HIJAB LUTH (BELUM BERAKHIR)

HIJAB LUTH (BELUM BERAKHIR)

Assalamualaikum buat pembaca Fiksyen Shasha. Sekali lagi aku muncul nak cerita pasal sambungan kisah Hijab Luth. Maybe ada yang pernah baca kisah Hijab Luth sebelum ni dekat sini atau maybe ada yang pernah baca direct dari FB aku sendiri.

Buat yang belum pernah baca, sedikit mukadimah untuk korang, Luth adalah anak sulung aku yang sejak dia dari dalam perut lagi aku dah terkena sedikit gangguan & kesannya lepas dia lahir makhlus halus suka dekat dia dan sampai sekarang dia boleh nampak makhlus-makhlus halus ni.

Part 1: Hijab Luth
Part 2: Hjab Luth

Yang curious boleh baca cerita Hijab Luth yang sebelum-sebelum ni.Memang dari A-Z aku dah cerita dekat previous post.

Sebab sebelum ni ramai yang tanya Luth masih boleh nampak atau tak, jawapannya ye. Luth masih nampak sebenarnya. Aku ingat dah tutup kes, after beberapa bulan kisah last tahun lepas. Luth stop kejap cerita yang bukan-bukan. So kitaorang laki bini anggap dah setel la. Tapi tiba-tiba makin kerap pula dia nampak & cerita. Maybe sebab Luth dah tak pelat, so apa yang dia nampak dia akan cerita balik semuanya dekat aku & husband .

Aku bahagikan siap-siap kisah-kisah si Luth ni nampak benda yang tak sepatutnya supaya mudah korang nak baca.

-AMBULANS –

Aku tak tahula memang Luth betul2
-betul nampak atau x, tapi pernah sekali waktu aku drive & stop dekat traffic light seksyen 8,tiba-tiba ada ambulans lalu menghala ke hospital Shah Alam, waktu ambulans lalu tu, benda 1st Luth sebut,

Luth :”mommy, uncle dalam tu dah mati! ”

Dalam hati terdetik, eh eh budak ni.. Selamber je cakap orang dalam ambulans tu dah mati😅

Sebab 1st time dengar aku ignore jela. Tapi pernah sekali tu aku bawa dia pergi emergency hospital Shah Alam, bila nak balik tu aku perasan di luar Red Zone ramai sangat orang. Nampak macam ada kemalangan teruk. Sekali lagi si Luth buka mulut,

Luth : “Mommy, orang dalam kereta tu dah mati”

Laju-laju aku tarik dia cepat-cepat pergi dari area tu. Takut apa pula orang dengar kan. Dalam hati duk doa semoga orang dalam ambulans tu hidup sihat lagi. Tapi memang terfikir juga, jarang dia jumpa ambulans dia cakap macam tu. Plus selama ni kalau jumpa ambulans x pernah pon kami sebut perkataan ‘orang mati’ depan dia. Selalunya explain dekat dia, dalam ambulans tu ada orang sakit. So dekat mana dia tahu orang yang naik ambulans tu dah mati? Terfikir juga, ada lagi ke benda yang dia nampak tapi kita yang dewasa ni tak nampak?

-HANTU ATAS BUMBUNG-

Pernah sekali daddy dia minta ambil di Concorde Shah Alam sebab baru lepas setel program (concorde tak jauh pon, dekat je dengan rumah) tapi kebetulan waktu tu dah Maghrib. So aku agak ragu-ragu sikitla. Kereta pula parking dekat padang sebelah rumah. Memang gelap sikit. Padang tu pula actually kiri kanan dikelilingi hutan pulak tu. Dalam hati dah terdetik, Ish keluar time maghrib ni x pe ke? Kang si Luth nampak lagi camne??

Masin mulut, baru drive sampai area IPD Shah Alam tiba-tiba Luth tanya aku.

Luth: “Mommy, hantu pergi mana?”

Sebab dah agak mesti ada je gatai – gatai tumpang naik grab x nak bayar ni macam yang aku pernah cerita kes kakak loncat dulu (Maghrib banyak syaitoonn oi😂) Terus aku jawab

Aku : “Hantu? Mommy dah suruh turun tadi”
Luth : Turun? Mommy hantu ada dekat atas kereta la mommy”. (Sambil tunjuk bumbung kereta.)

Dalam hati Cis! Cis! Maghrib ni Luth oiii. Yang hantu ni pon ko dah kenapa asyik tumpang kereta aku ni. Macam tak de kereta lain. Sekali lagi jadi grab tak berbayar😔

Oh by the way, kakak loncat dalam cerita sebelum ni jadi favorite ramai betul. Ada yang kata pocong la, bunian la.. Aku gelak jela dengar. Yela mampu gelak jela. Kalau aku sendiri nampak rupa fizikal kakak loncat tu aku rasa aku la orang first lari keluar kereta hehehe.

-BALKONI RUMAH-

Lepas tu pernah sekali tu aku terlupa angkat baju di balkoni. Maghrib jugakla, sebelum tu tidokan adik si Luth, tiba-tiba si Luth jadi cengeng nak berkepit.

Pergi toilet pon nak ikut sampai meraung-raung siap ambush pintu toilet. Annoyed jugakla jadinya. So aku marah dia. Selalu lepas marah dia pergi ke ruang tamu balik.. Ini tak.. Dia follow je mana aku pergi. Setel je kat toilet, aku pergi ke balkoni. Tengah khusyuk angkat baju, pusing2 nampak sis Luth merangkak keluar dalam gelap macam ju on (lampu balkoni terbakar. Jadinya kami memang tak pasang lampu) . Eh budak ni!! Tanjat gegirl tau. Mujur tak tercampak baju-baju tadi. Korang rasa nak respon macam mana? Dah la rambut si Luth kalau tak sikat memang dia jatuh sebijik macam budak dalam Ju on tu. Mujur aku kenal anak sendiri lagi. Kalau tak satu apartement la dengar aku menjerit. Korang google la tulis hantu budak cerita Ju On, ha gitula rambut Luth time tu. Dengan tak pakai bajunya. Tapi korang jangan salahkan aku pula lepas google ye hehehe

Aku marah dia suruh masuk rumah balik. Dia pon masuk, tapi still merengek2 nak ikut. Aku pon sambung angkat kain. Tapi waktu pusing badan nak masuk rumah(balkoni rumah ni menghadap hutan taman botani tepi rumah ni.) dari ekor mata aku nampak satu benda besar warna hitam tinggi dari jauh. Macam nampak kaki dia je. Sebab serious besar & tinggi. Aku pon terus masuk rumah.. Dalam hati, biarla dia.. Dah memang tempat dia, asalkan jangan buat kacau sudahla. Plus husband tak de waktu tu.

Actually dekat balkoni tu banyak kali dah aku nampak bayang-bayang susuk gelap. Lagi2 bila cahaya bulan ada. Sebab kitaorang jenis tido dekat ruang tamu lepas si Luth mengamuk tak nak tidur dalam bilik sebab dia takut. Aku punya habit pula suka tido menghadap balkoni tu. Kadang2 tengah malam terjaga boleh nampak la figure benda dekat balkoni tu.

Camne aku tahu? Balkoni tu ada ampaian, so malam2 selalunya nampak bayang2 ampaian je.. Tapi kadang-kadang reflection bayang-bayang tu benda hitam bersusuk besar. Tapi usually aku memang ignore je. Yela dia x kacau kita, buat apa kita kisah ye x. Dah memang habitat dia kat sebelah ni. Pernah juga saja-saja test husband tanya, pernah tak nampak apa-apa dekat balkoni rumah tu. Husband kata ada je, benda tu selalu je bertenggek dekat situ yang.

Yela.. Pape jela.. Bertenggek jela dekat balkoni tu, jangan masuk rumah udahle😅

-WAYANG-

One day tu mak long & cousins Luth balik Shah Alam. So mak long dia offer nak belanja aku, Luth & adik Luth tengok wayang upin ipin (Daddy tak de time ni) Tapi since kami dah tengok cite tu, aku pon decide nak tengok kartun lain tapi waktu tayangan yang sama.

Dah sampai waktu tayangan kitaorang berpecah masuk hall lain2. Nak jadikan cerita waktu tu kitaorang bertiga dapat hall paling hujung sekali.

Aku pun bawa Luth & adiknya masuk hall tu.

Gelap!!!

Skrin masih hitam & x de seorang pon dalam hall tu. Kitaorang orang first yang masuk. Aku pon bawa diorang duduk. Elok je duduk Si Luth tiba-tiba meraung x nak stay dalam tu.

Hehehe seriously memang creepy pon. Korang boleh bayangkan x dia punya gelap & sunyi tu umpama korang dah tersalah masuk dunia lain. Sunyi sepi..

Dia punya seram memang lain macam. Boleh rasa meremang tiba-tiba. Yela bak kata orang kalau tiba-tiba bulu meremang tu memang ada la mahluk Allah lain dekat dengan kita. Sunyi dia umpama anytime je hantu ju on boleh keluar merangkak tak pun kau pusing2 ada je benda alah duduk sebelah kau. Alah korang bayang kakak loncat si Luth tetiba duduk sebelah korang pon dah cukup buat korang rasa nak terkucil😅

Tapi aku pujuk si Luth duduk dulu sebab aku expect kejap lg mesti ramai orang masuk sebab tgk tiket macam ramai dah book. Bukan apa, leceh gila nak handle 2 orang anak sorang-sorang.

Tapi end up bertenggek la kitaorang bertiga dekat luar panggung wayang sebab si Luth actually dah start meraung dah. Aku give up le akhirnya. Dekat 10minit la juga tunggu orang lain masuk hall tu dulu. Konon masuk awal sebab senang nak control anak-anak. Last-last bertenggek je kat luar hall.

Aku siap interview lagi orang yang lalu lalang dekat situ, nak masuk hall berapa ye😅 Mujur ada satu family ni masuk awal. Gelak2 jela diorang tengok si Luth tengah sedu sedan nangis.

Entah apa la dia nampak tu wallahualam. Malas aku nak tanya lebih-lebih. Kang aku yang mencicit lari dulu😂

-TASKA-

Yang dekat taska ni cikgu-cikgu yang cerita dekat aku lepas diorang terbaca pasal hijab luth dekat wall FB aku. Aku tak pernah sebenarnya cerita dekat cikgu dia pasal Luth ni kadang-kadang boleh nampak, sebab ingatkan dekat sekolah tak ada apa pun. Rupanya ada juga. Ni pun kalau cikgu2 Luth tak cerita memang aku pon tak tahu😅

One day tu lepas ambil Luth, cikgu dia cerita.. Akak.. luth tanya saya haritu, kenapa ada budak atas pokok depan taska tu. Cikgu dia pon tengokla, mana ada budak. Memang tak logikla ada budak panjat pokok depan taska tu. Pokok tu pun bukan yang jenis sesuai dipanjat. Tak masalahnya anak sape yang rajin panjat pokok tengahari rembang😂

Lepas tu dia pernah tegur, cikgu kenapa ada budak main sorang-sorang dekat luar. Maybe cikgu dia risau ada budak keluar kot, tapi sekali lagi cikgu dia tengok halaman taska tu kosong je. Memang tak ada budak. Dahla tengah panas. Waktu aku dengar, aku macam.. Kesian.. Bosan agaknya benda alah tak de kawan main.. Dia main la sorang-sorang😅

Lepas tu ada one day tu aku & adik Luth tak sihat. So daddy dia pick up dia dekat taska.

Balik2 je daddy dia cerita Luth cakap dia nampak hantu dekat sekolah tengah masak air😅

Adoila hantu, pandai main masak-masak pulak😂

So aku interview la si Luth.

Aku : “Luth nampak apa dekat sekolah tadi?”

Luth: “Luth nampak hantu mommy! hantu tu masak air dekat dapur. Hantu tu haus.. Lepas tu dia minum air”

Amboi, haus pulak dah😂

Aku : “Lepas tu hantu tu buat apa Luth?”

Luth : “Lepas hantu tu minum air, dia terbang keluar mommy!! ”

Alhamdulillah.

Bagus hantu ni, dahla masak air sendiri. Jaga kesihatan betul. Air paip tak minum ye kawan-kawan. Dia masak dulu air tu ye😂

So the next day aku tanya la cikgu ada tak Luth cakap apa-apa?

Terus cikgu jawab ada akak!

Semalam katanya waktu nak tidur dekat bilik atas Luth cakap ada hantu dekat kipas. Menangis-nangis dia tak nak masuk bilik tu. Habis dengan cikgu-cikgu dengan budak2 lain mencicit lari turun tingkat bawah sebab Luth cakap macam tu😅

Aku waktu tu tak tahu nak respon macam mana. Kesian pon ye, kelakar pun ye sebab cikgu dia beria cerita macam mana semua pakat lari lepas Luth cakap gitu.

Lahai la Luth-Luth. Kesian cikgu dengan kawan2 jadi takut. So aku cakap jela tak pe, so far dia nampak je tu. Hantu-hantu tu inshaa Allah tak kacau orang pun. (Tu la ayat aku nak calm down orang, padahal.. Kalau aku terkena pon mau demam aku dibuatnya haha. Ramai cakap aku ni berani, cool je handle anak bila jadi macam ni. Tak korang, percayalah aku cool sebab aku tak nampak. Kalau aku yang nampak tak tahula apa jadi haha.)

So balik je sekolah aku interview Luth lagi. Aku memang akan tanya balik dia sebab just nak tengok jalan cerita dia tally ke tak dengan apa yang cikgu cerita. Kalau tally maknanya betul la dia nampak.

Aku : “Luth, cikgu kata Luth nampak hantu lagi betul ke?”

Luth : “Haa mommy, hantu tu ada dekat kipas.”
Aku : “Hantu tu buruk tak Luth?”
Luth : “Buruk mommy. Hitam. Tangan dia macam tulang.”

Ok.. Cukup cukup sudah.. End of conversation. Mommy tak nak dengar dah🤣 Tapi dengar cikgu cite 2 hari jugakla Luth tak nak tidur dalam bilik tu.

Tapi dalam banyak2 cerita, yang ini yang aku rasa tak tahula nak kesian ke nak gelak. Aku pernah cite sebelum ni dekat fb, maybe ada yang dah terbaca kot.

-DAPUR RUMAH-

Ada sekali tu time maghrib aku basuh baju. So since mesin basuh dekat balkoni dapur, aku lambat tutup pintu & tingkap (balkoni ni menghadap hutan bukit bandaraya). Bila dah tutup pintu, tingkap pula terlupa tutup, terus aku lepak depan layan tv sambil tunggu azan.

Si Luth ni pegang cawan, haus agaknya. On the way nak pergi dapur aku dengar dia bebel2 lepas tu dia patah balik. Dapur and ruang tamu dekat je, so aku dengar membebel mulut dia. Dapatla pick up sikit apa dia bebel tu

Luth : “Ish, kenapa dia duduk situ? Macam mana Luth nak ambil air ni?” sambil garu-garu kepala.

Aku perhati je dia berdiri tegak menghadap dapur. Dah agak dah mesti ada benda dia nampak.

Aku : ” Luth nampak apa?”

Luth pusing tengok aku sambil cakap macam bisik2 tu.

Luth :”Hantu mommy! ”

Perlahan je sambil dia jeling-jeling dapur. Takut le tu kawan dekat dapur tu dengar🙈

So aku cakap dekat daddy dia.. Anak awak nampak lagi tu dekat dapur. Daddy dia relax je cakap. Tu dah tingkap & pintu dapur tak tutup. Dia tumpang la kejap. (Dia tu merujuk pada hantu yang si Luth nampak bertenggek dekat dapur tu.)

Barulah aku teringat haa.. yela.. tingkap lupa tutup. Terus aku pergi dapur sambil cakap macam ni. “Dah dah keluar.. Jangan masuk rumah orang kalau tak diajak.” sambil tangan tutup tingkap. Gituu… Bajet berani, dalam hati hang keluaq la.. Tapi hang jangan tayang muka pulak nooo😂)

Dah tutup tingkap aku terus tanya Luth yang ngekor dari belakang.

Aku : “Dia dah keluar belum Luth?”
Luth : “Dah mommy.. Dah keluar”
Aku : “Dia keluar pergi mana?”
Luth : “Tu, ada kat luar tu tepi tingkap”

Alhamdulillah, so far semuanya baik-baik belaka la Luth jumpa ni. Sopan-sopan mendengar kata. Yang tak sopan tu yang jenis macam kakak loncat dengan yang naik atas bumbung kereta tu je. Dah naik bukan nak cakap terima kasih. Ingat aku grab ke😂

-CONCORDE SHAH ALAM-

Oh.. Lupa, ada satu lagi cerita. Yang ini hari yang berlainan dengan cerita otw ke Concorde dekat atas tu tau. Aku pernah baca rasanya dekat Fiksyen Shasha pasal ada orang cerita jumpa hantu bertenggek dekat car park Concorde.

So one day tu kitaorang park tepi concorde tu. Waktu park tu pun maghrib. Aku angkat-angkat kepala terus nampak carpark yang dalam cerita dekat fiksyen shasha ni.

Terus terdetik dalam hati, agak2 Luth nampak tak ye? Elok je nak balik tu dah gelap sikitla. Tiba-tiba Luth cakap macam ni.

Luth : “Mommy, atas tu ada hantu!”
Aku : “Yeke.. Biarla dekat dia”

So cerita yang dekat fiksyen shasha aku baca haritu betul la, memang ada benda suka lepak situ. Amboi.. Kemain kau hantu, lepak nak tempat-tempat high class je😂

Lepas tu last few days aku drop husband dekat tempat dia meeting lepas kitaorang dinner sama-sama. Waktu tu around pukul 9.30. On the way nak balik tu kena lalu depan area Concorde tu. Si Luth ajak aku selawat.. So layankan jela. Tiba-tiba elok dekat traffic light seksyen 9 tu dia diam tiba-tiba. Bila lampu dah hijau, tiba-tiba dia cakap macam ni kuat-kuat.

Luth : “Takutnya mommy.. Takutnya!”
Aku :” Takut pebendanya Luth?”
Luth :” Luth nampak hantu mommy!”
Aku :” Hantu lagi? Dia ikut tak?”
Luth :” Tak mommy, dia tak ikut. Luth nampak je!”

Aku dalam hati, tak ikut tak pe, kalau ikut ye haru😂 (Aku bukan berani ye, tapi sebab Luth kata dia tak ikut, so aku keep drive jela balik rumah. Kalau dia kata ikut memang aku u-turn la cari pak dia balik. Penat wei asyik jadi grab tak berbayar ni hehe. Boleh terganggu emosi.)

Tapi memang high end betul la yang si Luth nampak ni. Lepak tempat yang have-have je tau.. Tak nak kalah hehe.

So far yang aku perasan memang hot timing Luth selalu nampak, waktu tengahari rembang & maghrib.

Buat yang bertanya tak bawa ke. Luth berubat? Jawapannya Daddy dah refer orang yang terer bab-bab ni, katanya Luth ok je, cuma hijab dia lambat sikit tertutup berbanding budak-budak lain. Lama-lama nanti tutup la inshaa Allah.

So kami tak risau sangat. Kalau dia nampak, selalu cakap dekat dia biarkan je Luth. Buat tak tahu je. Alhamdulillah kurang dahla. Cuma kadang-kadang tu dia takut nak pergi toilet jela sorang-sorang yang jadi mangsa adiknya la.. Tak pasal2 jadi peneman setia abang dia pergi toilet. Nak berak panggil adik.. Nak kencing pun panggil adik. Nasib awak le dik dapat abang gitu.

Untuk soalan Luth je ke nampak? Adiknya? Emmm.. Adiknya aku rasa jarang nampak. Cuma sesekali kalau waktu tengahari rembang tengah2 dia main dia akan sebut nenek.. Nenek.. Entahla nenek mana la dia tegur tu. Sebab memang tak de orang lain dah selain kami😅

Ok la takat ni jela dulu. Lenguh oi menaip panjang-panjang ni. Macam biasa la, aku nak cakap dalam dunia ni memang ada benda lain wujud selain kita. Selagi tak memudaratkan boleh je nak abaikan. Cuma kita as parents kalau boleh elakkan la bawa anak-anak keluar especially time maghrib. Sebab memang makhluk Allah selain kita ni suka benar la keluar time2 gitu😅

Dzliyana
FOLLOW FB KAMI.

9 comments

  1. kesian luth… p la jmpe ustaz ttp hijab dia… ank ak n adik ak dlu cm ni.. kesian asyik takut je.. last jmpe maulana kat maahad tahfiz mintak ttp hijab mata.. alhmdllh.. dh xde nmpk bkn2..

  2. saya anak sulung, ayah anak sulung and anak saya pun sulung (setahun lima bulan). hope jadi macam luth. tapi orang hijab terbuka ni salah satu keistimewaan manusia sebenarnya. based on ustaz2 cakap la. cuma depends pada tuan badan. moga luth di beri kekuatan dan keimanan yang tinggi untuk semua ni.

  3. Anak sulung saya pun pernah macam ni, tp sekarang dah 9 tahun umur dia..Alhamdulillah takder dah.
    Tapi dia jadi penakut la pulak, masuk bilik sendiri pun nk berteman. Dulu bukan main berani bgtau apa yg dia nmpak..hahahah

  4. Sama lah dgn my kid.. Si abg boleh nmpk.. Tapi sekrg dah kurang dah.. Umur 6 thun.. Sblum ni, ader jer dia tegur… Ada pocong lah.. Siap wat demo gitu.. Da sekali tu, masa dia umur 5 thun, skolah pra.. Masa tu jem skjp, da trafik light.. Dan berhenti betul2 seblah kubur cina.. Dia bagitau da pocong kat luar, sblah akulah..babah dia diam jer.. Aku jwab OK.. Then dia suruh aku tengok hntu tu.. Siap dia pegang n tolak kepala aku kluar.. Kalaulah aku leh nmpk, memang konfem, face to face lah kmi berdua.. Yg si adek siap jawab.. X da pun.. So dia x nmpk.. Pernah si abg tgur masa maghrib, aku plak yg kena kacau 😢.. Kwn babah dia cakap, hijab dia akad n tertutup sendiri.. Kwn babah dia, org silat, so boleh lah nmpk2 jugak.. Kakak dia tu dulu tu pun sama, siap offer mkn sama plak tu..pas tu bagitau kat luar pgr umh nenek dia ada hntu.. Yerlah.. Hutan kan..si abg first time skolah, bgi tau da hntu dlm klas dia.. Setahun mcm tu dia merengek jer x nak skolah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.