MATA SIAPA

KISAH BONDA (MATA SIAPA)

Assalamu’alaikum kepada semua pembaca & krew FS.. Salam kita jaga kita.. Kisah bonda kali ni ada lah kisah misteri mata siapa.. Semoga terhibur.

Pada 2018, kisah ni berlaku. Masa tu Bonda tengah mengandung anak ke 4. Lagi [email protected] minggu nak bersalin.  Bonda ni mmg dri muda kaki berjalan, merata rata negeri sampaikan dh jadi bini dan mengandung pon masih tak boleh di buang hobi tu😅. Dapat suami pon sporting layan kan je.. Yela, bukan mintak benda lain kan..

Masa tu Bonda cakap pda suami tak pernah lagi pergi TERENGGANU, jom pergi jalan jalan sana.. Suami Bonda pon mengeluarkan idea bernas dengan mengatakan dia ada mak saudara tinggal di Terengganu, tak jauh pon sebelah kelantan jew katanye dengan semangat.. (lebih sudu dari kuah. 😂. Bonda yang teringin, suami pulak yang beria ria). Suami Bonda yang packing semua barang sendiri, bonda & anak anak..

Pada hari yang ditetapkan, bonda pun pergi la dengan hati yang gembira tanpa pikir keadaan yang menunggu masa. Bonda tak risau sebab Bonda ni jenis spesis mahluk yang tahu masa nak bersalin.. Misalnya macam nak bersalin esok, bonda dah terasa @ terdetik dalam hati malam tu, time tu tak di tanda tanda lagi ye.. Terus Bonda tak bagi suami pergi kerja dan suru duduk je dalam rumah. Bonda akan berjalan kehulu hilir sampai tanda tu ada.. Terus pergi hospital tak bnyk cakap.. Suami pon dah hafal spesis Bonda ni. 🤣🤣🤣🤣. Unik katanya..

Sebelum pg ke Terengganu, suami Bonda singgah d kelantan untuk ambil Mertua Bonda & adik beradiknya. Yela la, pergi ramai ramai seronok, bukan selalu melawat.

Sampai ke destinasi yang dituju, bonda lihat kawasan rumah sunyi dengan hutan.. Sebelah ada rumah tpii kosong dan usang serta dipenuhi pokok buahan yang merimbun sprti terbiar. Dihadapan ada kawasan lapang, Dan jalan baru dibina. Selainya hutan ye.. Belakang pon hutan dan kebun mak sedara.. Boleh bayangkan tak..

Mak sedara suami ni Bonda panggil Mek N la ye.. Mak Mertua Bonda panggil Mek H. Ingat jangan lupa, kang confius. Hari pertama, okey.. Seronok anak anak main dengan sepupu.. Hujan lebat pula tu.. Hari kedua pon sama masih selamat.. Hari ketiga jdi cerita ni.. Singkat kan tak payah sebut hari ketiga.

Hari ni, dengan pagi yang indah, suasanan yang damai, bangun semayang subuh, tapi kena beratur dulu la nak masuk bilik air😂. Air sejuk pulak macam ais batu..  lepas selesai semua duduk lunjur lunjur kaki kat berenda rumah, bonda pandang sana sini  pantau kawasan sambil tu cakap sendiri. Cam ne mek N dok sengsorang.. Tak serem ke.. Hati Bonda tetiba macam dsuruh pandang rumah kosong sebelah.. Nampak kelibat orang kat kawasan rumah tu.. Dalam lindungan pokok pokok Bonda pasti baju putih.. Okey Bonda diam. Sebab pikir mungkin tuan dia datang nak ambik buah.. Tetiba suami Bonda datang tanye, ape buat sorg kat depan ni? pergi belakang kat kebun dengan abah semua. Jangan dok sorang sorang abah tak nmpk sayang susah hati. (bagi yg baru mengenal Bonda, panggilan suami Bonda abah sebab tak anak ikut panggil ayang.. Mcm Bonda,  dah besar panjang anak masih panggil Bonda “yang”). 😅.

Bonda pon tanye suami Bonda, selalu ke org sebelah balik amik buah, banyak buah dia busuk, abah gi la mintak beli.. Anak anak makan.. Terus suami Bonda jawap nanti tanye mek N. Sampai kat mek N, suami tanya dan mek N pandang Bonda suruh masuk umah. Yang Bonda ni ingat mek N marah ke kat Bonda.. Malam tu lepas semayang isyak, semua siap susun cadar nak tdo kat ruang tamu semua sb bilik 1 je, itu pon dijadikan bilik pakai baju je.

Bonda baru perasan, selain lantai papan yg renggang renggang, semua bahagian jari boleh masuk tau, papan bahagian dekat dengan bumbung ada yg tiada papan, lapang dan nampak terus luar rumah yang gulap gulita. Posisi Bonda hadapan lubang tu kira 6 orang baru Bonda.. Bonda ni tidur tengah dikelilingi semua adik beradik ipar, anak anak dan anak sedara, Mek H & mek N, suami.. Bonda sorang je tdo pakai tilam. Spesial sikit.. Hahaha. Yang lain lapik cadar je.. Dengan bongkak dan riaknya Bonda ni.. 😅. Tdo lena Bonda, tapi tetiba mek H, suluh Bonda dengan hp dia, bonda pon Tanya kenapa mek? Mek H jwp takde ape, tdo la, Mek saja tengok selesa ke tdo, elok ke.. Bonda pon okey dan tdo balik.. Tp mek H, masih suluh lampu ke Bonda dlm stengah jam.. Lama tu.. Baru dia padam kan dan tdo..

Esok pgi nak balik ke kelantan, tengah besiap, Mek N datang tengok Bonda.. Dok belek belek Bonda, terus dia kata, takde ape.. Dah, elok elok balik, nanti ada masa datang sini jenguk mek N lagi ye.. Bonda angguk salam cium sedekah sikit duit dan balik.

Sampai rumah mak Mertua Bonda d kelantan, anak Bonda yg sulung terus tanye, “Yang, malam tdi Abg W nmpk mata la kat lubang besar tu, tengok Abg, mata merah besar”, anak Bonda sulung ni tdo sebelah Bonda, salah seorg dari 6 org. Bonda pon jwp mata ape? Kelawar kot.. Terus anak Bonda bangkang, katanye lgi” mata org la yang”, “Abg kenal”… Okey Bonda kata.. Dah jgn layan.. Nanti takut.. Terus anak Bonda pergi tengok TV. Masa tu Bonda dalam bilik, tengah kemas baju nak balik esok ke Selangor.

Bila Bonda nak kuar ke ruang tamu, bonda dengar ipar dan mek H sembang rancak, bila Bonda sampai diorg diam.. Bonda tanye la, kenapa diam.. Ada citer per.. Dengan muka serba salah diorg cerita.. Begini kisahnya… Malam kelmarin, ada 3-4 org perasan ada biji mata kat lubang atas pintu.. Termasuk Mek H, sebab masa tu diorg baring ngadap pintu. Mata tu besar merah, macam mata kucing tengah tenung mangsa. (perak panggil menyerlang betul ke ejaan ni🤦‍♀️). Diorg perasan mata tu tenung Bonda.. Terus ada yang batuk tetiba, main hp, bersembang bagai.. 🤣🤣🤣.

Kononya nak bgi tahu ada yang masih berjaga tak tido.. Mmg betul, terus mata tu hilang.. Lepas mata tu hilang, Mek H, dengar bunyi cam mengorek kat tingkap bahagian kaki Bonda.. Tu yang dia suluh.. Terus senyap bila dia suluh.. Nak puas kan hati dia, suluh lama lama ke Bonda nak bagi benda tu tahu ada org jaga Bonda.. Terus Bonda diam.. Mek H pon cakap dengan mek N pasal malam tu, Dan mek N terus cek Bonda.. Takut ape ape.. Alhamdullilah okey..

Rumah sebelah tu pulak rupenya rumah tinggal dah bertahun tahun mana ada org.. Jadi siapa yag Bonda nampak.. Sampai sekarang tak tahu misteri ni.. Mata siapa.. Benar la pesan orang tua tua, mama Bonda pon selalu pesan, kalau arwah mak mama ada, moyang kamu ada, kna dah.. Orang mengandung, bersalin, pantang, bayi diorg ni ramai suka.. Kemana pergi mesti ada paku @ benda tajam disisi.. Suami jangan pnah tinggal lama lama.. [email protected] jangan bagi menangis malam malam, maghrib, sebab benda halus ni jauh dah boleh dengar.. Bau Ppuan mengandung, pantang, bersalin ni jauh dah boleh hidu, sama jugak bayi dlm pantang, Wangi diaorg tu macam macam benda tarik perhatian.. Tu sebab jangan pnah tinggal bayi dan ibu dalam pantang sendiri..

Macam sekarang.. Baby tido, ibu dah tinggalkan bersendiri dalam bilik.. Ibu gi sana sini.. Dengantak dibedung.. Kalau Bonda bh kena fire🔥🔥. Arwah Nenek Bonda cakap.. Bayi baru lahir ni bau syurga.. Sape teringin nak cium bau syurga, ha, cium la diorg.. Bukan cium yag dah pakai Bedak losyen ye.. Hahaha.. Peluh diorg tu, bau badan..  Betul ke idak tak tahu..

Tapi diorang makan garam dan hidup dulu dri kita sblum ada kemajuan.. Dalam hutan belantara diorang tinggal jauh berbatu dri jiran.. Kemungkinan ada betul kan.. Kita tepuk dada tanya diri.. Okey la semua, sampai sini kisah bonda.. Ada diizinkan Bonda coretkan lagi kisah misteri dan pengalaman Bonda untuk tatapan dan hiburan semua. Maaf kalau ada tersalah kata atau tidak seronok dibaca. Salam sayang untuk semua.

❤️BONDA ALIDA ❤️

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

❤️Bonda alida❤️
Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 5]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.