Mata

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan juga admin. Ayat Cliché yang selalu digunakan adalah “Aku dari dulu suka baca cerita seram dekat FS ni, tapi aku silent reader je, sekarang rasa tertarik untuk cerita kisah aku pulak”..

Walaupun ayat tu selalu digunakan, tapi aku nak guna juga. Haha

Okay, Nama aku Zain, ofkos bukan nama sebenar… Berbalik kepada kisah aku. Aku tak nak cakap yang aku dianugerahkan oleh Allah, Tapi ini adalah satu ujian untuk aku dari Allah…

Kenapa? Sebab aku boleh nampak apa yang manusia biasa tak boleh nampak. Aku juga mampu “scan” masalah yang dihadapi oleh orang.. Contohnya kalau aku pandang seseorang, walaupun orang tersebut tak pernah bagitau yang dia ada masalah, Aku akan dapat imbasan berkenaan masalah orang tu…

Contohnya orang tu ada masalah santau , tapi yang kena santau tu mak dia, Aku akan nampak gambaran mak dia tengah batuk sampai keluar d***h dan dekat perut mak dia aku akan nampak bahan yang digunakan untuk santau tu..

Aku pernah juga berubat untuk buang benda yang cuba berdamping dengan aku tu.. Tapi tak lama kemudian, Benda tu akan datang balik.. Aku juga pernah kerasukan jin tersebut ketika berubat.. Jin tersebut bagitau yang dia dah lama dengan keluarga aku dan beliau digunakan untuk mengubat orang dan menilik nasib seseorang kerana kononnya keluarga aku adalah keturunan Nujum Diraja pada zaman dahulu.

Sehingga sekarang aku masih cuba untuk menolak tipu daya “beliau” melalui mimpi..

Kalau korang pernah tengok cerita Aliff 7 dimensi tu, Ceritanya sama dengan cerita aku, cuma aku tak pernah lagi lawan dengan hantu pokok, pontianak semua tu.. haha…

Okay, aku akan ceritakan serba sedikit pengalaman aku semenjak aku dapat tengok dan kenal dunia mistik ini semua..

Kisah ni terjadi Bulan Jun tahun 2010 dimana pakcik aku menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Untuk pengetahuan Pakcik aku ni seorang bomoh atau lebih dikenali “Datuk kuning” di melaka. Segala jenis bangsa pernah datang, untuk lariskan perniagaan lah, untuk mintak minyak pengasih lah, Nak pakai susuk lah, dan macam2 lagi yang malas aku nak tulis..

Kali pertama aku nampak makhluk yang orang biasa tak boleh nampak adalah ketika aku, mak dan ayah aku tengah makan disebuah restoren seberang rumah pancik aku tu.. Waktu tu kami baru sampai dari KL, Singgah sebentar untuk mengisi perut sementara menunggu jenazah sampai di rumah..

Tengah sedap layan nasik goreng pataya bersulamkan air sirap, terdengar bunyi siren ambulan menghampiri rumah pakcik aku.. Mata aku tertacap dengan benda yang ada di bumbung ambulan tersebut…

Ya, aku nampak benda tersebut buat pertama kalinya… Kaki dan tangannya panjang mencengkam bumbung ambulan tersebut, Satu badan berbulu dan sangat kurus sehinggakan kelihatan seperti tengkorak berwarna hitam dan berbulu.

Ambulan tersebut parking dihadapan rumah pakcik aku dan ketika pintu belakang ambulan tersebut dibuka untuk mengeluarkan jenazah, Benda tersebut melompat kearah keluarga aku yang menyambut jenazah tersebut.. Pada saat itu juga, sepupu perempuan aku menjerit tak ingat dunia macam kena histeria.

Aku sekeluarga habiskan makanan secepat yang mungkin, dah macam masuk pertandingan makan waktu tu.. Terus ayah aku bayar dan kami bergegas tengok apa yang terjadi.. Sepupu aku yang kerasukan ada di bilik tingkat atas rumah tersebut.. Ayah aku bantu untuk uruskan jenazah pakcik aku, Aku dengan mak pulak pergi tengok keadaan sepupu aku yang kerasukan tadi..

Sampai je di depan pintu bilik, Kelihatan sepupu aku di ikat diatas katil dan di sekeliling katil penuh dengan cebisan Al-Quran yang dikoyakkan..

Aku: Mak, Zain nampak benda tu tengah cengkam bahu kak Lin, Kaki dia pulak berbelit dekat kaki kak Lin.. Apa tu mak?

Mak pandang aku dengan muka yang terkejut campur risau..

Mak: Kau nampak ke? Astaggfirullahhalazim!

Terus mak tarik aku pergi kebawah semula..

Rumah ketika tu jadi riuh rendah dengan jeritan sepupu aku yang kerasukan dan beberapa ustaz cuba untuk menghalau benda tersebut.. Sehinggalah…

“Ambil lada hitam,picit di ibu jari kakinya dan selimutkan ia dengan sejadah, lalu whudu kan ia”

Kedengaran bisikan halus ditelinga kanan dan kiri aku seakan bunyi bisikan tersebut lalu dibelakang aku… Waktu tu, aku pending kejap, Bila otak aku dah berfungsi semula, Aku bagitau kat mak aku apa yang aku dengar..

Mak aku bergegas naik keatas untuk beritahu kepada ustaz yang membantu tentang apa yang aku dengar..Alhamdulillah, Selang beberapa minit kemudian, Suara jeritan tak lagi kedengaran..

Sehinggalah pakcik aku selamat dikebumikan, Tiada gangguan dan masalah yang terjadi…

Aku rasa dah panjang sangat cerita aku ni, Ada baiknya aku undurkan diri.. Kalau korang nak, Nanti aku akan cerita lagi pengalaman aku ketika mak aku dibuat orang sehingga mak meninggal…. Kalau korang nak la, Kalau tak nak.. Aku nak cerita juga.. hahaha..

Baiklah, Aku undurkan diri dulu, Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Hntar kisah and : fiksyenshasha.com/submit

Zain

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

22 thoughts on “Mata”

  1. amende panjangnyer citer kau Zain Bukan Nama Sebenar… akak baru nak seluk popcOrn, citer kau dah abis..
    Nanti sambung lagi ye. Buat hasgtag senang nak cari nanti. 👍🏻

    Reply
  2. Alif demensi 7????? Tk pernah dengo lak citer tu..Klau Alif Syukri..yg beli h/bagi 7k..8k..bla..bla mengong tu adaler😂😂😂🤗🙊
    Apa² hal pn bezzzzz citer nko👍

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.