HIJAB LUTH AKHIR

HIJAB LUTH Part 2.

(P/s: Jangan salahkan admin sebab ada part-part. As been mention before cerita ni dah di post dekat personal FB aku, so just copy & paste. Nak edit pon ambil masa actually. Kadang- kadang tengah edit, terdelete habis. Nak kena tulis balik. X ke bala jugak tu. Aku put the blame dekat jari-jari gemuk aku sebab selalu typo & nk kena edit balik.😂 Mohon bersabar ye)

Ok sambung ye🙈

Seminggu before kejadian suami ternampak tu. Aku nampak satu post dekat group puncak alam. Gambar kelibat putih captured by cctv (kelibat sebijik macam yang aku mimpi waktu mengandung Luth😅) so balik cite jela dekat husband. Dia dengar gitu-gitu jela. Kitaorang tak ambil port sangat.

So nak jadi cite, haritu sekali lagi hubby keluar. Katanya balik lepas maghrib. Aku dengan Luth tinggal dekat rumah jela. Layan tv je.. tiba2 tak lama tu dengar suara budak2 kecil gelak2 dekat luar. Rasa macam..eh bila masa pulak blok ni ada budak2? Duduk dekat setahun kot..serious x pernah dengar suara budak2 lagi.

Elok je rasa pelik, tiba2 masuk wassap dri husband tanya..

“yang..anak ok tak?ada nangis-nangis tak?”

Aku reply la..

“ok..nape? Abang nak balik bila ni?”

Dia reply

“abang balik lambat sikit tau. Ada hal.”

Waktu tu tak syak apa2. Just tengok tv jela. Around pukul 12 lebih husband tiba-tiba call cakap suruh kemas-kemas barang, kita tidur shah alam malam ni (rumah kakak).

Ok..dekat sini dah pelik. Sebab husband sangat2 jaga Luth ni. Takkan nak bawa anak kesayangan turun puncak alam ke shah alam( jalan puncak alam tu banyak history sebenarnya. Sepanjang aku duduk situ, setiap minggu ada je yang accident) tengah2 malam buta. Tapi kemas jugakla sebab bunyi dia macam ada something jadi.

Sepanjang jalan keep push dia.

“Nape abang ajak pergi rumah kakak tengah2 malam buta ni? ”

Dia senyap je weh..x nak buka mulut langsung. Aku sampai tahap, betul ke laki aku ni. Entah2 benda lain😅

Sampailah Shah Alam, baru dia mulut cakap, abang cerita ni jangan takut pulak.

Husband : Citenya gini…mi ingat tak abang wassap pukul 9 tu?

Aku : ha..bukan patutnya abang balik time tu? (Waktu ni dah terdetik ni kan waktu yang hampir dengan terdengar suara budak2 gelak2 tadi)

Husband : Haa..abang balik mi..tapi abang lari patah balik

Aku : Laa..dah kenapa?

Husband : Mi..abang nampak ada benda putih rambut panjang BERTENGGEK dekat tembok luar rumah kita ( tembok ni btul2 tepi pintu masuk rumah, the same area dengar suara budak gelak2 tu). Abang gosok mata..ingatkan salah tengok. Tapi dia bertenggek lagi mi..abang cabut la!
.
.
.

Allah..hehe tak tahu nak gelak ke nak nangis dengar.

Aku. : Habis tu abang selamber je cabut tinggal anak bini dalam rumah?

(dalam hati.. aduhai bertuah punya suami😂)

Husband: haa..abang blur. Lagipun mi dalam rumah.Abang yang nak mengadap ni macam mana. Kalau dia pusing tengok abang?

Aku : Lepas tu abang pergi mana?

Husband : Abang pergi sg.buloh. Kawan2 abang ada kumpul dekat situ ( ini waktu dia ada program rasanya) Abang sampai je abang duduk senyap je..sampai la ada yang tegur. Kau nampak apa tadi? pucat muka kau. Kau cerita sikit dekat aku? ( This person know little bit pasal benda halus ni)

So husband pon explain la apa yg dia nampak & that person kata, suruh bini ko kemas barang, kejap lagi ambil anak bini ko keluar. Benda tu tengah tunggu nak masuk rumah sebenarnya.

(Ok sedikit selingan. Actually aku waktu pregnant Luth suka sangat bagi makan kucing. So selalu la letak kadang2 cat food yang kering/sosej. Tapi kadang2 kami x de lama dirumah…agaknya jiran rumah sebelah perasan kucing selalu cari makanan dekat depan rumah tu..dia pun letak cat food yang wet tu/daging kisar. Ini yana perasan sebab bekas tu kadang2 ada d***h. Kadang2 nampak macam ada daging. So kitaorg syak mungkin benda tu tumpang makan kot. Becareful tau mommies..takut niat kita nak bagi makan kucing..tapi benda lain yang makan)

BERUBAT

Triggered dari kes tu husband nekad nak panggil ustaz tengokkan rumah tu & clearkan apa yg patut. So dah decide date semua, aku x ikut. Stay rumah kakak je..waktu berubat tu ustaz tegur.

“Rumah ni pernah kena pagar kan?”

Husband kata yes, ayah mentua dah minta ustaz di perak tolong pagarkan dari jauh waktu aku preggy. Sebab mak risau bila dengar aku cerita aku pasal mimpi bukan-bukan. Antaranya asyik mimpi nampak baby minta susu.

Katanya ustaz dari Perak, yang kononnya duduk dalam rumah tu memang asalnya penempatannya di situ. Dia marah bila ada penghuni lain. Sebab tu dia usik2 sikit.

Salah satu medium pagar yang ustaz dari Perak tu bagi adalah lada hitam. Lada tu kena tabur keliling rumah beserta bacaan-bacaan surah sikit.

Tapi sebab aku ni OCD..kadang-kadang sakit mata pulak tengok black pepper tu atas lantai.. so one day aku pergi SAPU black pepper tu🙈🙈🙈 and yes.. pagar tu dah x berkesan & sebab tu benda tu makin teruk. (Terer 2nd ustaz tu teka)

Hasil dari ustaz 2nd tu punya scan..ada dua ekor makhluk Allah yang lain dalam rumah tu. Seekor memang asal dari situ ( sama tak macam ustaz dari perak kata🙈) seekor lagi ustaz tu kata husband terbawa balik dari Kelantan waktu misi banjir dekat Kuala Krai dulu.

HIJAB LUTH
Part 3.

Weh nape tetiba meremang ni bila ingat balik rumah tu😅

Jujur aku kata, tak ada sekelumit rasa takut pon waktu aku duduk rumah tu. Husband pelik sebab kadang2 dia busy, dia suruh balik rumah kakak sebab aku kerja dekat shah alam..tak kan nak naik puncak alam lepas tu tinggal seorang.

Aku? keep eager kata x pe. Rumah ok je. Rumah x de apa2 la.

Berani?

Tak tahu nak kata apa. Sedangkan waktu mimpi ada benda ikut belakang marah2 tu, mimpi tu sumpah rasa real tau.

Macam boleh rasa hembusan nafas makhluk tu tepi telinga. Dah 4tahun..mimpi tu fresh lagi dalam ingatan ni😭

Mungkin Allah jaga sepanjang dalam rumah tu sebab elok je pindah keluar.Seriously meremang lain macam. Rasa macam kau gila ke pernah duduk dekat dalam rumah tu sorang2😅

Alhamdulillah Allah jaga.

Ok sedikit explanation pasal rumah aku tu. Rumah tu klu buka je pintu belah kiri terus jumpa ruang tamu.

Rumah ada 3 bilik. Bilik 1st kami buat bilik solat. Bilik 2nd master bedroom. Bilik 3rd bilik stor. Nak explain sikit setiap bilik ni ada perasaan lain2 kalau masuk.

Bilik solat- sejuk sangat2. Sentiasa bersih.

Bilik tido- panas. Tak boleh nak explain. Kalau masuk laki bini rasa serabut. So kami decide tido dekat ruang tamu je. Rasa macam panas je bila duduk dalam tu. Kalau duduk lama rasa tak keruan. Kalau tengok cermin..rasa macam ada orang join sekali tengok.😅

Bilik stor- Neutral

Toilet ada dua. Tp toilet master bedroom mmg air slow..so kami guna toilet luar jela. Toilet luar ni kalau nak pergi akan berhadapan dgn bilik master bedroom. Tiap kali lalu depan bilik aku rasa macam ada yang perhati. Macam ada je orang tengah tengok & perhati aku.

Lagi-lagi bila aku tinggal seorang dekat rumah. So utk elak feeling tu, mmg asal waktu malam je kitaorang lock pintu bilik tu.

Nape aku cite pasal bedroom & toilet ni..ha..kjp ye.

So back to treatment session tu.

TREATMENT USTAZ

Ok..dah panggil 2nd ustaz datang, husband ada panggil few kawan2 dia juga untuk temankan. Before treatment session tu ada la certain bahan2 yg digunakan. Salah satunya BOTOL kaca. Why botol kaca? Sebab ustaz kata so that benda2 tu bila dimasukkan nanti, diorg akan nampak pantulan diorang sendiri instead of manusia.

Macam yang aku explain sebelum ni. Ada 2 ekor mahkluk Allah dalam rumah tu selain kitaorang bertiga.

1 duduk di ruang tamu. 1 lagi di master bedroom. Salah satu tu tu dia memang berkenan sangat dekat Luth. Luth ni lahir-lahir dah ada Hypothyroid. Baby hypothyroid ni ada potential jadi lembam if tak ambil rawatan. So makhluk Allah ni memang berkenan sangat la dengan Luth. Ustaz kata kalau aku lambat jumpa Luth basah sofa haritu & Luth pon dia sempat tarik habis masuk bawah sofa memang takkan dapat Luth dah.

(sampai harini aku tak boleh terima apa yang aku nampak depan mata sendiri. Memang separuh badan Luth dah masuk bawah sofa macam ada yang tarik😭 memang tak logik akal tinggal anak tak sampai seminit tengok2 anak dah kena heret masuk bawah sofa)

While yang satu lagi tu memang asalnya dari situ. Kiranya apartment tu dah dibina atas rumah asal dia. So dia macam lil bit marahla ( ini memang sama macam ustaz dekat perak explain)

Ok..untuk treatment ni husband pergi jemput ustaz dari Puchong. Katanya husband sampai je area Puncak Perdana ustaz jadi macam tak senang duduk. Ustaz kata makhluk Allah yang dekat rumah tu dah tahu ustaz otw nak datang.

Bila sampai je rumah husband terus bukakan pintu & one of his friends pula terus masuk toilet buang air sebab tak tahan tunggu lama nak lepas hajat.

Settle je hajat, dia terus buka pintu toilet & automatic dia terus mengadap bilik master bedroom yang terbuka pintunya and guess what?

Yes, depan mata dia sendiri dia nampak salah satu makhluk Allah tu berdiri betul2 depan mata dia. Katanya benda tu besar & tinggi makhluk nya. Rupa aku lupa, rasa macam ada sebut berbulu & mata merah (He was surprised sampai seminggu jugak la demam😅)

Itulah punca kenapa bilik tu lain macam. Ada makhluk Allah yang lain duduk dalam bilik tu.

Treatment ambil masa 1-2jam jugakla husband cerita. Waktu treatment memang orang yang ada tak nampak apa2 pon, tapi husband kata malam tu rumah jadi sunyi sepi sangat. So waktu ustaz nak tangkap that things diorang dapat dengar bunyi orang berlari2 dalam rumah.

Sangat kuat.

After 2h finally dapat tangkap 3 ekor jin ( ok actually ada 2 dalam rumah sebenarnya & the 3rd one tu yang husband terbawa balik dari kelantan.

Ustaz just cakap benda tu suka dekat husband sebab tu dia ikut balik sampai selangor.

Well agaknya yang ini la kot yang bertenggek dekat luar & habiskan makanan kucing tu😂. Tapi this thing tak boleh masuk rumah sebab dalam rumah katanya sebab dah ada penghuni asal. Adab sesama diorg kot)& lastly semuanya selamat dimasukkan dalam botol kaca.

Betul ke ustaz tu tangkap or just main2 je?

Yup.. memang btul sebab aku sendiri dah tengok gambar benda dalam botol tu.

Dari mata kasar kita boleh nampak shape muka, mata mulut semua. Matanya merah2 gitu.

Definitely not in a beautiful shape😅. Cuma gambar aku x berani simpan lama & delete after few days. Sebab rasa macam ada je yang ikut kau kalau simpan gambar tu lama2😅

husband ada simpan..tapi dalam fon lama yang rosak. Yela fah berapa tahun dah..si Luth pon dah besar. So cukupla gambar tu dalam ingatan kitaorang je.

What happened to that botol? Ustaz buat apa?

Ustaz nak buang ke Sungai Klang (tempat yang airnya mengalir) tapi on the way nak turun puncak alam tu husband cakap kereta tak boleh carry on dah.

Terlampau berat.

Ustaz kata x pe, cari satu tempat yang sesuai tapi tak boleh longkang..sebab risau ada yang jumpa & kutip balik. So the nearest place adalah tasik betul2 dekat uitm puncak perdana tu. Ye..tasik yang orang memancing,tasik yang orang photoshoot gambar kawin tula.

(Ok, korang kalau ada husband atau sedara mara yang kaki memancing dekat area tu, pesan siap2 ye..kalau jumpa botol kaca area tu, janganla sentuh/cuba2 buka. Macam mana kita tengok cerita hantu jangan pandang belakang tu, macam tu la konsepnya. Jangan sesekali kutip atau buka bekas/ botol kaca yang kita jumpa sebab kita tak tahu benda apa yang ada dalam tu)

Lepas je botol tu kena buang, Alhamdulillah kereta jadi ringan balik& diorang dah boleh bergerak balik. Cumanya, dah buang yang dalam botol..ustaz tiba2 kata ada benda lain pulak yang mengikut (ini aku tak terkejut. Tasik tu malam2 memang scary pon) so kena stop somewhere else x boleh trus proceed balik rumah.

Rumah tu? Kami pindah terus. Tapi haritu ada terbaca ada rumah apartment dekat puncak alam kena gangguan yg sama.. harap2 bukan rumah yang sama la😅

So apa kaitan dengan hijab Luth? After few years baru kami perasan. Ada few benda yang jadi..at first kami ingat biasa la budak2 kan. Then baru kami realize Luth & adik dia lain. Luth memang macam boleh RASA & NAMPAK apa yang tak patut.

Ini aku ceritakan next entry. Tu pon kalau admin publish la😂

Jangan risau, jalan cerita semua dah siap. Just nak edit & submit je.

Thanks admin

 

HIJAB LUTH
Part 4 /Akhir

Panjang sikit.bertabahla baca hehe

Aku harap ni last part. Jangan la ada lagi benda jadi. Sebab kecut jugak perut since last kejadian baru je jadi last few nights.

Ok sedikit selingan pasal rumah lama. Gangguan tu start dengan bunyi2 manja je, bunyi guli, bunyi tumbuk sambal.

Memang at first aku tak rasa apa. Cuma rasa annoyed bila tengah preggy tiap2 malam rumah atas berpesta. Kita dahla tido tak selesa. Asyik terjaga je. Gedebang gedebung tau diorang main tarik perabot.

Dahla bunyi perabot macam perabot jati je. Boleh bayangkan tak bisingnya macam mana.

Husband? X dengar langsung.

Dia sedap je tido. Tapi last2 bila inform dia..dia pon dengar juga. Plus, nasi kalau masak sentiasa cepat basi😭 since kitaorang ni berdua je..so aku usually masak siap2 nasi tengahari & malam. Tapiiii..petang je nasi confirm basi. Padahal tak usik sangat pon. End up memang tak masak nasi lebih dah..sebab memang after 2-3jam nasi cepat basi. So kalau nak tahu rumah kita ni ada gangguan jin, bunyi2 macam aku cite tadi & nasi cepat basi adalah part of petandanya. So cepat2 la panggil ustaz ubatkan sebelum terlambat macam kami. Agaknya kalau kami ignore lagi, mungkin lagi teruk Luth kena.

Ok back to hijab Luth. Kenapa sekarang baru nak cerita?

Sebabnya kami mati2 ingat biasala budak2 kadang2 nampak benda halus ni. Siap standby lagi, adik dia nanti mesti go through benda yang sama. Sampaila adik dia besar, baru kami perasan, yes ada beza antara Luth & adik dia.

Luth macam memang dah nampak lama since baby. Adik dia? X de issue langsung. Adik dia kalau buat hal pon sebab lapar /kembung je.

DALAM PANTANG DI KAMPUNG

1st time perasan Luth boleh rasa benda tu bila kami baru balik dari berurut. Aku berurut dengan nenek sendiri dekat kampung. Tapi sebab haritu terlambat sikit, so sesi urut tu terextend sampai nak maghrib. Alang2 tu mestila tok suruh makan malam teruskan.

After maghrib tu baru nak balik kerumah mak aku pula (jarak rumah nenek & rumah mak dalam 15-20 minit jugakla).

Aku turun je dari rumah, masuk kereta aku dah perasan mata Luth macam terbeliak pandang something. Dalam hati dah rasa something wrong.

So panggil2 dia, dia still buat mata macam tu. Tak berkelip. Pelik..baby dalam pantang actually bukan nampak apa pon lagi.. usually diorg respond dgn bunyi je. Tapi Luth dia static dengan mata bulat dia. Macam tengah pandang & dengar something. Terus cakap dekat hubby, pasang something yang..ngaji ke. After 10minit perjalanan baru Luth back to normal. Apa yang Luth nampak/dengar/rasa Allah jela yang tahu.

BULATAN SEKSYEN 6 SHAH ALAM

Bulatan ni, sampai sekarang aku masih lagi meremang tiap kali lalu waktu maghrib/malam.

Dekat bulatan ni husband cerita dia tengah lalu situ sorang2 waktu tengah malam. Tengah2 drive tiba2 tingkap pintu belakang turun dengan sendirinya.

Husband? Of course dua2 belah tangan masing di stereng kereta (button turun & naik tingkap ada dekat pintu kereta). So persoalannya siapa yang buka tingkap tu? Sebab husband takut ada yg mengikut terus dia cakap aku tumpang kan kau sekejap je tau. Kau jangan ikut aku balik, aku ada anak bini dekat rumah. Mujur benda tu dengar cakap tak ikut sampai kerumah lagi. Cukupla girlfriend bertenggek yang dia bawa balik dekat puncak alam dulu tu😂

Ok apa kaitannya dengan Luth? Kaitannya bila setiap kali kami lalu situ waktu maghrib & malam, Luth mesti tepat pukul 12malam tiba2 mengamuk meracau.

Dia akan bangun mengamuk2 sambil tangan tunjuk ke bucu syiling rumah. Macam ada something dekat atas syiling tu ya g kacau dia.

Bukan sekali dua. Berkali-kali. Pernah sekali aku keluar dgn adik aku bawa Luth. Ngam2 sampai rumah time orang azan.

Malam tu Luth mengamuk meracau. Tepat pukul 12malam. Bila ingat balik, yes setiap kali benda tu jadi, mesti jadi bila kami lalu area bulatan sek6 tu waktu sebelum/ semasa maghrib. ( Bulatan ni dekat dengan pasar, mahkamah, tasik & hotel intekma uitm. Jalan lengang je, tapi setahu aku pernah ada few accidents teruk di area ni sampaikan ragut nyawa. Kalau sesiapa pernah lalu pon mesti pelik macam mana boleh accident dekat area macam tu.)

Apa yang ikut kami balik?dia je yang tahu. Semua ni jadi bila Luth umur around 1-2tahun. Adik dia? Langsung tak de problem macam Luth. Bawa la berjalan waktu bila-bila pon..chill je dia.

Sebab tu kami slowly syak Hijab Luth masuk terbuka while adik dia punya dah tertutup.

By the time Luth reach umur 3tahun dia dah jarang mengamuk2 malam2 dah.

Tapi benda lain pulak jadi. Dia dah pandai cakap apa yg dia nampak. Contohnya Luth ni suka berendam dalam baby bath tub tau. Dia boleh spend sejam dalam shower room aka toilet tu just utk berendam je.

So one day ni dia tak nak masuk toilet. Bila tanya kenapa tak nak? Dia kata no mommy no, ada hantu. Luth tak nak masuk toilet! Ok fine..hantu pon..pergila lepak tempat lain,bukan setakat Luth, mommy Luth pon x berani nak lepas hajat😂

Ada few incidents lagi, tapi macam biasalah ingatkan budak2 ada kot imagination dia sendiri. Sampailah jadi something waktu raya puasa lepas.

MALAM RAYA

Ini malam raya pertama. Sepupu Luth dah nak balik kampung lagi satu. Luth dah meraung2 nak ikut. Aku dekat dalam rumah mak dgn adik Luth. Since mak cik Luth ada dekat luar, aku just perhati je dari dalam. Tapi rasa tak sedap hati.

Tahukan orang kata malam raya hantu syaitan ni dah bebas. So malam tu Luth ngamuk nak ikut sepupu dia. Tak lama tu suara Luth senyap. Rupanya mak cik dia lagi seorang dah bawa naik kereta lagi satu. Kononnya nak adjust parking tapi end up terpusing taman tu.

Bila nampak dia naik kereta tu, terdetik dalam hati eh..dah habis puasa ni. Taman dahla gelap. Nanti si Luth ni nampak apa-apa kang macam mana. ( Rumah aku ni dekat dengan kawasan perkuburan jugak) Haaaa.. instinct mak-mak ni betul tau. Memang jadi betul!

Dia sampai je rumah, dia turun kereta terus cakap, mommy ada hantu dalam kereta acik! Mula2 ingat dia main2. Tapi tak.. effect dia? Sampai sekarang asal waktu malam je dia dah tak nak duduk seat belakang dah. Takut mommy ada hantu katanya.

Omg..seat depan dahla sempit dengan si adik dia yang gebu. Tambah sekali dengan si Luth. Boleh bayangkan tak berbulan2 kitaorang laki bini naik kereta macam tu. 4 orang dekat depan.

Even dia mengantuk pon, dia sanggup tido dekat tempat kaki aku dari pergi tido seat belakang. Sengal la hantu ni. Yang menderita aku terpaksa bersempit😂

Things getting worst bila dia keep cakap macam ada something else around us. Senang cakap dia dah makin kerap perasan benda yg orang lain x nampak. Nak tahu dia main2 atau betul senang je. Kalau muka dia serius & bersahaja tu mmg betul la ada. Klu dia bergurau dia akan gelak2.

DEKAT OFFICE MOMMY

Ada sekali tu aku bawa dia ke ofis sebab badan dia panas sikit. Takut demam di taska, so bawa kejap. Tak lama tu staff lain yg ada semua dah balik. Tinggal aku & Luth je. So ajak dia pergi toilet kejap. Elok je keluar toilet, Luth jalan sikit lepas tu tiba2 pusing balik menghadap almari tepi toilet & angkat tangan sambil cakap, oh hi uncle!

Dengan confident nya dia tegur.

Kosong!!

Office tu kosong x de orang selain kitaorang berdua je😱😱😱

Mana ada sesape dalam opis tu!

Wehhhh…korang boleh bayangkan x betapa kecutnya perut mak dia ni??

Terus cakap Luth dah dah jom balik! Switch off pc, ambil beg, tutup aircond & lampu, punch out terus kunci ofis. Dalam hati ko jangan la ikut aku balik rumah🙈🙈🙈

MUZIUM SHAH ALAM

Last few weeks kami bawa Luth & adik dia pergi muzium shah alam. Saja je pusing2 tempat sejuk sikit. Dekat Luar tu kan ada keretapi lama tu. Waktu dekat keretapi tu aku rasa jugak lain macam.

Husband cakap dekat Luth jom tangkap gambar. Luth macam tak nak. Siap meronta2. Macam takut nak naik keatas keretapi tu. Last2 pujuk dapat la snap 1 gambar tu pon daddy dukung.

Setel dekat luar kami masuk dalam. Best gile muzium ni. Dahla free. Aku yang dah dekat 10 tahun stay Shah Alam baru 1st time masuk. Excited oo😂

Ok sambung cite. Dekat muzium ni ada macam2. Salah satunya ada bilik alam kematian tau.

Aku jenguk je bilik tu. Tu pon lepas dengar budak2 lain yg masuk bilik tu cakap giler seram bilik ni! Jom keluar! Lol..Mau tak seram, patung dia kafankan tu real giler. Macam pocong pon ada. Scary gile😂

Tapiii… husband baru cite semalam, dia ada masuk dengan Luth bilik tu. ( Aku & adik Luth tertinggal dekat belakang sebab si gebu ni too busy tengok poster2 dalam tu. Tengok 1 poster sampai 10minit macam faham je) husband kata Luth x takut langsung. Siap cakap

“kesian la dia daddy, dia nak tidur tu.”

Ok baru kitaorang faham kenapa dia tak takut. Sedangkan orang dewasa pon rasa seram tengok patung tu, inikan budak. Patutnya dia lari. Tapi dia x lari pon. Relax je. Kitaorang syak dia dah selalu nampak. So patung macam tu apa adahal. X seram pon😂

Next, kitaorang turun level paling bawah. Banyak specimen binatang dalam botol. Ala macam jeruk rendam dalam botol tu. Ada tulang buaya..hush besor bebenor. Level yang sama dalam muzium tu ada macam bukit tiruan tau ada pokok ada replika binatang. Best. Kitaorang panjat naik..lepastu dia macam ada gua turun kebawah.

So aku & husband nk try la turun. Memang lil bit creepy pon klu jenguk. Si Luth dah meronta2 x nak masuk. Ada hantu ada hantu dia kata. Ok mommy cepat2 bawak dia naik. Kalau ada pon logik jugak.. gelap tempat nya😂

KAKAK LONCAT

Cerita pasal kakak loncat ni baru je jadi last week. Nak nangis & nak gelak pon ada bila ingat balik.

Macam biasa aku hantar Luth & adik dia ke taska. Dekat trafik light aku stop kereta since lampu merah. Tunduk kejap cek handphone. Tiba2 Luth buka mulut cakap macam ni.

Luth : Mommy, sian la kakak

Aku angkat kepala tengok depan belakang kiri kanan. Ingatkan dia cakap pasal budak naik motor sbb kdg2 mmg berselisih dgn 1 motor ni nak hntr anak perempuan ke sekolah. X de pon motor.

Aku. : kakak? Kakak mana Luth?
Luth : kesianla kakak mommy.
Aku : kakak? Kakak mana ni?

Luth senyap tak jawab. So try pancing dengan soalan lain.

Aku : Luth..kakak dalam kereta ke?
Luth : Hmmm..(angguk) kesian kakak

Omgggg!!! Rasa macam nak stop je kereta lari keluar. Banyak2 kereta mahal2 why kereta kitaorang jgk dia nak tumpang😂

Nak confirm kan balik betul ke ada ‘kakak’ tu dalam kereta, aku pancing lagi soalan.

Aku : Luth, kakak cantik ke kakak yek? (Yek ni simple word Luth nak describe benda tu buruk/hodoh sebab dia masih pelat)
Luth : Baju kakak yek!..kesian kakak mommy!

Huwaaa..dalam hati ko kesian dekat kakak je..mak ko ni camne Luth. Gile tak nebes tetiba jadi grabcar tak berbayar bawak ‘kakak’. Kakak ni pon, mandai je tumpang tak inform😂

Aku : Luth..luth cakap dekat kakak, kakak mommy suruh turun tau.
Luth : ok mommy.

Sampai je taska adik Luth, terus hantar si adik dulu. Taska Luth dekat taman sebelah. Masuk
je balik kereta aku tanya balik

Aku : Luth, kakak dah keluar belum?
Luth : Dah mommy, kakak loncat keluar!

😣😣😣😣

Main loncat2 pulak dah. Spesis apakah kau ni kakak😅

  • Sedikit selingan, rumah sewa kami sekarang dekat bukit kawasan berbukit di shah alam. Sebelah taman rekreasi.

Memang masuk kedalam sikit & ada kawasan rumah orang asli & ada ustaz sini kata depan tapak rumah kitaorang ni ada perkampungan bunian.

Wallahualam. Tapi hubby pernah balik tengah malam pkul 2-3pgi & terserempak dengan 2 org budak tak pakai baju lari masuk celah2 semak.

At 1st dia just pikir anak sapa la tu. Lama2 baru dia sedar takkan la anak2 manusia keluar main tak pakai baju tengah2 malam buta🙈🙈🙈 so yes, dekat area ni memang ada makhluk lain yang tinggal*

WALKER LUTH

Ini paling latest aku terkena. Pernah tak dengar orang kata mainan anak2 kalau jarang main nanti ada yang tumpang main?

Yup betul2 jadi.

Al kisahnya playard Luth & adik dia bersepah sangat. Aku malas nak kemas sebab tahu nanti confirm sepah balik. Plus weekend je ada je aktiviti dekat luar, so jarang ada rumah. Memang x sempat kemas pon.

Almost 2-3weeks jugakla playard tu diorang tak masuk main. Kalau masuk pon ambil mainan diorg nak..keluar cepat2. Last week aku kemas, tapi sia-sia je..tak sampai sejam bersepah balik.

Malam tu…

Cuaca sejuk sangat..so aku decide tak buka air cond. Kipas cukup la. Aku slowly rasa ngantuk. Budak2 pon tidur awal.

Tengah layan ngantuk tu tiba-tiba dengar perempuan nyanyi. Macam humming tu. Betul-betul tepi telinga aku. Panjang pulak tu dia nyanyi.

Mula2 ingat nak call husband (dia kat luar ada hal), tapi bila teringat dia cakap dia keluar kejap je. Tak jadi call tapi tertido terus. Nyanyi tak nyanyi, eh lantak ko la..aku ngantuk yang amat ni. Rasa mengantuk lagi melampau dari takut😂

Agaknya that thing marah kot aku tak layan dia nyanyi.

Sejam after that, adik Luth merengek-rengek jaga dari tidur. Dia punya merengek-rengek tu selang few minutes je tau. Maksudnya dah bagi susu tapi dia keep merengek-rengek macam tido tak nyenyak. Macam ada yang kacau dia. So dalam mengantuk mengantuk ni pujuk jugakla dia tido.

Tengah pujuk dia tidur tu, dalam mamai mamai tu tiba2…walker Luth dalam playard terus terpasang lagu & lampu dia!

Tersangat kuat & tersangat cerah macam ada yang sengaja tekan2. Tahu kan mainan budak2 kan bunyinya kan usually nyaring sikit. So bila tengah2 malam buta sunyi sepi tiba-tiba ada mainan berbunyi, korang agak2 rasa nak luruh x jantung tak dengar?

Memang terkejut gile sebab no one else ada dekat situ. Yang ada Luth & adik Luth yang tengah tido.

Walker??

Keep berbunyi macam ada yang keep tekan. Tak de sign nak off langsung. So aku terus bangun berlari tutup. Memang lari la sampai terpijak habis hot wheels Luth depan playard.

Punya terkejut yang amat. Sempat jeling khemah mainan ikea & dapur.

Kosong. X de apa pon. Playard pon x de apa..yang ada cuma walker yang berbunyi & bernyala non stop. Nyaring! Sakit telinga dengar.

Jantung..fuh berdegup kencang! And then baru realized.. sebelum tido tadi sejuk yang amat.

Kenapa tiba2 bahang lain macam. Bahang tak boleh describe. Lagi panas dari bilik tido rumah lama yang berhantu tu. Memang one thing je dapat fikir.

Ye..ada something else dalam rumah ni. Kau je tak nampak! Terus menggagau cari fon dalam gelap. Tengok jam dekat fon, tepat pukul 1.01 pagi.

Maksudnya walker tu berbunyi ngam2 pukul 1 pagi

Menggeletar tau pegang fon. Baru nak dial no husband tiba-tiba dengar ada orang buka pintu rumah.

Legaa…

Husband btul2 dah balik. Rasa nak nangis pon ada kalau kena hadap sorang2.

Benda apa yang usik? Tak tahula..maybe mainan tu dh lama x berusik sampai ada yg menumpang aku pretty sure semuanya dah bertutup waktu mengemas siang tu, x pon kakak yang loncat keluar tu datang balik😅

Whatever it is.. harap2 tak datang dah. Mungkin jugak sebab aku dh lama tak kemas playard tu..tu yg ada yg menumpang. Wallahualam. So lepas ni mainan anak klu yg x main tu bungkus la simpan. Sebab mmg ada terbaca pasal mainan anak2 ni. Lagi2 benda berbentuk binatang/ anak patung.

Luth? Kitaorg syak mungkin hijab dia x fully closed lagi mcm budak lain. ‘Wangi’ lama dia pon mungkin juga yang attract benda2 halus ni nak berkawan. Apa2 pon tu semua kuasa tuhan. Selagi tak mengganggu/mengancam nyawa ok je lagi. Tapi if boleh mengancam, mungkin kena seek for treatment lagi.

Tq bagi yang sudi baca. Semua ni based on pengalaman sendiri. Tak scary sangat pon compare dengan orang lain. Tapi lit bit nak share pengalaman kami as peringatan untuk parents2 lain dalam membesarkan anak2.

Lastly nak cakap, yes..dalam dunia ni bukan kita je yang ada. Ada makhluk Allah yang lain. If teruk gangguannya, carila yang pakar untuk selesaikan sebelum terlambat😊

Dzliyana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.5]

26 thoughts on “HIJAB LUTH AKHIR”

  1. Sy suggest sis cuba tambah lagi amalan sunat. contoh baca quran or solat2 sunat. Yelah, as pendinding Kan. Lagi2 anak kecil. Seram wehh sis cerita. Dah terbyg2 mcm2 je ni. Moga dijauhkan dr segala yg xdiingini selamat sejahtera selalu.

    Reply
  2. Kakak…
    that things ×… those things /…
    syiling = coin… siling = ceiling…
    Utk yg suka cakap Inggeris campur Melayu… English pun kena betul… apa pula Malay pun lagi biar tepat…
    Maaf ya kakak… kirim salam to Luth…

    Reply
    • Setuju! Lagi satu….Congrates la.. thats mean la….

      Puncak Alam msna ada orang accident tiap minggu kat luncak ni oiiii…,, menipu je kome nihhh

      Reply
  3. toorbaeekkkkk ler.. panjang mcm ni yg cantik.. sekali bace dh puass rasenyer. kenyang aku bace. kenyang dan toorrbaikkk.. conclusion komen aku ne, Panjang, cantek, Puaasssss & Kenyang.. ehe (confirm ada yg bakal kecam komen aku ni,org yg tak senang tengok laa katakan.. kito tengok jerrr siapakh dia..)

    Reply
  4. mcm anak buah saya.. umur nye 3 tahun tp petah bercakap. hijab die pun terbukak.. sebab die kecik lagi jadi hijabnye belum boleh ditutup. kena tggu die akhil baligh. selalu la die berbual sensorang. gelak sensorang. bile tanye cakap dengan sape.. die jawab dgn “atuk” lah.. kawan lah.. kalau die nampak benda yg menakutkan mmg die peluk je sesape yg ada kt situ dan x nak angkat muka.. nasihat saya kat mommy.. kalau ade anak yg special mcm luth ni. elak lah pergi tempat yg mmg kite sendiri tau ada penghuni dan misterinya.. contoh muzium.. hutan atau pantai time malam shopping mall yg keras…. kesian die kecik lagi. bila die takut sampai demam boleh jejaskan kesihatan dia. boleh penyakit mcm tonsil.. bengkak otak.. tu sebab badan terlalu panas.. anak yg special mcm ni mmg kena jage extra special sikit. salam terima kasih.

    Reply
  5. hmm..moga sis sekeluarga dilindungi Allah sentiasa
    kalau sy kat tpt sis tak tau la nak kata..tapi penah ler kena kat umah yg skang duduk
    terasa ada bayang hitam melintas kat belakang..kucing kesayangan lintang pukang lari masuk dlm umah mcm ada org kejar and dia nyorok mcm takut sgt dah lah pintu umah terbuka luas di terjah kucing masa nak pi tutup tu ntah mata ni silap nmpk ke apa ke mcm ada bayang putih diri tegak jer..Allah luruh jantung jap sampai pi kejut asben tengok kan..seb baek takda pape yg ngikut kucing kita, tgh mandi ada org buka pintu ingat asben balik siap tegur tu abg dah balik ke hampehh rupanya takda org..ketuk pintu mcm ada org kat luar..pang pong sreet sreet tong tong kat atas umah sentiasa hari2 sampai skang tapi husnuzon jer sbb kat atas ada jiran anak2 hyper tapi takkan sampai tgh santak ke pagi hmm..husnuzon jer
    apa yg penting sy jenis tak layan..

    Reply
  6. Actually saya Pon boleh nmpak jugak😆.. masa kecil selalu cakap Dan main sorg2 tapi Ada yg join. Pastu Ada la mengadu dekat ayah. Tapi ayah cakap benda tu x de papelah. Nak berkawan je tu. So saya Pon jadi x takut Lansung. Sampai lah umur 23 tahun. Pegi berubat ayah saya. Lepas tu, pakcik tu Tanya, awak Ade nmpak ape2 ke. Saya cakap Ade je. Kenapa? Dia Tanya x takut ke? Saya jawap, x lah dia kan kawan dah lama ikut ke mana2 je. Then pakcik tu cakap, mari sini pakcik tutupkan hijab awak, sebab org Tak normal je boleh nmpak benda ni semua. Alhamdulillah.. sepanjang hijab terbuka x pernah nmpk yg pelik2. Tapi dh umur 23 baru tahu hijab terbuka. Ayah Pon macam speechless Dan terkejut. Dia ingat saya main2 cakap je yg saya nampak tu, yela budak lagi masa tu.

    Reply
  7. 😅😅 x seram sis kate.. Tabik la sis mmg sis jiwe kental.. Mcm2 kot da kne usik still sis bly layankn satu2… Bab pancing luth tye psl kakak lompat tu da satu hal.. 🙈 kwsn rmh bru sis pon dpt yg mencabar gak… Insyaalah ade hikmah stiap ape yg terjd dkt family sis… Btw cerita sis mmg best.. Kongsi la lagi ye..

    Reply
    • Kann. Haha part yg best tu dlm gelap tiba2 mainan anak bunyi. Yela malam sunyi. Kalau dgr bunyi apa2 mesti terkejut. Kita pernah terkena and I feel her. Haha. Rasa mcm d***h ni terjun ke bwh mcm waterfall hahaha

      Reply
    • Tahnya… salah pulak tu…… tapi cuba lg ye… walaupun broken English.., next time, please improve on hour grammar…. speak and write in English often …..

      You just ruined both languages— English and Malay 😳

      Reply
  8. Syok baca tp tergelak pasal kakal loncat.. Actualy tu (p***ng).. Nasib dy x tunjuk muka sebenar dy kt luth.. Lau dy tunjuk ank akk blh demam teruk….. Walaupun luth blh nmpak benda tu dr bby… Pape pun cita ni mmg best…

    Reply
  9. sy punya situasi macam Luth tp sy tak boleh nampak secara langsung. hanya dlm bentuk bayang2. Luth blh jd stabil sbb dia da biasa nampak. At first nampak sy rasa tak tahu nak rasa apa. sbb setiap kali sy nampak benda tu akan cuba untuk berdamping. kadang sampai demam. nasihat sy, ajar la Luth ayat pendinding sbb dia makin lama makin membesar dan makin bnyk dia boleh nampak. Sentiasa dengarkan ayat-ayat ruqyah. moga sis sekeluarga sentiasa dilindungi.

    Reply
  10. Alhmdllh ditabahkan hati mampu marathon part 1 and 2. The awesome part is when that ‘akak dah keluar loncat ikut tingkap’,hahhahahah. Panjang citernye, tapi ok.

    Reply
  11. Wah… kesian Luth… Masih kecil, berat bebanan
    Sis, cuba bawa Luther jumpa orang yg pandai, tutup sikit pandangan nya pada dunia 6 dimensi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.