Mengaji Beramai-ramai

Dengar tapi tak nampak

Hello… Hi, semua. Salam berkenalan ya kepada semua warga FS termasuk Admin. Hehe… Saya nak intro boleh. Sudah tentu bolehkan, ok nama saya Free Danil (Bukan nama penuh).

Masih bujang belum kahwin lagi, berumur 26 tahun dah sekarang ni (2019). Saya berasal dari Daerah Serian (Sarawak), Kampung Bunan Gega. Sesiapa yang dari Serian tu, tahu lah kampung saya ni kat mana.

Berketurunan Dayak Borneo Kalimantan (a.k.a Kalimantan, Indonesia), dari suku Bidayuh Sadong (Bikade’).

Ok kita berbalik pada cerita. Kisah ini, (Susah tentu) kisah benar di ilham dari pengalaman saya sendiri 3 tahun yang lalu semasa saya kerja di Klang, Selangor.

Anda tahu kan di sanakan ada banyak bilik sewa, rumah kedai bertingkat 3. Saya masa itu tak cukup bajet nak sewa rumah jadi saya sewa bilik aje untuk beberapa bulan.

Kosnya agak mahal jugalah RM 250 sebulan. Dengan gaji RM 800 agak susah juga nak berjimat. Pada hari pertama menyewa, tak ada apa-apa yang mistik yang berlaku.

Tapi pada hari kedua, gangguan mula menghantui saya sebagai penyewa baru di bilik hujung dengan rumah bahagian belakang, di tingkat paling atas (Aras 3) sebagai salam pengenalan.

Saya mula mendengar bunyi-bunyian yang tak masuk akal. Bunyian macam enjin kapal angkasa (bunyi enjin kapal angkasa dalam cerita Starwars macam tu) sedang mendarat di atas bumbung rumah. Masa itu saya baru balik dari Sino Cybercafe antara jam 2-3 pagi macam tu.

Kerana perasan ingin tahu, saya naik terus ke bumbung rumah. Manalah tahu boleh jumpa Stormtroopers dengan Bluster. Masa itu, memang itu yang saya pikirkan. Saya ni kan peminat diorang. Hehe…

sampai ja saya di atas, sunyi je tak nampak apa-apa hanya ada tangki air sebesar kolam mini 3 buah dengan ampaian jemuran saja yang nampak. Saya dah blur terus.

Cepat betul mereka pergi. Masa itu memang saya tak rasa seram sejuk pun. Saya tak tahu kenapa. Ye lah masa tu mana lah saya tahu pasal benda-benda ghaib ni terutamanya alam bunian ni (di tempat saya mereka dipanggil E-nya Remang maksudnya orang kayangan), kalau ada pun sikit-sikit je. Apa yang saya tahu hantu je.

Tak lama kemudian saya turun terus, menuju ke bilik saya. Lokasi bilik sewa saya berada di kedudukkan nombor 2 dari bilik paling hujung yang dekat dengan bilik air.

Bilik nombor 3 dari hujung pula, bilik yang berjiran dengan saya dan juga berjiran dengan bilik yang dekat dengan dapur. Kedudukkan semua bilik sewa termasuk dapur dan bilik mandi adalah berkedudukan segi 4.

Ditengahnya pula laluan lorong yang sempit berbentuk L.Sampai saja saya dihujung rumah tak jauh dari bilik saya, iaitu diantara bilik yang bersebelahan dengan dapur dan bilik mandi. Telinga saya tertangkap bunyi sesuatu dari bilik sebelah berdekatan dengan dapur dan jiran sebelah bilik saya.

Kedengaran jiran sebelah sayu-sayu mengaji, merdu juga suaranya. Di pagi buta pun ada orang mengaji, wah rajin juga orang ni ya? kataku dalam hati. Ku buka kunci bilik dan terus saya ambil tuala dan peralatan untuk mandi. Selepas mandi apa semua, saya terus masuk masuk tidur sampai ke pagi.

Pada pagi tu, macam biasa saya akan bertegur sapa dengan jiran sebelah bilik. Saya pun berkatalah kat jiran ni. Rajinnya kamu bangun awal-awal pagi mengaji? Jiran ni pun seperti kebungungan selepas saya kata begitu dan terus menjawab, eh saya tak mengajilah semalam. Kali ini saya pula yang kebingungan.

Jadi siapa yang saya dengar mengaji semalam? Selepas mandi apa semua saya terus kerja. Seminggu kemudian, gangguan ini datang lagi. Masa itu saya tengah termenung seorang diri di dalam bilik. Mahu lelapkan mata.

Tiba-tiba saya terdengar lagi jiran sebelah mengaji lagi, tapi kali ini seperti mengaji beramai-ramai. Kedengaran seperti mereka membaca surah yassin ayat 1 sampai ke ayat terakhir (saya tak tahu ayat yang ke berapa) berulang-ulang kali.

Saya kenal surah ini walaupun saya bukan islam sebab masa kolej dulu saya selalu dengar rakan sebilik saya mengaji. Jadi saya tahu serba sedikit surah-surah dalan al quran.

Selepas itu, mereka senyap. Tak lama kemudian saya dengar bunyi seperti orang pakai selipar la, kasutlah, termasuk juga sepatu kayu juga kedengaran dan terus kedengaran mereka beredar beramai-ramai. Dalam beberapa minit kemudian pintu bilik saya di ketuk dari luar bersertakan ucapan salam.

Saya pun bangun sambil menjawab salaman. Saya buka saja pintu… Kamu teka apa yang saya lihat? Sudah tentu tak ada orang. Kosong. Saya tutup kembali pintu bilik dan sambung lagi baring-baring untuk lelapkan mata.

Masa itu saya tak pikir lah sangat kejadian tadi sebab saya mahu tidur kerana keesokkan harinya saya kena berangkat awal ke airport untuk pulang bercuti, nak sambut Hari Gawai Dayak dengan family. Takut tertinggal flight.

Sejak hari itu, hampir setiap malam saya akan dengar orang mengaji dan kadang-kadang ke dengaran juga bunyi enjin kapal angkasa di atas bumbung rumah.

Tapi satu hal peliknya, hanya saya seorang saja yang dengar. Siap tanya lagi, jiran bilik lain untuk kepastian. Memang sah, saya seorang saja yang dengar.

Yang lagi peliknya, ia seperti mengganti rakan sebilik saya yang dulu yang rajin mengaji pada awal-awal pagi sebelum subuh. Adakah ini kebetulan atau sebaliknya. Itu saya tak tahu.

Maaflah ya kerana ceritanya tak seram. Sebenarnya, saya memang teringin nak share pengamalan kat Fiksyen Shasha untuk memantapkan lagi penulisan saya.

Lagipun jadi penulis adalah cita-cita saya sejak di kolej lagi.

Kepada admin pula, saya ucap terima kasih lah ya kerana sudi siarkan kisah saya ni (kalau disiarkan). Sekarang ini, saya dah lama tak berkerja dah. Dekat 6 bulan. Tapi kalau ada rezeki lagi, saya akan ke sana jumpa rakan serumah.. …

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com.submit

13 thoughts on “Mengaji Beramai-ramai”

  1. dia nak ajak awak mengaji sekali tu.
    btw, free danil ni laki ke pempuan?
    danil tu anagram utk linda ke?

    Reply
  2. Saya rasa ada rahsia di sebalik peristiwa tu…di mana rahsia tu awk kna explore sendiri…saya mksudkan di sini hidayah itu milik Allah…semuga Allah memberi hidayah kepada awk untuk hari2 akan datang..awak adalah satu2nya insan yg terpilih utk mengalami semua ni…

    Reply
  3. salam dari simunjan pok hehe
    untong kau insan terpilih dpt mengalami bendaya walaupun bukan Islam. mungkin ya petunjuk pake kau pok. btw slamat ari gawai raya,boh lupak brambeh simunjan pok.

    Reply
  4. Semoga pintu hatimu terbuka menerima Islam. Ini boleh kira hidayah nih untuk kau.
    Sy pun convert juga, dari kristian sbb dapat hidayah dari Allah.

    Reply
  5. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 2
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : Cerita ni tk berapa seram. Bi cerita lebih kepada, awak nak dpt message dari pencipta. Exlore more. Nice story 👍👍. 6/10

    Reply
  6. uniknya cerita ni. best. gaya penulisan bagus. mmg terbaik. moga dibukakan pintu hati & diberi kekuatan mmbuat plihan yg terbaek

    Reply

Leave a Comment