Rumah Sewa di Kuala Terengganu

Salam penggemar FS, aku Jejakaka bukan nama sebenar. Aku pernah menulis mengenai pengalaman aku di alam bunian di Gunung Ledang haritu. Alhamdulillah banyak feedback positif. Thank you admin FS. Jadi aku nak cerita pula mengenai pengalaman kami sekeluarga di rumah sewa di Terengganu seperti dijanjikan.

Bapaku seorang pekerja sektor kerajaan. Jadi kami sering berpindah randah dari satu negeri ke satu negeri di sebabkan perpindahaan pekerjaan bapaku. Cuma apabila bapaku ditugaskan ke Kuala Terengganu, kami yang lain lambat sikit ikut berpindah. Bapaku bertukar tugas ke Terengganu pada 2005 tapi kami sekeluarga baru ikut pindah pada tahun 2007. Kami dapat sewa sebuah rumah kembar dua di suatu taman di Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Masa ni aku baru habis SPM dan kemudian mendaftarkan diri ke Matrikulasi Gambang, Pahang. Jadi aku tak banyak sangat masa dirumah. Ahli keluarga ku juga tidak menetap di rumah tersebut secara tetap. Hujung minggu Jumaat dan Sabtu kami akan balik ke Kedah, kira macam rumah tetap kami di Kedah. Duduk di Terengganu hari bekerja sahaja. Disebabkan aku hanya pulang ke rumah hujung bulan saja sebab aku di matriks, jadi aku tak banyak pengalaman di rumah ini.

Kedua ibu bapa ku sudah tahu bahawa di dalam rumah sewa kami itu ada makhluk yang menumpang. Boleh dikatakan jin 3 beranak yang terdiri daripada bapa jin, ibu jin dan anak jin yang masih kecil lingkungan 4-7 tahun. Tapi mereka tak kacau secara hardcore sekadar nak bagitau yang mereka juga turut berada di dalam rumah tersebut. Mujurlah ibu bapa ku bukan seorang yang penakut sebab boleh dikatakan ibu bapaku sudah biasa nampak makhluk ghaib ini. Jangan kata kami tak baca Quran tak solat pula ya. Ibu bapaku boleh dikata kan seorang yang alim. Tapi jin-jin ni tetap menumpang di dalam rumah tersebut.

Di Terengganu, yang menetap di situ hanyalah ibubapaku, adik ku berumur 15 tahun dan adik ku berumur 5 tahun dan aku setiap hujung bulan balik ke Terengganu dari matriks. Abang, kakak dan adikku yang lain masih menetap di Kedah sebab tu kami akan balik ke Kedah setiap hujung minggu.
Okay cerita bermula di sini.

Benda yang kami sekeluarga tahu permulaannya adalah apabila adikku berumur 5 tahun sering bermain sendirian sambil bercakap dengan seseorang. Bila dia bermain je mesti dia akan bercakap dengan “seseorang” yang kami tak nampak. Kami ingatkan perkara biasa budak-budak bermain macam tu. Tapi pada suatu hari semasa emakku sedang mandi, dia terdengar adikku bercakap kuat dengan seseorang. Bila emakku buka pintu bilik mandi, adikku memberitahu emakku, “ mama tengok budak botak ni kacau adik”. Dari situlah kami tahu bahawa ada makhluk ketiga.

Sejak dari itu, bermulalah episod emak dan bapa ku pulak. Bagi emak ku, yang jin lelaki ni selalu ganggu. Dia akan main lintas-lintas depan emakku bila orang lain tiada di rumah. Mula-mula emakku takut la juga tapi sebab dia tak ganggu yang hardcore, emak ku buat rileks sajalah. Ada sekali tu emakku cerita, dia terdengar seperti ada orang di dapur. Masa tu emakku tidur di ruang tamu depan tv. Emakku ingatkan pencuri tapi bunyi nya seakan orang sibuk memasak di dapur takkan pencuri nak masak pulak masuk rumah orang. Jadi makku buat tak endah je. Selepas itu emakku terasa seperti ada seseorang berdiri di sebelah dia. Bila emakku buka mata, ternyata jin lelaki tersebut sedang berdiri memandang emakku. Emakku pun sambung memejam mata malas nak layan. Banyak lagi emakku diganggu tapi susah nak cerita secara bertulis.

Bagi bapaku pula, jin perempuan ni sering mengikut bapa ku ke mana-mana. Banyak kawan bapaku yang ada kelebihan mata dapat melihat makhluk ghaib, sering menegur akan kelibat jin wanita yang mengikut bapaku. Tapi disebabkan dia tak mengganggu bapaku, bapaku buat tak endah sahaja. Pada suatu malam semasa bapaku sorang di rumah, bapaku terdengar seperti ada orang bermain lari-lari di atas bumbung. Bila bapaku keluar untuk melihat, rupanya jin budak kecil yang selalu bermain dengan adikku itu sedang bermain lari-lari. Bapaku geram dan memarahi jin kecil tersebut. Lebih kurang begini dialognya, “ kau jangan main lari-lari atas bumbung rumah aku, aku sewa rumah ni. kalau pecah bumbung tu, siap kau “. Dan jin kecik tersebut berlalu pergi.

Bagi aku pula yang jarang ada dirumah, aku sudah tahu serba sedikit mengenai perkara tersebut melalui emakku. Tapi aku tak percaya sebab aku tak pernah kena. Walaupun aku percaya alam ghaib ni wujud, tapi aku tak takut sangat duduk dalam rumah tu sebab aku tak pernah diganggu dalam rumah tu. Nak dijadikan cerita pada suatu hujung minggu, aku kena drive dari Kedah hingga ke Terengganu seorang diri kerana satu keluargaku demam. So bila sampai rumah Terengganu tu, aku memang dah letih sangat-sangat. Aku pun baring nak tidur di ruang tamu. Yang lain semua dah masuk bilik. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada orang di dapur. Aku membuka telinga seluasnya untuk dengar. Aku dengar pintu peti ais dibuka dan dapat dengar botol-botol dalam peti ais tu berlaga. Kemudian, aku dengar bunyi botol sos diletakkan di atas tile/marble lantai dapur. Kemudian, aku dengar tudung botol itu diheret. Tile/marble kan segi empat. Antara tile/marble tu kan ada jalur. Haaaa bayangkan tudung botol sos tu diheret, “sssshhhhrrreeeetttt, takkk, ssshhhhrrreeetttt, takkkkk” lebih kurang 30 saat. Aku tanpa membuang masa bangun dan baring di atas sofa mengadap pintu dapur menantikan jin itu menunjukkan diri. Nak kata berani tak juga, takut juga. Tapi aku takut dia sergah aku lagi. Tunggu punya tunggu, aku tertidur. Nasib baik esoknya tu aku nak balik ke matriks. Haha.

Setelah setahun kami menyewa di situ, bapaku ditugaskan pula ke Perak. Jadi kami kena berpindah ke Perak pula. Nak dijadikan cerita, jin kecik ni nak ikut kami berpindah. Kami tahu melalui adikku yang kecik tu. Adik ku bagitau ibubapa ku yang kawan botak dia nak ikut pindah ke Perak. Bapaku pesan kat adikku suruh bagitau kawan dia, tak boleh ikut pindah kena tanya emak ayah dia dulu. Nasib baik geng. ibu ayah jin tu tak benarkan jin kecik tu ikut. Allahuakbar. Setelah berpindah, baru adikku banyak bercerita pasal kawan dia tu. Adikku cerita bila adikku hendak ke tadika, budak kecik tu akan ikut adikku ke tadika. Tadika adikku selang 5 buah rumah saja. Bila ada kelas mengaji di tadika, adikku cakap jin kecik tu akan keluar tadika korek tanah makan cacing. Haha aduh.

Pembaca mesti tertanya-tanya kenapa kami tak halau jin tersebut bukan? Sebabnya diorang tak kacau secara hardcore hanya nak bagitau yang diorang ada sekali je dalam rumah tu. Solat tak tinggal, Alquran pun baca dalam rumah tapi diorang masih ada dalam rumah tu. Mungkin jin Islam. Kelebihannya pula, rumah-rumah di taman tu sering dimasuki pencuri. Yang peliknya rumah kami tu selalu je kosong tak ada orang sebab kami balik ke Kedah tapi pencuri tak target pun rumah kami. Agaknya, bila kami tiada di rumah jin tu menjaga rumah kami.

Begitulah pengalaman aku. Sekian. Ada banyak lagi cerita hantu yang aku alami, tapi semua pendek-pendek lah. Pocong ada pontianak ada. Gabung cerita boleh la. Nak ke aku cerita?

Jejakaka
Rate this post

15 comments

  1. Hi…aku ada jugak pengalaman mcm ni.. aku asal Kuala Trg jugak.. tapi skrg stay kat KL la.. family still kat K.trg.. rumah kami perumahan..dlu sebelah rumah kami selalu bertukar penyewa. tak ada yang bertahan lama stay rumah tu. dah la ada salah seorang penyewa tu pagi2 tuang cuka sekeliling rumah.. dia kata pendinding.. last2 lama sangat dah rumah tu jd kosong.. tahun 2005 owner nk jual rumah tu.. bapak aku beli rumah sebelah tu.. pecahkan tengah2 sebab ruang tamu bertemu ruang tamu..jd besar la sikit rumah kami..tp rumah tu banyak usik ooo.. lebih2 lagi bilik aku tu..panas je bilik tu.. org luar yg dtg dia usik laa sikit..husband aku brape kali dia main2 usik2..salam pkenalan aku kata..haha..kami x takut sgt.. sebab rumah kite kan buat pe nk takut.. lgpun hari2 abah aku akan solat kat setiap bilik yg kosong kt rumah aku tu..lebih2 lg bilik aku laa…paling banyak kene usik.. nk wt cmne..bilik nye 6 tapi anak2 jauh..jrg2 balik..trpksa laa banyakan bacaan al quran kt bilik2 kosong tu. parents aku pun tau ada yg stay skali ni.. tapi sama mcm ko laa..dia usik x hard core n aku rasa jin islam dengan ank2 dia kot..

  2. Pengadang baru eh.. Dekat dah tu.. Sebab family ambe dulu pindah ke KT dari Dungun ikut abah yang kerja kerajaan juga. Tapi tak sempat merasa apa sebab 1-2 bulan lepas tu, ada rumah kosong kat berek polis KT.. So kena kacaunye kat berek polis tuh.. Jengg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.