Rumah Sewa Puaka

Assalamualaikum warga Fikesyen Shasha! Nama aku Lisa (nama samaran). Harini aku nak cerita tentang kisah seram aku sewaktu aku belajar di universiti di Perak. Universiti apa biarlah rahsia. Terima kasih jika admin luluskan cerita aku ni.

Bermula kisahnya bila tamatnya cuti semester dan kena berpindah ke rumah sewa, sebabnya asrama kami penuh. Tak cukup kuota. Kami semuanya berlapan. Tapi tersalah menyewa rumah! Terduduk di RUMAH SEWA PUAKA! Lama juga kami bertahan duduk di rumah tu selama setahun, sebab nak cari rumah sewa dekat kawasan tu sangat susah.

Okay back to the story, Gangguan pertama yang kami kena bila malam tu kami semua dah masuk bilik masing-masing dan kawan-kawan aku semua dah tidur. Aku duduk berdua dalam bilik master bedroom. Aku ni sejenis manusia yang suka tidur lambat sambil main handphone. Tengah ralit main telefon, memang jelas kedengaran bunyi orang memasak dekat dapur. Ketang-ketang! Bunyi kuali berlaga dengan sudip (which is bilik aku duduk ni memang berdepan dengan dapur). Aku bersangka baik lagi; mungkin kawan yang lain bangun masak malam-malam sebab lapar. Lagipun kawan-kawan aku sebelum ni pun selalu bangun lewat malam masak maggi. Pagi tu sebelum ke kelas aku tanyalah, “weh, korang masak apa malam tadi? Rancak betul bunyi.”

You know what? Dioranh cakap, “mana ada kami bangun masak, penat kot semua semalam masuk bilik terus tidur!”

Aku tanpa sepatah kata terus start kereta pegi kelas.

Kes kedua berlaku dalam bilik aku yang mana aku ni tak serik nak tidur lambat jer. Nur (kawan sebilik aku) dah lama tidur. Benda tu ganggu aku dengan cara bunyi orang tengah mandi dan gosok gigi. Bunyi air mengalir jer. Aku terus kejut Nur. Aku cakap, “weyh, ko dengar tak apa aku dengar?”

Nur dalam mamai angguk-angguk kepala menandakan iya, dia dengar. Kami pun beranikan diri bangun dan tolak pintu bilik air. Mujur kami tak nampak apa-apa. Cuma air paip bilik air tu memang terbuka deras. Kami tutup cepat terus berselubung dalam selimut.

Kes ketiga bila kami dah nak final, gangguan lagi banyak. Selepas bermacam gangguan seperti cawan jatuh, kerusi dan meja di dapur terseret, kami berlapan dah tak tidur dalam bilik. Kami bentang toto, tidur dekat ruang tamu lapan-lapan orang. Nak dijadikan cerita, malam tu aku tak tidur dengan dorang dekat depan, sebab aku nak tidur dalam bilik. Pagi tu subuh macam biasa, kami semua dah bangun. Kawan aku si Nur tegur, “weh Lisa. Cepatnya kau masuk bilik! Tadi aku tengok ko tengah tidur lagi sebelah Damia siap terkangkang lagi dengkur punya kuat.”

Aku pun tercarutlah. Aku cakap, “biar betik?! Kan aku dah cakap malam tadi aku nak tidur dalam bilik!”

Apa lagi, semua menggigillah! Lagi-lagi si Damia. Dia cakap, “seriuslah wei?! Habis tu, siapa yang tidur sebelah aku tadi?!”

Maka berhuhulah kami. Petang tu kejadian yang sama di mana semua dah pergi kelas, tinggal aku, Siti dan Mira sahaja dekat rumah. Si Mira ni pergilah toilet dekat dapur. Lepas tu dia nampak pintu bilik belakang sekali (bilik kak Aisyah) terbuka sikit. Mira ni pun pergilah ke depan bilik tu, nak tutupkan pintu. Dia nampak kak Aisyah tengah sedap tidur.

Selepas dia selesai buang hajat, dia datang dekat kami yang masa tu tengah tengok TV. Dia kata, “kak Aisyah tak pergi kelas ke?”

Aku pun cuak. Aku cakap, “wei, aku sendiri kot yang hantar kak Aisyah pergi kelas tadi!”

Lagi sekali kami menggigil. Rupanya benda tu suka sangat menyerupai kami!

Sebenarnya banyak lagi yang kami kena, tapi karang panjang sangat bosan pulak. Klimaksnya bila kami dah tak tahan bermacam cara kami kena ganggu, sampai nak study pun tak senang.

Kami berlapan panggil ustaz Darul Syifa. Malam tu kami kena ruqyahlah dengan ustaz tu. Yang paling teruk akulah yang kena. Lapan orang pegang aku bila ustaz ruqyah. Masa tu parents kami pun turun ke rumah puaka tu sebab nak tengok anak-anak mereka. Risau kot jadi apa-apa masa tengah berubat. Mak aku cakap mata aku merah menyala, suara garau masa tengah ruqyah tu. Semua orang aku tendang! Ustaz tu aku bodohkan, aku maki macam-macam. Mak aku cerita lagi, time benda tu ustaz suruh keluar, tapi tak nak keluar, mak aku cakap, aku kena sembelih, terus aku sedar. Punyalah lemah badan aku rasa masa tu.

Next lepas aku kena ruqyah, turn kawan-kawan aku pulak lepas tu. Semua kami berlapan ada benda tu dalam badan, maka besar-besaranlah kami menjerit dalam rumah tu, sampai jiran bertanya esok paginya, sebab apa semalam. Lepas berubat pun kami kena ganggu lagi, sebab ustaz kata tu tempat dia nak halau pun susah. Pesan ustaz, dekat mana pun kita pergi nak menuntut ilmu, ingat kita dekat tempat orang. Jangan lupa jaga hubungan dengan tuhan. Solat jangan tinggal. Lazimkan diri tu baca al-Quran dan jangan lupa zikir. Dan akhir sekali Kami ambi keputusan untuk pindah.

Sekian cerita aku. Maaflah kalau tak seram dan jalan cerita lintang-pukang, sebab aku bukan reti sangat nak mengarang

Lisa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

21 thoughts on “Rumah Sewa Puaka”

  1. Emm macammana “sembelih” nya tu?. Btw akak ngan kawan kawan akak semua dah selamat kan. Alhamdulillah. Benda tu takde pulak ikut kan?

    Reply
    • Berdasarkan saksi2 masa tu sembelih bukan guna pisau . Guna tangan ust tu ja buat cara sembeli di tengkuk dgn ayat2 al quran . Alhamdulillah lepas pindah takda benda tu ngikut sebab ust tu kata rumah tu rumah dia . Macam kami ceroboh tempat dia la . Tu dia marah . Sebelum rumah tu kami masuk memang xberpenghuni sebab asalnya tuan rumah buat sebagai homestay

      Reply
      • Assalam, pnh join org berubat sbb rumah kondo kwn kne kacau, tgk la aksi2 sembelih tu sbb dia degil xnk mengalah terpaksa sembelih mean dia m**i.. tp yg sedihnya ustaz yg berubat tu mmber kami lecturer kos lain sbb dia pandai bnd2 ni, jdi dia tawarkn diri utk jdi org tgh.. sorg lg kawan dr sarawak n dia pandai bab2 ni dia yg tlg sembelih kn n nmpk binatang (hantu) kluar dr pintu rmah.. kejadian belaku dkt kepong kl..

        Reply
      • Mmg smbelih tu jln terakhir bila jin tu bdegil xnk tgglkn bdn pesakit..bkn smbelih dgn bnde tajam,tp ade ayt yg blh buatkn jin tu ‘padam’

        Reply
  2. sembelih..bila ak baca pasal sembelih nim teringat ak penah kene sembelih huhuhuh sakit woo x leh nafas…mcm org jerut tengkuk kite…aduiii la…

    Reply
  3. ape komen tuan rmh? lps korang pindah sape yg sewa?

    sejarah rmh tu sebelum uols sewa?

    komen dan cerita jiran2 psl rmh tu sblm ni?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.