MILIKKU

Assalamualaikum semua, so harini aku nak sambung kisah seram aku sepanjang belajar kat sebuah institusi around Selangor. Haritu dah aku ceritakan tapi kalini cerita quite seram. So let’s get started.

Aku merupakan ketua displin asrama putri, kalau ada apa-apa masalah budak-budak ni memang akan refer aku even benda remeh pun aku kena handle contoh macam ‘Kak baju yang saya sidai hilang la !’. Sejak dua menjak ni banyak gila cerita yang aku dengar. Ada yang macam tak logic diterima akal, ada yang terlalu annoying ada jugak yang serius dan tegang…

Tapi nak dipendekkan cerita, malam ini suasana diasrama sangat sunyi. Udara pun dingin, dah macam dekat Cameron Highland. Sedang aku siapkan assignment tiba-tiba pintu bilikku diketuk bertalu-talu, aku dengan pantasnya membuka.
‘Akak, tadi masa kami tengah buat assignment tiba-tiba ada bunyi orang mengilai kat tengah padang ampaian tu!’ kata mereka.

‘Haa mampus, apa lagi nak jadi ini!’ detik hatiku. Aku menenangkan mereka dengan menyatakan bahwa tiada apa yang perlu dirisau, baca surah-surah yang dihafal, jangan terlalu seronok. Aku menghantar mereka sampai kebilik tapi tidak dapat aku nafikan suasana asrama saat itu sangat sunyi padahal semua bilik masih menyala menandakan budak-budak belum tidur. Aras 3, aras 2, aras 1 aku lewati untuk memastikan tiada apa yang pelik, takut juga ada pelajar yang masih diluar bilik waktu ini. Sudah puas hatiku memantau kawasan asrama, aku naik kebilik ditingkat 4. Sepanjang perjalanan naik, mulutku terkumat kamit mengutuk sistem pengurusan asrama kerana meletakkan aku ditingkat 4.

‘Nak bagi aku kurus ke apaa letak aku tinggi-tinggi, depa taktau kaa letak aku tinggi macamni lagi aku malas nak turun kalau boleh nak terjun ja dari atas!’. Tiba-tiba bulu romaku berdiri tegak. Aku terhenti. Mulutku terkunci padahal tadi tak berhenti mengutuk.
‘Aaaaarrrgggghhhhhh !’ suara nyaring kedengaran dari padang ampaian.
(SIREN BERBUNYI)
‘Diminta semua siswi kekal dibilik masing dan diminta semua ahli jawatan kuasa turun ke aras 1 sekarang !’ arahan dikeluarkan dari Ketua blok. Aku apalagi, terus turun dengan laju kebawah. Sesampai saja di aras 1, aku mengucap panjang. Aku mengigil.
Korang nak tahu apa aku nampak?
Seorang budak perempuan berambut panjang sedang menari tarian Ulek Mayang ditengah-tengah lapangan padang. Lenggok tariannya seperti seorang penari professional, tariannya lemah gemalai seolah-olah ada iringi bunyi gamelan. Sesekali terdengar dia sedang ‘humming’ lagu Ulek Mayang tapi dengan suara lembut tapi cukup membuat air mataku mengalir laju. Bulu romaku tegak.

Laungan azan/ayat kursi berkumandang dari Pusat Islam. Pergerakan tariannya menjadi semakin rancak, suara yang mulanya sangat halus tiba-tiba menjadi kuat seolah-olah bukan sorang yang mengalunkan melodi lagu Ulek Mayang. Kami tidak berani berbuat apa, kami hanya menunggu bantuan para siswa dan ustaz-ustaz yang sepatutnya. Kami saat itu hanya mampu mengawal pelajar junior yang ketakutan di bilik masing-masing.

Tiba-tiba…
Satu bilik dihujung sudut aras 2 tiba-tiba berbunyi seperti sesuatu yang berat jatuh. Belari kami keatas, sedang kami berlari seorang pelajar perempuan melompat keatas balkoni sambil mencangkung dan tangannya bergerak mengikut tarian pelajar perempuan yang berada ditengah padang ampaian. Diikuti dengan beberapa pelajar perempuan yang lain. Jumlah kesemua pelajar pada malam itu yang kerasukkan seramai 15 orang termasuk 2 orang pelajar yang berbangsa india. Kami mengucap panjang.

‘Ya Allah ini bukan kudrat kami, andai seramai ini Ya allah !’ getus hatiku. Pada ketika ini kami sedang menunggu para siswa, ustaz dan beberapa pensyarah serta warden yang lain.
Kami memasang ayat suci alquran menggunakan speaker. Tapi tidak membantu sama sekali. Suasana asrama saat itu sangat hening dan sunyi, hanya kedengaran suara pelajar-pelajar perempuan ‘humming’ lagu Ulek Mayang. Mereka menari dengan mata yang tertutup rapat.
‘Ulek mayang di ulek, ulek dengan jala jemala !’ seram. Suara mereka mampu membuai kami kerna kemerduaan nya.

Selepas 15 minit menanti barulah para siswa, ustaz dan beberapa warden datang. Dua orang pelajar siswa diarahkan untuk berada disetiap aras bagi menjaga pelajar yang mencangkung dibalkoni. Dan beberapa pelajar meletakkan tilam (gym) dibawah blok seandainya ada yang melompat.
Sedang ustaz membaca sesuatu, pelajar perempuan dipadang ampaian memandangnya dengan pandangan sinis dan berdehem. ‘HMMMPPPPPHHHH !’. Tiba-tiba dia duduk bersila sambil tangannya bergerak mengikut alunan lagu. Aku terpesona. Lenggoknya sungguh lembut sekali. Aku terbuai. Cepat-cepat kawanku menyedarkan ku. Ustaz mengeluarkan sehelai kain dan membaluti kepala pelajar tersebut sambil terkumat kamit membaca surah.
‘Dia milik aku, dia warisanku. Aku dan dia adalah satu, dia adalah aku !’ suara garau kedengaran.
Kami terdiam menunduk. Allahuakbar. Itu saja mampu aku ucapkan.

‘Dia bukan milikmu, dia milik ALLAH. Jangan kau gangu anak ini, pulanglah ketempat kau,!
Jujur aku cakap, ditengah-tengah proses rawatan tersebut , aku lari menyusup kesurau kerana takut. Jadi aku tak mampu ceritakan apa yang terjadi. Tapi aku boleh ceritakan kronologi dia berjumpa ‘DIA’.
Setelah hampir sejam ustaz merawat mereka, akhirnya mereka semua sedar tapi dalam keadaan yang sangat lemah. Kami kumpulkan mereka di surau asrama, takut terjadi apa-apa. Setelah pelajar perempuan itu sedar, kami bertanya kepadanya apa sebenarnya yang terjadi. Aku harap korang faham apa aku sampaikan.

1. Tasya (bukan nama sebenar) pergi ke pantai dibelakang institusi kami. Sedang berjalan tiba-tiba dia terlihat seutas rantai mutiara yang sangat cantik dan disamping rantai tersebut ada botol yang berisikan kerang besar yang sangat indah dipandang. Tasya mengambil dan membawa pulang keasrama.
2. Semasa tasya sedang mandi, tiba-tiba di shower sebelah ada seorang perempuan menyanyikan Ulek Mayang dengan merdu sekali. Dia pelik siapa pulak yang menyanyi lagu berhantu ni tengah-tengah maghrib.
3. Tasya memakai rantai mutiara yang dijumpainya. Tiba-tiba badannya berasa sangat sejuk dan mulutnya seakan humming lagu Ulek Mayang dengan lancar walhal dia tidak pernah tahu akan liriknya. Dari katil sehinggalah dia turun melewati tangga, mulutnya menyanyikan lagu tersebut. Tasya merasakan ada seseorang berada dibelakangnya dan mengerakkan tangannya untuk menari. Katanya sepanjang turun tangannya bergerak mengikut alunan lagu yang di hummingnya itu.

4. Tasya sebenarnya sedar bahwa dia sedang menari cuma dia tidak mampu melawan. Dia terlampau terbuai dengan tariannya sehinggakan ‘DIA’ mampu mengawal segala pergerakkannya. Dia dikawal.
Sejak dari haritu acapkali kedengaran suara perempuan nyanyi “ulek mayang”. Setiap kali maghrib pasti akan kisah yang konon katanya kedengaran suara nyanyian halus dari kamar mandi walaupun hakikatnya tiada satu orang pun didalamnya. Ada jugak ada penampakan sesosok wanita berbaju klasik melayu berwarna kuning diraja berlegar di sekitar asrama. Mulai dari itu juga kami AJK asrama mewajibkan setiap aras untuk turun berselang setiap minggu untuk solat berjemaah dan membaca yasiin.

Dari kisah ini aku belajar sesuatu iaitu jangan sesekali mengambil barang atau apa sekalipun yang bukan HAK kita. Aku sentiasa berpesan pada mereka untuk sentiasa menjaga segala tingkah laku bila berada diluar kawasan kebiasaan kita.
Terima kasih kerana sudi membaca. Harap cerita aku ni tak memeningkan korang untuk baca..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

KILAALIE
Rating Pembaca
[Total: 48 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.