Assalammualaikum, terima kasih admin sebab menerima cerita aku. Ini adalah pengalaman pertama aku menulis cerita. Aku bahasakan diri aku sebagai aku, terasa senang sikit untuk sampaikan cerita dan pengalaman diri aku. Ini kisah benar tentang aku yang terkena minyak pengasih atau minyak dagu.
Cerita ni bermula apabila aku mengenali bekas kekasih aku yang aku beri nama Mat (bukan nama sebenar). Perkenalan kami adalah melalui Wechat. Yes, Wechat. Aku dulu memang budak Wechat, tapi lepas apa yang terjadi atas aku sekarang aku tak lagi bermain Wechat.
Suatu hari yang kebosanan aku buat look around and aku pun accept la si Mat ni. Si Mat selalu chat aku, tapi aku tak pernah nak melayan sebab masa tu aku memang dah ada pakwe dan aku pun sibuk dengan kelas. Masa tu aku sebenarnya tengah belajar degree di sebuah Universiti Awam di Kedah.
Kami mula berkenalan apabila Si Mat memberi komen dekat gambar yang baru aku upload. Komen yang diberikan itu berjaya menarik perhatian aku untuk membalas, jadi aku pun balas komen Si Mat dan dari situ la bermula perkenalan kami. Selepas hampir sebulan chat di Wechat, kami bertukar ke Whatsapp. Layanan Si Mat berbeza dengan pakwe aku yang sentiasa sibuk dengan kerjanya. Aku sebenarnya bercinta dengan orang yang dah berkerja dan percintaan kami jarak jauh. Dia di selatan tanah air dan aku pula di utara tanah air.
Permulaan kisah aku dan dia bermula apabila aku meletakkan status lapar kek dan di kawasan rumah sewa aku tak ada kedai kek. Untuk pengetahuan semua, budak degree di Universiti aku tidak dibenarkan duduk hostel, semua hostel untuk budak diploma sahaja. Jadi, aku pun sewalah rumah berdekatan dengan Universiti aku.
Berbalik pada kisah kek aku tu, Si Mat ni tetiba whatsapp aku minta alamat rumah aku, aku ni dengan blur pun share location rumah sewa aku sebab kata si Mat ni dia nak bagi kek sebab dia kesian tengok aku yang tengah kempunan nak makan kek.
Malam tu jugak lepas aku solat subuh, si Mat call aku dan kata dia dah di luar pagar rumah sewa aku. Aku macam tak percaya. Aku pun pergilah tengok dekat luar pagar melalui tingkap bilik aku dan aku nampak sebuah kereta Proton. Aku pun bersiap dan jumpa dia dekat luar. Aku nampak dia sebenarnya tak berseorangan, dia datang dengan kawan dia yang dah agak berusia. Si Mat ni ajaklah aku keluar teman dia makan, sebab sepanjang dia datang sini dia belum makan lagi. Oh ya, aku terlupa nak beritahu yang Si Mat ni sebenarnya stay dekat Penang dan aku sendiri adalah orang Penang. Aku tanpa rasa syak terus bersetuju untuk menemani Mat sebab aku rasa kesian dan aku fikir aku bukan berdua dengan dia, masih ada kawan dia untuk teman kami.
Selepas malam perjumpaan aku dengan Mat, setiap malam aku akan on call dengan Mat. Hubungan aku dengan pakwe aku pun makin renggang dan kami akhirnya putus. Lepas aku dengan pakwe aku tu putus, aku terus couple dengan Mat. Setiap hujung minggu Mat selalu datang jumpa aku di Kedah. Hujung minggu bagi Penang adalah hari Ahad dan hujung minggu bagi Kedah adalah hari Sabtu. Jadi, setiap kali Mat datang berjumpa aku, aku akan ponteng kelas yang ada pada hari Ahad.
Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Sepanjang aku bercinta dengan Mat, aku selalu menipu keluarga aku hanya untuk keluar dengan Mat. Masa tu aku langsung tak fikir pasal perasaan mama dan abah aku. Aku rasa kalau dalam seminggu tu tak dapat jumpa Mat, macam tak boleh bernyawa. Setiap Khamis aku akan balik ke rumah aku di Penang dan dijemput oleh Mat. Setiap minggu kami akan berjumpa dan keluar bersama-sama sehinggalah kami putus.
Kisah bagaimana aku boleh putus ni agak dramatik sikit. Bermula dari kakak aku. Kakak aku ni seorang yang penyayang dan sangat ambil berat pasal aku, dialah penentang terhebat dalam hubungan aku dan Mat. Dia selidik latar belakang si Mat dan beritahu aku pasal Mat. Tapi apakan daya, aku lebih percayakan Mat masa tu dan aku sanggup pinggirkan seluruh keluarga aku. Mama dan abah selalu beri nasihat pada aku pasal Mat, tapi aku pekakkan telinga aku dan tetap dengan perasaan cinta pada Mat.
Berkat doa dan kesabaran keluarga aku yang tidak pernah henti cuba menyelamatkan aku, aku akhirnya mengambil keputusan untuk putus dengan Mat. Keputusan dibuat setelah aku melihat bagaimana mama dan abah menangis dalam solat meminta aku untuk berubah. Setelah seminggu aku putus dengan Mat, hidup aku menjadi kucar-kacir.
Masa aku putus tu, aku tengah menduduki final exam. Setiap kali aku stay up untuk ulang kaji pelajaran aku akan rasa seram sejuk, bulu roma aku sentiasa tegang. Pernah sekali masa aku duduk di atas katil sambal menghafal formula akaun, tiba-tiba aku rasa katil aku bergoyang macam ada orang yang sedang gongcang katil aku sekuat hati. Aku yang berasa pelik terus bertanya pada roommate aku sama ada dia rasa bergoyang atau tidak. Tahap keseraman aku bertambah tinggi bila dia menjawab tidak rasa apa. Aku juga pernah rasa seperti diri aku ni sentiasa ada yang memerhati dalam diam.
Selepas tamat final exam, aku pulang ke rumah aku di Penang. Penangan minyak dagu terus menguasai aku bermula di sini. Setiap malam aku akan menangis dan berasa tidak senang duduk, sebuah perasaan yang bercampur yang susah untuk aku jelaskan setiap kali aku teringatkan Mat. Sebenarnya aku sendiri tak dapat kawal otak dan perasaan aku masa tu yang sentiasa teringatkan Mat. Aku tidur di bilik berseorangan dan setiap malam aku akan berasa panas yang tersangat panas walaupun malam tu hujan mencurah Bumi. Setiap pagi apabila aku bangun, aku akan menangis melihat keadaan aku yang tanpa pakaian. Setiap pagi juga aku akan periksa keadaan pintu bilik aku dan ternyata pintu masih berkunci. Setiap malam aku sentiasa akan mengunci pintu bilik sebelum aku tidur.
Hampir tiga bulan perasaan aku sentiasa meronta-ronta untuk kembali ke Mat. Pernah hampir setiap malam aku menelefon Mat dan meminta dia untuk menerima aku kembali. Aku juga tak pernah terlepas untuk stalk segala media sosial Mat untuk mengetahui perkembangan Mat. Setiap malam juga mata aku tidak pernah kering dek air mata.
Disebabkan perasaan yang terlalu seksa, aku ceritakan ke mama aku segala kejadian aneh yang menimpa diriku. Hujung minggu tersebut mama terus membawa kau berubat di rumah seorang ustaz. Segala yang terjadi pada aku terungkai semasa proses berubat tu. Ternyata aku telah disihir dengan minyak dagu atau dikenali sebagai minyak pengasih oleh Mat pada hari pertama perjumpaan kami.
Rupanya Mat sudah lama menyukai aku, tapi aku yang tidak pernah mahu melayan dirinya.
Kisah ini aku kongsikan kepada semua agar berhati-hati dalam segala perbuatan dan perhubungan kita. Terima kasih semua yang sudi baca kisah aku.
Bye, guys
Ini yg buat susah hati bg org yg ada anak dare…kena sering mohon perlindungan dgn Allah kita ni
Aku pun kene gak ni. tp penunduk. tapi ciri2 mcm pengasih pun ada gak. alhamdulillah. bulan puasa hari tu diberi petunjuk dan aku pun dah selesai berubat. buang sihir dan jin yg selalu mengganggu aku selama ni. dia laki org. dah lama dah dia kejar aku. kurang2nya dari 2016 lagi tapi aku tak layan. aku mcm nak tulis kat sini..tp aku tak pandai sngat mengarang. nnt cerita jd panjang n berterabur. ada sesape penulis minat nak tulis crita aku tak?
Cerita la..ayat terabur pun xpe..janji paham
Alah nak baca. Sis tulis je mcm sis tgh brcerita kat org lain.☺ Nnti check balik pnulisan sis sblum hntr. Ok👌?
Cerita je
korg ok ke kalau cerita byk flash back? sbb flashback tu la point2 yg buat aku sedar @ tanda2 dia tp masa tu biasa la..kita tak heran. dah habis berubat baru tau..oo..kenapa dia ckp camtu..oo..kenapa jadi camni
Cerita je sis.
cerita lh sis…bleh share n jadikn pengajaran untk org lain
Flash back pun adalah satu bentuk penceritaan. Saya suka baca kisah yg dari pengalaman org lain. Terasa lebih real. Hantar la kat fs nanti yea, saya nantikan cerita cik.
Insyaallah sy akan mengarang salam masa terdekat ni. lagi pun dah janji dengan kawan dulu ada part2. actually sy penah mengarang kat sini..tu kisahnya part 1. tp xtau la ada kene mengena ke tak dengan kejadian yg kat part 2 ni. kesah dulu: Momok kain dan hantu budak
sy xtau macam mana nak jaga air muka semua org yg bakal terlibat sebab semua kawan2 ofis tau sy bercinta dengan siapa
Cerita sis. Xpe nk taw jgk please
ok je sis. cuma biarlah ada tarikh ke, kiraan berapa minggu sebelum ke kalau banyak sangat imbas semula tu. baru tak serabut sangat.
Thx liio atas perkongsian. Moga jumpa jodoh yg lebih baik.
Amin… Thanks, Owl 🙂
rambut sama hitam hati lain2….tu manusia sekarang….Terlampau mengutamakan hawa nafsu yang akan memakan diri sendiri…Terima kasih Liio atas perkongsian yang memberikan 1001 pengajaran kepada anak muda sekarang untuk lebih mengutamakan ibu bapa daripada pelbagai aspek…Restu ibubapa itu penting dalam setiap langkah yang diambil oleh kita sebagai seorang anak…..Sayangilah ibubapamu wahai Liio kerana diaorang yang akan selalu membantu kamu dalam susah dan senang.
Dlm waktu mcm ni. Bukan kita lupa. Tp dipaksa lupa. Sy faham sbb skg sy pun masih berubat. Bukan senang benda tu nak dibuang
Kita sama sis. Sy pun kena jugak. Minyak belabak. Sakit sis. Sakit sgt. Nangis then rasa nak bunuh diri.
Yaa sis.. Sakit hnaya kita yg rasa yg tahu.. Sy pun lama berubat utk sembuh.
InsyaAllah, semoga sis juga sembuh.
sakit mcm mana? fizikal ke mental?
Fizikal kurus sgt2. Dr 98kg trs ke 52kg dlm masa 5bulan. Mental. Allah sj yg tau. 24 jam menangis. Anak2 terabai. Mak pun langsung tak d peduli. Lebih2 lg bila tau dia tidur dgn wanita lain. Hampir bunuh diri sis.
byk yg mental dri fizikal. kalau fizikal tu disebabkan ikut perasaan, perasaan memberontak nakkan dia. sakit yg seksa perasaan je sis. setiap hari rasa tak tenang.
ye..sy faham perasaan tu. even dia depan mata sekali pun..rasa tak tenang mcm rindu yg teramat sangat mcm dah lama tak jumpe padahal dlm ofis..depan mata ni. rasa nak selalu rasa bercinta dgn dia..nak kluar dating. nak mesej 24jam. bgn tido nak mesej..sblm tido nak msj. kalau tak..tak tenang. resah gelisah. smpai penah menangis2 sakit kepala teramat sgt
Selalunya minyak dagu ni ade lebam lebam dekat tempat orng tu calit. Akak takde ke?
tak de pula lebam. badan rasa gatal2 sampai merah and selalu sakit kepala je.
badan sy ada lebam2. ada penah sekali tu ada lebam besar. siap tunjuk kat bos lagi lebam tu n nak minta izin gi berubat sebab time tu tetiba kene overtime lak. dah set appt dulu dgn tempat berubat tu. nasib baik bos kata xyah dtg keje overtime tu. yess..sy memang kerap sakit kepala dan yg sy perasan..bila sy sakit kepala..org tu yg kenekan kita tu pun sakit kepala gak. setau sy..dia pun kerap sakit kepala. ada 1 masa tu..dia sakit kepala seminggu. sampai gi hospital buat scan MRI tapi doktor kata takde apa2
lupa lak nak ckp..sy rasa lebam2 sy tu bkn sebab tempat kene calit..tapi kene tindih. sy kerap kene tindih time tido masa tu. dengan mak2 sy pun kene gak. ada lebam besar ibu jari kat bawah lengan
Loh gitu je? Cerita lah bagaimana cik penulis berubat, bagaimana mamat tu kenakan minyak dagu masa kali pertama berjumpa, adakah cik dah ok sekarang ni. Banyak benda yg masih belum terungkai.
Cerita separuh jalan je..
terlalu panjang kalau ceritakan semua. Will continue in part 2 nanti yea .
Thanks jika suka cerita saya 🙂
tak pe kalo panjang sebab cerita best..nnti buat part 2 yer..
Terima kasih sbb suka 🙂
Nanti sy post part 2, maybe part 2 ni yg ada seramnya
Bahaya kan..sebab tu xlayan wechat2 ni
bahayaaaaa tulllll.. best citer
Thanks sbb sudi baca kisah ni 🙂
mne ade malam smbahyang subuh
“Malam tu jugak lepas aku solat subuh”
Terima kasih sbb betulkan. It should be maghrib sebenarnya 🙂
Sambal? teringat sambal ke? Anw Best Story
Sambal? teringat sambal ke? Anw Best Story
uitm merbok ke
So pathetic kan….nak paksa2 dicintaii…
saya pun nak share tapi mcm malas dan takut org x percaya.
kisah terjadi pada suami….dan saya…
share je kalo cerita tue betol sebelom nie ade jer orang share cerita yang bukan2..
Please la anak2 muda, jgn mudah percaya dgn org yg baru pertama kali jumpa dah ikut keluar
Boring…
Please give constructive criticism instead of comments that condemned people.
Budak wicet mmg bodo. Sekian
haha! terima kasih sbb tolong taipkan…
Tula…jgn mudah percaya pd org yg kita x knl…hati2..zaman skrng wlpn makin canggih kononnya tu,tp bab syirik ni makin menebal
tang mana yang seram? setakat cerita camni, jangan expect orang nak puji. at least ceritalah sesi pengubatan tu cemana. itu lah yang sesuai untuk FS readers.
kan writer kata akan continue part 2….bawa la bersabar…karang dia trus bgi tau pasal sesi pengubatan ada pl kutuk tanya pasal intro……apadahhhhhhhh….
aq boleh nampak yg kau ni x jenis x setia kat seseorang hmm
bro,kalau kena minyak pengasih,mak bapa pon x ingat apatah lagi boyfriend………mmg x adalah istilah nak setia or sehidup semati….
Ntahhnyaaa, perkataan setia hingga ke hujung nyawa tu dh x igt dah lepas kena minyak pengasih ni.. B
Ntahhnyaaa, perkataan setia hingga ke hujung nyawa tu dh x igt dah lepas kena minyak pengasih ni..
Allahu baru first time jumpa, malam pulak tu terus setuju nak keluar? Even makan kat kawasan sekitar sekalipun, terfikir tak kalau dia nak buat apa2 tak baik eg: rogol, culik? Boleh je dia nak drive bawak kamu kemana2 je.At least ajak la kawan lain sama. Pengajaran kepada pembaca lain.
‘Mlm tu selepas solat subuh’…. Hmmm confuse dik ayat ni….salah taip erk…. Subuh pg.. X kan lew pg2 buta dtg umah kan… Next time check b4 post yer 🙂
Maghrib sebenarnya tapi tertulis subuh. My bad, sorry. Lain kali sy check semua error typing dulu.
Terima kasih yea 🙂
May i know simptom2 org terkena minyak dagu ni mcm mna…
x berkesudahan, xter la mcmna korang blh putus.
dan knpe gatai sgt oiiiii baru ptama kali dia dtg, terus ko sanggup keluar? kalau kena rogol, nak salahkan sape?
so, x heran ramai jd mangsa wechat!
benci dengan orang main benda2 ni .. xkira laki, ke perempuan.
Pergghhhh. Alhamdulillah. Terkesan awal sebab ade family. Yang aku kene, dari manager sendiri. Kau perempuan, byk org risau. Aku lelaki, org tak kesah sgt. Makan masa yg lame jugak aku kene dgn manager cibai tu. Org byk ckp, org muda klu bercinte dah x kire halal, haram. Cibai tol mulut org.
Maaf mencelah. Saya bertemu jodoh juga di wechat. So,bukan semua dak2 wechat ni bodoh ye. Maaf. Bukan nak kritik. Tapi mana2 aplikasi pun boleh mengundang keburukan mahupun kebaikan. Sekian.