Minyak Orang M**i

Sejujurnya apa yang terjadi malam itu membuatkan merasakan perjalanan lewat malam adalah sesuatu yang sebenarnya patut aku elakkan. Aku kerap memulakan perjalanan jam 2 atau 3 pagi terutama jika pulang ke Kedah. Namun perjalanan malam dari Sabak Bernam ke Klang malam itu aku dan keluarga ditemani makhluk yang berdamping dengan minyak pengasih…

Ceritanya bermula begini.
Perjalanan ke Sabak Bernam hanya bermula sekitar jam 9 malam. Aku yang kepenatan baru sampai ke Shah Alam dari Kuala Selangor kerana aku bertugas di sana. Usai solat maghrib aku dan isteri bertolak ke rumah mertua di Klang. Labih kurang 8.30 malam aku dan isteri sampai ke sana. Selesai kami makan malam dan solat berjemaah bersama keluarga, aku isteri bersama ibu bapa mertuaku dan adik perempuan isteri aku bernama Tasha bertolak ke rumah seorang ustaz di Sabak Bernam bagi mendapatkan rawatan kerana Tasha di percayai terkena buatan orang sehingga sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit dan menyerahkan gaji bulanan dia kepada kekasih beliau yang kami panggil Adi.

Walaupun mereka telah berkawan lama, namun aku tidak nampak tanda-tanda mereka akan bergerak ke peringkat seterunya iaitu alam perkahwinan. Dan yang lebih membimbangkan Tasha sering tiada wang untuk perbelanjaan harian sendiri. Kami semua pelik kerana dia adalah kakitangan awam dan seharusnya dia tidak lah susah macam ini.

Selain itu, isteri aku juga ada terjumpa surat perjanjian pinjaman wang daripada Bank Rakyat sebanyak RM60 ribu ringgit atas nama Tasha. Namun apabila kami sekeluarga tanya kepada dia buat pinjaman sebesar ini dia hanya mengatakan untuk simpanan ASB. Tetapi bila minta tunjuk bukti, buku ASB hilang katanya.

Seterusnya kakak ipar aku meminta bantuan sahabat dia yang berkhidmat di JPN dan mendapati bahawa Adi sebenarnya telah berkahwin dan mempunyai 3 anak yang masih kecil. Isterinya adalah orang Thailand dan lebih mengharukan bila kami cerita hal ini kepada Tasha dia mengaku bahawa dia memang tahu yang Adi dah berkahwin dan dia dalam proses penceraian.

Seterusnya apabila dia telah disahkan dalam perkhidmatan awam, Tasha boleh mengeluarkan duit KWSP beliau wang waktu itu adalah kira-kira dalam RM25 ribu. Ayah mertua sendiri yang membawa dia ke KWSP bagi urusan itu, dan kemudian Tasha menyerahkan kad bank kepada ayahnya dengan pesanan “duit ni abah ambil la..Tasha ada simpanan”. Namun setelah sebulan, ayah mertua aku menjadi pelik kerana katanya Tasha maklum duit KWSP lambat masuk. Kemudian dia serahkan kad bank Tasha kepada aku untuk periksa baki, rupanya kad bank tersebut adalah milik Adi, bukan Tasha. Mereka rupanya telah berpakat untuk menipu. Duit RM25 ribu itu telah dikeluarkan oleh Adi tanpa pengetahuan keluarga.

Apabila ditanya Tasha hanya menangis dan dia kata dia pun tak tahu mengapa dia bertindak sebegitu. Oleh itu, ayah mertua telah meminta bantuan kawan-kawan untuk mencari orang yang pandai dalam perubatan Islam untuk membantu kerana kami rasa ada yang tidak kena pada Tasha. Maklumat awal yang kami terima dari ustaz tersebut bahawa Tasha telah menjadi mangsa minyak pengasih. Dan selain itu terdapat 2 hadiah yang diberikan oleh Adi kepada Tasha yang dipakai oleh dia. Mak mertua aku perasan yang Tasha ada memakai cincin berbatu delima dan minyak wangi. Mak aku pernah bertanya siapa bagi dan dia kata ni Adi yang bagi.

Malam itu, tanpa pengetahuan Tasha kami maklum pada dia nak ajak pergi beli barang di Tesco. Dia pun ikut saja. Namun bila jalan yang kami ikut kearah jalan Kapar – Kuala Selangor dia terus berubah menjadi kasar dan memaki hamun kami dalam kereta. Mujur dia duduk di tengah-tengah masa dia meronta mak ayah dia dapat pegang dia. Apa bila kami sampai ke Sabak Bernam waktu itu sudah hampir 11 malam. Masih ada 3 pesakit yang menunggu giliran untuk berubat pada malam itu.

Apabila sampai, kami ajak Tasha masuk kerumah dahulu, dengan pandangan yang tajam dia masuk kerumah tersebut. Namun sebaik melangkah kaki kedalam rumah dia terus jatuh dan meracau dengan bahasa yang tidak difahami. Ustaz tersebut terus menjalankan rawatan dengan bantuan rakan-rakan dia. Masa itu berlaku lah dialog antara “makhluk” tersebut dengan ustaz itu. Mula-mula Tasha enggan bercakap dalam bahasa melayu..bahasa yang dia guna bahasa siam. Namun setelah di sergah oleh ustaz baru dia bercakap bahasa melayu.

Katanya dia mahu keluar. Namun setelah dipaksa dan di rukyah Tasha dilihat mulai sedar dan menangis. Ustaz memaklumkan bahawa dia terkena minyak orang m**i yang telah dipuja dan tujuan orang itu adalah untuk menundukan Tasha agar semua kehendak dan kemahuan dia akan dituruti. Ustaz juga meminta supaya cincin ditanggalkan dan minyak wangi itu dibuang. Beliau juga menasihatkan untuk mengali kain kuning yang ditanam di bawah pokok mangga depan rumah. Ini kerana yang ditanam ialah tanah kubur orang bukan Islam dari negara jiran dan juga tulang anjing serta barang-barang kotor yang lain.

Kami juga diminta membawa Tasha sekali lagi minggu depan bagi rawatan seterusnya. Dan kami bertolak jam lebih kurang 1.20 pagi ke Klang. Dan bermulalah gangguan sepanjang perjalanan.
Lepas 10 minit bertolak, Tasha tiba-tiba kata yang dia lapar dan minta dibelikan makanan. Aku cakap sekejap lagi lah sampai petronas kat Sg Besar aku belikan roti. Tiba-tiba dia tendang kerusi aku dari belakang dia kata “Bodoh, kau berhenti aku nak makan. Sana kawan aku ada dia nak bagi aku makan”. Tasha mengherdik aku sambil jari dia tunjuk kearah luar kereta. Aku tengok tak ada apa-apa pun. Aku diam dam teruskan perjalanan.

“Bummmmmmm….tang tang” seperti ada orang terjatuh dia atas kereta aku. Serentak dengan itu, Tasha tiba-tiba mengilai dan ketawa dalam kereta. Dia mulai mengomel sendirian dalam bahasa Siam. Seperti membaca mentera pun ada. Dia tiba-tida berhenti dan tersenyum. Dia kata depan sana kawan aku tunggu, berhenti aku lapar..” . Depan aku dari jauh aku nampak ada sosok wanita tengah berdiri betul-betul tengah jalan.
Bapa mertua aku cakap redah saja. Tawakal baca Ayat Qursi. Aku terus redah je..nasib baik kat Sungai Nibong tu jalan dia lurus. Bila hampir saja sosok wanita itu merenung dengan muka yang benggis. Dan ghaib terus dalam sekelip mata.

Kami teruskan perjalanan dan Tasha mengamuk dalam kereta. Kaki dia asyik tendang kerusi aku dan mak ayah dia pun kena cakar.. setelah disiram air yang telah dibacakan doa oleh ustaz tadi dia elok sekejap dan tertidur.
Akhirnya kami sampai di Klang, aku parking betul-betul depan rumah. Alhamdulilah biras-biras aku yang lelaki serta adik ipar lelaki aku semua tunggu di rumah.

Mereka juga telah berjaya jumpai kain kuning yang ustaz cakap tadi dan mereka telah membuangnya ke dalam parit. Sampai sahaja, Tasha yang sedar terus keluar kereta dan berdiri di depan pintu rumah sambil berbisik dan membaca mantera siam(mungkin la sebab aku pun tak faham).
Tiba-tiba dia terus menari, sebijik macam tarian siam..bersilang-silang kaki aku tengok. Ahli kelaurga yang perempuan dah lari masuk rumah. Dia juga mula nak menyerang bapa mertua aku. Nasib baik orang tua tu pun bukan calang-calang ada la silat dia tepis dan terus kunci Tasha agar tidak boleh bergerak. Kami semua melaungkan azan..(mesti jiran pelik pagi-pagi buta azan apa) hahaha.

Tasha meraung..air yang dibekalkan ustaz kami siram pada kepala dan sapu di muka. Pada waktu itu juga pokok mangga depan rumah bergegar tiba-tiba sedankan tak ada angin. Nahhhh biras dan adik ipar aku kata nampak ada lembaga atas pokok tu. Aku ye kan saja. Ya lah aku dah nampak tadi dan tak hinggin aku nak tengok benda tu lagi..bukan lawa pun. Kami papah Tasha masuk ke rumah. Mertua aku cari minyak wangi yang dalam bilik Tasha tapi tak jumpa ..(sampai sekarang tak jumpa).

Malam tu kami ramai-ramai tak tidur, kecuali aku dan isteri aku memang kami tidur letih woo. Malam tu ahli keluarga kami cakap hanya dengar bunyi orang menangis di luar rumah dan ada cakaran kat pintu, Tasha pula tertidur dan hanya sedar keesokan hari. Dia cakap dia rasa mengantuk dia tertidur sebelum sampai Tesco. Dia tak tahu pun yang sampai ke Sabak Bernam kami bawa dia.

Setelah itu, 4 kali lagi kami bawa dia berubat di sana..dan syukur dia pulih dan putus lah dengan Adi tu. Biras aku yang ke 3 adalah pergi jumpa Adi minta pulangkan duit..lastnya bertumbuk dan paling tak boleh aku terima katanya bergaduh kejap je tapi badan dia sakit dan sampai kena berubat. Katanya kena bisa buluh.
Sekian, nanti aku cerita aku kena ganggu cik ponti di Ayer Manis, masa aku duduk disana selama 1 bulan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Faiz
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

2 thoughts on “Minyak Orang M**i”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.