MISTERI KEHILANGAN DIN

Din, Tampong, Man dan beberapa rakan yang lain amat karib. Mereka sering bermain bersama seusai waktu persekolahan dan cuti sekolah. Kisah ini berkisar tahun 70an di suatu daerah.

“ Sabtu ni cuti sekolah, jadi ka kita mandi sungai.” Tanya Din kepada rakan-rakan
“ Mana boleh tak jadi. Wajib kita mandi.” Jawab Tampong dan di persetujui dari rakan-rakan yang lain
“ Kali ni kita nak main game apa.” Tanya Man. Terdiam rakan-rakan yang lain
“ Seperti biasa la. Acilut dalam air.” Jawab Din. Acilut dalam air mainnya, mula-mula seorang akan menjentik jari dalam air. Jika berbunyi maka dia akan selamat. Hinggalah ada yang tidak berbunyi maka dia yang akan mengejar yang lain dalam air. Aksi ni paling best. Banyak dapat melihat aksi lompatan di atas kepala dari di tangkap polis. Tepat hari Sabtu maka mereka berkumpul dan menuju ke sungai. Akhirnya 8 orang bersetuju bermain acilut. Sesi menjentik jari dalam air pun berjalan. Penuh dengan gelak ketawa bila jentikkan berbunyi.

Akhirnya jentikkan Tampong tidak berbunyi. Gelak ketawa kedengaran mengejek Tampong. Dia hanya mampu tersengih melihat gurauan dari rakan-rakannya. Rakan-rakan yang lain semua telah masuk ke dalam air.
“ Ok Tampong..Kami dah ready.” Tampong terus melompat ke dalam air hendak menangkap rakan-rakan yang lain. Bertempiaran rakan-rakan yang lain melompat, menyelam dan berenang menghindarkan diri dari di tangkap Tampong.
“ Tampong..Aku di sini.” Din mengacah Tampong agar menangkapnya. Tampong melompat kearah Din. Din terus melompat dan menyelam ke dalam air. Tampong terus mengejar yang lain. Begitu bising mendengar kocakkan air sungai bila ada yang melompat
“ Tampong, Man..Din mana.” Tanya Lan kepada yang lain. Barulah yang lain perasan yang Din tidak ada.

“ Din….Din…Din…Hang pi mana…” Jerit Lan namun Din masih tidak kelihatan
“ Last tadi Din duduk dekat akar pokok jejawi sebelum aku kearah dia dan dia terus terjun dan selam.” Kata Tampong. Pokok jejawi yang ada di dalam sungai agak besar. Akarnya masuk ke dalam air. Diisitu paling seronok untuk menyelam dan sembunyi sebab di bawah akar terdapat lubang untuk menyembunyikan diri.

Rakan-rakan yang lain terus menyelam kearah pokok jejawi namun kelibat Din masih tiada. Setelah 3 jam Din masih lagi tidak keluar, mereka pulang dan beritahu kepada keluarga Din. Riuh rendah juga ketika itu cerita Din hilang di dalam sungai. Tok imam, tok bilal dan anggota polis di bawa ke sungai
“ Haji Chon..Tolong azan. “ Imam Murad mengarahkan bilal Chon untuk azan. Azan pun berkumandang di Kawasan sungai. Sunyi Ketika itu. Hanya kedengaran bunyi suara arus sungai saja. Mata masing-masing meliar mencari kelibat Din. Imam Murad berkumat kamit membaca sesuatu. Ada seketika dia menggeleng kepalanya. Azan dari bilal Chon sudah selesai.

“ Depa tak mau lepas Din. Kata depa Din akan di lepaskan bila tiba ketikanya cuma bila saja tidak tau. Setakat ni depa kata, depa akan jaga Din“ Kata bila imam Murad
“ Macam mana dengan anak saya imam.” Tanya Mak Tun ibu kepada Din
“ Macam ni la. Kita akan letakkan beberapa orang pemuda kampong dan beberapa orang anggota polis di Kawasan sungai ini. Kalau ada apa-apa berita, depa akan maklumkan.“ Kata seorang anggota polis
“ Mak Tun pulang dulu. Malam ni kita akan buat solat hajat mohon pertolongan dari Allah. Moga Din selamat. “ Kata imam Murad. Mak Tun akur lalu bergerak pulang walaupun hatinya berat. Kelihatan juga anggota polis sedang mengambil report dari rakan-rakan yang lain tentang kajadian yang menimpa Din. Malamnya di sebuah masjid, majlis solat hajat bermula. Imam Murad meminta para jemaah berdoa moga Din dapat di pertemukan. Mak Tun juga tidak putus-putus berdoa…
“ Ya Allah..Kau peliharalah anak aku Din. Pulangkan kepada kami dalam keadaan apa sekalipun. Aku redha Ya Allah. “ Mengalir air mata Mak Tun sebab itulah saja anak yang dia ada bersama allahyarham suaminya Isa.

Malamnya Mak Tun bermimpi bertemu Din dan memanggilnya. Din memakai baju serta seluar berwarna putih
“ Mak…mak…” Din memanggil ibunya
“ Ya Allah Din. Pulanglah…” Esak tangis Mak Tun bila tersedar dari mimpi. Keesokkan harinya, Mak Tun berjumpa imam Murad untuk bertanya khabar tentang anaknya, namun masih tiada berita
“ Insyaallah malam ini kita akan buat lagi solat hajat. Jangan putus asa. Teruskan berdoa. “ Pujuk imam Murad pada Mak Tun.

Malamnya Mak Tun tertidur. Mimpi yang sama juga berlaku. Din yang berseluar serta baju putih memanggil ibunya..
“ Mak…mak…Din nak pulang. “ Terkejut Mak Tun dan tersedar. Terus Mak Tun mengambil wuduk dan solat hajat serta berdoa
“ Ya Allah. Kau peliharalah anak aku Din. Pulangkan dia ke pangkuan kami.” Doa Mak Tun. Guruh tiba-tiba berdentum di luar di ikuti dengan angin kencang. Risau Mak Tun dengan keadaan ini. Bagaimana keadaan anaknya kalau hujan lebat serta angin kencang. Hatinya tiba-tiba merasa sebak.
“ Ya Allah..Pulangkan Din ke pangkuanku. Dialah satu-satunya anak aku. Kau terimalah doaku ini. “ Esak tangis Mak Tun Bersama deruan air hujan yang jatuh mencurah-curah. Tiba-tiba di luar terdengar pintu di ketuk. Cepat-cepat Mak Tun membuka. Mungkin ada berita tentang anaknya. Dadanya berdebar-debar.

“ Mak Tun. Beberapa orang pemuda bagitau hujan lebat. Air sungai terlalu deras dan pokok jejawi telah tumbang. Depa kena balik dulu sementara menanti hujan reda. “ Kata Imam Murad. Sayu Mak Tun mendengar berita dari imam. Dia sudah dapat menjangka apa yang bakal terjadi. Walaupun dia telah bersedia namun hatinya berat.
“ Ya Allah. Hanya kepadamu aku berserah. Engkaulah penentu segalanya. “ Mak Tun terus berdoa. Pasrah dia kepada Allah walaupun akan menerima apa saja berita nanti.

Semalaman Mak Tun tidak dapat melelapkan mata memikirkan Nasib anaknya.
“ Mak Tun…Mak Tun……” Terdengar ketukan seseorang di pintunya. Mak Tun membuka pintunya. Imam Murad berada di depan.
“ Mak Tun. Din dah di jumpai. “ Kata imam Murad
“ Macam mana keadaan Din. “ Mak Tun inginkan kepastian. Hidup atau matikah anaknya
“ Imam..Bagaimana keadaan Din. “ Tanya Mak Tun
“ Mak Tun mai tengok sendiri. “ Kata imam Murad. Mak Tun terus mengikut imam Murad ke sungai. Terkejut Mak Tun melihat keadaan sungai yang sudah berubah. Batu-batu besar tempat orang kampong membasuh pakaian sudah di tolak air. Pokok jejawi yang besar juga sudah tumbang. Batangnya saja masih ada di dalam sungai
“ Cuba Mak Tun tengok sapa yang duduk atas batang jejawi tu.” Imam Murad menunjuk Mak Tun kearah seseorang
“ Ya Allah anak aku Din. “ Din di papah pemuda kampung naik ke atas. Din memakai baju serta seluar putih seperti apa yang di mimpi oleh Mak Tun. Din seperti tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya

Din di bawa kerumah ibunya. Orang ramai turut kesana. Mereka ingin mengetahui lebih-lebih lagi rakannya Tampung, Man, Lan dan lain-lain.
“ Pong. Pelik jugak Din ni. Masa kita mandi, dia hanya pakai seluar pendek tanpa baju. Bila hilang dan di jumpai dia pakai baju serta seluar putih pula. Tak basah pulak tu. “ Bisik Man kepada Tampong
“ Aku pun pikiaq macam tu juga. Heran. “ Jawab Tampong. Imam Murad membaca sesuatu untuk memulihkan kembali ingatan Din. Mulut imam berkumat kamit membaca sesuatu lalu di sapu tangannya ke muka Din dan menepuk-nepuk belakangnya. Din terpinga-pinga melihat ramai orang memenuhi rumahnya.

“ Mak…Apa yang jadi ni. Awat ramai orang. “ Tanya Din kepada ibunya
“ Din. Cuba cerita apa yang berlaku tempuh hari Ketika mandi di sungai. “ Tanya imam Murad. Din termenung seperti mengingatkan kembali kisah main acilut.
“ Ketika Tampung nak tangkap saya, saya terus terjun dan selam hingga dasar sungai. Saya hairan sungai tu dalam sangat padahal yang saya tau sungai tu setakat paras dada kami kami saja bila berada di tengah. Saya hampir lemas tapi saya tahan nafas lalu naik ke atas.

Bila naik atas saya hairan sebab keadaan sungai sudah berubah. Terdapat musolla yang cantik. Azan juga sedang berkumandang. Saya di beri persalinan putih dari seorang wanita yang memakai jubah putih. Saya terus bingung mana pi semua rakan-rakan. Tempat tu cantik sangat. Ayaq dia jernih. Ikan boleh di pegang dan jinak pula. Saya di bawa masuk ke dalam musolla. Saya di minta menyalin baju dan berjemaah bersama. Ramai juga kanak-kanak berjemaah. Semuanya berjubah putih. Selesai solat, saya di jamu dengan makanan lazat. Saya masih ingat ikan seperti ikan keli. Masakan dia amat sedap. “ Cerita Din

“ Amboi Din. Punya sedap sampai lupa emak ka. “ Gurau Mak Tun
“ Ketika Din tengah makan, Din terdengar suara emak seperti memanggil Din tapi Din cari tak jumpa. Imam tu kata Din tersesat dan suruh Din makan dulu. Nanti depa hantar Din pulang waktu petang. “ Terangguk-angguk kepala imam Murad
“ Kata imam di situ, kalau Din nak datang tunggulah dekat pokok jejawi nanti akan ada yang datang membawa Din ke sini. Tempat depa tak sama dengan tempat kita emak. Tempat depa tenang. “ Kata Din.
“ Itulah alam di sebalik mata. Alam yang kita tidak nampak namun depa dapat nampak kita. Kehidupan depa dengan kita juga berbeza. Depa dari keturunan jin manakala kita ini manusia. “ Kata imam Murad.
“ Aku tak faham apa yang imam Murad kata. “ Bisik Man kepada Tampong. Tersengih Tampong
“ Aku pun sama. Hang cubalah tanya imam Murad. “ Kata Tampong. Man terdiam.
“ Imam. Apa maksud alam sebalik mata. Kami tak faham. “ Man memberanikan dirinya bertanya imam. Imam Murad tersenyum

“ Alam di sebalik mata maksudnya alam yang kita sebagai manusia tidak dapat melihat dengan mata kasar. Hanya orang tertentu saja yang Allah izinkan dapat melihat alam ini. “ Barulah Man, Murad dan Tampung faham apa maksud alam di sebalik mata.
“ Mak. Din pi sana sekajap saja. Petang depa hantar balik. “ Kata Din
“ Sekejap kata hang Din. 3 hari tau hang hilang Din. Jenuh kami cari. “ Kata Man. Terdiam Din. Sangkanya sekejap saja dia pergi.
“ Nasib baik depa mau hantar balik Din ke sini. Kalau tidak susah kita. “ Kata imam Murad. Jika berkesempatan Din dan rakan2 datang ke sungai, Din pasti akan duduk di atas batang pokok jejawi yang tumbang tempuh hari. Dia mengelamun seperti mengingati sesuatu. Rakan2 yang lain hanya biarkan saja dan tidak mahu mengganggu Din. Janji Din tetap Bersama mereka.

Lama kelamaan tempat itu sudah menjadi terbiar. Dahulunya merupakan tempat anak muda kampung mandi manda. Kini setelah hujan lebat dan megubah segalanya struktur sungai tersebut. Pokok-pokok mula tumbuh dan akhirnya menutup pemandangan sungai yang suatu Ketika di penuhi dengan gelak ketawa. Bila Man melalui tempat itu, dia akan memandang ke bawah. Itulah tempat dia dan rakan-rakan bermain bila waktu cuti sekolah. Bila Man sudah berumah tangga dan bila membawa anak-anak ke sungai ini, Man akan menceritakan kisah Man dan rakan-rakan bermain waktu muda. Terima kasih sudi membaca kisah pengalaman ini.
#AriffBudiman

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 36 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.