Mereka Yang Tak Terlihat

Salam perkenalan buat pembaca fiksyen shasha, nama aku Aris berasal daripada kelantan. Aku memang suka menulis dan juga aku peminat tegar fiksyen shasha. Sebelum ni aku hanya silent reader tapi hari ini aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman seram yang dialami sendiri oleh aku dan beberapa ahli keluarga aku. Aku mencuba nasib, tapi sekiranya pengalaman aku disiarkan oleh fiksyen shasha aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengizinkan aku berkongsi dengan korang semua. Tanpa berlenggah lagi aku akan mulakan kisah pengalaman seram aku;

Suara Jeritan:

Kisah ini berlaku semasa aku sedang melanjutkan pengajian aku di sebuah Politeknik yang terletak di negeri pahang pada tahun 2017. Maklumlah baru nak jejakkan kaki di negeri perantauan buat pertama kali dan berpisah dengan keluarga tentunya aku excited. Semua persiapan telah aku siapkan kami bertolak ke Pahang pada waktu tengah malam, seingat aku waktu baru 2 minggu umat islam menyambut ramadhan. Tepat pkl 8 pagi aku dan keluarga sampai di politeknik tersebut. Setelah siap urusan pendaftaran dan mendapatkan kunci bilik aku dan keluarga memasuki bilik yang bakal aku duduki….

Mulalah hidup aku sebagai mahasiswa di pengajian tinggi, setiap bilik akan di duduki oleh 4 org. Roomate aku terdiri daripada kak min (Selangor), Iya (Terengganu) dan Ieqa (Johor). Sepanjang dua minggu pertama semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan maklumlah masih di dalam bulan ramadhan. Setelah dua minggu berpuasa di perantauan kami di izinkan pulang ke kampung halaman masing2 untuk menyambut Raya.

Kisah seram aku bermula apabila dua bulan telah berlalu, aku sejenis yang lambat dalam pembelajaran matematik jadi setiap malam aku akan tidur lewat untuk ulang kaji dan menyiapkan assignment. Malam kejadian, jam telah menunjukkan pukul 3:40 pagi aku masih sibuk mencari jalan kira untuk menyelesaikan assigment. Aku sejenis yang memakai earphone dan mendengar lagu sambil menyiapkan assignment. Roomate aku semua suka tidur dalam gelap jadi setiap malam bersuluhkan lampu belajar aku menyiapkan assignment aku. Aku yang leka membuat jalan kira untuk soalan matematik dikejutkan oleh suara jeritan yang kuat dihujung blok B asmara. Aku berada di bahagian A yang berdekatan dengan pondok pengawal, Bahagian B terletak berdekatan dengan hutan tebal….

Aku yang terkejut terus menanggalkan earphone dan mengamati jeritan itu, ia seolah seseorang sedang ditarik. Aku bukan sejenis yang berani tapi tidak terlalu penakut, tak menunggu lama aku terus menyambung kembali kerja aku yang tergendala akibat jeritan biarpun hatiku kuat berdetak seakan ingin pecah. Ingatan kembali terhadap nasihat ayah, ‘Duduk tempat orang jaga niat. Niat tu biar betul untuk belajar. Mulut jaga, in sha allah takde benda buruk jadi.’ Aku buat – buat tak kisah dengan apa yang baru aku dengar dan memasang kembali earphone.

 

Tiba – tiba dari earphone aku terdengar hilaian kecil seakan berbisik tapi masih dapat ku dengar di dalam keadaan sunyi. Hati yang dari tadi berdebar semakin berdebar, waktu tu hanya Tuhan yang tahu. Nak atau tak aku terus membuka lampu bilik yang besar. Untung katil aku berada di sebelah pintu dan berdekatan suis lampu. Roomate aku tersedar dek aku membuka suis lampu, keluhan mereka aku biarkan tanpa jawapan kerana rasa takut yang menyelubungi aku. Pelbagai kemungkinan bermain di minda aku, malam tu aku tak dapat lelapkan mata langsung dan hanya berselubung dibawah selimutku. Keesokkan dekat kelas aku tertidur terus kerana terlalu mengantuk yang amat.

Habislah kisah pertama aku, mungkin bagi sesetengah korang ia tak terlalu seram tapi pada aku ia cukup untuk membuat aku ketakutan..Aku bersyukur kerana hanya diganggu oleh suara dan bukannya melihat wujud mereka. Tak boleh bayang kalau dia org wujudkan depan aku pengsan or what would happen. Jom ikuti kisah kedua aku yang berlaku kepada abang aku dan sepupu aku.

Resort berdekatan jambatan:

Pada hari jumaat abang aku dan sepupu aku bersertakan isterinya keluar menghabiskan masa ke Tok Bali. Mereka melakukan aktiviti bbq dan karaoke sehingga jam 2 pagi. Disebabkan malam tu mereka terlalu penat untuk memandu pulang ke kediaman masing2 yang terletak di Kota Bharu. Mereka memutuskan untuk menyewa satu resort untuk bermalam dan akan pulang ke rumah pada keesokkan harinya.

Sepupu aku dan isterinya tidur di atas katil manakala, abang aku tidur di lantai bersebelah katil mereka. Semuanya tidur dengan nyenyak tapi tidak bagi abang aku yang tidurnya diganggu oleh hilaian seorang perempuan yang sangat nyaring. Jam menunjukkan pukul 4 pagi, abang aku yang mulanya tidak ingin mengambil serius hanya memejamkan matanya walaupun dia sebenarnya tidak boleh melelapkan matanya. Tapi ntah camne dia tiba2 tak tahan dan menoleh ke hujung kepala katil dimana sepupu aku dan isterinya tidur. hati abang aku berdegup kencang saat melihat entiti yang bercangkung di atas kepala katil dengan rambutnya mengurai menutupi bahagian mukanya, berpakaian putih lusuh dan kotor. Tanpa menunggu lama abang aku terus memejamkan matanya kerana terlalu takut.

Keesokkan harinya, setelah mereka bertolak pulang ke Kota Bharu abang aku membuka cerita tentang apa yang telah dia alami pada malam semalam. Tapi apa yang mengejutkan sepupu aku dan isterinya turut diganggu dengan cara yang berbeza iaitu kaki mereka seolah digeletek tetapi mereka hanya menghiraukannya. Setelah apa yang mereka lalui pada malam tersebut mereka berjanji tidak akan menyewa resort tersebut lagi dan mereka juga mengingatkan ahli keluarga kami agar berhati – hati ketika berada di tempat asing kerana bukan hanya kita manusia yang wujud tapi masih ada hamba Allah s.w.t yang lain.

Sekian daripada perkongsian aku pada hari ini, ada banyak lagi pengalaman seram yang aku dan keluarga pernah lalui in sha allah jika di izinkan aku akan menulis lagi. Menulis adalah kesukaaan aku dan harap pembaca fiksyen shasha menyukai perkongsian aku yang tak seberapa ini. Asalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aris Hamid

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.1]

1 thought on “Mereka Yang Tak Terlihat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.