Mimpi yang pulang

‘Allahuakbar, Allahuakbar…..’

‘Allah…..huakbar, Allahuakbar’

Gempita segenap ruangan dengan laungan azan. Bagai ada satu cahaya terbit memagari sekeliling rumah mbak Sutra itu.

Raden mengambil peluang melarikan diri saat Khannas bagai terpasung dengan laungan azan sebentar tadi.

Laju dia bergerak cuba menerobos ke arah semak samun. Namun ‘pagar’ yang telah utuh berdiri menghalanginya.

Terpelanting Raden ke tanah, dia bingkas bangun bergerak menuju ke arah keberadaan Linda dan Sakinah.

Pergerakannya terhenti dipanah kilat tepat dihadapannya. Raden mendengus marah. Dia kehilangan arah, kemana harus di tuju.

Khannas bergerak perlahan menuju ke arah Raden. Kakinya bagai melekat di tanah, bersusah payah Khannas melawan dirinya yang bagai terpasung.

Raden cuba menyerang Khannas menggunakan api keramat. Namun Khannas berjaya mengelak.

Raden tak berpuas hati, dibuka api keramat menjadi satu lembaran, lalu bergerak menyerang Khannas yang menyeringai bengis.

Meletus satu letupan saat api keramat menghentam Khannas. Dia yang sudah terpasung, terus terduduk melutut.

“Hahaha, sudah ku katakan, aku tak gentar dengan mu!!!! ” Raden ketawa dan menempik.

“Hihihi” Khannas tersengih seakan menyindir. Tanduknya bersinar, taringnya runcing terkeluar.

Linda dan Sakinah kecut perut melihat kejadian itu, lantas berundur bersembunyi sedikit di balik kereta.

Laungan azan yang bersahutan, membuatkan Raden dan Khannas kian berbahang.

“Kau memang bodoh, selayaknya kau sekadar menjadi khadam” Khannas mencela Raden.

Raden yang memang sedang kepanasan, bertambah marah dengan hinaan itu.

“Api keramat ini dari aku!! Sudah pasti aku dapat menangganinya, bodoh!!!!” Jerit Khannas.

Serentak itu api keramat membulat di hadapan Khannas, lalu laju menuju Raden yang terkesima.

Dengan sekelip mata, Raden rentung dibakar api keramat, lalu hilang menjadi abu. Khannas sedaya upaya mahu bangun, namun dirinya semakin terpasung hingga kakinya tenggelam di dalam tanah.

Kadir melangkah perlahan menuju ke arah Khannas yang menyeringai memberontak.

Dengan iringan bacaan ayat suci AlQuran, Kadir melempar garam kasar ke arah Khannas.

Menjerit si iblis itu bagai direjam dengan batu berapi. Kadir menabur garam kasar di sekeliling Khannas. Semakin membahang seluruh tubuhnya.

“Arghhhh, manusia hina, lepaskan aku!!!!” Jerit Khannas.

“Kau ini benar-benar sombong, Allah maha kuasa, kenapa kau ingkar dan tak bersujud padaNya” tegas Kadir.

“Ahhh manusia itu lemah, aku tak mahu mengagungkan seluruh keturunan nya, aku lebih layak di sisi Nya” Khannas tetap cuba melawan.

Yaser, Firash dan Razi mendekati laman rumah, begitu juga Linda dan Sakinah.

“Kamu lihat, siapa yang lemah?? Kami atau kamu??” Jerit Linda melepaskan geram.

“Huru hara seluruh kehidupan aku, gara-gara kau” tambah Linda lagi.

“Sudah lah wahai iblis, tempat mu di neraka, kau ingkar suruhanNya, usah kau berlagak sombong lagi, kau itu lemah”

Kadir kembali membaca beberapa ayat suci AlQuran, lalu merejam Khannas yang sudah mula terbakar.

Suasana bagai dilanda ribut, angin kuat meniup di sana sini. Keadaan hingar bingar.

Dengan izinNya, maka lenyaplah Khannas yang sombong hangus terbakar dan menghilang.

Yaser dan Kadir kemudian segera masuk ke dalam rumah. Sakinah dan Linda terduduk menangis, Firash dan Razi menenteramkan mereka. Angin menderu semakin kuat, kadangkala bunyinya membingitkan.

Tidak lama kemudian, Yaser dan Kadir keluar membawa sebuah batu permata yang amat besar dan bersinar-sinar.

“Siap sedia semua, batu ini akan dihancurkan, dan dengan izinNya, insyaAllah kita akan kembali ke dunia asal kita, dan tempat ini akan musnah” ujar Kadir.

“Nanti sekejap” Linda meminta izin.

“Kenapa Lin? Ada yang tak kena ke?” Soal Firash.

“Erm, kalau kita kembali, apa nasib aku, nasib kau dan Sakinah?? Kita kan telah m**i sebelumnya, maksudnya kita takkan kembali ke dunia lagi kan?” Linda bergenangan airmata melontarkan persoalan.

Yaser turut tumpah airmata melihat Sakinah teresak-esak menangis. Firash meraup wajah.

“Ya, mungkin kita akan berpisah di sini” ujar Firash seraya turut mengalir airmata. Kadir hanya mampu diam dan berserah, semuanya ketentuanNya.

Seketika Yaser, Razi dan Firash berpelukan tanda salam perpisahan. Linda bersama Sakinah juga berpelukan dan semakin banjir dengan tangisan.

Aku yang tengok ni pun ikut sebak, Linda perlahan melangkah ke arah aku.

“Kakbeydahh!!” Sapa Linda cuba tersenyum.

“Eh! Ko tau nama aku Lin??” Soal aku dengan senyuman kelat.

“Tau je, kau tu laki buat lah cara laki, pakai nama pompuan buat ape??” Linda menumbuk bahu aku perlahan, wajahnya senyum tapi menahan tangis.

“Alah, tu nama nenek aku, aku buat nama pena hehe” terang aku yang dah mula nak menitik air mata tengok Linda mengetap bibir menahan air mata jatuh.

“Thank you tau, sudi tolong aku, tolong kitorang, tak sangka ada orang tulis cerita pasal aku” ucap Linda sambil menyapu-nyapu airmata di pipi dan senyum terpaksa.

“Tak apa lah Lin, aku pun nak ucap terima kasih, hampir 7 bulan kau ‘teman’ dan menjadi ilham aku, aku tak tau lepas ni macam mana hari-hari aku tanpa kau, tanpa korang” gugur akhirnya airmata aku, melihatkan Linda yang sudah menangis teresak-esak.

“Jangan macam tu, tambah sedih aku ni, aku tau kau boleh, kau ada bakat, kau ada kebolehan, teruskan lah, jangan berhenti, aku sentiasa ada di sini, okey? ” ujar Linda sambil menunjal jarinya ke dada aku.

Aku tak mampu bercakap dah, sedih rasanya, aku tak pernah tulis cerita macam ni, ni pertama kali. Jadi nak menamatkan cerita terasa beratnya.

Sakinah datang dekat kepada aku, tersenyum dengan airmata di pipi, dia melambai dan mengucap salam perpisahan, kemudian dituruti oleh Yaser, Firash, Razi dan Kadir. Kami berlima berpelukan, terasa seperti satu keluarga.

Angin semakin kuat menderu, tanda Kabus Semalam semakin runtuh.

Aku berdiri memerhati mereka mengelilingi batu permata itu.

Kadir, Yaser dan Razi di sebalah kanan, Linda,Firash dan Sakinah di sebelah kiri.

Dengan lafaz Bismillah dan bacaan ayat suci AlQuran, Kadir menghentak batu permata itu dengan seketul batu lain, lalu ianya pecah berderai dan kilauannya padam.

Ribut taufan terus berlaku dan semakin kencang, Linda dan Sakinah berterusan menangis, begitu juga Yaser dan Razi. Aku yang melihat pun turut sama tumpah air mata, kami bersama melambai tangan tanda perpisahan.

Perlahan-lahan kami semua mula lenyap dibawa satu cahaya dan menghilang, Kabus Semalam turut hancur dan lenyap kemudiannya.

********************

2021

Hari telah menjengah malam, Bakar, Amin dan seluruh team mereka masih di perkarangan rumah mbak Sutra.

Mereka hilang petunjuk, apa harus dilakukan.

“Macam mana ni Bakar, tak ada apa di sini” Amin bangun dari duduk dan meregangkan pinggang.

“Tak tau juga aku Amin, Kadir pun kita tak tau apa cerita” keluh Bakar.

Tiba-tiba terbit aliran elektrik di tanah laman, sedikit demi sedikit menjadil gelungan meninggi.

Angin kuat menerpa, semua mula bangun dan memerhati apa yang terjadi.

Saat gelungan itu seakan pecah, menerbitkan asap tebal. Bunyi beberapa orang terbatuk-batuk.

“Kadir!!!” Jerit Bakar saat melihat Kadir melangkah keluar dari kepulan asap.

“Bakar! Amin!” Laung Kadir.

Segera Bakar dan Amin berlari mendapatkan Kadir.

Seketika, Yaser dan Razi turut keluar dari kepulan asap. Bakar melihat terpinga-pinga.

“Depa ni Yaser dan Razi” ujar Kadir sedikit kelelahan. Rakan-rakan perawat datang memimpin mereka berdua yang tampak kepenatan.

“Alhamdulillah, jumpa juga depa no” Bakar mengurut dada lega.

Tiba-tiba, Linda, Sakinah dan Firash turut melangkah keluar.

“Eh Linda!! Hang pun ada?? Apa yang berlaku Kadir??” Soal Bakar kehairanan.

“Nanti aku cerita, macam-macam dah terjadi” Kadir duduk melepaskan lelah. Seorang sahabat perawat menghulurkan air.

“Yang ni siapa pulak? Ni bukan lelaki dekat rumah Linda tu ke?” Soal Amin pula merujuk kepada Firash.

Kadir menganggukkan kepala mengiyakan.

“Tu Sakinah, anak sepupu mak aku tu, aku jumpa semua di dalam sana” jelas Kadir.

Bakar mengelengkan kepala, mulutnya memuji-muji kebesaranNya.

Yaser yang telah merasa sedikit pulih tersenyum melihat kemunculan Sakinah, Linda dan Firash.

“Semuanya kembali kan?” Ujar Razi menepuk-nepuk bahu Yaser.

********************

Saat aku buka mata, aku dah kembali semula berdiri di hadapan rumah. Aku toleh memerhati sekeliling.

Kemudian melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Sempat aku melihat ke arah laptop, semua kejadian yang aku tulis tadi, telah siap semuanya.

Aku ke bilik mandi, memasang air pancuran lalu duduk, air mengalir membasahi aku mengiringi linangan air mata.

Tak aku sangka begini jadinya cerita yang aku tulis. Terasa melekat dalam jiwa, sedih semuanya telah berakhir, apa mampu aku keluar dari dunia Linda yang telah sebati ini.

Usai mandi, aku termenung, terbayang-bayang kelibat Linda. Sedih mula terasa.

Keesokan harinya, selesai sarapan, aku mengadap laptop, mahu menyambung dan menghabiskan cerita.

Aku terkejut, ada bahagian yang bukan aku tulis, telah cantik tersusun menutup cerita aku.

Aku tersenyum.

PENGAKHIRAN…

2022

Hai semua, Linda di sini.

Harap korang semua okey. Kakbeyd ok ke tu? Sedih lagi ke? Hihihi.

Jangan sedih-sedih, setiap bermula pasti akan berakhir.

Kami di sini semuanya ok, banyak benda berubah dan menjadi lebih baik.

Ana dan Ani masih wujud, dan tak berlaku sebarang permasalahan, kerana tiadanya ‘Khannas’ menghasut.

Ani akan berkahwin dengan Kadir tak lama lagi tau, Ana pula akan berkahwin dengan ustaz Amin. Dorang rancang adakan majlis bersama, yelah kembar kan hehe.

Si Badrul dan isterinya Linda pun ok, dah beranak pinak akhirnya. Senonoh dah perangai Badrul tu.

Sakinah dah selamat di ijabkabulkan dengan Yaser. Bukan main bahagia lagi dorang. Kehidupan Sakinah juga baik, kejadian hitam dia pun tak berlaku, bapa saudaranya juga tak terhasut dengan ketiadaan ‘Khannas’.

Razi?? Dia tengah angau bercinta dengan Nurul, adik ipar aku. Hehehe aku pun dah kahwin dengan Firash, mak ayah, mak mertua dan pak mertua aku pun semuanya dalam keadaan baik.

InsyaAllah jika rezeki, aku menimang cahaya mata tahun ni, wink wink hehehe.

Ermm siapa lagi, haa ustaz Bakar pun ok, dia jaga tok dia di kampung dan buka cawangan perubatan dan perawatan islam di sana.

Fiona dan Haiqal juga baik-baik, cuma Aidid, memang telah meninggal dunia. Dengar kata kakaknya merangkap kawan aku jugak, si Zatul tu, tengah dalam perhubungan dengan ustaz Bakar.

MasyaAllah, cantik semua susunan, semua baik-baik.

Jadi harapnya korang semua pun akan baik-baik lah ye, terutama kakBeyd. Harap tak terhenti di sini, semoga hadir dengan sesuatu yang baru. Dah-dah la tu, cukup la memeningkan kepala hahaha.

Baiklah terima kasih sudi ikut kisah aku yang berliku ni, hampir 7 bulan mewarnai arena dunia seram anda. Seram ke tak ek? Hihi.

Jadi terima kasih sekali lagi, mohon maaf segala salah dan silap, berjumpa lagi kita di lain waktu, bye-bye!

Karya : Kakbeydahh

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 2.8]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.