Misteri Hidup Fiza 3

Assalamualaikum WBT. Hai admin. Hai pembaca FS. Alhamdulillah sekali lagi. Dan sekali lagi Terima kasih admin kerana kau publish cerita aku. Terima kasih juga kepada pembaca FS kerana sudi membaca cerita aku yang sebelum ni

(Part 1: http://fiksyenshasha.com/misteri-hidup-fiza/ &

Part 2: http://fiksyenshasha.com/misteri-hidup-fiza-2/ ).

Aku minta maaf sebab sambung cerita kali ni. Aku baru je balik dari kampung aku. Demam aku bertambah teruk. Jadi mak ayah aku sepakat nak bawak aku balik ke kampung untuk cuba ikhtiar perubatan alternatif setelah perubatan moden tak dapat kesan apa demam yang aku alami.

Alhamdulillah, makin surut demamnya. Okaylah, kembali kepada cerita aku. Maaf sangat-sangat sekali lagi kalau cerita Misteri Hidup Fiza 2 macam tak best. Dan banyak typing error. Yelah kan. Sebab ada part aku hanya copy and paste serta edit apa kesilapan yang aku nampak sahaja. Andai ada kesilapan yang aku terlepas pandang, aku mintak maaf. Aku nak buat pembetulan sikit pada cerita yang kedua.

PEMBETULAN (Maaf terlepas pandang):

KESILAPAN 1: Dalam CERITA MIRA: Perenggan 1: Selepas “Pastu senyap. Aku tengok Fiza dah lena. Laju betul dia lenakan diri. Aku pun baringlah sebab dah tak ada bunyi ketukan.”

PEMBETULAN KESILAPAN 1: “Pastu senyap. Aku tengok Fika dah lena. Laju betul dia lenakan diri. Aku pun baringlah sebab dah tak ada bunyi ketukan.”

Kisah kali ni adalah kisah tentang pengalaman misteri aku yang lain. Salah satunya adalah selepas aku bukak almari si Fiza tu. Aku dah pun terus terang dengan dia dan minta maaf. Dia cakap, dia dah tahu aku bukak almari dia. Dia dah lama maafkan aku. Aku cuba jugak untuk suruh Fiza share cerita-cerita lain dia pada aku sepanjang dia ada “benda” tu. Fiza cakap, dia tak berapa nak ingat sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin dia nak lupakan semua perkara yang dah lepas.

Atau, memang orang yang dah membuang “benda peliharaan” akan lupa sikit-sikit pengalaman dia masa ada “benda” tu. Tak apalah. Aku pun tak nak paksa dia. Apa-apa pun, aku belajar satu benda masa tu. Jangan buka atau jangan sentuh barang peribadi orang lain tanpa kebenaran pemiliknya. Pengajaran yang cukup buat aku sedar. Dari pengalaman hidup Fiza, aku dapat belajar banyak benda. Antaranya:

1) Jangan kita hina rupa fizikal orang lain. Dia tak handsome ke, dia tak cantik ke, gemok ke atau kurus ke, kita tak perlu hina mereka. Mereka juga manusia yang dicipta Allah SWT.
2) Jauhilah perbuatan-perbuatan syirik dan khurafat. Benda-benda ni lama kelamaan, akan memakan diri jugak.

Cerita aku ni akan diceritakan part by part siap dengan tajuk ye. Supaya korang mudah nak faham.

CERITA 1: JANGAN SENTUH BARANG ORANG.

Kejadian ni berlaku di hujung minggu tak silap aku. Yelah, aku ingat lagi. Aku tak ada kelas hari tu. Aku perasan si Fiza ni memang kelam kabut je masa tu. Dari mana entah. Masuk je bilik, dia bukak almari baju ambil benda dalam kotak merah pastu terus sambar tuala masuk dalam bilik air tanpa mengunci balik almari dia.

Yang aku ni pulak, sebab perasaan ingin tahu dan hati aku tergerak nak tengok apa benda dalam almari dia. Aku pun bangun perlahan-lahan dan buka almari dia perlahan-lahan. Aku nampak dalam almari dia ada macam-macam. Makanan ringan tu tak payah cakaplah. Ada berkotak-kotak rokok Dunhill, ada kemenyan dengan bekas bakar kemenyan.

Ada benda yang dibalut dengan kain kuning. Pastu colok, botol kecik ada minyak dan diletak jarum dalam botol tu. Pastu yang lain, benda-benda biasa je lah.

‘Dia ni smoking ke?’ bisik aku. Yelah, aku tak tahu pun dia merokok sebab dia tak pernah merokok depan kitaorang. Bau-bau sisa asap rokok pun tak pernah ada dalam rumah.

Even lepas dia “melabur”. Untuk pengetahuan korang, rumah kitaorang ni (terutamanya bilik aku ngan Fiza) sentiasa berbau harum dan wangi. Macam kitaorang tanam bunga dalam rumah. Wangi sangat-sangat. Okay, sambung balik.

Aku pun tutup lah balik almari dia. Dada aku dah berdebar-debar sebenarnya bila tengok kemenyan dan colok dalam almari dia. Tapi aku kawal perasaan aku. Aku pun baring dekat katil dan buat-buat tidur. Tak lama lepas tu, aku dengar pintu bilik air terbukak. Aku cium bau wangi seperti biasa je. Tak ada bau rokok pun. Tak sampai lima minit, aku dengar pintu almari dikunci.

“Zira, aku tak balik tau malam ni. Aku tidur hotel.” Kata Fiza.

“Hurmm.. Ok..” jawab aku dalam suara yang dibuat-buat mengantuk.

Aku dengar derap kaki melangkah dan tak lama aku dengar pintu bilik ditutup. Aku buka mata, dah tak ada Fiza dalam bilik. Aku pun bangun lah. Cuba intai dia dari celah pintu. Aku perasan Fiza berdiri dekat pintu nak masuk ke dapur. Dia macam berdiri tegak, pastu mulut dia terkumat kamit membaca sesuatu. Aku nampak Fiza berlalu ke pintu utama dan keluar. Entah mengapa, aku rasa tak sedap hati. Kepala aku rasa besar, kecik je. Dada aku tiba-tiba berdebar. Aku pun baringlah. Mungkin sebab fikir banyak sangat ke apa. Entah macam mana aku aku terlelap.

Aku tersedar sebab aku dengar suara azan sayup-sayup kedengaran dari surau yang tak jauh dari rumah. Aku dalam keadaan mamai, bangun dan terus duduk. Keadaan bilik memang gelap. Aku tak buka lampu. Jantung aku terus berdegup kencang sebab aku nampak ada orang baring atas tilam Fiza. Cahaya daripada luar membantu sikit penglihatan aku.

Aku apa lagi, terus bangun dengan laju dan pergi ke suis. Ktak! Bilik serta merta cerah. Apa yang peliknya, tak ada orang pun atas tilam si Fiza tu. Masa tu aku tak fikir panjang, aku terus buka pintu dan keluar dari bilik. Aku nampak Umairah keluar dari bilik air dan terus masuk ke bilik. Masa tu aku rasa lega sangat. Ini bermaksud aku bukan keseorangan dalam rumah. Aku ni ada Umairah dalam rumah, aku memang rasa selamat dan tenang. Mungkin sebab dia ni pandai sikit bab-bab mistik ni.

Sebab masih ada sisa-sisa rasa takut, aku terus duduk dekat luar bilik. Nak solat, tak boleh sebab tengah “bercuti”. Jadi aku pun tunggu Umairah siap solat. Perut pulak lapar. Aku pergilah ke dapur, tengok apa yang boleh dimasak atau dimakan. Aku nampak ada telur, Maggie atas almari.

Aku bukak peti ais, ada sosej dan isi ayam. Sambil menunggu Umairah siap bersolat, aku alaslah perut dengan sekeping roti gardenia coklat. Waktu-waktu “percutian” ni, hormon tak stabil. Lapar sokmo je. Aku sambil makan roti, jalan balik ke tempat aku dudul tadi.

Aku rasa dah lebih 30 minit Umairah masuk bilik. Tiada tanda-tanda dia nak keluar bilik. Aku pun bangun, dan pergi ketuk pintu bilik dia.

“Umairah! Umairah! Solat lagi ke?”

Senyap. Sepi.

‘Tengah wirid kot.’ Aku teka.

Aku bukak tv. Masa tu berita TV3 tengah baru nak start. Aku pun tengoklah apa berita-berita terkini dalam TV. Aku leka. Aku tengok jam dah menunjukkan 8 lebih. Azan Isyak dah berkemundang. Aku fikir, mungkin Umairah menunggu waktu solat Isyak terus kot.

Aku pun bangun lah. Tak tahan lapar, aku ambil 3 bungkus Maggie kari. Plan nak masak mee goring kari pedas je. Cukuplah untuk aku dan Umairah. Dah siap masak, aku hidangkan atas meja makan dan aku masuk bilik nak mandi.

Apa yang peliknya aku rasa aku mandi dah cukup lama. Dan aku keluar dari bilik, Umairah masih belum siap lagi. Ke dia tertidur? Aku meneka. Aku pun ketuk balik pintu bilik dia. Kali ni kuat sikit dari tadi. Masih jugak sepi. Tiada tanda-tanda Umairah nak bukak pintu. Aku cuba bukak dari luar. Pintu terkunci. Aku pun duduk depan tv semula. Sambil tengok cerita dekat TV.

“Assalamualaikum.” Suara orang memberi salam diikuti dengan suara tombol pintu dibuka dengan kunci dari luar.

“Wa’alaikumsalam.” Jawab aku tanpa menoleh ke arah pintu.

“Hai Zira. Tak keluar ke malam ni?” tegur empunya suara.

Bagai nak terhenti berdegup jantung aku mendengar empunya suara. Aku menoleh ke pintu perlahan-lahan. Aku ternampak Umairah tersenyum manis di depan aku. Masa tu aku rasa peluh aku memang mengalir banyak kot. Aku menoleh ke bilik air. Aku bangun perlahan-lahan. Bilik air kering. Tiada tanda-tanda orang baru lepas mandi sebelum ni.

“Kau dah kenapa Zira? Macam nampak hantu je? Ni ha, aku ada beli rangka ayam goreng kat pasar malam. Kau kan suka makan rangka ayam ni.”

“Umairah, bila masa kau keluar?” soal aku sambil menggaru kepala yang tak gatal.

“Laaa.. Kan aku dah bagitahu dalam SMS yang keluar dengan mak dan ayah aku. Diaorang datang hari ni. Ke aku lupa nak bagitahu kau?”

Aku dengan pantas masuk dalam bilik dan mengambil handphone aku yang tengah bercas. Yes! Memang ada SMS daripada Umairah. Dan musykilnya, SMS tu dah dibaca. Bila masa aku bukak SMS tu? Aku nak rasa lain macam sangat. Aku pandang wajah Umairah. Dia pandang je muka aku. Aku rasa dia dah pelik. Aku terduduk.

Rasa lemah lutut aku. Aku rasa nak menangis, tapi tak mampu. Aku nak cakap ngan Umairah, suara aku tak nak keluar. Aku rasa Umairah dah perasan, dia masuk dapur dia bagi aku air. Aku nampak di abaca air tu dan bagi aku minum. Serta merta aku rasa kembali tenang. Barulah aku boleh menangis. Teresak-esak pulak tu.

“Kau ambil tudung, kita makan kat luar. Aku letak Maggie goreng kau dalam Tupperware. Tak pun kita pergi rumah kawan aku, Siti. Mak aku bagi aku pakai Kancil dia sekarang.” Arah Umairah.

Aku? Bagai kerbau dicucuk hidung, bangun masuk bilik, ambil handbeg dan ambik tudung. Aku nampak Umairah menunggu aku depan pintu dengan makanan yang dibungkus dekat tangannya. Dia memimpin aku masuk dalam kereta. Dan dia terus mengunci pintu. Jarak rumah Siti dengan rumah kami, taklah jauh.

10 minit je naik kereta. Sampai di rumah Siti, Umairah suruh aku ceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Aku pun, ceritakan pada Umairah tentang kejadian selesap aku terbangun dari tidur. Yang aku ternampak “Umairah” tadi. Cuma aku tak ceritakan part aku nampak barang dalam almari Fiza je. Menurut Umairah, memang aku seorang sahaja dalam rumah dari pagi tu. Tak ada orang lain. Aku memang tak tahu nak cakap apa, aku tak tahu nak fikir apa.

“Lain kali, jangan tidur selepas asar. Tak baik. Sebenarnya, sebelum aku bagi salam tadi, aku dengar ada orang bersiul dari dalam rumah. Masa tu aku memang dah rasa lain macam. Pastu aku bau kemenyan kuat sangat. Lepas tu sebelum masuk, aku cuci kaki dan baca doa yang mak ayah aku ajar. Bau tu hilang. Bunyi siulan dah tak ada.” Kata Umairah.

Aku pandang muka Umairah. Dia senyum. Wajahnya tenang sangat. Seperti tak ada apa-apa berlaku malam tu. Dia pegang bahu aku. Serta merta aku rasa macam satu aura lain masuk dalam badan aku. Aku jadi tenang, perasaan takut serta merta hilang.

“Malam ni tidur rumah aku je Mairah. Teman aku. Aku dah takut ni.” kata Siti setelah aku dan Umairah tidak lagi berborak pasal kejadian tadi.

Umairah pandang aku tanda meminta persetujuan. Aku angguk kepala je. Aku tak tahu apa yang aku nampak tadi tu halusinasi ataupun aku masih mamai lagi. Umairah suruh aku anggap je apa yang aku nampak tu adalah halusinasi. Keesokan paginya, aku dan Umairah balik ke rumah. Sampai dalam rumah, kitaorang nampak si Fiza tidur dekat kerusi depan TV. Aku pandang Umairah. Umairah angkat bahu.

“Fiza, bangunlah tidur dalam bilik.” Kata aku.

Fiza bangun dan terus masuk bilik. Sambung tidur. Aku masih lagi duduk dekat luar. Makan canai yang aku dan Umairah bungkus kat kedai mamak tadi.

“Nanti malam kita tunggu yang lain sampai, kita baca surah Yassin lagi.” kata Umairah.

Aku mengangguk tanda bersetuju. Seperti biasa, nak Maghrib je, Fiza bersiap mandi dan keluar. Dan seperti biasa, dia akan cakap balik pagi esoknya. Aku masuk dalam bilik air nak mandi. Lepas mandi, aku cuci muka. Entah macam mana, aku dengar Umairah ketuk pintu. Pastu aku cakap suruh Umairah masuk je sebab pintu tak kunci. Aku pandang cermin balik, masa tu aku menjerit kuat. Aku terus menangis. Umairah terkejut terus meluru masuk bilik air. Aku dengan lajunya terus cuci muka dan keluar dari bilik air.

“Kenapa ni?” tanya Umairah.

“Cermin. Cermin.” Aku tak mampu nak cakap apa sebab takut dan menangis.

Aku nampak Umairah bangun dan pergi kat cermin.

“Tak ada apa-apa pun.” Kata Umairah.

Umairah suruh aku bertenang, dan ceritakan pada dia apa jadi.

“Lepas aku suruh kau masuk tadi. Aku pandang cermin, aku nampak bayangan muka aku dalam cermin dengan mulut menyeringai penuh darah. Sebab tu aku jerit.” Kata aku.

Umairah hanya geleng kepala. Aku perasan, mulut dia terkumat-kamit membaca sesuatu dan dia hembuskan dalam bilik. Masa tu aku dengar macam ada benda jatuh dalam bilik air. Umairah bangun dan pergi jenguk bilik air.

“Hurm.. Kerusi kecik terbalik. Angin kot.” Kata Umairah. Dia hanya senyum.

“Dah. Pergi pakai baju. Aku nak pasang Ayat Ruqyah dulu sementara tunggu yang lain balik. Pintu ni jangan tutup, biar terbuka habis.” Kata Umairah.

Lepas bersiap, aku terus duduk di ruang tamu. Pintu bilik dan bilik air aku biarkan terbuka luas. Tingkap semua aku tutup atas arahan Umairah. Umairah pergi dekat laptop dia dan sambungkan wayar speaker. Dia memasang bacaan Ayar Ruqyah yang dia simpan dalam laptop. Bergema satu rumah dengan bacaan Ayat Ruqyah dari speaker.

Tiba-tiba pintu bilik aku tertutup dengan kuatnya. Bammmm!!! Sekali lagi kedengaran bunyi benda jatuh dari dalam bilik aku. Aku dan Umairah terkejut. Aku pandang muka Umairah. Dia nampak macam cuak. Aku nampak dia bangun masuk bilik dia dan ambik 2 helai tudung. Nasib baik beg tangan aku ada atas kerusi dekat luar.

“Jom kita tunggu kat luar. Aku takut.” Kata Umairah. Kali pertama aku nampak dia takut.

Aku hanya mampu mengangguk. Masa kitaorang keluar tu, sekali lagi kedengaran pintu dihempas. Masa tu kitaorang berdua tak tunggu lama. Start kereta dan terus blah. Kitaorang duduk dekat restoran Melayu. Tunggu Fika dan Nia sampai dari rumah parents masing-masing. Aku sempat menghantar SMS kepada mereka berdua.

‘Jangan balik rumah dulu. Datang restoran seperti biasa.’

Dalam jam 9 lebih, Fika dan Nia balik. Sambil tunggu diaorang makan malam, kitaorang ceritakan apa jadi. Selesai makan, kitaorang balik ke rumah. Sampai dekat rumah, kitaorang memang terkejut. Kerusi makan berubah tempat. Kuali, periuk belangan yang tergantung dekat dapur jatuh bergelimpang atas lantai. Bila masuk je bilik masing-masing, cermin pecah. Kitaorang apa lagi, semua tak tidur dalam bilik.

Semua pakat tidur luar. Malam tu jugak, Umairah, Fika dan Nia baca Yassin berkali-kali. Agak-agak nak masuk tidur, Umairah biarkan bacaan surah Yassin daripada laptopnya terpasang. Alhamdulillah, kami tidur lena sampai ke pagi.

Itulah antara pengalaman yang jadi pada aku. Setakat yang aku mampu ingat. Lepas kejadian tu, kitaorang pasang Surah Yassin setiap malam. Masa tu aku memang perasan, Fiza memang telinga pakai earphone je. Aku pun malas nak tanya lebih-lebih. Biarlah dia dengan cara dia.

Lepas tu, dah tak ada sangat gangguan dalam rumah. Dalam masa yang sama, Fiza pun jarang ada dalam rumah. Sekarang ni pun masa tengah taip cerita ni, kepala rasa kecik besar je. Tak tahu kenapa? Okaylah, tamat kisah 1. Ada lagi kejadian-kejadian pelik sebenarnya jadi, aku tak berapa nak ingat sgt. Dan mungkin ada yang aku dah lupa. Maaflah ye.

CERITA 2: JAGA MULUT. JANGAN CELUPAR.

Kejadian ni berlaku selepas aku berkahwin. Tak ada kaitan dengan Fiza dah. Aku ikut suami aku pergi ke Sabah. Ini kali pertama aku datang ke sini. Rumah sewa suami aku, memang tenang. Kawasan masih baru. Ada hutan-hutan. Tak jauh dari rumah kawasan bukit. Seronok. Aku rancang macam-macam.

Nak menanam lah, itu lah inilah. Memang teruja. Jiran-jiran pun peramah. Walaupun berlainan bangsa dan agama. Aku rasa syukur sangat. Aku pun kemas lah barang-barang, kemas rumah. Lepas siap berkemas, aku pun ambiklah angin dekat luar. Tengok pemandangan bukit yang tak jauh dari rumah. Rasa tenang je. Jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang.

Aku kejutkan suami yang terlelap sebab penat kemas barang. Setelah selesai masak, aku mandi dan terus hidangkan makan malam untuk kami berdua. Suasana dah sunyi sepi masa tu. Bunyi cengkerik bersahut-sahutan memecah kesunyian malam.

“Yang, abang ada pesanan sikit ni. Sayang duduk kat sini, mulut jaga. Jangan celupar. Jangan tegur benda, bau dan bunyi pelik-pelik.” Pesan suami aku masa aku sibuk mencuci pinggan di sinki.

“Kenapa bang?” soal aku. Pelik bin ajaib. Suami aku tak pernah bagi pesanan macam ni dengan aku.

“Ikut je apa yang abang pesan.” Kata suami aku.

“Baiklah abang.” Aku akur. Tak nak menyoal suami aku banyak-banyak. Kang kena bebel.

“Sayang cubalah bergaul dengan jiran-jiran ye. Senang nanti kalau abang kena kerja syift malam. Boleh lah minta tolong mereka kalau apa-apa jadi.” Kata suami aku lagi. Pesanan dia sebenarnya dah buat aku tertanya-tanya. Sepertinya ada sesuatu yang dia rahsiakan daripada aku.

Aku mengambil pencuci mulut dari peti ais, dan letakkan di hadapan suami aku. Malam tu berlalu dengan tenang dan tak ada perkara pelik berlaku. Esoknya, aku cubalah menegur beberapa jiran yang ada. Alhamdulillah. Semuanya ramah.

Sekejap je kami rapat. Masa tengah sembang-sembang tu, ada seorang jiran ni. Aku panggil dia sebagai Aunty Lin je. Dia memang baik. Oleh kerana suami aku tak balik makan tengahari, aku tak masak. Aku makan buah mangga manis yang Aunty Lin bagi. Masa tu, aku ajak diaorang masuk rumah. Hidangkan air dan kuih yang aku buat. Masa inilah aku dengar buat kali pertamanya perkataan BALAN-BALAN.

Aunty Lin cakap, kawasan rumah kitaorang tu ada BALAN-BALAN. Dan Aunty Lin ada cakap, BALAN-BALAN ni kita tak boleh sebut nama dia lebih dua kali. Jadi, Aunty Lin panggil benda tu dengan nama B2B atau B kuasa dua. Aku pun ia kan jelah. Dalam hati aku, memang nak tergelak.

Macam kelakar pun ada. Maaf ye Sabahan, aku masa tu memang tak tahu apa-apa. Yelah, itu kali pertama aku jejak negeri Sabah. Mengikut cerita Aunty Lin, kawasan bukit tak jauh daripada rumah tu adalah tempat orang buang belaan, saka, jin, santau. Dengar je benda tu, aku dah rasa tak sedap hati. Terkebil-kebil aku pandang muka Aunty Lin.

“Apalah Aunty Lin. Jangan lah bagi dia takut.” Cakap May sambil menepuk peha Aunty Lin.

“Sia kasi pesan saja. Senang bha dia beringat. Rajin-rajin kamu sembahyang. Baca Surah Yassin. Apa-apa jadi, jerit saja.” Kata Aunty Lin.

Aku mengangguk. Masa tu, jujur aku cakap. Aku memang takut sangat-sangat dah. Aku tak takut sangat pasal balan-balan tu. Yang aku takut, pasal bukit tu. Tempat orang “membuang”. Hari berganti hari, siang berganti siang, malam berganti malam. Alhamdulillah, genap dua bulan aku tinggal di situ. Tiada apa-apa perkara pelik terjadi. Makin lama, aku makin serasi di tempat baru. Orang kata, Ku sangkakan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kejadian pelik mula terjadi pada aku.

Masa tu aku ingat lagi, suami aku pergi berkursus 2 minggu. Aku sorang-sorang dalam rumah. Aku ni selalu pukul 1.00 pagi baru tidur. Sambil main game dekat handphone. Entah kenapa dan mengapa, mata aku mengantuk sangat malam tu. Pukul 10.00 malam aku dah terlelap. Entah macam mana, aku terbangun tiba-tiba. Aku dengar macam ada orang berjalan dekat luar bilik. Yelah, korang bayangkan rumah papan. Bila dipijak ada bunyik. Walaupun jalan macam nak merompak, tetap akan berbunyik. Krekkk!! Krekkkk!! Krekkk!!

Dalam otak aku, mustahil suami aku balik. Sebab jarak rumah dengan tepat suami aku kursus ni ibarat 1 hari perjalanan dalam kereta. Serta merta kepala aku rasa panas. Aku rasa takut sangat. Perompak kah?? Habislah aku kalau perompak. Aku serta merta terus hantar SMS dekat suami aku.

‘Abang, ada suara orang berjalan dekat luar bilik. Sayang takut.’

Tak lama, suami aku terus respon.

‘Sayang dah kunci pintu bilik? Bawah katil ada kayu besbol, standby dekat tangan. Abang cuba call kawan abang sekejap. Sayang cuba call Aunty Lin.’

Aku terus carik nombor Aunty Lin dan terus tekan call.

“Assalamualaikum Aunty. Aunty ada mana? Zira takut. Zira ada dengar macam orang berjalan di luar bilik.” Aku bercakap dengan suara yang berbisik.

“Wassalam. Aunty dalam rumah. Zira jangan keluar bilik. Jangan buat apa-apa. Aunty ajak uncle pergi rumah Zira.” Kata Aunty. Lepas tu aku dengar suara Aunty Lin bercakap dengan seseorang dan terus mematikan panggilan telefon.

Aku segera mencari sesuatu di bawah katil. Entah macam mana, otak aku boleh terfikir lain. Aku terus menarik tangan aku dan tak berani nak mencari kayu besbol di bawah katil. Korang mesti boleh agak apa yang aku fikirkan. Aku fikir, kalaulah masa aku tengah mencari kayu besbol di bawah katil, tiba-tiba tangan aku tersentuh benda lain. Ataupun, ada terasa tangan berkuku panjang menyentuh tangan aku. Mau aku terus lari keluar dari bilik. Leka aku bermonolog sendirian, aku dengar orang mengetuk pintu.

“Assalamualaikum. Zira. Aunty Lin ni.”

Aku segera bangun. Aku cuba mengintai dari tingkap bilik. Memang betul ada Aunty Lin dan suami (Uncle Saleh-nama samara) serta seorang lelaki beruniform polis berdiri di luar. Aku terus menjawab salam mereka dan keluar dari bilik. Setelah membuka pintu, aku terus memeluk Aunty Lin. Persis seorang anak memeluk ibunya ketika ketakutan. Suami Aunty Lin terus pergi ke dapur untuk melihat pintu belakang. Manakala lelaki yang beruniform polis tadi terus memeriksa 2 bilik lain dan tingkap-tingkap.

“Teda apa-apa ni. Tanda-tanda rumah dipecah masuk pun tiada.” Ujar lelaki tersebut. Aku menghela nafas lega.

“Reymond (nama samaran). Sini kau.” Panggil Uncle Saleh.

Aku, Aunty Lin dan Reymond terus pergi ke tempat Uncle Saleh berdiri. Dia menunjukkan sesuatu kepada kami. Aku perasan ada bekas lumpur. Seperti orang tu berkaki ayam. Namun bekas tapak kaki tu hanya ada sikit. Aku nampak Uncle Saleh memandang muka Aunty Lin dan Reymond berselang seli. Reymond menggelengkan kepala.

“Dia datang kah ni?” soalnya.

Uncle Saleh hanya memberi isyarat senyap. Matanya melilau ke sana sini. Tidak lama kemudian, telefon Reymond berbunyi.

“Ndak ada apa-apa. Cuma ada kesan tapak kaki di dapur ni. Bini kau okay-okay saja. Iya. Aku sampaikan pada dia nanti.” Reymond terus mematikan panggil.

Aku tahu, mesti suami aku yang call Reymond. So, aku agak mesti dia kawan yang suami aku hubungi tadi.

“Saya perlu buat report polis ke tak?” soal aku tiba-tiba.

“Ndak perlu Zira. Sebab ini bukan kerja manusia. Tiada-tiada tanda pecah masuk ni.” kata Aunty Lin.

Aku dah dapat tangkap apa yang Aunty Lin maksudkan. Kalau ikut logik akal aku, macam mana manusia biasa boleh masuk rumah seseorang tanpa memecah masuk pintu rumah orang tu. Masa tu lah aku rasa bulu roma aku terus meremang.

“Malam ni biar aunty temankan Zira.” Kata Aunty Lin tiba-tiba.

Aku menoleh ke arah Uncle Saleh. Dia menganggukkan kepala. Jam di dinding menunjukkan pukul 1 lebih pagi. Reymond dan Uncle Saleh meminta diri untuk pulang. Tinggal lah aku dan Aunty Lin berdua di dalam rumah. Aku mengajak Aunty Lin tidur dalam bilik aku. Namun Aunty Lin memilih untuk tidur di luar. Aku berasa tidak sedap hati, terus memilih untuk tidur luar sekali bersama Aunty Lin.

Aku masuk ke dalam bilik yang satu lagi dan mengambil tilam serta selimut dan bantal untuk Aunty Lin. Tidak lama lepas berborak kosong, aku dengar dengkuran dari sebelah. Aku memandang Aunty Lin, dia dah tidur. Aku masih lagi terkebil-kebil. Aunty Lin pesan jangan tutup lampu. Aku pulak tak boleh tidur dengan lampu cerah. Namun aku gigihkan jugak untuk tidur. Baru nak terlelap, sekali lagi aku dengar suami seperti orang berjalan memijak papan. Kali ni betul-betul dari dapur. Aku cuba hendak menggamit tangan Aunty Lin, namun tak boleh. Tangan aku tak sampai ke tangan dia. Walhal jarak aku dan dia hanya sebelah menyebelah. Aku terasa ada beban atas dada aku. Aku tak boleh bergerak, aku tak boleh nak bernafas dengan sempurna. Hanya mata aku je boleh berkelip-kelip.

Aku menjerit memanggil nama Aunty Lin. Namun sia-sia. Suara aku tak keluar. Masa tu, aku dah nangis sebenarnya. Korang bayangkan, seperti ada batu atas dada korang. Itulah aku rasa. Aku cuba membaca segala ayat suci Al Quran yang aku hafal. Namun sia-sia. Otak aku tak boleh nak berfungsi masa tu. Suara orang berjalan makin dekat dan makin dekat. Masa tu, aku terus menutup mata dan jelas dekat telinga aku suara dengusan yang sangat kasar. Apa yang aku fikir masa tu, hanyalah mati. Ya, aku akan mati. Dalam masa yang sama, aku rasa ada tangan yang berkuku panjang menyentuh lengan aku.

Aku cuba kuatkan semangat, cuba untuk melawan. Tapi gagal. Tidak lama lepas tu, sayup-sayup aku dengar nama aku dipanggil. Aku rasa pipi aku disentuh berkali-kali. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku nampak Aunty Lin dan suami aku ada di sisi aku. Juga ada seseorang perempuan yang aku anggarkan dia adalah doktor di sebelah suami aku. Aku masih lagi belum sedar sepenuhnya.

“Sayang, buka mata.” Suara suami aku terngiang di telinga aku.

Aku dah sedar, tapi aku masih lagi dalam dunia aku. Aku pandang sekeliling. Aku di hospital. Beberapa ketika, aku terasa bagaikan ada angin sejuk bertiup di kepala aku. Masa tu lah aku baru sedar betul-betul. Tapi aku meracau. Aku rasa badan aku lemah semula setelah ada benda tajam dicucuk ke tangan aku. Aku dengar suara suami aku.

Tapi aku tak boleh nak bercakap. Aku tak ingat apa jadi lepas tu. Sebabnya, aku keluar dalam keadaan diri aku yang masih lagi belum baik sepenuhnya. Mujur mak dan ayah aku datang dari Semenanjung untuk temankan aku. Menurut kata Aunty Lin, malam tu dia terdengar aku sesak nafas, kemudian aku meracau-racau. Sebab tu dia terus memanggil jiran sebelah rumah dan suaminya. Mereka terus menghantar aku ke hospital berdekatan. Aunty Lin kata, butir-butir percakapan aku masa meracau tu tak jelas.

Satu apa pun dia tak faham apa yang cakap. Aunty Lin ada tunjuk kat aku sesuatu di telefon bimbit dia. Aku nampak gambar lengan aku, tetapi ada 4 bekas cakaran. Aku memang blur masa tu.

Masa mak dan ayah aku buat bacaan tahlil dan Yassin dalam rumah, ramai jiran-jiran datang. Diaorang kata, mungkin ada cakap atau buat sesuatu. Aku geleng kepala. Setahu aku tak ada. Ntah macam mana, aku tiba-tiba tersentak. Aku baru ingat, 2,3 hari sebelum kejadian, aku ada bercakap dengan Mira di telefon. Aku dok ceritakan pasal balan-balan.

Aku jadikan benda tu macam lawak. Kira aku tak percayalah benda tu sebenarnya. Mak, ayah dan Aunty Lin marahkan aku. Diaorang kata aku dah celupar. Dah macam mencabar benda tu. Aku diam. 2 minggu jugak mak ayah aku temankan aku masa tu. Alhamdulillah, tak ada kejadian-kejadian pelik jadi. Cuma aku pelik, masa tu dalam 2,3 minggu jugaklah depan pintu dapur rumah aku penuh dengan bekas lumpur atau bekas tanah. Macam bekas kaki orang yang pijak tu berlumpur.

Cuma yang aku musykil, bekas cakaran atau lebam-lebam selalu naik dekat badan aku lepas kejadian tu. Sebelum balik, ayah aku sempat “pagarkan” keliling rumah. Ayah sempat berpesan, “Mulut jaga. Jangan celupar. Setiap malam Jumaat, buat bacaaan Yassin. Ada rezeki, buat kenduri doa selamat.

Jangan tegur apa-apa bunyi, bau dan benda kamu nampak.”. Lepas ayah aku balik, aku memang berubah. Aku cuba kawan mulut aku. Aku cuba untuk tidak jadi celupar. Namun entah macam aku, keceluparan itu terjadi jugak. Masa tu aku tengah tengok cerita Penanggalan. Aku boleh gelak-gelak dan cakap tak seram langsung. Aku perasan muka suami aku berubah. Malam tu, masa nak masuk tidur, aku dengar suara macam ada bola jatuh atas bumbung rumah.

Aku buat bodoh jelah. Sambil-sambil aku sapu losyen dekat badan. Aku perasan, suami aku dah terkumat-kamit baca sesuatu. Aku senyum jelah. Suami aku ni, sedikit penakut sebenarnya. Sekali lagi, kedengaran bunyi benda jatuh atas bumbung.

“Buah pelam jatuh kot tu bang.” Kata aku.

“Syyyyyytttt.” Kata suamiku. Cukup ringkas dan padat serta mudah difahami.

Entah macam mana, mata aku terpandang cermin tingkap. Walaupun ada langsir, tetap aku boleh nampak bayangan org lalu sekilas di balik tingkap yang berlangsir.

“Abang, ada orang lalu dekat tingkap.” Kata aku lagi.

“Syyyytt! Awak diam boleh tak?” kata suami aku. Suara dia sedikit ditekankan kali ni.

Entah macam mana, tak semena-mena bulu roma aku naik. Sayup sayup kedengaran bunyi anjing melolong. Aku nampak suami aku berdiri tegak dan terus azan. Sekuat hati pulak tu. Aku terus naik atas katil dan duduk dalam selimut. Lepas je azan, pap! Black out. Aku nampak di balik selimat, suami aku mengintai di balik tingkap. Dia mengeluh.

“Rumah jiran pun gelap.” Katanya sambil berjalan ke arah almari solek berpandukan cahaya dari telefon bimbit.

Dia mengambil lampu suluh dan terus membuka pintu bilik. Aku dengan pantas melompat dari atas katil, dan mengekori suami aku dari belakang. Suasana kawasana rumah masa tu memang sunyi sepi. Kalau siapa kentut tak berbunyi pun boleh di dengari tau.

“Abang tak pelik ke? Sunyi sepi lain macam malam. Bunyi cengkerik, unggas dan binatang langsung tak ada.” Kata aku sambil mengekorinya.

Suami aku senyap je. Dia berjalan je ke depan. Aku ni dok pandang bawah. Takut tersadung ke apa.

“Sayang, borak dengan siapa tu?” soal suami aku.

Aku menoleh ke arah suara suami aku. Aku nampak suami aku ada di belakang aku sambil tangan dia memegang camping lamp. Dada aku berdebar. Perlahan-perlahan aku menoleh ke hadapan. Tak ada sesiapa pun di depan aku. Jadi yang aku dok ikut tadi siapa? Aku terus pergi dekat suami aku dan peluk tangan dia erat-erat. Tengah aku dengan suami aku melayan perasaan dekat camping lamp, tiba-tiba bergema suami orang perempuan bertempik. Nyaring sangat. Diikuti dengan suara mengilai. Masa tu aku terus baca AYatul Kursi. Dan suami aku azan dalam rumah. Suara-suara tadi hilang macam tu je. Suasana menjadi sepi balik.

“Sunyi lain macam malam ni.” kata suami aku.

Tak lama lepas tu, lampu terbuka semula. Aku memandang wajah suami aku. Muka dia pucat lesi. Macam tak ada darah naik ke muka dia. Aku perasan dia memandang ke arah pintu rumah. Aku pun tolehlah ke arah pintu rumah. Allah! Masa tu aku memang rasa nak gugur jantung.

Jelas dekat mata aku, ada benda ni tinggi macam manusia. Tetapi hanya separuh badan saja. Hilang macam debu ditiup angin. Dengan pintu rumah kitaorang terbuka luas.

“Siapa buka pintu rumah?” automatik mulut aku cakap benda tu. Suami aku hanya angkat bahu tanda dia tak tahu.

Masa tulah tiba-tiba muka Aunty Lin anak beranak terpacak depan pintu rumah. Melompat aku dan suami. Bagai nak gugur jantung. Aku nampak anak-anak Aunty Lin bawak bantal dan selimut.

“Uncle Saleh tidur rumah nombor 2 malam ni. Boleh Aunty tumpang tidur sini?”

Aku perasan anak Aunty Lin yang paling kecil macam baru nangis. Aku tanpa minta izin suami aku, terus bagi diaorang masuk. Suami aku masuk bilik tetamu dan ambil tilam dari bilik. Aku terus mengunci pintu. Aku perasan, Aunty Lin memegang Al-Quran di tangannya. Aunty Lin mengajak aku dan suami membaca Yassin sepanjang malam. Keesokan harinya, suami aku terpaksa mengambil cuti kecemasan.

Semalaman dia tak tidur. Dan setelah dipersetujui jiran-jiran yang lain, kami nekad untuk membuat bacaan Yassin beramai-ramai serta buat makan-makan kecil-kecilan. Selepas kejadian terakhir tu, dah tak ada sangat gangguan yang aku alami. Ada pun setakat bunyi benda jatuh atas bumbung. Sehinggalah aku mengandung anak yang pertama.

Bayangkan anak aku setiap malam menangis non-stop, pandang atas siling. Kadang tu dia menangis sampai naik tak keluar suara. Kadang tu dia bermain cak cak sorang diri. Dia tergelak seorang diri. Puas dah berubat, panggil ustaz. Pasang ayat Ruqyah. Keadaan tetap sama. Apa yang saya dapat tahu, rumah saya memang laluan “mereka-mereka” ni.

Sekarang ni masuk anak kedua, keadaan berkurang sikit. Cuma anak yang nombor 1 selalulah cakap, nampak pak cik pakai jubah putih. Nampak mak cik muka buruk rambut tak sikat. Nampak king kong lalu. Dan macam-macam lagi yang kadang buat aku rasa nak pindah balik Semenanjung.

Huwaaa. Namun, apa dan siapa pun mereka. Aku percaya, Allah ada. Baby yang kedua ni, dia tak adalah menangis. Cuma main cak cak je selalu. Kadang tu, badan dia naik lebam-lebam. Dan sekarang ni dia demam belum sembuh, malam-malam merengek je. Namun, aku tetap berSyukur mak dan ayah datang tolong aku. Cuma tulah, ayah cakap, kita jangan selalu ingat dekat “dia”. Sekarang ni, alunan ayat Ruqyah dan Surah Yassin memang berkemundang 24 jam dalam rumah. Rasa tenang dan kurang sedikitlah anak aku main cak cak cak.

Ayah suruh aku balik sekejap ke Semenanjung. Tenangkan diri. Tapi, tempat seorang isteri adalah disisi suami. So, aku bertahan je buat sementara waktu ni.

Aku percaya, Allah takkan menguji hambaNya lebih daripada kemampuan diri mereka. Dan aku? Masih lagi boleh bertahan. Insha Allah. Aku percaya, mereka pun makhluk Allah. Kita berkongsi dunia dengan mereka. Sekian sahaja coretan daripada aku. Pesan aku kepada korang, kalau pergi tempat orang, jaga adab, jaga tatasusila, jaga mulut, jaga perbuatan.

Jangan cakap besar, jangan celupar. Hormat adat dan kepercayaan orang lain. Sekarang ni, aku tak sebut dah balan-balan sebagai balan-balan. Aku sebut b2b atau b kuasa dua atau bb. Malah, aku ikut pesan-pesan ayah aku. Buat bacaan Yassin setiap minggu. Malah 2 minggu sekali, kami akan berkumpul di depan rumah aku (dalam kanopi) untuk buat bacaan Yassin. Moga kita dijauhkan dari segala gangguan makhluk-makhluk halus. Juga semoga kita dijauhi dari sikap dengki dan iri hati manusia. Sekian.

Terima kasih admin kerana publish kan cerita aku. Ada kelapangan, aku menulis lagi. Buat pembaca FS, terima kasih kerana sudi baca pengalaman dan kisah misteri aku. Sekian, wassalam.

Ps: Fiza ada e-melkan cerita dia dalam word doc untuk aku submit dekat FS ni untuk bacaan korang semua. Aku akan cuba check dulu apa-apa yang patut. Kalau dah okay, aku akan submit dekat FS A.S.A.P.

Zira-8899

15 thoughts on “Misteri Hidup Fiza 3”

  1. Panjang dan tersangat la best..dan kalau panjang lagi pun aku tetap akan gigih baca. Kipidap kepada penulis! Segala pesan2mu anak muda ini akan semat di dalam dada.

    Reply
  2. Hmmm…ni la citer pertama kali baca seram yang real punya.. Meremang.. Biasa BB ni ada kat kota belud.. tinggal disana ke? Suami saya pun orang Sabah gak KK. Dia pun ada cerita pasal ni.

    Reply
  3. Akk baca cite ko ni seram +geram… Mulut tu alahai… Akk cakap ko ni mulut laser je la.. Bukan ape.. Dok tempat org.. Gelak2kan bende tu plak.. Hadoi.. Hope mulut tu berubahlah.. Dok mana pon jaga 3 je.. 1. Mulut 2.pakaian 3.perangai…. In shaa allah selamat..

    Reply
  4. Yang paling takleh blah,die pesan jangan sebut “balan-balan” tu lebih 2 kali,tapi dah brpe kali nama tu kluar dalam cerita niy?😂,aku rasa dah lebih 3 kali kot aku sebutt.

    Reply

Leave a Comment