Percutiaan Bersama Teman-Teman

Perwatakan : aku (Ila), Nana, Jes, Sha, Dee, Riri.
Tempat : Port Dickson

Pada pagi jumaat yang indah, aku, Sha, Dee, dan Riri telah memasukkan barang-barang kami ke dalam bonet kereta. Pada pagi ni kami berempat bergerak dahulu ke Port Dickson untuk mendapatkan kunci rumah hotel kami agar kami tak lambat untuk check in.

Perjalanan dari kuala lumpur ke Port Dickson memakan mase 1 jam. Kitaorang sampai disana dalam pukul 11 lebih. Sampai sahaja kami dihotel, kitaorang terus berjumpa dengan Wak , umurnya lingkungan ayah aku. Setelah kitaorang memberikan jumlah duit kepada wak, wak terus beransur pulang dengan kadar tergesa gesa. Katanya dia ada hal. Kalau nak ikutkan kita check in pukul 2. Tapi tak tahu kenapa ketika itu Wak benarkan kitaorang check in awal tanpa ada bayaran lebih.

Untuk pengetahuan korang, rumah yang kitaorang sewa ni mempunyai 2 bilik. Jadinya kitaorang membahagikan kepada 3 orang satu bilik. tetapi Sha dan Nana ingin tidur luar pada malam yang pertama. Oh berbalik pada Nana dan Jes. Kenapa pagi tu dorang tak gerak kerana dorang masih lagi bekerja. Jadi aku dan Sha akan patah balik untuk ambil dorang pulang dari kerja.

Misterinya terjadi ketika ini……….

Orang tua-tua selalu cakap kalau nak pergi ke mana-mana jangan patah balik, tak elok. Tapi biasa lah, masih zaman remaja. Mane lah tahu kata-kata atau pepatah orang lama ni. Perjalanan kitaorang patah balik memakan masa hampir 2 jam. Terlalu lama aku dengan Sha dalam kereta berpusing pusing mencari jalan. Akhirnya sampai di KL pukul 6 petang sedangkan kitaorang keluar dari bilik hotel pukul 4 petang.

Setelah kitaorang ambil Nana dan Jes, kitaorang terus bergerak meluncur ke Port Dickson. “Ila, boleh tak kau pasang ayat alquran ni dekat dalam kereta?” Nana bersuara tiba-tiba sambil hulurkan cd. “Kau bagi dekat Sha, suruh Sha pasangkan. aku tengah drive ni.” Aku mengambil kan cd tu dan hulurkan pada Sha. Cd pun mengalunkan ayat-ayat alquran dan kereta terus meluncur laju.

“Weh Ila, boleh tak nak minta pasang lampu kereta ni? gelap lah dekat luar. takut.” Jes mula bersuara sambil menggenggam tangan Nana. Aku dengan pantas sebab taknak dorang takut terus bukakan lampu. Tak sampai 15 minit tiba-tiba radio yang mengalunkan ayat alquran mula tenggelam timbul bagaikan tiada signal. Sedangkan kitaorang pasang cd bukan radio. Aku dan Sha pandang sesame sendiri.

“Dorang dah tidur lah Ila. Bagus juga dorang tidur. Tutup lah lampu. Kang silau pulak kau.” Sha bersuara apabila pusing ke belakang melihat Jes dan Nana tidur dengan nyenyak nya. Setelah kitaorang tutup lampu, “bummm.” kitaorang terkejut tiba-tiba ade sesuatu yang jatuh di atas kereta kitaorang. Aku dengan Sha dah mulai pandang sesame sendiri, tapi Nana sahaja yang terjaga dek kerana terkejut bunyi tu.

“Weh bunyi ape tu?” Nana pula menegur dengan secara tiba-tiba. “Takde pape. Aku terlanggar batu tadi.” Aku bersuara sambil senyum dekat Nana. “Nana, tidur jela dah sampai nanti kitaorang bagitahu.” Sha bersuara supaya tidak membuatkan Nana takut. Aku yang ketika itu sedang memandu terpandang side mirror sisi ku. Alangkah terkejut nya aku rupanya ada yang menumpang kenderaan kami.

“Sha, kau jangan pandang sisi kereta. Kau pandang straight jeh. Aku taknak kau dok ke depan ke belakang. Aku tak nampak side mirror.” Aku memberi amaran kepada Sha supaya tak pandang ke side mirror. “laa kau tak nampak ke dari tadi. sorry-sorry, aku tengok sebab aku takut kau tak alert ade kereta ke tak?” Sha bersuara sebab memang dari tadi Sha membantu aku. Kadang-kadang aku ni rabun malam dan tak nampak kereta lain meluncur laju dari sebelah kiri mahupun kanan. Tapi kali ni aku betul-betul taknak Sha pandang.

“Kalau betul kau nak tumpang, tumpang lah. Tapi aku harap kau pergi bila dah sampai destinasi kau.” Aku mengomel sendirian bagi memesan kepada sesuatu itu.
Setelah sampai simpang untuk masuk ke Springhill, aku mulai nampak benda tu beransur pergi. aku ingat kan bila dah pergi tu takde masalah. Tapi tekaan aku silap, baru je nak masuk simpang Springhill, tiba-tiba kereta kitaorang termati ditepi jalan. Aku cuba untuk hidupkan enjin. Tetapi tidak dapat dihidupkan.

Aku dengan Sha dah pandang sesama sendiri, dan kitaorang keluar dari kereta dan buka bonet depan untuk cek. “Weh korang kenapa dengan kereta? Macam mana boleh termati?” Aku dan Sha terus terkejut dan mula menyumpah bila nampak Jes keluar dari kereta sambil terkesat kesat mata dia. “Allahuakbar kau ni Jes. Terkejut kitaorang, ingat korang tidur. Kau pergi jela masuk dalam kereta. Kitaorang nak tengok jap.” Sha menghantar Jes masuk semula dalam kereta. “Sha kau try start kereta kejap.” Sha mencuba untuk start kereta. Dah habis pulas aku cube , akhirnya aku buat keputusan untuk baca ayat kursi, alfatihah dan 3 qul untuk pelindung aku dan kawan-kawan aku.

“Sha kau cuba sekali lagi.” Aku menjerit lagi suruh sha cuba. Setelah 2 kali Sha cuba akhirnya berjaya juga start. Sha terus mengubahkan tempat duduk dia ke tempat sebelah dan ketika aku nak tutup bonet depan, dengan alangkah terkejutnya bila aku nampak cik ponti betul-betul dibelakang cermin kereta sambil tersenyum menyeringai. Kalau nak diikutkan memang rase nak pengsan. Tapi aku gagahkan juga untuk masuk dalam kereta dan teruskan perjalanan.

Dalam fikiran aku terngiang lagi wajah cik ponti tu , sampai aku tak bercakap dengan dorang dalam kereta. Sehinggakan Sha menegur untuk tanya same ada aku okay ke tidak kerana melihat aku yang terdiam dari tadi.


Sebaliknya di hotel kitaorang pulak Dee dan Riri ditinggalkan kerana dorang taknak ikut. Sewaktu dorang tengah leka melayan tv, tiba2 dorang terdengar suara aku yang pergi ambil Nana dan Jes bersama Sha.

Bersambung…….


Assalamualaikum, D.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cik Pelik
FOLLOW FB KAMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.