Melisa – Puaka Karak

Assalammualaikum wbt.

Terima kasih admin Fiksyen Shasha kerana terus memuat naik pengalaman yang Mel kongsikan ye.

Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi luang masa untuk sama-sama merasai pengalaman seram dengan makhluk halus.

Selain bekerja, abah Mel ada hobi memancing sama seperti lelaki-lelaki normal di luar sana. Eh, tapi jangan kecam yang tak pergi mancing tu tak normal, cuma kebiasaannya para lelaki ni suka memancing. Rileks katanya. Bila kawan sekerja pon jenis kaki mancing, maka diorang akan selalu ‘set’ masa dan ambil cuti untuk pergi memancing ikan di laut.

Memang gemar pilih ‘port’ laut untuk memancing. Cabaran. Wah-wah! Laut bergelora tu yang paling best. Boleh ketawakan anak-anak muda yang baru nak berjinak dengan aktiviti memancing muntah sampai biru muka. Ada ke patut geng ‘veteran’ ni ye. Hehe

Maka akan adalah pembahagian tugasan, kereta mana nak naik, tong ikan yang besar bawa satu, dengan tong-tong ‘polestrin’ kecil tu bawa sekali. Peralatan memancing semua kalau boleh esok gerak, seminggu sebelum tu dah buat persiapan. Hahaha. Sampai sanggup bawa pergi kedai pancing nak ‘modified’ joran tau!

Makanan, pakaian solat, umpan, minyak-minyak angin takut kawan yang mabuk laut. Semua siap. Masa tu Mel tingkatan 5. Mel tak suka abah pergi laut. Sebab abah tak bawa Mel. Pujuklah macam mana pon, kau tu perempuan Mel. Kawan abah semua lelaki. Larat abah nak jaga kamu. Hilang fokus abah nak mancing dengan aman. So memang tak pernah dan takkan dapat walau dalam mimpi!

Jadi..mendapatlah satu kejadian yang berlaku tanpa diduga sewaktu diorang dalam perjalanan pulang dari Terengganu. Waktu pergi tu memang guna highway biasalah. Cuma balik je, tah mimpi apa entah pergi lalu jalan lama Karak. Karak? Tipulah orang tak tahu kisah-kisah popular yang jadi kat lebuhraya tu kan?

Macam-macam cerita yang dikongsi oleh orang tempatan dan pelancong. Volkswagen kuning, perempuan meratah daging atas bumbung kereta, kereta putih tak bertuan yang dah remuk teruk masih berjalan, budak lelaki minta tumpang. Banyak lah! Sampai yang bernasib malang, mesti akan ditimpa kemalangan sehingga membawa maut. Nauzubillah..

Ceritanya, abah Mel nak balik rumah awal. Sebab isteri kesayangan dah risau sangat 3 hari pergi tak balik-balik. Ewah! Diorang pergi dengan menaiki tiga biji kereta. Kereta perdana, serena (model lama) dan proton saga baru. Setiap kereta akan dilantik seorang pemandu dari geng senior. Supaya apa-apa jadi, inshaallah orang yang berpengalaman tak panik berhadapan dengannya.

Maka abah Mel pandu kereta perdana di hadapan, diikuti oleh proton saga yang dipandu pakcik Nuar, (pakcik Nuar berbadan besar sedikit macam peserta WWE tu dan serena dipandu abang Padil (senior muda) dan merupakan engineer dalam geng veteran tu. Kehkeh. Setiap kereta ada dalam 3 dan 4 orang penumpang. Bahagian belakang serena tu dibuang seat untuk meletakkan tong ikan yang besar gedabak tu haa.

Lepas abah Mel buat keputusan nak balik jalan lama, jalan karak lama! muka masing-masing dah lain.. Risau, ragu-ragu, takut semua bermain dalam diri. Tapi abah tanya pendapat semua dulu. Memandangkan semua setuju, abah Mel diminta memandu di hadapan.

” Inshaallah kita cuba lah bawak dalam keadaan yang berhati-hati. Tadi pon tengok jalan jem belah sana. Kita niat nak lalu moga-moga dipermudahkan selamat dan sampai awal. Cuma satu nak pesan.. ”

Abah Mel diam kejap. Mungkin ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Kawan-kawan yang lain semua kusyuk mendengar. Pesanan dan ingatan di simpan kemas. Sebab kita tak tahu apa yang sedang menanti.

“Cuma satu lah nak pesan.. andai ada ‘apa-apa’ yang berlaku, aku harap hampa tak panik.” Terangguk-angguk perlahan semua. Mungkin jelas dengan apa yang ingin abah Mel sampaikan.

“Aku minta setiap kereta ambil peranan, lantik lah seorang muazzin (orang yang melaungkan azan). Kalau-kalau terjadi situasi yang kita tak jangka, minta muazzin laungkan azan. Boleh dak ni?”

“Inshaallah..”. Semua bersetuju dan menunggu pesanan-pesanan seterusnya.

“Hat lain pulak.. harap hampa teruskan berzikir nama Allah. Biar detik jantung dalam perjalanan kita ni.. kita letak Allah kat depan.” Abah Mel pandang muka masing-masing. Dia ukir senyum nipis. Harapan abah, dapatlah timbul sedikit ketenangan dalam hati anak-anak muda yang ikut serta aktiviti memancing kali ini.

“Nuaq, Padil.. aku harap sangat hampa dua ‘follow’ rapat kereta aku. Andai kata ada kereta lain yang lalu, jangan bagi kereta tu masuk antara kereta-kereta kita. Boleh kot noh?”.

“Aku cuba Zam”. Padil bersuara memecah kesunyian.

“Jomlah kita.. Along, hang naik dengan aku”. Nuaq memaksa Along temankan dia. Senang nak handle bila senior duduk dengan senior.

“Kimi.. hang dengan aku kot..” Padil memujuk sambil tersengeh.

“Aku ngan Zam”. Wan menyampuk sambil tangan kanannya diangkat ke atas.

“Haa elok lah kalau semua dah atuq. Senang sikit. Yang lain.. kita bahagi masuk sorang sikit dalam kereta. “. Abah Mel memberi arahan seterusnya.

Maka bermulalah kejadian dalam perjalanan melalui jalan lama karak.. jam menunjukkan pukul 11 malam sewaktu perjalanan dimulakan. Doa menaiki kenderaan, pendinding diri, semuanya telah diamalkan sebelum kereta bergerak.

“Bismillahirrahmanirrahim”. Abah melafaz sederhana kuat dengan niat untuk mengingatkan kawan yang lain turut mengucap bersama. Moga-moga kita membawa keyakinan yang tinggi bahawa segala kejadian dan ketetapan dengan kehendakNYA.

Malam pekat ketika itu. Dengan tiada satu pon lampu jalan yang berfungsi. Atau mungkin tiada? Mereka dahla orang baru yang lalu kawasan tu. Tak pernah lalu la cerita dia! Memang tawakal habis. Kelihatan kiri dan kanan jalan ialah hutan tebal dengan rimbunan pokok yang besar, batang berselirat akar besar, dan tinggi-tinggi.

Pemanduan dalam kelajuan normal, tidak terlalu laju, dan tidak terlalu perlahan. Kebiasaannya lagu akan dipasang sepanjang perjalanan. Tidak kali ni. Semua senyap. Langsung tak berhasrat nak bercakap. Mungkin semua tengah berharap untuk melepasi jalan itu dengan segera.

Keadaan jalan pula berliku-liku dan tidak lurus. Sangat memerlukan pemanduan yang kemas, cekap dan penuh perhatian. Mata masing-masing segar tertumpu pada jalan. Kalau ada pun yang berniat nak toleh ke sisi kiri atau kanan tingkap, semuanya dimatikan. Takut-takut ada ‘benda’ lain yang menyapa, melambai, atau mengikut!

Sepuluh minit yang pertama, alhamdulillah.. keadaan masih terkawal. Namun berubah sekelip mata ketika abah Mel merasakan kereta yang dipandunya berat.

“Astaghfirullah hal azim.. ” abah memandang Wan. Wan terbeliak. Jantung dah naik turun. Kalam Allah disebut berulang kali. Tak kurang juga anak muda yang duduk bahagian belakang, dari tersandar kemas, semua menarik bontot ke hadapan dan tangan memegang erat ‘seat’ hadapan.

” Along, cuba hang kol fon Wan. Tanya sat awat pelan bawak. Tayar pancit ka, kereta rosak ka macam mana” Nuar yang sedari tadi menyedari pemanduan abah Mel semakin perlahan, meminta Along menghubungi mereka.

“Tak boleh weyh. ‘Line’ takdak. Nak kol Kimi pon tak boleh. Fon hampa ‘line’ ada dak?” Soal Along dengan nada sedikit cemas.

Semua menggeleng kepala. Disamping itu, kereta Padil terdengar dentuman orang yang menghentak di atas kereta.

“Allahu akbar!” Sepakat semua melafazkan kalam Allah. Terkejut lah. Takut pon tak kurang. Macam-macam dah bermain dalam otak. Mana tahu, dia menjengah muka depan cermin kereta ka, dia nak menyempit ka..

“Kita ingat apa Zam kata tadi. Teruskan pemanduan. Selagi Zam tak berhenti, kita tak boleh memandai.” Kimi menegaskan balik apa yang abah Mel pesan bila salah seorang kumpulan dia menyuarakan untuk berhenti lihat apa yang berlaku. Buang kejaplah perasaan nak terkucil, nak terbuang air besar atau apa-apa alasan untuk berhenti.

Pokoknya, perjalanan mesti diteruskan. Lagi marah lah ‘benda’ tu bila gangguannya tidak dihiraukan. Memang masa ni, tiba-tiba kereta boleh bergerak seperti biasa, disebabkan tadinya kereta menjadi berat, abah Mel tekan minyak kuat. Tapi bila dengan tidak semena kereta bergerak seperti biasa, dalam keadaan abah tekan minyak rapat, Kereta meluncur laju kehadapan. Nyaris-nyaris terlepas gaung!

Semua yang berada dalam kereta menjerit habis. Allah.. allah… nafas ditarik dalam-dalam setelah pemanduan masih dalam kawalan. Kereta belakang memang terbeliak la.. nak tolong pon tak mampu. Nak tahan macam mana..

Tak cukup dengan tu, setelah semuanya ok, ingatkan tiada apa lah yang akan berlaku dah. Rupa-rupanya bala di depan masih menunggu. Kelihatan pokok di kiri dan kanan jalan macam nak tumbang. Setiap telinga mendengar dengan jelas dan ‘real’, bunyi batang-batang pokok seperti ditebas lalu merekah untuk tumbang ke arah jalan.

Semua dah panik. Memang dalam keadaan ini, semua dah redha, dah tawakal sehabisnya. Yang muazzin memainkan peranan melaungkan azan. Abah mengambil tindakan berani. Firasat abah kuat mengatakan itu bukan pokok. Itu bayangan pokok yang benda tu cuba kaburi mata pemandu.

Lillahitaala, abah membuat keputusan merempuh dalam pokok-pokok besar yang tumbang ke arah mereka. “ALLAHUAKBAR!!” abah menjerit lalu merempuh dengan yakin. Dua kereta di belakang pon mengikut sama. Abah, Nuar, dengan abang Padil macam sepakat pejam mata rempuh. Semua dalam kereta menjadi saksi. Bunyi seolah-olah pokok yang tumbang tadi menghempap atas kereta, bunyi remukan-remukan kereta yang dirempuh, dan serekan-serekan dahan yang daun menebal di sisi kereta semuanya ‘REAL’.

Keadaan berlaku tak lama. Sekelip mata. Cuma kereta memang tak bawa laju. Lepas masing-masing tak dengar sebarang bunyi, semua memanding keliling. Kosong. Pandang belakang, tiada satu pon pokok yang tumbang! Semua terpempan. Tersandar kepenatan. Penat bermain dengan emosi. Masing-masing ingat nyawa dah melayang.

Keadaan mula stabil sehinggalah melepasi jalan tersebut. 10 hingga 15 minit kereta meluncur keluar dari puaka karak tu, abah Mel berhenti di bahu jalan. Dua kereta di belakang turut memberhentikan kereta. Semua muka cuak habis.

Seakan-akan terlepas dari satu kejadian kemalangan yang mengerikan dengan treller, semua keluar tersadai di sisi kereta. Ada yang keluar terus memeriksa kereta. Sedikit calar pon, sedikit pon… takda! Habis yang berdentum, yang terseret, yang remukan-remukan dasyat tadi tu apa???

Abah Mel berpeluh kepenatan. Diteguknya air lalu memandang rakan-rakan yang lain. Dalam hati penuh dengan lafaz syukur kepada Allah kerana melindungi dia dan rakan yang lain. Alhamdulillah tiada satu pon nyawa yang melayang malam itu. Tapi semua tidak berhasrat untuk menyoalkan apa-apa.

Semua melayan perasaan sehinggalah sampai ke rumah. Abah Mel tidak terus menceritakan perkara yang berlaku kerana bimbang isterinya risau dan merajuk tak bagi pergi dah. Haha. Bukan takut.. sayang bini!

Keesokannya waktu lepak minum kopi dengan kawan kat kedai mamak, barulah Nuar, Along, Kimi, Padil dan Wan membuka cerita. Semua masih terkesan dengan kejadian tempoh hari.

“Naseb la hang yang ‘guide’kami malam tu Zam oi… kalau aku yang bawak aku tak taula.. demi nak elak pokok yang tumbang tu, aku boleh tarik ‘stereng’ kereta lepas gaung. Pakat m**i habis kita semua”. Bersungguh-sungguh Nuar meluahkan kata.

“Semua dengan izin Allah..”Abah menyangkal rendah diri.

“Aku pon mula-mula memang nak elak. Tapi aku pikiaq gaung tu lah aku rempuh jugak. ”

“Lepas kita rempuh tu.. aku tengok cermin belakang.. ada satu makhluk punya lah besaq dok tengok tajam arah kita. Dia punya besaq tu Allahurabbi.. penuh satu jalan. Hitam legam sungguh! “. Abang Padil yang memandu belakang sekali menceritakan apa yang dia nampak.

“Tapi aku tak tau la… tak boleh percaya. Sungguh-sungguh ‘real’ noh jadi. Aku rasa mungkin ni jugak la punca kereta-kereta jatuh gaung”. Wan menambah.

Kopi dihirup perlahan.

“Wallahualam.. apa-apa pon syukur kita semua terselamat.. ada sapa yang nak lalu jalan tu lagi dak?” Tersengeh abah Mel bertanya.

Semua terbeliak memandang. Kerja gila nak cari nahas lagi. Hahaha

Apa-apa pon, segala kejadian yang menimpa pasti ada hikmah. Sama ada suratan takdir atau agar kita makin mendekatkan diri kepada Allah azza wajalla.

Jalan Karak masih lagi menjadi misteri bagi pihak individu yang penah diganggu. Punca disebaliknya juga belum dapat dikenalpasti.

Namun, sebagai manusia.. kita hendaklah meletakkan kepercayaan bahawa kita tidak sendiri dalam menghuni dunia ini. Malah ada yang turut menjalani kehidupan di atasnya.

Perbanyakkanlah amal ibadat, moga kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini.

Wallahualam. Terima kasih kalian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Melisa
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

46 comments

  1. Pernah lalu pekan karak tapi waktu siang. Nampak tenang je..
    Pengalaman terbaik ni Mel. Kita yang baca pun join berdebar dup dap dup dap.. Alhamdulillah semua selamat. Thank you for sharing.

    1. Tulah. Mel pon berdebar biler abah citer tu. Fuh! Dengan gaya dia.. alhamdulillah selamat. Memang kalau ngelak tu lepas gaung..

  2. pandai mel susun cerita dan ayat..rasa mcm dah duk sekali dalam kereta abah mel tu!…menarik cerita mel, kongsi lagi ye!

  3. Fuuhhh…
    Alhamdulillah…
    Seb bek abah berpengalaman berilmu orgnye…
    Dr awal meletakkan keyakinan tu pd Allah, maka Allah permudahkan…

  4. Berdebar2 baca walaupun tengah kerja. Pucat muka. Feel macam tengok movie. Kalau boss nampak pucat ni jawab je baca fs. Hehehe. Terbaik mel. Karang lagi cepat.

    1. Hahaha cover sikit. Jangan tunjuk sangat pucat nanti bos xdpt beza cik hidir dengan ‘benda’ tu. Konpius. Hahaaha gurau.

  5. Karak? hahaha..kisah2 popular tu org karak sendiri x penah jumpa..dogeng je semua tu.dh 6 tahun ulang alik sorang2 dari KL-Karak time malam ke siang x penah pun jumpa @ kena ganggu pun. Mel, nanti jemput la ke karak makan durian ye..

    1. Ouh sebenarnya jalan dia ada banyak. Jangan konfius. Jalan yang Mel cerita ni orang yang stay sana sendiri mengaku betul. Dan takkan lah abah Mel nak tipu Mel pulak. Hahaha.. jangan risau. Mel tak reka cerita. Alhamdulillah cik Edd dah 6 tahun ulang alik jalan tu tak kena. Tak silap itu jalan lain

    2. jalan lama karak ada satu tu jelah kan .. tapi kalau takde sebab tak perlu lah saja-saja lalu jalan tu. pening bengkang bengkok. Kalau ikut jalan tu buat biasa je. perasaan takut tu yang kene kacau tu. Selalu guna jalan tu tak pernah jumpa pelik-pelik. tapi skarang dah tak seram pun ikut jalan tu. dah ramai dah lalu sampai bleh jem

  6. Okay seumur hidup tak pernah lalu lagi kat Karak tu tapi next week Faz kena pergi ikut sepupu dan kawan kawan Faz ke sana dan dengarnya nak lalu sana. Alhamdulillah abah Mel selamat semuanya.

    1. Sebenarnya setiap kejadian tu dengan kehendak Allah. Bersyukurlah saat tak diuji dengan risiko yang membawa maut, dan bersyukur juga lah bila diuji. Kerana tiap suatu yang berlaku kan ada hikmah.

      Apa-apa pon Mel doakan Faz dan semuanya dalam keadaan selamat

  7. sebenarnya kan kita JANGAN tunjuk yang kita takut! Apa yg EL baca, malam tu semua terlampau takut. Memang betul baca Doa menaiki kenderaan, pendinding diri, tapi baca sendiri sendiri dalam hati. Tak payah mintak sorang tukang azan, ikut kereta rapat rapat. Benda2 tu lagi suka org yang takut. Kalau lalu jalan2 sunyi, baca apa yg patut dalam hati & tenang. tu je.

    1. Sebab tahu semua takut tu yang ikhtiar.. pesan apa yang perlu sebab naik kereta lain-lain. Tak dapat nak handle semua. Hehe apa2 pon betul la tu.

    1. Hehe diorang cakap takde ape? Mel pon tak kesah. Pandangan masing-masing. Setakat ni Mel cerita semua pengalaman betul sebab abah Mel berguru dan tahu ubat orang..

      Mungkin itu salah satu faktor diuji kan? Apa-apa pon terima kaseh bace

        1. Terima kasih semua yang menyokong dan memberi semangat untuk Mel kongsikan kejadian2 mistik dalam hidup Mel.

          Mel cumalah seorang penulis amatur yang serba kekurangan dan hanya ingin berkongsi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.