Menumpang

MENUMPANG…

Hyee assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru harini berkesempatan nak kongsi sama dengan #FiksyenShasha lovers pengalaman paling seram selama 21 tahun aku hidup. Itu pun kalau cerita ni diterima. Cerita ni tak adalah menyeramkan sangat kot bagi korang, tapi cukup seramlah bagi aku hadap benda macam ni, sampai seminggu aku demam sampai warded lagi. Buat pengetahuan semua, ini adalah pertama kali aku mengarang cerita sendiri. Tapi aku akan cuba yang terbaik untuk bagi korang rase perasaan seram tu. Jangan risau, cerita saya ini berdasarkan cerita benar. Tak ada reka-reka, tak ada copypaste.


Cerita ni terjadi pada 2 bulan lepas. Aku ada ikut satu acara dekat satu mall ni dekat tempat aku. Part-time dengan bos aku untuk 3 hari berturut-turut. Tak perlu kot aku mention mall mana sebab tak penting pun. Aku buka gerai untuk tiga hari sempena festival Ambang Ramadhan. Sepanjang jaga kedai dekat sana dari pagi sampai malam aku akan stay sana. Jadi bila hari terakhir acara tu, lepas acara habis lebih kurang jam 12 tengah malam, lepas siap-siap kemas semua dalam 12.30, aku siap-siap nak balik. Untuk hari terakhir acara tu, aku terpaksa pergi dan balik dengan motor, sebab bos aku ada urusan dekat kampung katanya. Jadinya, aku balik sorang-soranglah malam tu dengan motor. Rumah aku dengan mall tu lebih kurang 30 minit jauhnya. Itu pun lalu highway. Lalu jalan lama, mau hampir sejam baru sampai!

Lepas dah selesai kemas semua, aku pun sudah siap sedia berjalan nak balik ke parking lot dekat aku park motor aku. parking lot mall ni bukan bertingkat ye . mall ni hanya 1 tingkat sahaje, jadi dia punye parking lot semua kat luar dan kawasan dia agak luas. Bila tengah malam macam tu korang tahu la kan peasaan seram dia tuh tahap macam mana.. dan berapa kerat sangat la motor yang tinggal ? Aku sorang je lagi weh time tu . Jadi aku pon percepatkan lah langkah untuk sampai ke parking motor .

Masa siap-siap nak start moto pakai helmet apa semua…. aku terpandang satu susuk badan yang berdekatan dengan satu pokok lebih kurang 100 meter depan aku,  kenapa mesti  masa ni, tiba-tiba datang perasaan yang bukan-bukan. Memang tak pasti tuh apa benda sebab aku dah mamai campur penat mengantuk semua Jadi tak ambik kesah sangat pon , yang aku tahu benda tu berkain putih berdiri kat sebalik pokok . pejam celik aku duk perhati benda tuh . Jadi aku fikir mainan perasaan je kot . Lepastu aku start laa motor dan terus balik . Masa nak balik aku lalu depan pokok tadi dan aku tengok sekilas pandang macam pakcik security guard tapi tidak pasti pula. Aku terfikir jugak laa dah kenape guard tuh tercegat tak bergerak langsung.. kaku je. nauzubillah .

Dalam perjalanan aku balik dari mall .. jalan time tu memang dah lengang sangat . Jam waktu tu pon dah nak pukul 1 pagi.. Sepanjang dari mall ke jalan rumah, aku lalu ikot highway, jadi jalan agak kosong laa .. 1pagi kot . yang lalu pon kebanyakannye bas dan lori je . Jalan pulak gelap dan lampu jalan tak berapa nak terang .. Ada juga lampu jalan yang tak menyala .. jadi ditemani cahaya bulan jelaa nampaknya.

Dalam 5km nak sampai rumah ..sampai kat satu jalan yang dari awal aku memang tak nak lalu sebab dah agak jalan ni tengah malam memang horror sangat sangat . Tapi apakan daya sebab nak cepat sampai aku terpaksa jugak lalu . Jalan pintas la kiranya .

Sepanjang aku lalu jalan tu memang tiada langsung kereta lalu . lampu jalan pulak tiap satu jarak bukan main jauh, aku dah mula meremang dan rase macam-macam dah . Jalan yang aku lalu tu kawasan yang agak berbukit dan memang sunyi sangat . bunyi angin je weh . 1km lebih jugak baru akan jumpa rumah-rumah dan kedai-kedai area situ. Jadi kiri kanan adalah bukit .

Mase aku lalu jalan tu aku tak pikir apa , terbayang yang indah-indah saja… mase lalu kat jalan tu juga aku betul-betul rase semacam , tak senang duduk aku masa tu . Macam aku ada bawak orang tumpang kat belakang . kenape rasa berat ?? . hah sudah, cuak time tu bukan main lagi . habis hilang semua yang indah-indah tadi . segala macam surah dan doa aku baca . Berterabur dah masa tu

Perasaan takut mula terasa sangat da masa tu.. Tiba-tiba ada sebuah kereta lalu depan aku dari arah depan. Lega tu ada la sikit, dalam hati ada juga masih orang yang lalu. Siap bagi high-beam lagi. Mungkin sebab jalan aku lalu tuh agak gelap sebab tu dia bagi high-beam.

15 minit lepas tu aku pun sampai rumah . Masa aku nak tutup pagar rumah, tiba-tiba ada angin datang menerpa muka aku . sekali lalu je . pokok  yang berada disekeliling ruamh tak pula bergoyang. Masa tu aku sudah mula merasa pelik dan bulu roma tegang berdiri. Aku terus masuk dengan secepat ke dalam rumah.

Keesokkannya ..

Aku keluar pegi kedai, terjumpa laa sorang jiran aku nih , aku bagi nama dye Kakcik . Lepastu  dia pon bertanya kat aku

“ Dari mne smalam dik tgah mlam bru blikk .. lalu kat bukit sana tu ?”

“ouh laa kakcik ke yang bagi high-beam semalam .. haah balik dari kerja semalam kat mall ada event. tak perasan pulak kereta kakcik sebab bagi high-beam mana nak nampak sangat haha “ aku jawab

“ouh lewatnya balik . nasib baik berdua, ada kawan temankan .. kalau berdua tu takpe laa lalu ikut situ . pasni kalau sorang jangan lalu malam-malam kat situ, dah banyak la kak dengar cerita pelik-pelik mengenai jalan tu, risau jugak tengok kau berdua bawak motor tengah malam lalu situ . . dah laa dua-dua perempuan “ jawab kakcik

Kawan ? Perempuan ? Tertanya-tanya .. kawan mne??

“Jap .. kakcik saya balik sorang-sorang jelaa semalam dari mall . Mana ada kawan teman ke apa. Saya lalu kat situ pun sebab terpaksa , nak cepat sampai rumah . Errr kakcik nampak saya berdua ke semalam ? “ aku tanya kakcik sambil perasaan cuak dan macam-macam time tuh.

kakcik dengan muka pelik “ aih kau ni dik biar betul . haa yelaa kakcik nampak kau berdua la semalam sebab tu kakcik bagi high-beam . Kat situ kan gelap  tak nampak sangat jalan. Tapi kawan kau tu akak tak cam sangat, tak nampak muka, mungkin sebab dia dekat belakang kot. Yang akak tahu freehair kan ?  “ aihh main-main pulak kakcik ni

“Demi Allah kak .. saya sorang je balik semalam . saya mana ada kawan freehair macam tu . kawan saya semua bertudung lagi pon kawan semua dah belajar jauh semua “ macam dah nak menangis dah aku kat situ . nak terkencing pon ye .

Kakcik pon dah berubah air muka, dia pon dah rasa pelik semacam, nak percaya ke tak .
masing- masing bersuara mengenai kejadian semalam.

Bermula dari hari tu aku demam panas selama seminggu dan ditahan wad untuk 3 hari . Taubat dah memang taknak dah bawa kereta ke naik moto ke, kalau sorang-sorang pada waktu malam lalu dekat jalan tu .

konklusinya siapa yang tumpang aku malam tuh???

Yang pastinya kakcik dengan jelas nampak aku bawa seorang waktu malam tu.

“Sebab tu juga aku rasa berat semacam seakan ada yang menumpang malam tu ”

#sekian

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Menumpang”

  1. Kaku je. nauzhubillah.

    Kepada penulis, maksud “nauzhubillah – moga dijauhkan dari Allah”
    Perlu sebut penuh “Nauzubillahiminzalik – Moga dijauhkan daripada Allah daripada perkara tersebut”

    Percakapan kita satu doa..jadi lepas ni amalkan sebut penuh ok..

    Reply

Leave a Comment