Mata Ghaib Edisi Misteri

Hi, aku cuma nak kongsi dan bertanya pendapat. Bukanlah sengaja untuk membuat sesiapa tersinggung atau sebaliknya, aku ada satu kisah hidup aku. Kat sini aku rasa nak jadikan satu medium berkongsi dan bertanya.

————————-

“Setiap kali pergi rumah makcik ke rumah tok ke rumah sesiapalah, kamu kena jaga adab jangan ambil barang yang ada dekat situ. Faham!”

Aku angguk. Aku ingat lagi ibu pesan benda tu dulu dengan aku. Setiap kali nak ziarah keluarga kat kampung je mesti ada pesan benda pelik-pelik macam tu. Dari kecil sampai besar, benda sama je yang aku dengar.

Baiklah dah besar macam ni aku faham dah apa yang ibu cakap, Aku takkan usik dan tak akan ambil apa-apa yang ada dekat situ. Apa yang aku jumpa atau apa yang aku nampak. Semua jangan ambil peduli.

Tapi kali ni beza sikit aku pelik, pelik yang melampau dah ni rasa. Kalau dulu waktu ibu ada, kuat sikit aku rasa tapi kalini dah macam biasa. Tak hiraukan langsung.

Aku pernah bermimpi, tapi mimpi yang benda mengarut. Mengarut macam tak boleh nak percaya langsung.

“Aku pernah kata dengan makcik kau, tapi makcik kau lupa nak ambil, aku rasa elok kau pergi tengok.”

Makwa suruh aku tengok sesuatu? Dia jiran kampung makcik aku. Dia dah tua sangat dalam umur lingkungan 98 tahun. Masih gagah kuat, dia akan ambil upah buat ikan kering. Sepupu aku rajin juga jual ikan kat dia.

Makwa ni seorang perempuan tua bongkok yang hidup sorang kat rumah tu. Rumah tu pulak usang. Macam dah tak berpenghuni. Kalau lalu depan rumah dia malam-malam memang meremang bulu roma. Sebab rumah dia banyak kain buruk tersangkuk atas penyidai, bawah rumah. Aku pon tak tahulah mungkin dah tua sangat tak larat nak kemaskan semua yang ada.

Kalau waktu malam aku tak pernah lalu depan rumah dia sorang sorang mesti berteman. Sepupu aku selalu teman aku. Kalau balik dari 7E je memang dia lah kawan sejati waktu malam.

Bila lalu depan rumah dia macam seram sejuk, meremang bulu roma. Rasa macam ada orang yang usik tengkuk aku usap slow slow sampai bulu roma terangkat dia punya seram tu.

Depan rumah makwa pulak ada sebatang sungai. Sungai besar, tapi tak selalu orang pergi mancing atau apa-apa. Mungkin sebab dalam dan tak da ikan. Tapi entahlah, mungkin masa aku duduk sana je tak nampak orang mancing.

Makwa ni tabiat dia lain macam sikit, waktu malam mesti dia jalan sorang sorang. Aku pernah nampak sekali dia jalan sampai ke simpang 3 keluar dari kampung kemudian patah balik ke rumah. Fuh apa benda tah Makwa ni. Gila ke apa?

Dahlah lorong tepi jalan simpang tu ada kubur orabg dulu dulu dalam 4 buah macam tu. Tapi ni semua makcik aku cerita. Semua kubur yang ada tu semua ada cerita tersendiri. Pakcik aku pernah kena ganggu. Tapi tak lama lepastu elok balik sebab semuanya dah dihalang.

Tapi, pasal Makwa ni aku tak pernah tahu semua pasal dia. Yang aku tahu aku tak pernah masuk rumah dia. Walau dia suruh aku masuk minum air, ziarah menziarah memang tak pernah aku terjebak. Yalah manalah tahu dia bela saka ke sampai aku sesat dalam rumah dia. Habis badan aku birat-birat kena makan dengan setan jin tu semua.

Kalini pelik, jarang aku jumpa dia tapi selalu masuk dalam mimpi aku. Sebenarnya sebelum aku pergi ke sungai tu pun, malam tu aku ada mimpi yang sama pasal Makwa. Pelik.

Cuma benda benda pelik yang berkaitan je yang aku ingat lepas kejadian aku pergi sungai tu. Apa-apa yang ada dekat dengan aku, semua aku tak ingat. Kecuali orang yang hadir secara sengaja dan tak sengaja dalam hal aneh-aneh ni selalu bermain dalam kepala aku.

Aku tak pernah nampak makwa sebelum ni. Tapi lepas aku duduk rumah makcik aku. Aku teringat yang aku pernah junpa dia dalam mimpi aku.

Makwa suruh aku ambil sesuatu. Dia pesan makcik aku tinggal sesuatu.

“Kamu pergi belakang rumah Wa, ada kunci atas papan bawah pokok kekabu tu. Pergi ambil.”

Apa makwa ni suruh? Kunci apa yang dia cakap? Kunci rumah ke kunci apa? Dah dua kali aku mimpi benda yang sama. Tapi aku takut, takut bila fikirkan benda tu.

Tapi, kalau aku pergi tengok apa yang ada, apa akan jadi kat aku lepastu? Memang masa ni aku tak boleh senang duduk langsung. Rasa berpeluh, sejuk, meremang. Macam ada satu benda yang tiup badan aku jadi sejuk lain macam.

“Uja, pokok kekabu tu ada budak pernah kena kacau. Kau jangan cuba pergi.”

Ha tulah pesan makcik aku dulu. Banyak kali pesan mungkin dia takut aku jadi apa-apa lagi lagi aku yang sekarang ni tengah tak sihat dan banyak masalah.

Takut terbawa sampai mudarat diri lah agaknya. Dalam keadaan macam tu aku angguk je apa yang makcik aku cakap. Jadi aku endah tak endah lah apa yang dia cuba sampaikan.

Cumanya, bila aku pikir balik. Makwa suruh aku pergi satu tempat ni. Ya, pokok kekabu yang dia cakap tulah. Yang sama dengan makcik aku larang tu.

Jadi macam seribu tanda tanya. Kalau aku ikut kata makwa apa aku jadi? Tapi kalau aku dengar kata makcik aku, aku mungkin tak akan buat masalah. Dua-dua benda yang aku fikir semuanya betul.

Entahlah. Masa aku termenung kat dalam bilik rumah makcik aku. Aku sengaja bangun bukak tingkap. Slow slow bukak kunci pada tingkap.

Cret!

Arh! Fuh terkejut beruk aku. Aku nampak muka sama macam Makwa, dia pegang tongkat bongkok baju lusuh sedang berjalan belakang bilik aku dekat dengan pokok buluh.

Muka dia pucat sangat-sangat. Pandang muka aku sekilas je. Aku terkejut. Berderau d***h aku. Dalam duduk diam fikirkan Makwa tadi, tiba-tiba dia muncul depan mata aku.

Gila! Memang terkejut masa ni. Aku istghfar. Aku sebut nama Allah banyak kali.

“Tak sengaja kot. Aku rasa perasaan aku je.”

Kemudian aku bukak balik tingkap tengok dia ada lagi ke tak. Perlahan-lahan je aku bukak. Satu, dua, tiga.

Arghhh!

Muka Makwa betul-betul depan muka aku. Aku nampak sebiji muka dia lagi seinci hidung dia kena hidung aku. Pucat terus muka aku.

Tangan aku cuba tepis muka dia. Banyak kali. Lepastu dia macam hilang. Hilang tiba-tiba. Tapi tongkat yang lusuh macam kayu batang mop tu jatuh belakang bilik aku. Sebiji macam dia punya tapi takkan betul dia aku nampak tadi. Atau tu cuma jelmaan yang suka ganggu aku?

“Ni tak boleh jadi ni.”

Aku terus lari keluar dari bilik. Tingkap bilik tadi aku tak sempat tutup. Aku terus keluar rumah. Aku ajak sepupu aku keluar sama. Makcik aku tengok aku pelik je. Lantaklah. Aku keluar aku pergi depan rumah Makwa.

Aku nampak tongkat dia selalu pakai tersandar sebelah pintu dekat dengan tempayan.

“Kau kenapa?”

Sepupu aku tanya. Aku jingkit bahu.

“Takda apa. Cuma pelik. Kayu nampak sama.”

Aku tunjuk. Betul-betul tepat jari aku hala ke tongkat tu.

“Uja!”

Suara Makwa. Aik. Terkejut aku dia berdiri sebelah pokok pisang yang dia tanam belah kiri rumah dia. Sepupu aku pon terkejut sama. Naik turun nafas dia masa ni. Nampak dada dia pam kempis.

Tak lama lepastu aku tengok balik tongkat yang ada. Hilang? Aku toleh Makwa. Aik ada kat tangan dia. Makwa ni jelmaan ke apa? Lain macam aku tengok.

“Balik, dah senja dah ni. Nak gelap dah langit ni.”

Aku angguk. Masa sama aku senyum. Aku dengan sepupu terus beredar dari situ. Lari lingtang pukang. Macam kena kejar hantu.

‘Apa sebenarnya Makwa ni eh.’

Benda ni selalu main dalam kepala aku. Dalam hati aku nak sangat pergi dekat Makwa tu suruh. Nak ambil kunci yang dia cakapkan tu nak bawa pada makcik aku. Nak tanya sendiri apa dia kunci tu sebenarnya pada makcik aku tu.

Benda ni macam menarik jugak. Tapi, aku takut jelmaan setan je yang jadi nanti. Pegang pegang terus bertukar jadi setan berbulu, badan besar botak bertanduk yang macam aku nampak masa balik dari sungai tu.

Ah ngeri. Seriau bakhang. Tapi lama lepastu aku pergi jugak ambil kunci tu. Buat-buat tak tahu je berjalan kat tempat Makwa cakap tu sorang-sorang. Masa sama aku bawa kapak sekali takut ada benda yang jahat menunggu boleh stanby.

Memang tragis apa yang jadi masa tu. Kalau korang nak tengok tubuh makwa yang sebenar nanti aku share kat FB page aku UJA HAMZA. Muka makwa yang pucat, tak berseri, bongkok bertongkat. Berbaju lusuh kurung kedah. Nanti aku share sekali gambar rumah dia. Seram wo. Macam ada jin duduk dekat situ.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Uja Hamza

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.