MENGURUT

“Aduh aduh sakit la sayang, tak tahan dah ni pinggang ni asyik nak letak ubat je”.

“Tu lah, ayg pun tak tahan sakit sangat dah pinggang ni”.

“Minggu ni kita balik kampung mengurut nak tak?”

“Ha boleh jugak mana tau elok pinggang ni”.

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinanku bersama suami tercinta. Sudah masuk 3 minggu kami berkahwin dan sudah 2 minggu kami duduk di rumah baru.

Biasa lah rutin masuk rumah baru, angkat segala barang, kemas sini kemas sana sawang sini sawang sana jadi kerja-kerja berat banyak yang kami lakukan. Dengan kerja yang sedia ada di pejabat membuatkan kami penat mengemas jadi pinggang pun sakitlah banyak barang angkat.

Waktu itu aku belum berkahwin lagi jadi kami akan mengemas pada hari minggu sahaja dan semuanya siap dikemas seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Setelah berkahwin dan duduk di rumah itu, tiada kejadian pelik yang berlaku pada aku mahupun suami.

Cuma, sakit pinggang yang kami lalui tidak hilang dan makin teruk. Hujung minggu yang lepas, aku dan suami balik ke kampung dengan niat mahu mengurut di rumah Kak Yatie (seorang warga Indonesia dan sudah lama menetap di Malaysia).

“Yang, harini ayg jela yang mengurut, b tak nak lah”, kata suami aku. Aku okay je bila suami aku cakap macamtu.

Pertama kali aku masuk ke rumah Kak Yatie, tiada apa yang berlaku. Dia hanya memandang dan berborak seperti biasa. Sebelum sesi mengurut, dia berbual kosong dahulu. Mungkin mahu mencari kekuatan mengurut kerana dia baru sahaja lepas mengurut orang yang sanggup datang berpuluh puluh batu jauhnya. Ada yang dari Pasir Mas, ada yang dari Putrajaya. Banyak orang yang datang kat Kak Yatie ni.

Waktu nak mulakan sesi mengurut tu, dia minta aku tukar pakaian dengan memakai kain batik sahaja. Sudah itu, aku diminta berbaring dan dia mulakan mengurut badan aku dimulai dengan tangan.

Bila dia mula mengurut, tiba-tiba dia berkata, “kau bawa apa datang rumah aku ni, kau tengok bulu roma aku terus meremang”. Aku memang tak faham apa maksud Kak Yatie tu. Kefahaman aku, “oh badan aku banyak tak sihat kot sebab aku tak pernah pergi mengurut”.

Tapi, tak lama lepas tu Kak Yatie terus membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan selawat secara berterusan. Aku masih dengan blur aku yang tak faham-faham. Kak Yatie kata lagi, “dari kecil ni kau bawa”.

Ya allah sumpah aku tak faham dan aku terus terang je dengan Kak Yatie tu, “kak saya ni lembap sikit kak, saya straight forward je, kalau kias-kias saya memang tak faham”. Macamtu lah aku kata dengan Kak Yatie tu.

Dia gelak je sambil berborak dengan aku. Dia sambung lagi, “kau tak ada mimpi pelik-pelik ke dik? Aku terus teringat mimpi aku dari kecik dan aku ingat sampai sekarang. Dan juga mimpi yang aku alami waktu aku besar.

Dalam mimpi aku waktu kecik, ada satu wajah datang ke arah aku dengan calar-balar dan aku akan terus terbangun. Benda itu jadi waktu aku kecik dan aku masih ingat sampai sekarang. Bila aku besar, aku mimpi lagi, dalam mimpi aku tu aku didatangi seorang perempuan muda lebih kurang baya aku jugak (cerita ni aku sudah tuliskan dalam FS) http://fiksyenshasha.com/siapa-awak/

Mimpi aku tu terjadi 2 kali dan aku masih ingat mimpi tu. kata Kak Yatie,”kalau mimpi kita takkan teringat sampai sekarang, itu bukan mimpi, dia memang bawak kau ke alam dia”.

Start dari situ, aku mula faham. Kak yatie terus terang pada aku, ada benda yang dah lama duduk dalam badan aku semenjak aku kecil sampai sekarang. Tadi, dia menyorok di sebalik urat-urat aku, sebab tu Kak Yatie tak nampak, tapi sekarang dia tak boleh lari. Sebab itu juga badan aku selalu lebam-lebam, bukan sebab badan aku sensitive je, tapi sebab dalam badan aku sudah ada makhluk lain.

Kak Yatie masih mengurut aku dan pada saat dia mengurut perut aku, dia kata “aku akan keluarkan dia dari badan kau tapi sebaik sahaja minyak urut ni habis esok pagi, dia akan datang dalam mimpi kau semula. Aku terdiam dan kaku dengan kata-kata Kak Yatie.

Selepas Kak Yatie mengurut aku di bahagian belakang tengkuk, dia bangun dan duduk di kerusi. Waktu ini aku sudah duduk menghadap dinding dan suami aku di belakang kiri aku.

“kenapa kau sebak sangat? Kenapa kau sedih sangat? Kata Kak Yatie pada aku.

Aku memandang ke dinding dan aku terus menitiskan air mata. Tak semena-mena aku menangis seperti aku kehilangan sesuatu. Rasa sebak dalam hati aku sampai aku merintih. Suami aku terus memeluk aku dan meminta aku mengawal diri dan perasaan. Selepas itu, aku berhenti menangis dan pelik dengan diri sendiri, KENAPA AKU MENANGIS.

“Kau kena bawa isteri kau berubat mil, nanti melarat. Ini keturunan punya bukan menumpang sahaja”.

“Kau kena tanya pada keluarga kau, sama ada mereka menyimpan rahsia daripada kau tentang apa-apa kerana ini keturunan punya, aku boleh ubatkan tetapi keturunan punya ada syarat-syaratnya. Kau tanya dahulu pada nenek dan atuk kau”. Aku hanya boleh buangkan sekejap tak lama lagi dia akan datang semula.

Lalu suami aku pun buka cerita, selepas kami berkahwin dah 3 kali dia bermimpi tentang aku. Dalam mimpi tu, aku tinggalkan dia. Memang dia pernah beritahu aku, tapi aku katakan bahawa itu mainan tidur kerana syaitan mahu porak perandakan rumahtangga kita. Tapi kali kedua mimpi itu jadi lagi dan kali ketiga pun sama.

Kak yatie kata, “benda itu tak suka kau kahwin dengan perempuan ini mil, itu hak dia, sebab itu juga dia bagi amaran dalam mimpi kau suruh kau tinggalkan dia”.

Dan kau, “kau suka marah-marah tanpa sebab, sikit hal pun kau marah melenting bukan?”. Macam mana Kak Yatie tahu sedangkan aku takde cerita apa-apa kat dia? Omgg dahsyat betul kan. Aku diam senyum2 kambing jela sebab memang betul pun.

Kebetulan, aku singgah di rumah mak aku sebelum balik KL. Aku ceritakan pada mak aku dan mak aku buka cerita, “adik kau bagitahu, haritu dia balik sini naik teksi dan pakcik teksi tu bagitahu kat adik kau, “dik, awak ada saka”. Terus mak aku call paksu aku minta ustaz tengokkan betul ke pakcik teksi tu.

Dan aku, masih dengan tanda tanya. Aku akan berubat secepat mungkin sebab aku baru tahu je ni ahad (semalam) 4/3/2018

#farah

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

36 thoughts on “MENGURUT”

  1. Sapa yang nak memgurut dan untuk pulih dari gngguan makhluk hakus boleh wasap saya 0111069796, jika ada masalah tumah tangga, nak imhtuar hamil insyallah saya boleh bantu

    Reply
    • kann nsb baik dri awal sedar. sbb hritu tok sy pun sakit jgk. tp dh lama dlm bdn . sy muda lg okay la detect awal tu pun sy nk buang cpt2

      Reply
  2. awak… sama macam saya juga.. sy pernah berurut secara urut kampung ni.. kenalan atas kenalan la tukang urut tu.. esok tu lepas berurut.. badan dia pulak lebam lebam habis.. katanya lpas dia urut sy ptg tu smpai ke malam.. ada something kacau dan marah dia sbb sntuh sy.. lpas tu.. dia nak cuba bantu sy lagi. dia mandikan sy dgn air tawar dia.. malam tu dia kena kacau lagi…tapi lagi teruk dia kena.. smpai suami tukang urut tu.. terus bawak balik ke rumah dorang… sy xjadi nak smbung berubat.. katanya..kalau nak smbung..kena pegi stay kat uma dia beberapa hari.. kata nya.. no wonder la memula sntuh sy.. bdan dia meremang.. kalau ada contact tukang urut tu.. nnt boleh la share.. mana tau.. kot boleh berubat sekali ke macam mana ke… sy belom la kawin lagi.. tapi sakit pinggang.. macam xde kesudahan.. hmmm…

    Reply
    • mmg ade tukang urut mcmtu. kt tmpt lain ade juga yg mengurut tapi andai dalam badan kita dah ade something, dia xnk urutkan sebab dia x kuat. habis badan makcik tu kene lebam sampai demam teruk. awak search je kampung majau, negeri sembilan sebab rumah akak tu masuk kampung dalam. nama akak tu kak yatie. awak tanya orang di mana rumah kak yatie tu. kalau dapat waze, waze je kampung tu sbb kdg2 line x de kat sana.

      Reply
  3. Pergi berubat ye. Kadang2 bila nak berubat jek, mcm ade yg menghalang. Ade hal la, ape la. Kuatkan hati, kuatkan semangat. Sy doakan awk sekeluarga dilindungi dr perkara2 buruk.

    Reply

Leave a Comment