#Manggis

Assalamualaikum semua.

Nama aku Ameelya.

Generally, aku nak share sikit about my life story which is related to “makhluk halus” i think.
Alhamdulillah aku tak pernah nampak lagi “makhluk” tu, tapi aku yakin “makhluk” tu memang ada.

This thing happened 2 years ago masa aku study in year 2 dekat satu UA di Melaka.
Masa tu aku still duduk dekat hostel (apartment 4 tingkat) and aku duduk tingkat paling atas sekali which is tingkat 4.

Actually, every weekend aku rajin juga balik rumah (Johor) untuk jumpa family aku.
Tapi ada satu minggu ni, tiba-tiba ibu aku dengan adik aku yang kecil (khalishah nama dia) datang Melaka.
Katanya saja jalan-jalan. So aku pun okay ja. Spent time together. Makan. Lepak. Shopping.
Diam tak diam dah malam rupanya. Then aku decide untuk ajak ibu dengan adik aku tidur dekat hostel aku ja.
Kesian pula kalau ibu kena drive sorang malam-malam kan.
Aku tahu tak boleh bawa orang luar masuk hostel.Tapi aku pakat-pakat juga dengan housemate aku and diorang okay ja.
So that night ibu dengan khalishah tidur dekat hostel aku.

Malam berlalu.

Esoknya sebelum balik, ibu cakap.
“Kakak, malam tadi ibu rasa ada benda lah”
“Benda apa bu?”
“Adalah, nanti balik ibu cerita. Apapun ajak housemate semua, buat bacaan Yaasin setiap minggu.
Bukan apa, untuk jadi pendinding pada diri kita ja.”
“Iyalah. okay ibu.”

Ibu aku ni bukannya ada capability untuk tengok “benda” tu, tapi dia jenis yang boleh rasa if ada yang tak kena.
Ibu cakap, bila kita tengah belajar sometimes kita akan leka. Terlupa untuk jaga batas-batasnya.
“Benda” tu memang suka keadaan macam tu.Lagi-lagi perempuan.
Dekat hostel aku, pukul 2 3 pagi tu normal kalau dengar orang tengah gelak-gelak.
Yang ketawa mengilai pun banyak. Kadang aku pelik juga, tapi aku diamkan ja.

Okay.
Nak dijadikan cerita, one day ni aku beli seekor sugie. Atau nama lainnya, sugar glider. Aku bagi nama Manggis.

Yes, memang tak boleh bela binatang peliharaan dalam hostel.
Tapi aku bela juga.Aku belikan dia sangkar, buai and mainan semua so that masa aku pergi class, dia selamat dalam rumah dia.

Rutin Manggis siang dia tidur, malam dia main.
Makan pun senang.Bagi ja buah yang manis-manis, dia akan duduk diam makan.
Memang mudah nak jaga dia.
Kalau aku busy atau balik lambat, housemate aku akan tengokkan Manggis and kasi dia makan.
Almost 3 4 bulan aku bela dia, nothing happened till one night ni.

Jam masa tu dah pukul 11 and Manggis pun dah tidur.
Normally aku memang akan pastikan Manggis tidur dulu then baru aku masuk bilik.
Bukan apa, housemate aku yang lain ni memang rajin nak menggomol Manggis.
Kadang sampai lemas dikerjakan.
Kesian dia. Tapi aku okay ja, at least nampak yang diorang pun sayangkan Manggis.
Right after Manggis tidur, aku pun masuk bilik, nak tidur.
Masa tu roomate aku (Kak Su) dekat ruang tamu lagi.
Berbual dengan housemate yang lain. So aku decide untuk tutup pintu bilik sikit.
Sebabnya aku agak takut juga bila tidur sorang dalam keadaan bilik yang gelap.

Entah pukul berapa aku tertidur pun aku tak tahu.
Aku ada terjaga.
Aku nampak Kak Su dah tidur tapi tidur dekat atas lantai.
Dalam keadaan mamai, aku tanya Kak Su kenapa tidur dekat lantai?
Dia kata panas nak tidur atas katil, lagi sedap tidur atas lantai.
So aku pun iya kan ja. Aku sambung tidur semula.
Pintu bilik kitorang memang Kak Su tak tutup rapat.
Saja nak kasi lampu dari luar masuk.

Again, aku terjaga lagi.
Jam masa tu aku tengok dah pukul 4 pagi.
Jenis aku, kalau dengar apa-apa bunyi masa tidur, aku memang mudah terjaga.
And this time aku terjaga sebab dengar bunyi bising dari luar bilik aku.
Aku bangun, duduk atas katil.Aku pandang Kak Su.
Aku perasan Kak Su pun terjaga, tapi Kak Su tak bangun. Sekadar memerhatikan aku.

Bunyi bising yang aku dengar tu umpama bunyi suara binatang tengah bergaduh.
Macam kucing bergaduh, macam tu lah.Tapi ni bunyi macam suara tupai. Nyaring.
Aku masa tu fikir, maybe Manggis lah ni yang main. Buat bising pagi-pagi macam ni.
Aku pun tak fikir panjang, terus bangun keluar pergi dekat sangkar manggis.
Aku letak sangkar dia sebelah meja belajar aku.
Once aku menapak keluar dari pintu bilik, suara tu ghaib.Aku tak dengar apa-apa. Senyap sunyi.

Aku tak fikir apa-apa lagi masa tu.
Aku jalan pergi sangkar Manggis, aku tengok elok ja dia tidur dalam beg dia.
Aku gegar sikit sangkar dia, still dia tidur.
Aku duduk kejap. Fikir.
That time, tiba-tiba aku dengar bunyi guli berguling dari atas.
Nak diikutkan, tak logik pun rumah atas sekali ada dengar orang main guli ke apa.
Lagi masa macam tu.

Aku bangun. Jalan masuk bilik.
Tutup pintu.
Baring. Tiba-tiba Kak Su tanya. “Bunyi apa tu mi?”.
Aku cakap entah.
“Tiba-tiba ja hilang masa emmy keluar tadi.”
“Akak dengar juga ke apa yang emmy dengar?”
“Dengar. Tapi emmy dah keluar dulu, akak tak sempat nak cakap apa-apa.”
Aku terus diam and tidur.

Esoknya aku tanya housemate yang lain ada dengar apa-apa tak semalam.
Diorang cakap tak ada.
Means aku dengan Kak Su ja yang dengar.
Aku tersenyum.
Dalam hati aku, betul apa yang ibu cakap.
Aku share juga cerita ni dengan housemate yang lain.
Rupanya diorang pun ada juga dengar kerusi ditarik, guli berguling and banyak lagi.

After jadi benda macam ni, aku pun tak tahu kenapa telinga aku ni sangat peka dengan bunyi yang aneh-aneh.
Especially waktu pagi. Waktu semua orang tengah sedap tidur.
Selalu ja terjaga sebab dengar bunyi guli, kerusi kena tarik. Tapi aku diamkan ja.
Bagi aku, selagi kita tak kacau “dia”, mesti dia takkan kacau kita.

Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Fazreeha Ameelya Fadzil
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

23 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.