul-betul di tengah-tengah bandaraya KL.
Aku bukan nak cerita pasal bangunan, tapi pasal apa yang jadi masa aku kerja kat situ.
Kisah ni pun bukan jadi direct dekat aku tapi dekat salah seorang jaga atau biasa kita panggil Guard. Kampeni aku ni adalah salah satu penyewa di tingkat 47, kongsi dengan dua lagi kampeni lain.
Alkisahnya, aku ada projek nak kena siapkan. Maka terpaksalah keje sampai malam. Aku tak sedar yang masa tu dah nak dekat pukul 10 malam, sampailah terdengar pintu kaca pejabat diketuk oleh seorang Guard Nepal (kita namakan Guard A). Nasib baik Guard A tu datang check setiap tingkat, sebabnya diaorang akan kunci pintu kayu tingkat dan wing pejabat yang tak beroperasi 24 jam.
Lepas ucap terima kasih kat Guard A tu lebih kurang, dia pun pegi sambung round. Aku pun kemas-kemas barang nak balik. Atas faktor keselamatan dan memudahkan kerja pemantauan orang yang keluar masuk bangunan, lif ke zon tinggi cuma sebuah je yang beroperasi lepas jam 8 malam.
Jadi aku pun kena la tunggu lif tu naik. Masa tunggu lif kat lobi dan dalam lif, takde pulak rasa apa-apa yang pelik (syukur). Sampai kat lobi bawah aku kena isi buku log dekat meja Guard sebelum keluar.
Habis je aku sain buku log tu tiba-tiba seorang lagi Guard Nepal ni, muda orangnya tahan aku. Kita namakan dia Guard B.
Guard B: Madam, mana you punya kawan?
Aku: Kawan?
Guard B: Yes, Madam. Tadi you punya kawan from level 47.
Aku: Saya satu orang jugak dari level 47. Tara lain orang.
Guard B tu buat muka pelik tengok aku. Lepas tu datang Guard A dan diaorang bercakap dalam bahasa Nepal. Memang la aku tak faham, tapi dari gaya diaorang bercakap, Guard A confirmkan yang aku memang sorang-sorang dari atas tadi.
Tapi Guard B ni dia tak puas hati. Dia suruh aku tunggu dan dia masuk ke control room (bilik yang banyak TV, boleh tengok CCTV tu) sebelah tepi lobi.
Guard B tu keluar dari control room dan dia tanya lagi “why you punya kawan not come down, Madam?”. Aku dan Guard A pun pelik, jadi kitaorang masuk dalam control room jugak tengok CCTV (aku boleh masuk sebab Guard A suruh masuk control room).
Dekat skrin TV tu memang nampak jelas seorang perempuan berdiri depan lif yang aku turun tadi. Walaupun skrin tu hitam putih, tapi gambar dia memang jelas. Perempuan tu rambut panjang lepas bahu, kurus dan pakai gaun putih. Muka dia tak nampak (nasib baik).
Masa tu aku dah rasa meremang, tapi aku maintain cool.
Guard B: Madam, you see. You punya kawan still up (sambil tunjuk tangan ke atas).
Aku: You don’t disturb her. Biar je dia kat situ. Itu bukan saya punya kawan.
Guard B muka tak puas hati lagi.
Masa ni Guard A dah start bebel kat dia. Sekali lagi, walaupun aku tak paham bahasa Nepal, aku boleh agak dia suruh abaikan “kawan” kat tingkat 47 tu. Tapi Guard B ni boleh tahan dia punya degil. Dia terus ambik cota dan masuk lif naik ke atas.
Aku masa tu dah malas nak layan, dah lewat badan pun dah penat. Ingat nak balik je, jadi aku mintak Guard A teman sampai kereta.
Esoknya, aku masuk pejabat tengahari (sebab kena kena pegi event pagi tu). Elok sampai je lobi terus nampak Guard A. Aku pun angkat tangan dan tegur dia. Guard A bagitau lepas aku balik semalam, Guard B kena kacau dengan “kawan”.
Lepas dia sampai je tingkat pejabat aku tu, dia start cari-cari dan panggil-panggil suruh siapa yang ada kat situ keluar munculkan diri. Guard A dan guard lain semua tengok je dia kat CCTV. Tiba-tiba nampak dia menjerit dan hayun-hayun kayu cota. Masa ni Guard A dan dua orang lagi terus naik lif nak pegi tolong Guard B. Bila diaorang sampai, Guard B ni mulut dah berbuih pengsan.
Sejak dari hari tu, Guard B dah tak kerja kat bangunan tu dah. Guard A kata dia mintak tukar keje bangunan lain. Aku kerja kat situ selama 4 tahun lagi lepas kejadian tu, tapi syukur la tak pernah jadi apa-apa.
Dua bulan lepas kot, aku ada urusan bank sikit. Guard A ada lagi kerja situ. Sembang la jugak dengan dia. Dia cakap “kawan” ada je kadang-kadang masuk CCTV.
Aku harap perkongsian aku ni boleh la dijadikan iktibar kalau kena kerja lewat. Sentiasa jaga keselamatan diri dan ikut lah cakap Guard. Diaorang suruh balik, silalah balik. Sekian.
Seram jgk cite auntie ni..best
Terima kasih, dik. Nasib tak jadi apa-apa kat Auntie malam tu.
huhu
Bangunan bank aper yer? AmBank ker? Ker Maybank…
Bior le rahsia, dik 🙂
Nasib la writer xsedar kehadiran dia. Dlm lif berdua,seram oii.. Level 47 lak tu. Sempat pengsan n sedar blik.. 😅
Itu le yang Auntie bersyukur sangat tu @Tin milo. Mau berbuih mulut kalau kena kat tinglat 47 tu.
Saya ada cerita.Kalau kalian sudi sila komen.
Cerita Saya pergi ke alam bunian
Namaku lily (nama panggilan).Saya memang suka pergi ke hutan mencari bunga.
Pada suatu hari,semasa pergi ke hutan untuk mencari bunga.Tiba-tiba saya rasa pelik kenapa jalan ni tiada bunga.Saya mula-mula ternampak seorang lelaki yang hensem.Lelaki tu pergi ke arah saya.Saya rasa dia suka kat saya.Lelaki itu pegang tangan saya dan bawa saya ke taman bunga.Saya sangat suka lelaki itu.Saya cuba tanya dia”Awak kenapa pegang tangan saya”.”Saya suka awak selama 50 tahun saya tidak pernah nampak perempuan lain”.Saya terkejut kerana dia kata 50 tahun dia tak nampak perempuan lain tapi dia masih muda saya cuba beritahu lagi.”Awak orang apa?.”Saya orang bunian”.”Maaf orang bunian tak boleh bersama dengan saya saya bukan orang bunian”.Saya sangat sedih dan saya kata lagi.”Kalau awak suka saya tolong lah lepaskan saya saya akan rindu awak lagi”.Dia pun lepas kan saya.Saya cari jalan keluar last-last pulang pun kerumah dan mak saya kata sebulan saya tak balik saya pun terkejut.
Inilah cerita saya.
wow!!!! sangtt citer awak nie.. sila sambung g ye citer awak ni🤢🤢🤢😨
Nasib baik security Nepalese namanya sampai huruf B je..kalau tak, tahan makan sumpah la penulis.
Tak kuasa Auntie nak bagi nama penih diaorang 😛
Hahahahha
saya pun ada citer.. Pada mlm jumaat lepas sekitar jam 8 mlm, mata saya terasa ngantuk sangat bukan mcm kebiasaannya (selalu jam 11 bru saya masuk tdo)
Terus saya baring hendak melayan mngantuk yg dahsyat tu.. Tak sampai seminit kot, saya pun dibuai mimpi..
Dalam mimpi, yang sungguh hairannya, saya langsung tak rasa mngantok sedikitpun dan terus saya mbangunkan diri sendiri..
Setelah beberapa minit bangun tu, terasa dahaga pula dan teruslah saya kedapur minum air sejuk untuk melayan kehausan yg dahsat ni..
Selepas minum tu; tiba tiba saya terasa mngantok semula dan terus mnyambung tdur..
Dalam tidur tu saya minum dan selepas minum saya bangun dan selepas tu mngantuk semula dan itu perkara yang berlaku ulang tayang..
sekian..
bangunan besar
jambatan
atau mana2 project mega akan diletakan penunggu oleh kontractor supaya kukuh.
ini kepercayaan org dulu.
jadi x hairan lah,.
kontractor sanggup buang duit semata2 nk kan kepala manusia
kepala tu akan di konkrik dalam tiang asas kebiasaanya. dilakukan oleh tanpa ada pekerja lain y tahu cuma2 org2 y tokey percaya je.
Dah baca novel asrama 1 dgn asrama 2 la niyh??
@Ieno mmg betul tu. sampai sekarang masih ada juga yang mengamalkan kepercayaan mcmtu. tapi yang kesiannya, pihak yang jadi mangsa korban..
Seramnya sy baca.. meremang.. huhuhu.. jangankan tingkat 47.. member opis sy kat tingat 3 tu pun boleh dengar perempuan menangis setiap kali hujan lebat mendayu-dayu.. sy tingkat 1..
Cu, pertama sekali nek nak pesan, terutama sekali cucu nenek yg perempuan, jgn la balik lewat2 mlm tanpa berteman.. Selain dr takut kn gangguan “kawan” tu, keselamatan diri pon penting jugak.. Sana tu semua nepal cu, lelaki.. Risau takut di apa2 kan oleh “kawan hitam” plak.. 🤦♀️.. Selain “kawan ghaib”, kawan “nyata” pon bahaya jugak cu.. Nenek tak sempat nak cover seluruh malaysia.. kalau tak, nenek da terbang dgn penyapu ke tempat cu..
Nenek ni betul ke nenek???? Scary pulak sy,,ada ke nenek main fb???
Hehe.. Nek ni nenek up to date.. Ingt org tua xpndai teknologi ke.. Nek celik it ok! Hehehe.. Jgn scary sgt, nnt nek masuk dalam mimpi kamu baru tauuu..
Nenet.
Dulu cucu sorang yg selalu kerja tak ingat matahari.
Pernah balik kerja pukul 10 mlm. ada yg 12 tgh mlm.
Antu pun takut nak ganggu Cucu yang garang ya amat ni.
Tapi one day, Cu kena ganggu. sejak dari tu Cu dah tobat.
Cu dah ingat laki dgn anak kat rumah.
Sekarang Cu dah kerja dgn sykt lain. Cu balik on time. Siap boleh layan tenet lagi sebab tak bizi. 🙂
Bagus laa cu… Keje takkan penah habis cu.. Isnin ada keje, selasa ada kje, rabu byk keje, Ulang2 sampai abg jamil mampossss…hahahahha
Guard nepal tu msti x percaya kt malaysia ada hantu kan.. dia ingat bila dh dok jauh dari negara asal, xkan jumpa hantu dah.. padan muka dia.. degil.. xnak dgr ckp org lagi… 😂😂
Uiisshhh seram tuuuu tingkat 47…
Klu jd pae, jenuh wooo nk smpi bwh tuuu…
Mujur KAWAN dok depan lift jer…
Buatnye die join msk lift skali, mau pakat2 berbuih semua…
Huhuhuhuuu…
Sy dduk level bwh,slalu dgr bunyi tapak kasut dri level 2,yg pliknya msa tu opis kosong,xda org…..
5 DAYS? NO UPDATE? MAIGOSH
Lamanya tak update
kan… boring ni nk membaca.. hehee
nasib baik time duk buat keje sorg2 tu tak kene ganggu…best2…
Tertunggu cerita baru
Mane citer baru min2?
nepal tu ok. ada rasa tanggungjawab. dia berani cek sendiri utk pastikan everything shoud be okay. cuma dia malang sikit, walaupun berani, tapi dadanya “kosong”…