#MEHMET U’MAR – Padah Si Celupar : Sumpahan keturunan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

Terima kasih ku yang tidak terhingga buat admin FS yang telah mempublishkan kisah ku pada bahagian satu dan bahagian dua serta juga aku amat bersyukur atas sambutan pembaca yang amat menggalakan serta sokongan walaupun kisah bersiri ku ini adalah karya aku yang sulung dalam hidup. Sudah tentu aku akui ada kecacatan sehingga memeningkan para pembaca untuk memahami jalan cerita. Sarananku sila lah kita tanamkan sifat sabar untuk membaca dengan teliti kisah ini semoga ia menjadi pedoman buat kita semua.
….

“Wahai nenek..bantulah hamba yang penuh dengan kelemahan ini..sesungguhnya hamba sangat terasa hati dengan orang orang disekeliling hamba yang mengatakan rupa hamba tidak secantik indah seperti gadis perawan yang lain..bantu lah hamba nek..hamba tersangat hina dan tersinggung dengan kata kata bedebah seperti itu..”

………

Nama aku zira, seorang gadis yang sangat gemar akan membaca cerita cerita seram fiksyen mahupun realiti. Sehingga membuatkan diriku terjerumus kepada keadaan yang sangat suram dalam hidupku akibat kejadian kejadian yang menimpa rakan ku Ayu dan juga Rohana. Bukan lah niatku untuk membuatkan mereka menjadi mangsa diganggu oleh satu entiti yang seperti yang mana kalian semua tahu iaitu penjaga keturunan aku yang kononya bernama Dayang Fatimah.

Aku tidak pernah meminta untuk dibela oleh makhluk itu yang dianggap saka dari keturunan umiku. Bahkan, jauh sekali untuk aku membalas dendam atas keceluparan mulut Ayu dan juga Rohana.

Telah aku coretkan dalam kisah pertamaku bagaimana Ayu dan Rohana telah menerima padah di sampuk serta diganggu oleh makhluk yang menggelarkan dirinya Dayang Fatimah

Padah Si Celupar

Serta telah aku bongkar kan kisah kedua ku sebelum ini mengenai siapakah makhluk durjana ini yang mendakwa penjaga dari keturunan umi ku.

#MEHMET U’MAR – Padah Si Celupar : Dayang Fatimah

Pada kali ini akan ku ceritakan kepada kalian apa padah yang terjadi pula pada si Rohana dan juga kenapa keturunan aku dari sebelah umi seakan disumpah oleh saka yang menggelarkan dirinya Dayang Fatimah
…………..

Pada pagi selepas mak si Ayu menelifon aku dengan kemarahan yang membuak buak serta kata kata nista atas dakwaan nya mengatakan aku telah menggunakan bomoh untuk menyihir anaknya Ayu. Aku masih ingat lagi pada jam 3 petang hari tersebut, Siti sahabat karib ku yang merupakan sahabat sebilik aku dalam kolej telah membuat panggilan kepada aku serta menceritakan hal Rohana dan juga Ayu yang diganggu pada malam aku bermimpi tentang mereka. Ini lah perbualan aku dan juga Siti pada petang itu..

Siti: Asalammualaikum zira

Aku: Waalaikumusalam ya siti.

Siti: Zira aku ada benda nak habaq kat hang ni tapi hang jangan terkejut pulak noh.

Aku: Hal apa tu siti? Kenapa suara kau macam takut jer ni?

Siti: Zira, aku tau Ayu dengan Hana kena ganggu lagi pasai depa duk mengata kat hang malam tadi.

“Aku masa ni dah fikir lain macam pula rasa, dah kenapa Siti boleh tahu yang Ayu dan Rohana kena ganggu malam tadi” Getus hatiku.

Siti: Zira..Zira..halo..awat hang senyap ja ni. Tengahari tadi hana ada “kol” aku pasai depa malam tadi kena ganggu sampai Ayu teruih tak sedaq diri jadi sawan pengsan sampai pagi tadi. Si Rohana ni sebenaqnya dah “plan” sebelum cuti semester lagi nak ikut Ayu balik sat ke kampung Ayu dan laa ni Rohana duk ada lagi kat rumah Ayu.

Dalam fikiran aku, baru lah terungkai teka teki kenapa malam tersebut aku dipaparkan bermimpi Ayu dan juga Rohana sedang bercakap cakap hal keturunan aku
di dalam bilik tidur.

Imbasan kembali kisah kedua Padah Si Celupar: Dayang Fatimah

” Aku di tayangkan wajah si Ayu dan Rohana, seolah olah aku berada di bilik mereka bersama, aku juga dapat mendengar dengan jelas setiap bait kata mereka, sungguh tidak aku sangka mereka berdua sememangnya sangat celupar hingga sesuka hati mengata aku membela saka…suara Dayang Fatimah aku kedengaran…..”

Rupanya rupanya Rohana ikut pulang bersama ke kampung Ayu jadi didalam mimpi aku mereka berada dalam sebuah bilik yang bermaksud dalam bilik Ayu di rumah nya. Lalu aku terus bertanya siti..

Aku: Macam mana keadaan Ayu sekarang? Dia dah sedar ke dari pengsan?

Siti: Hana habaq kat aku Ayu memang dah sedaq pukoi 10 lebih pagi tadi. La ni aku nak habaq pasai si Hana ni wei.

Aku: Kenapa dengan Rohana pula?

……
(Aku ganti nama sebagai Siti)

Lebih tua dariku harap sabar menunggu kepulanganmu ku tunggu..

(Ringtone kumpulan indie popular pada masa itu.)

Sapa pulak dah kol aku tengahari buta ni..nak tidoq pon tak senang. Tengah aku belek belek( memeriksa) fon aku atas meja tulis bilik..nama Rohana tertera di “screen” Nokia N Gage ku.

Dah kenapa minah ni kol aku pulak dah ..

Aku: Asalammualaikum..awat wei hana?

Rohana: Wasalam, em aku ada benda nak bagitau kau siti ..

Aku: Apa benda tu?habaq la dah kenapa hang macam duk dengaq suara macam menangis ja ni?apa masalah?

Rohana: Siti..isk..isk..isk..malam tadi aku dengan Ayu kena ganggu.

Aku: Kena ganggu apa pulak dah?ganggu yang sama masa kat kolej ka?

Malam kejadian Rohana diganggu dan Ayu disampuk

(Aku ganti nama sebagai Rohana)

Aku sangat berterima kasih kepada Ayu sebab sudi menerima aku untuk menumpang pulang ke kampung halamanya felda di salah sebuah daerah di Johor. Ibu dan ayah ku mereka tiada di rumah atas urusan “outstation” yang memakan masa sebulan. Maklumat lah mereka orang terpenting dalam sebuah syarikat korporat terletak di ibu kota Kuala Lumpur, jadi aku terpaksa menumpang di rumah Ayu untuk cuti semester ini memandangkan aku anak tunggal sudah semestinya aku tidak sanggup untuk tinggal keseorangan dirumahku.

Malam semalam sebelum kejadian kami diganggu, aku dan Ayu serta ahli keluarganya dihidangkan makan malam yang istimewa oleh mama Ayu. Sungguh aku terasa malam tu sangat panjang dan seronok dengan masakan yang sedap serta kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarga si Ayu ni. Tetapi ada satu perkara yang aku kurang berkenan pasal Ayu ni..memang betul mulut dia macam buntut ayam, suka jaga tepi kain orang lain sampai bergosip tentang hal keluarga Zira kepada mama Ayu. Yang mama Ayu ni pulak melayan sampai lah aku terjebak sekali.

……
(Tanpa disedari jam telah hampir pukul 12 malam)..

Aku: Ayu kau asyik duk gosip ja pasal “family” Zira. Kau tak serik lagi ke kena ganggu benda yang kau kata saka Zira masa kat kolej baru baru ni?

Ayu: Apa kau fikir aku takut sangat ke dengan benda tu. Dah memang betul dakwaan aku tepat si Zira tu membela weh. Aku tak perlu nak takut sebab aku cakap benda yang betul.

Aku: Em aku sebenarnya memang dah dapat agak juga masa kau kena rasuk tu mata kau tiba tiba pandang jegil jer kat Zira dah tu senyum semacam ‘time’ dia dan Siti baru sampai kat bilik dorm kita tu. Masa aku tgok kau kena rasuk sekali aku pulak yang naik seram weh tengok kau.

Ayu: Aku dah cakap dah kita sepatutnya jangan duk rapat sangat dengan si Zira tu..kau pon tengok dia kan suka baca buku buku seram. Agaknya dia nak belajar kot cara cara nak bagi makan kat SAKA dia…Hahahahahah!…..
….

(Tepat jam 12 malam)..

Aku: Kau tau Siti apa aku dengar masa aku dengan si Ayu ni sedang ketawa duk mengata kat keluarga Zira malam td?

Siti: Hang dengaq apa?

Aku: Aku dan Ayu dengar macam ada “orang” ke 3 sedang mendengus macam marah..dan dalam masa yang sama pulak kami ada terbau wangian yang aku sendiri tak tau nak ungkapkan macam mana..wangian dia tu buatkan aku dan Ayu naik pening. Ayu pulak boleh pergi tegur bila bau macam ni..tiba2 kan Siti dalam aku duk pening mata aku jadi berpinar pinar dan dalam masa yang sama..aku tengok Ayu macam kena sawan terus aku pon tak ingat apa jadi Siti..bila aku sedar sedar ja jam hampir 5 pagi lebih..

Siti: Pastu bila hang dah sedaq tu macam mna keadaan Ayu lak?

Aku: isk…iskkk. isk..(tengah menangis) aku tengok Ayu dalam keadaan mulut ternganga Siti…banyak buih keluar dari mulut dia..dengan satu badan habis kejang sambil tangan kiri tunjuk ke arah pintu bilik. Masa ni aku baru teringat Siti.

Siti: Hang teringat apa pulak dah?

Aku: Dalam masa aku terbau wangian malam tadi tu mata aku berpinar pinar, aku ternampak di depan pintu bilik Ayu ada dua lembaga tengah memerhatikan aku dengan ayu serta suara yang garau…lembaga seperti gadis sepertinya berpakai ala ala zaman melayu lama dengan kain sutera melayu bak primodona berkata..

“Keponakan(cucu) sayang..lihat lah rakan mu itu.. Mahukah kamu aku hapuskan mereka berlidah buaya ini ..mereka sengaja menjatuhkan air muka mu kepada kawan kawan mu..ini ku berikan keris pusaka keturunan kita..sudah semestinya berasal dari keturunan tanah jawa..ambil lah sayang..jika engkau mahu membalas ini lah caranya….heeee……”

Aku takut Siti..kalau kau nak tau aku ada nampak lagi satu lembaga dekat depan lembaga tadi..

Siti: Lembaga apa pulak hang nampak ni Hana….

(Aku ganti nama sebagai Siti)

Belum sempat Hana bagitahu lembaga apakah yang dia nampak sorang lagi tu..terus aku dengar suara orang mengilai dalam panggilan antara aku dengan Hana

“Heeeeee kamu jangan jadi seperti Ayu dan Rohana ..jaga mulut dan hati kamu Siti..jangan kamu sesekali mengata akan

Keturunan ke 6 ku itu..aku penjaga dia..keturunanya aku yang punyaaaa heeee”…..

……..

Masih terngiang ngiang di benak fikiranku akan perbualan aku dengan Siti petang tadi.Keturunan ke 6?.Dan apa yang Siti bagitau pada aku tentang Rohana nampak kelibat dua lembaga dan Ayu di sampuk itu memang benar benar tepat apa yg aku mimpi malam tadi.

Entah kenapa malam ini aku rasa benar benar lain macam. Selepas solar maghrib tadi macam biasa la dalam bilik aku ada jer macam orang mengamuk..begegar tingkap bilik aku..bilik aku berbau busuk macam bangkai. Aku tanpa berfikir panjang terus aku panggil umi masuk bilik aku..dia kata bilik aku tak ada pon bau apa apa..atau perasaan aku sendiri?

Aku malas nak layan..terus aku capai yassin sebab malam masa ni malam jumaat..tapi belum sempat pun aku membuka yassin. Pandangan aku menjadi kelam..hitam gelap gelita..walaupun aku rasa mata ku terbuka tapi aku tidak nampak apa apa didepan ku..bahkan kerongkong leherku juga tidak boleh membuka suara..

Adalah aku sudah tidak bernyawa?adakah aku sudah buta?tidak..dalam tak semena mena..telinga aku tertangkap satu suara..bahasanya sangat klasik jawa dengan lemah lembut aku mendengar suara tersebut..

“Buka la mata mu cu..yoyot(moyang) ingin benar sangat berjumpa dengan mu”..

Aku tak pasti siapakah dia ni bila aku buka sahaja mata ku..seolah olah aku berada dizaman melayu pruba kala yang aku tidak ketahui tahun bila..ya memang aku sedang berada dizaman melayu yang mana tiada langsung arus kemajuan dan kesenangan seperti zaman kini..

Dalam keadaan samar samar dihadapan ku berdiri seorang gadis jelitawan senyumanya..aku tidak kenal..dia cuma hanya bahasakan dirinya yoyot..dan aku dipimpin tangan pergi ke sebuah rumah yang sangat sangat kemelayuan zaman yang penuh adab rasam..

Aku disuruh oleh Yoyot mendengar dan perhatikan dalam tingkap bilik rumah tersebut. Ya aku nampak dengan jelas seorang wanita berpakaian kebaya melayu lama sungguh ayu seolah primadona istana lama. Seledang berkain sutera berwarna hijau baju kuning keemasan dengan sebilah keris serta asap kemenyan berada di depanya. Begitu jelas pandangan aku ketika ini sehinggakan aku dapat mendengar seperti adu domba dan serangkap mantra.

………….
Wahai nenek..bantu lah hamba yang penuh dengan kelemahan ini..sesungguhnya hamba sangat terasa hati dengan orang orang disekeliling hamba yang mengatakan rupa hamba tidak secantik indah seperti gadis perawan yang lain..bantu lah hamba nek..hamba tersangat hina dan tersinggung dengan kata kata bedebah seperti itu..

…….
Aku: Sapa pula itu yoyot?siap berpakaian indah indah lagi?

Yoyot: Itu lah Seri Fatimah dia lah yang sebenarnya asal keturunan kamu dan dari dia jugalah masalah kamu bermula..cuba saja kamu dengar baik baik ritual itu..

……

Nenek Tua(Dayang): Bisa saja aku menolong mu wahai Seri Fatimah tetapi dengan syarat namaku haruslah bergambung dengan nama mu menjadi DAYANG FATIMAH dan syarat seterusnya..selama setahun engkau tidak boleh melihat mana mana lelaki bujang..hanya lelaki orang sahaja engkau bisa melihat dan juga…selama itu juga engkau harus meletakan pulut kuning serta mengasah keris ini dengan asap kemenyan setiap malam kelion dam juga engkau tidak bisa solat ..apakah engkau setuju dengan syarat ku ini?

Seri Fatimah: Hamba setuju nek..asalkan orang yang mengata dan menghina hamba terima padahnya dan juga asalkan rupa hamba bertambah cantik nek..

Dayang: Baiklah sila lah kamu pegang keris itu seraya mengasahnya di atas asap kemenyan sambil berhajat……

” ANGIN MELAMBAI MEMBAWA DINGIN, TEMPAT DITUJU JELAS TERKATA, AKU SERU DIKAU WAHAI SI KUNING HAPUSKAN DIA BIAR TERSIKSA…

Selagi mana dikau berpegang kepada syarat. Rupa mu akan bisa sentiasa indah bak puteri kayangan..dan jikalau engkau melanggar salah satu syarat tersebut..bermula pada keturunan ke 6 mu akan ku jaga seperti mana aku menjagamu sekarang.

Seri Fatimah: Baiklah hamba setuju nek….

……….

Yoyot: Sekarang kamu sudah faham kenapa sumpahan ini berlaku dalam keturunan kamu Zira?

Aku: Macam mana yoyot tahu nama sy?siapa pula yoyot?

Yoyot: Aku cumalah hamba Allah yang Maha Agung seperti mu Zira. Ingtlah pesan ku..berselalu lah ingat pada Allah SWT..kuatkan lagi iman..dan pada 4 hari lagi kau akan dipertemukan oleh kiyai yang akan membantu menyelesaikan keributan keturunan mu ini……

……

Ziraaa….zira bangun syang..subuh nak habis ni. Rupanya umi ku yang mengejutkan aku..ternyata umi aku kaget melihat aku dalam keadaan peluh seolah olah lari 3 pusing padang bola. Dan sudah semestinya tersedarnya aku dari dikejutkan oleh umi..Keris lama itu masih berada disebelah ku disaluti kain emas dalam kotak yang usang.

Setelah segala persoalan dan kejadian yang aku serta Ayu dan Rohana alami. Aku diberita kan oleh Siti pada keesokan harinya pada Ahad. Keadaan Ayu semakin nazak akibat masih dalam keadaan ternganga mulutnya dan badanya keras tegang seperti batu. Dan masa ini juga aku hampir ingin menamatkan sahaja riwayat aku kerana aku rasa bersalah terhadap rakan ku walaupun mulutnya celupar tapi disebabkam perjanjian lama moyang kepada datuk terus terlahirnya saka yang menjadi d***h sumpahan sehingga jatuh kepada ku sebagai keturunan ke 6.

Dalam sambungan akan datang cukuplah aku sekadar mencoretkan keadaan dibawah ….

” Sampeyan ora ngganggu keturunanku. Aku iki penjaga saka leluhure maneh. Aku ora bakal melu karo cucuku hahahaha”

“Kau jangan masuk campur hal keturunan aku. Aku adalah penjaga dia sejak dari moyang dia lagi . Aku tidak akan boleh berpisah dengan cicit aku hahahaha”

Agar kamu semua tahu walaupun cantiknya budi dan rupa kita semua..ingatlah jangan sesekali menghina keturunan aku…..heeeeee…..

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Azstrange89
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 comments

  1. nama Dayang Fatimah… tapi cakap Jawa… bikin Diva konpius tawww…

    lain kali letaklah nama Gusti Putri Retno Damilah…

    Giitewww… Diva bagi 3 bintanggg!!!

  2. cerita dah best.. tp cara penulisan tu agak bercelaru… tingkatkan lagi cara penulisan… naik pening aku baca.. kipidap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.