7 Pengalaman Seram Aku di Sarawak

Salam Sejahtera kpd semua pembaca FS, sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada Admin sebab sudi kongsikan cerita pertama aku iaitu “Berburu di Dalam Hutan Sarawak” sebelum ni. Atas permintaan korang semua, aku akan ceritakan beberapa kisah pendek yang aku alami setakat ni.

Selamat Membaca……..

Kisah Pertama

Gangguan ni waktu aku duduk dekat sekolah rendah asrama dulu, waktu kejadian malam lepas aku spray minyak wangi dalam asrama aku. Aku spray minyak wangi bukan suka-suka tp sebab asrama aku ni bau hapak. Malam tu asrama kita orng kena kacau bende semacam pocong (HANTU NGELASAT – panggilan orang sana) sbb bende tu melompat dari pintu depan asrama ke satu tmpt. Dapat dengar 3 kali je bende tu melompat dalam asrama lepas tu tak ada dah. Ingatkan aku sorg yg dengar tp pagi tu aku tanya yg lain dorg ada juga yg dengar. Waktu pintu asrama terbuka aku dgn yg lain ada terdengar bunyi orng mendengus dngan kuat. Nasib baik tak ada ternampak bende tu sbb semua masing-masing dlm kelambu.

*Hantu Ngelansat – sejenis makhluk yg hanya jalan/melompat lurus shja. Tertarik dengan bau wangi. Elakkan guna wangian di kwsn hutan waktu malam.

Kisah Kedua

Kisah kedua ni waktu tu sekolah asrama pagi, Time kelas PJ. Turn aku pergi sorg ambik peralatan PJ. Dah smpai dkt stor sukan tu, terdengar bunyi anjing menggonggong tp bila check dlm stor tu tak ada anjing lansung lagi pun stor sukan kecik je. Selang beberapa saat lepas tu, terdengar salakkan anjing di bhgian luar stor. Bukan sekor tp bunyi salakkan anjing ni lebih kurang dlm 2 @ 3 ekor mcm tu.. Tengok dekat luar stor sukan lansung tak ada satu anjing pn berkeliaran.. Terus lari lebih kurang jarak dalam 40 meter mcm tu, bila toleh sebelah kanan ternampak perempuan rambut panjang warna putih cecah tanah, baju putih, muka tak nampak sbb tertutup dengan rambut tngh mencari something dekat tmpt pembuangan smpah sekolah tepi bilik stor sukan. Terleka dekat situ smpai kawan tegur lama sngt ambik peralatan sukan. Sedar je, bende tu dah tak ada.

Kisah Ketiga

Lepas habis kelas malam dalam pkol 8 mcm tu, semua pelajar pergi ke kantin sekolah utk minum malam sblm masuk asrama. Time keluar asrama ternampak bebola api terbang atas atap kelas. Tak sempat nak tegur terus hilang mcm tu je. Lepas balik daripada kantin sekolah, nak naik ke tandas sblm masuk asrama ternampak lagi sekali lalu dkt atas pokok ara sblh tandas lelaki (pokok besar yg menyeramkan). Kali ni sempat bgitau 2 lagi kawan, kita orang terus berlari masuk ke asrama. Keesokkan harinya, kawan lagi sorg cerita dekat cikgu lepas tu cikgu tak suruh bgitau orang lain & cikgu belanja coklat. Smpai ke sudah cerita tu hanya dekat kita orang je.

Kisah Keempat

Waktu musim buah hujung tahun, aku ikut ayah aku pergi kutip buah durian dekat dusun. Tengah mencari buah durian yang jatuh dekat tanah, ayah aku sempat tegur aku jangan takut kalau nampak bende atas bukit sana & kalau boleh buat bodoh je. Sekali pandang atas bukit terkejut aku nampak mata merah berkelip-kelip dkt tepi semak samun sane. Lepas tu, ayah aku suruh aku cepat2 kutip durian & naik perahu balik.. Sampai dkt rumah ayah bagitahu aku yg tadi aku dgn ayah aku nampak tu Hantu Raya. Nenek aku kata nasib baik aku dgn ayah aku terus balik kalau tak ssh nnti.

*Hantu Raya – Makhluk seakan gergasi tetapi hanya akan munculkan diri dalam bentuk seperti mata yang besar warna merah. Orang-orang tua kata makhluk ni mmg suka budak-budak.

Kisah Kelima

Waktu ni pergi mandi sungai dkt belakang kampung, aku dengan 5 orang sepupu beradik masuk ke dalam hutan. Tengah mandi tu tetiba hujan panas, sepupu yg sorg ni ajak balik sebab tak elok ke luar rumah kalau hujan panas. Sepupu yg ajak balik tadi ada pesan waktu hujan panas kena letak rumput lalang dkt telinga supaya tak kena kacau dgn Sumpit Lachau. Tapi sorg pn tak ambik tahu sebab nak balik cepat.

Dalam perjalanan balik tu, sepupu lagi sorg mengadu sakit kaki tak boleh berjalan. Katanya berat sangat nak melangkah. Tetiba kaki dia jadi merah semacam. Kita orang jadi buntu nak buat apa sebab nak dukung sepupu sorang ni tak larat badan besor.. Kebetulan waktu tu ada Aki Ajau (Orang tua berilmu dkt kampung) yg baru pulang dari kebun dia tak jauh dari tmpt kita orang mandi, dia datang ke arah kita orang cepat2 dia tepis kaki sepupu sorg tu. Lepas tu dia angkat sepupu aku bawa balik dan kita orang follow sekali. Sampai dkt rumah Aki Ajau suruh bini dia keluarkan bekas berubat dia then baca something. Kaki sepupu yang merah tadi jadi normal balik. Aki Ajau kata tdi ada anak buyuk main dkt kaki sepupu. Tu yg susah nak jadi. Aki Ajau dah halau benda tu balik tmpt dia.

*Sumpit lachau – istilahnya apabila waktu hujan panas harus pakai lalang dkt telinga bagi mengelakkan gangguan daripada makhluk halus. Biasanya org yg kena tu akan sakit pinggang rasa kena cucuk jarum & lemah semacam.

*Lachau – ikutkan spesis cicak hutan tak pasti mcm mne orang kmpg ckap ianya boleh dijadikan sumpit lachau.

*Hantu Buyuk – Kak ponti.

Kisah Keenam

Kejadian ni berlaku selepas dua minggu pindah rumah baru dkt KL, waktu tu aku duduk sorang je sbb 3 lagi housemate aku keje. Aku pun cuti aritu sbb keje shift. Time ddk sorg layan game Mobile Lagends, tetiba dkt dapur ada dengar bunyi cawan bergerak, first tu buat bodoh je la x ambik tahu. Setakat cawan berbunyi tu ape la sangat.. Lepas tu dkt luar rumah ada orang bagi salam dua kali.

Suara perempuan sayu je. Aku jenguk la dkt lubang pintu, tp tak ada orang pn. Dkt sblh rumah kita orng couple cina duduk, 2 rumah dkt depan tu pula belah kanan orang jepun & belah kiri kosong. Memandangkan aku bkn muslim aku tak bagi salam balik dan aku terus sambung main game semula smpai la housemate yang lain balik. Aku tak nak cerita dkt yg lain supaya dorang tak takut nnti.

Harap-harap la tak datang bende tu nnti bagi salam balik.

Kisah Ketujuh

Time ni family aku baru je pindah dkt bandar di Sibu Jaya, Sarawak. Rumah yg family aku pindah ni dkt teres 2 tingkat – Town Villa. Satu teres tu ada 8 buah pintu sebaris & depan rumah kita orang juga sama 8 buah rumah teres bertingkat.

Tapi satu tmpt tu hanya rumah kami je yang dah duduk dulu dan kawasan rumah kami la yg paling hujung di taman situ. Malam tu, ayah aku tak ada jadi tinggal mak aku, aku dgn 3 adik aku yg lain. Time kejadian, adik aku dkt tingkat atas & mak aku dgn yang lain tngk tv termasuk aku sekali. Adik aku yg dkt tingkat atas tadi dengar ada orang ketuk pintu atas bnyk kali. Mula-mula pelahan katanya lepas tu laju.

Dalam masa yg sama juga mak aku pergi ke tandas dan terdengar bunyi yg sama org ketuk pintu dkt tingkat atas. Adik aku yg dkt tingkat atas tadi berlari ke bawah dan bgitau mak aku. Lepas tu mak aku suruh bakar bekas telur then sapu dekat dinding rumah. Waktu tengah sapu bekas telur yg dibakar tdi still lagi ada dengar bunyi org ketuk tapi slow la.. Kejap ada kejap tak ada. Lepas sapu bekas telur tdi dekat smua dinding rumah bunyi tu terus hilang..

Sekian itu sahaja kisah dari saya setakat ini..Thank You

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]
Joannes

7 thoughts on “7 Pengalaman Seram Aku di Sarawak”

    • Hantu buyu kalau kat tempat saya dia bukan kak ponti tapi sejenis hantu yg menyerupai manusia tetapi tidak mempunyai jasad. Macam entiti gelap atau bayang2 hitam bentuk manusia… Kadang2 benda ni boleh wujud dlm bentuk lelaki dewasa atau budak2. Sebab org kampung saya pernah kena kacau dengan hantu buyu ni yg nak menjadikan org kampung saya ni jdi emak kepada anak benda tersebut. Sampaikan org kampung sya ni mcm org gila makan serangga, ketawa sorang2 smbil memangku anak patung seakan2 mcm seorang ibu memangku anak & paling truk sekali bila dia hampir bukan mcm manusia (lidah dia bercabang mcm lidah ular) dipendekan cerita, sekarang sudah normal bila dah berubat cara tradisional .. Kalau kak ponti & langsuir ni kita org panggil “antu indu/antu dara telanjing/antu kolir”

      Reply
  1. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 2
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 1
    Comment : Cerita yg sgt nice. Tapi keseluruhan cerita, ada yg seram, ada yg biasa2 seram. Tpi tetap best. Boleh rasa real cerita anda. 8/10 👍

    Reply
  2. Teringat masa kecik2 tunggu durian, pantang tok nenek dlu2…jgn bawak bantal ke pondok durian. Kalau tidak ada benda mengikut. Paling popular, hantu bajang. Hantu bajang ni berupa buah yang bergolek2 di bawah pondok tunggu durian tu. Dia ada bunyi spt budak kecik menangis. Tp x mengacau org sgt cuma bunyi tu seram gila. Buat x tau je laaa…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.