Misteri Amina

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sebab dah siarkan cerita aku hari tu yg bertajuk rumah sarah. Terima kasih kepada semua yg komen dan share. Hehe. Okay kali ni aku nak cerita pasal member masa aku PLKN di salah satu kem PLKN di Perak pada tahun 2008.
Semua kisah ni berkenaan member aku sorang ni tau nama Amina.

Kisah 1 :
Kisah ni berlaku masa bulan pertama lagi . Awal2 kemasukan kitorang ke kem tersebut. Masa tu baru nak pegi kawad kaki. Disebabkan aku ni jenis kaki bangku so aku malas la nak sertai kawad ni. Dalam otak aku fikir je mcm mana cara nak bagi dpt pelepasan. So aku buat buat lah sakit perut. Aku bagitau jurulatih aku yg aku tak boleh nak join kawad sbb senggugut.

So die pun suruh aku masok bilik medik. Aku pun seronok laa kan dpt sambung tido. Sampai je dalam bilik medik aku nampak ada sorang lagi wirawati terbaring kat katil sebelah aku. Aku pun jenguk la kepala nak tengok muka dia. oh ! Rupanya si Amina. Aku pun tegur la dia. “Mina, kau demam ke ? ” tapi dia senyap je dan terus selubung badan dia sekali dgn muka guna selimut.┬áDalam hati aku ekeleh kerek minah ni. Nak berkawan pun sombong. So aku pun baring la kat katil sebelah dia.

Tengah layan-layan mata sambil dengar pelatih lain dok kanan kiri kanan kiri tetiba aku rasa macam si Amina ni bangun. Aku toleh laa kat dia. Aku baru nak tanya kenapa tapi aku tediam sebab die duduk kaki berjuntai dan berhadapan dengan aku. Yg seram nye die tutup kepala dan muka dia pakai selimut tu. Korang bayangkan lah sendiri ye. Tp aku dpt nampak kepala die dalam keadaan menunduk. Bila dah hilang tekejut aku tanya dia. “Amina kau kenape ? Kau okay ke ? ” dia senyap lagi. Aku senyap jugak.

Tibe tibe dengar die ketawa kecil. Macam ketawa tapi tutup mulut tu. Nak kata berhuhu pun tak. Mcm bibir dia buat bunyi hmm hmm hmm tapi dalam bentuk senyuman . (Mesti korang tengah try buat kan skang) hee. Dah aku nampak dia macam pelik tu aku pun bangun lah pegi kat dia kot nak cek kenapa dgn dia. Tapi tetiba die bersuara “kau janagn datang dekat aku” langkah aku terhenti. Pastu tibe-tibe dia angkat tangan dia dan berlari kat aku sambil ketawa orang menang judi. HAHAHAHAHA macam tu lah dia ketawa sambil jerit “aku bunuh kau aku bunuh kau !” Baru aku perasan kat tangan dia ada sebatang pen.

Aku pun lari lintang-pukang la dah tengok dia macam tu . Aku bukak pintu nasib baik mase tu ade misi kat luar dengan jurulatih aku yg lain dia pun tangkap si Amina. Lepas tu aku tak tau apa jadi. Yang aku tahu dia kene bawak pegi berubat.

Kisah 2 :
Ni masih kisah pasal si Amina tadi . Cerita kali ni mase pertengahan bulan pertama lagi. Aku mmg satu dorm dgn Amina ni. Sebab tu aku kenal dia masa dalam bilik medik hari tu. Tapi dia ni jenis tak berkawan sgt dengan org. Lebih suka bersendiri.

Kat dorm kami tu ada seekor anak kucing ni comel sgt. Suka datang main kat kami sebab kami suka bagi dia makanan. Satu hari tu masa kami tengah main kejar-kejar dgn kucing ni boleh pulak si kucing ni lari depan Amina. Betul-betul behenti depan katil Amina. Masa tu Amina ada atas katil. Kawan aku nama Lily ni pun nak pergi lah ambil si kucing ni. Masa dia nak pegang tu.

Tetibe Amina dukung kucing tu. Sambil tu dia gelak gelak tanya Lily, ” kau nak ke kucing ni ? Hihihi kalau kau nak kau ambil lah dari aku kalau berani”. Lily ni pun nak ambil lah. Tp si Amina ni boleh pulak angkat kucing tu pastu buat gaya kucing terbang. Sambil gelak gelak ckp ” lepas ni kau tak boleh dah main dengan kucing ni”, pastu die terus campak kucing ni kat Lily.

Kami pun buat tak layan je lah sebab dah tahu dia perangai pelik sikit. Kami pun sambung main dengan kucing tu sambil Amina gelak-gelak tengok kitorang sambil senyum menyindir tu. Beberapa hari lepas tu kami rasa pelik sebab dah tak jumpa dengan kucing tu. Dia pun dah tak datang makan. Kitorang sampai cari ke dorm belakang lah nak cari kucing tu tapi takda. Sampai la satu malam tu kami bau mcm bangkai busuk sangat.

Macam bangkai binatang dah terburai perut. Tapi bau tu kuat sangat dlm dorm kami. Tak kan lah cicak mati bau busuk sampai camtu. Kami pun cari lah punca bau sampai la sorang member aku ni perasan bau tu datang dari loker si Amina ni. Masa tu kami dah plan nak bukak je loker Amina ni memandangkan loker dia tak berkunci dan Amina takde dalam dorm masa tu. Macam sengaja nak suruh kami bukak loker dia.

Sbb dah tak tahan sgt bau busuk kami pun buka lah loker dia. Astaga, rupanya bau busuk tu sebenarnya dari bangkai kucing yg kami selalu main tu! Siap die letak bangkai tu dalam baldi berisi air. Sampai kembung la kucing tu jadinya. Masa tu dah ada yg menangis. Ada yang lari sebab takut. Tetibe dengar suara orang gelak-gelak dari belakang. Gelak hihihihi mcm seronok sgt tu. Tapi seronok yang menyeramkan.

Tah bila si Amina ada belakang kitorang sambil gelak-gelak. Lepas tu dia cakap “kan aku dah cakap korang tak kan jumpe die lagi ” lepas tu dia ambil baldi dan bangkai tu dia pergi masukkan dalam tong sampah. Esok tu kecoh laa kem pasal mak cik cleaner jumpe bangkai kucing dalam tong sampah .

Okay sampai sini je lah dulu ye cerita aku kali ni macam panjang sangat dah bosan pulak kang korang bace. Sebenarnya ada banyak lagi misteri pasal Amina ni. Tapi nanti pulak laa aku cerita lagi. Ada sebab kenapa dia jadi mcm tu. Akan aku ceritakan di lain hari. Ok bye.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.