Mencabar Hantu Di Kampung Halaman

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Nama saya Kamal *bukan nama sebenar nak share sikit pengalaman seram berlaku kepada saya beberapa tahun yang lalu
Pada tahun 2012, zaman ni dikira femes dengan permainan ataupun peralatan *laser antara rakan rakan sejagat. Pendek kata boleh dikira setiap malam la saya main laser ni yang bewarna merah. laser ni tak la terang mana pun. Suatu hari ni, sedang saya berjalan jalan di pusat membeli-belah. Alangkah terbeliak mata saya dibuatnya apabila ternampak sebatang laser yang agak “limited edition”. Laser ini memancarkan cahaya bewarna hijau terang. Tanpa mebuang masa emak saya terus menghadiakan laser tersebut kepada saya kerana saya memang minat dengan laser-laser ni.
Tiba-tiba, sedang kami sekeluarga berjalan-jalan membeli-belah, telefon ayah saya berdering…. Oh rupanya abang saudara saya akan mengadakan majlis perkhawinan di kampung halaman di Kinabatangan Sabah pada esok hari. Kami sekeluarga bergegas ke Kinabatangan pada awal pagi. Perjalanan ke Kinabatangan dari Kota Kinabalu megambil masa 7 jam kerana faktor jalanan yang kurang memuaskan. Ketika ini, laser itu masih lagi tersimpan rapi di dalam kotak.
Setibanya kami di kampung Kinabatangan, kami disambut mesra dan mula bersiap siap untuk majlis perkhawinan pada malam tersebut. Jam menunjukkan 8:30 malam, saya terus membuka pakej laser tersebut dan memasukkan bateri triple A kedalam. “Wahhhh…. Terangnya lampu laser ni!!!!…” ujar ku. Mula la saya menyuluh laser tersebut ke kawasan hutan yang depenuhi pokok kelapa sawit. Adik saudaraku turut teruja melihat lampu laserku itu. Untuk pengatahuan, rumah yang sedang kami duduki dengan hutan tebal dan hanya jalan besar sahaja yang berhadapan dengan rumah tersebut…
Sedang saya teruja bermain dengan laser tersebut, entah kenapa saya boleh terfikir untuk mengatakan ” Wahai hantu keluar la kau!!!!”.. sebanyak 3 kali. Adik saudaraku juga turut menjerit jerit memanggil hantu keluar…. Walaubagimanapun, tiada sebarang yang berlaku. Tiba- tiba, sedang saya fokus menyuluh ke kebelakang rumah yang dipenuhi pokok kelapa sawit, alangkah terkejutnya kami melihat “pocong” sedang berdiri tegak disebelah satu pokok itu.. Muka pocong itu hitam legam dan hanya samar-samar kelihatan. Kami terus berlari kedalam rumah dan menceritakan hal ini kepada ibu bapa masing masing..
Tapi ye la, dorang ni mana nak percaya cerita karut yang kami ceritakan. “Duduk dalam rumah takda apa jadi kut” ujar ku. Jam menunjukkan 11 malam, saya agak keletihan dan terus menuju ke sebuah bilik tidur untuk berehat seketika. Ketika saya sedang baring-baring…. BUM BUM BUM….. Tingkap bilik tersebut bergegar sekuat kuatnya ibarat sesuatu sedang menghempap tingkap tersebut.. BUM BUM BUM.. lagi dentuman kuat tanpa henti ibarat gempa bumi dalam bilik itu!!. Suasana bilik itu agak gelap gelita dan bila saya lihat tingkap tersebut yang ditutupi oleh langsir, gugur jantungku apabali melihat sosok tubuh “pocong” yang amat ketara..
Saya terus keluar bilik berlari menuju orang ramai. Kami semua membaca doa selamat dan mudah-mudahan dijauhi dari gangguan itu.
Alhamdulillah sudah tiada lagi gangguan selepas itu tetapi akibatnya saya mengalami demam panas selama 7 hari berturut-turut walaupun diberikan segala jenis ubat oleh doktor-doktor. Selepas kejadian ini, saya terus membuang segala koleksi laser saya dan tidak akan lagi mencabar makhluk makluk halus ini..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Danial
FOLLOW FB KAMI.

7 comments

  1. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 2
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : Cerita ringkas tetapi menarik. Penyampaian yg jelas. Part seram, semasa nampak kat tingkap. Almost perfect cerita ni. Cuma saya dapat kasi 9 sebab jalan cerita yg agak singkat. Tetapi, itu saja yg berlaku kan. Nak tambah mcm mna lagi. Hehe. Yang penting tk ditokok tambah sngt, dan real. 9/10.

  2. Umur brp kau ni dik? Baru habis SPM ke? Jalan cerita dah ada, mungkin sbb dah memang true story la kot. Tapi gaya bahasa teruk betul. Typo pun bersepah. Improve lagi okay, bakat jadi penulis dah ada tu. Jgn sia2kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.