Misteri Cinta Berdarah

Sesekali angin bayu menyapa wajahku yang kusam ini, menyapa lembut seolah-olah memahami kesulitan yang sedang aku alami. “Alangkah indahnya jika di ketika ini abang ada di sisi ILana” bisik hatiku sambil air mata kerinduan mengalir tanpa di pinta. Lamunanku tersentap tatkala azan maghrib di handphoneku berkumandang. Arggh lama sudah rupanya aku mengelamun di tepi lebuhraya yang berbukit-bukau dan dapat menggamit pandangan sesiapa sahaja yang lalu di situ dengan melihat keindahan kotaraya.

Aku segera ke kereta kerana malam semakin merangkak dan kedinginan semakin terasa. Perasaan ku tiba-tiba seperti ada yang tidak kena. “Assalamualaikum cik…senja-senja tak elok bersendirian di tepi lebuhraya ni, bahaya cik” aku disapa seorang jejaka berkulit sawo matang. “Maafkan saya kalau buat cik terkejut, saya Adam…Mohd Adam” sambil dia menghulur tangan kepadaku. Salamnya hanya ku sambut dengan senyuman.

Sejak dari pertemuan itu, kami selalu berjumpa dan mula berkawan. Tapi yang peliknya , temujanji kami hanya di tepi lebuhraya itu. Aku semakin selesa dengan Adam, apatah lagi dia adalah seorang sahabat yang pandai memberi nasihat serta kata-kata semangat kepadaku. Ya, aku akui..setelah pemergian tunangku yang telah meninggal dunia akibat dari kemalangan bulan lalu, aku sentiasa sepi dan seperti hilang arah. Hidupku sentiasa di selubungi kerinduan, kesunyian yang tiada titik noktahnya. Hadir Adam ketika ini seperti memberi satu cahaya baru kepada ku.

Tetapi aku berasa agak pelik kerana Adam tidak mahu berjumpa di tempat lain , hanya di lebuhraya itu dan pada waktu yg sama. Alasannya tempat itu mendamaikan. Pernah aku cuba untuk mengajaknya ke tempat lain, tetapi di tolak dengan senyuman. Aku juga perasan wajahnya sentiasa seperti menanggung satu bebanan yang amat berat walaupun cuba di kaburi dengan senyumannya. Semakin aku merasa sangsi dengan Adam semakin kuat naluriku untuk menyiasat siapa Adam sebenarnya.

Satu hari aku ke lebuhraya itu pada waktu siang dan berdekatan dengan lebuhraya itu ada beberapa rumah yang didiami oleh orang asli di situ. Aku terserempak dengan Tok batin kampung tersebut dan dia menegurku seperti dia mengenali diriku. Rupanya dia selalu perasan aku sentiasa berada di tepi lebuhraya itu dah yang paling mengejutkan aku, aku sendirian. Padahal pada waktu-waktu itu aku bersama Adam.

Lantas Tok batin tersebut bercerita berkenaan dengan kisah Adam yang menyayat hati. Adam adalah seorang anak angkat kepada salah seorang penduduk asli di kampung tersebut. Dia telah jatuh cinta kepada anak gadis di kampung tersebut namun cintanya di tolak oleh keluarga gadis itu, atas alasan agama.
Kerana terlalu menyintai gadis itu Adam seperti tidak dapat menerima keputusan tersebut lalu Adam mengamuk dan membunuh kedua ibu bapa gadis tersebut dengan begitu kejam..mayat ibu bapa gadis itu di tetak di kepala….mata mereka pula di korek… Gadis itu pula di tanam hidup-hidup di pinggir hutan… Semua orang kampung pada ketika ini tidak tahu akan kejadian tersebut. Semua beranggapan mereka telah pindah ke bandar.

Kehidupan Adam tidak tenang rupanya. Dia diganggu oleh roh gadis tersebut, begitu juga orang kampung. Setiap hari mereka akan mendengar suara tangisan yang mendayu-dayu di pinggir hutan. Kadangkalan suara mengilai dan juga jeritan seolah-olah dalam kesakitan. Adam semakin murung dan akhirnya dia mengaku segala perbuatannya kepada orang kampung. Oleh kerana terlalu marah , Adam di pukul oleh mereka dan Adam cuba untuk lari . Dan pada ketika itulah sebuah treler panjang yang sedang laju menghentam Adam dan melanggarnya sehinggakan mayat Adam sukar di kenal pasti. Adam dilenyek seperti hamparan permaidani dan ada juga anggota badannya yang tidak di temui sehingga kini.

Dan disebabkan itulah lebuharaya ini sering di hantui oleh roh Adam yang dikatakan tidak tenang kerana masih lagi berasa bersalah kepada keluarga si gadis. Kadang-kadang ada yang nampak susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala sedang duduk di atas batu sambil menangis teresak-esak.
Tok batin juga menasihatkan aku supaya tidak lagi mengunjungi lebuhraya ini pada waktu malam kerana bimbang akan ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Aku amat berterima kasih kepada tok batin kerana telah menyelamatkan aku dari di buai melayan perasaanku bersama Adam. Ketika aku menoleh kepada Tok Batin , tiba-tiba wajah Tok batin berubah kepada rupa yang amat menakutkan , mata yang hampir terkeluar, tempurung kepala yang terbelah dua serta lidah yang terpotong . Sambil Tok Batin berkata ” Akulah bapa gadis yang di bunuh oleh Adam” di sulami dengan suara mengilai yang menyeramkan sehinggakan bulu romaku terus tegak berdiri.

Aku segera berlari ke kereta dan pada ketika itu sebuah lori lalu dan terus melanggarku. Aku hanya mampu memandang bintang-bintang di langit yang semakin lama semakin hilang dari pandangan…dan tiba-tiba wajah arwah tunangku berada di anak mataku…aku tersenyum dah perlahan-lahan mataku tertutup…

” Ibu, kakak dah sedar” aku terdengar suara yang seakan-akan aku kenali…”alhamdullillah, ILana..ibu ni…Ya Allah anakku dah sedar..bukak mata sayang, ibu sayang ILana…”
“Ibu, ILana dekat mana ni? kenapa semua orang ada dekat sini?” aku semakin bingung dan tidak dapat mengingati apa-apa pun. “ILana sayang, ILana tak sedarkan diri hampir sebulan …ILana kemalangan…syukur alhamdulillah Allah masih sayangkan anak ibu ni…”

Tiba-tiba ” Assalamualaikum semua…” sapa seorang jejaka dan pada saat itu ingatanku kembali dan aku terkaku sehingga pucat wajahku .” Saya Dr. Adam Hakimi yang menggantikan Dr. Luqman untuk pantau kes Cik ILana Ayuni” Dan ketika itu airmataku tidak dapat dibendung lagi…mencurah-curah dan aku menangis teresak-esak… “Apakah petunjuk yang ingin engkau sampaikan padaku Ya Allah Ya Tuhanku?” “Sesungguhnya kaulah yang maha berkuasa dan menentukan hidup dan matiku” Aku melelapkan mataku dan bersyukur di atas apa yang telah terjadi.

Minta maaf kepada semua pembaca fiksyen shasha jika cerita yang aku sampaikan kurang menyeramkan, ada masa aku akan kongsikan lagi cerita-cerita yang seram.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

11 thoughts on “Misteri Cinta Berdarah”

  1. “Kadang-kadang ada yang nampak susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala sedang duduk di atas batu sambil menangis teresak-esak.” puas aku dduk bayang. aduhhhhh

    Reply
  2. “Kadang-kadang ada yang nampak susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala sedang duduk di atas batu sambil menangis teresak-esak.”
    Aku tgh try bayangkan menangis teresak2 tanpa kepala

    Reply

Leave a Comment