Misteri Pasaraya Lama

Salam, sebelum itu aku nak ucap terima kasih pada admins sebab sudi siarkan cerita “siapa makcik itu”. Banyak yang bagi idea apa negeri P tu. Sampai sekarang makcik tu masih menjadi misteri dan perihal negeri P tu aku anggap mungkin itu sebagai amaran untuk aku berjaga-jaga atau mungkin boleh jadi salah satu niat jahat yang nak lihat manusia sering bersangka buruk dan bermusuhan. Apa pun yang penting niat kena betul.

Baiklah seperti yang dijanjikan. Kisah kali ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku dan rakan-rakan aku semasa bekerja sebagai security di salah sebuah pasaraya di johor bahru. Banggunan pasaraya ni dah lama. Sebelum aku lahir lagi dah ada. Dulu pasaraya ni jadi tumpuan tapi lepas kemunculan pasaraya-pasaraya baru yang menawarkan harga lebih murah serta kemudahan fasiliti yang lebih menarik, pasaraya ni jadi macam hidup segan mati tak mahu. Kenapa aku pilih pasaraya ni dalam banyak-banyak pasaraya? Mudah, satu sebab senang nak ulang alik dengan bas, lagipun bila pasaraya tu kurang orang, kurang la sikit kerja aku. Kenapa security? Sebab tu je yang kosong.

Kisah 1 – Parking Bawah tanah

Masa mula-mula kerja tu aku dibawa meronda satu banggunan pasaraya. Kerja security of course kena patrol kan so aku kena scan dinding tanda aku dah ronda bahagian tu. Banyak juga lah dinding yang aku kena scan, dari ceruk bedah sampai ke parking lot.

Dalam banyak-banyak tempat, ada satu tempat yang kalau boleh semua orang tak nak pergi. Iaitu bahagian parking lot bawah tanah. Macam yang aku cakap sebelum ni, pasaraya ni dulu tumpuan dan parking selalu penuh, jadi management buat lah parking bawah tanah tu tapi tak sempat pun digunakan , ekonomi dah merosot. Lepas tu tempat tu jadi tempat terbiar. Menurut makcik-makcik bawang kat situ, parking bawah tanah tu diorang selalu dengar suara budak menjeritlah, perempuan menangis lah. Aku ni kan jenis cekal sikit jadi aku ambil tak kisah pun. Aku boleh pulak sensorang pergi parking lot bawah tanah tu scan patrol sebab bos aku bising. Tiap-tiap bulan patrol store kitorang selalu tak sampai 80% sebab missed bahagian parking tu. Aku ni kan dedikasi orangnya jadi tanpa rasa takut ke hape aku pergi je walaupun tak ada sorang pun tak nak teman aku.

Sebab aku malas nak jalan, aku akan pinjam motosikal member aku untuk aku ronda bawah tu. Yelah cepat sikit kerja aku siap kan. Biasa hari-hari kalau aku kerja pagi memang aku lah yang kena patrol, kalau kerja petang orang lain yang buat sebab patrol kena start pagi. Macam biase pagi tu jam 8.30 pagi tak silap aku, aku pun ambil walkie talkie, ambil scanner dan start nak patrol, cepat buat cepat siap kan. Aku jalan pergi parking dulu , siap baru aku masuk pasaraya dan scan kat dalam. Pagi tu motosikal tak ade, member aku masing-masing membuta masuk kerja lambat. Terpakse lah aku jalan kaki. Ye aku tahu mesti ramai cakap aku ni kurang cerdik. Pergilah buat tempat lain dulu kan nanti orang dah datang baru start patrol kat bawah. Tak apalah benda dah jadi.

Aku turun parking lot bawah tanah tu, berlampu tapi suram. Walaupun pagi, cahaya tak masuk pun bahagian tu. Aku scan dari tiang ke tiang, tak semua tiang yang ada tempat scan tu ye kawan-kawan. Tempat scan tu dia letak jauh-jauh. Nak tak nak kena pusing satu parking tu. Tengah-tengah meronda tu aku terperasan ade satu longgokan macam plastic sampah warna hitam. Banyak weh, aku dah cakap dalam hati, “siapa lah yang kurang ajar buang sampah dekat sini ni”. Aku pun jalan pergi kat longgokan tu dan dah nak keluarkan handphone nak ambil gambar bagi kat bos aku. Makin aku dekat makin meninggi pula aku rasa sampah-sampah tu. Bila aku sampai hampir 10m dari sampah-sampah tu walkie talkie aku berbunyi. “Charlie 3 to charlie 5, Charlie 3 to Charlie 5”. Aku stop kejap ambil dan jawab bos aku panggil. “Charlie 5 to Charlie 3, ye Encik?”
“Masuk bilik saya sekarang” arahan yang agak tegas kat telinga aku, aku pun dengan pantas naik balik dan terus masuk bilik bos aku tu.
“Kenapa Encik?” tercunggap-cungap aku dibuatnya.
“Awak buat apa kat bawah tu” aku pun tunjuk scanner aku, aku bagi tau aku tengah patrol. Ok macam mana dia tau aku kat bawah tu, sebab dia tengok cctv ler. Dia cakap kat aku masa tu dah tak payah scan bawah tanah tu nanti suruh security bangla je yang scan. Aduhai kenapa tak dari dulu je buat macam tu kan senang kerja aku. Aku pun iyekan je lah.

Time rehat aku suka lepak kat bilik cctv sebab malas nak makan kat luar. Bukan ada apa pun kat foodcourt tu. baik aku tidur. Pastu mintak pakcik Razak tolong cover line. Dia OKU. Kerja dia pantau cctv je sebab dia pakai kerusi roda. Haritu macam biase aku pun masuk bilik cctv, belum sempat aku sapa pakcik Razak, dia dah panggil-panggil nama aku.
“Lina, lina sini kejap” excited dia panggil aku
“Kenapa Cik?”
“Lina nampak apa kat bawah tadi?”
“Ha? Nampak apa?” binggung aku kejap. Kemudian Pakcik Razak rewind kan balik rakaman cctv yang rakam aku tengah meronda pagi tadi. Dalam rakaman tu ada aku yang tengah berjalan kearah satu benda yang tinggi hitam dan besar dan benda tu seolah cuba terkam aku secara perlahan. Kalian rasa aku nak rasa apa masa tu. nak pitam pun ada tau. Yang aku nampak masa tu plastic sampah tapi kat cctv benda tu tinggi sampai mencecah bumbung parking. Naseb baik bos aku cepat panggil aku time tu kalau tak memang dah kena “sorok” la aku.

Kisah 2 – Escalator
Kisah ni member aku yang alami, dia kerja shift malam balik pagi. Pagi-pagi aku datang dia dah sibuk nak cerita kat aku apa yang dia alami malam semalam.
Malam tu macam biasa Ryan ni dia akan duduk dalam bilik cctv je. Akan ada 2 orang security yang bertugas, satu external security yang jaga gate dan sorang lagi Ryan lah. Dia akan sediakan semua makanan air panas dalam bilik tu so tak payah lah dia nak keluar malam-malam kalau lapar.
Kerja tengok cctv yang tak ada orang mesti lah dia bosan kan. Dan time dia hampir nak terlelap dia rasa macam ada sesuatu jentik telinga kiri dia. Melompat terus dia. Tengok kiri-kanan tak ada orang. Kemudian dia tertoleh dekat salah satu screen monitor cctv tu yang merakam bahagian escalator. Escalator akan ditutup lepas waktu niaga so memang tak gerak lah. Tapi yang memeranjatkan Ryan adalah, ada satu susuk seperti perempuan pakai baju warna merah berdiri atas escalator dan dia bergerak seolah-olah escalator tu berfungsi. Kamera cctv ni berada di hujung dan merakam bahagian atas escalator hingga kebawah. One way je. Bahagian naik. Escalator turun dekat tempat lain. Dari mula Ryan tengok dia dekat bawah. Dari mana muncul tak sure perasan je dah ade dekat escalator tu. perlahan-lahan perempuan tu naik, naik dan bila sampai tengah cctv tu rosak kejap (blue screen) dan perempuan tu hilang lepas monitor hidup balik. Puas Ryan rewind cari tapi tak jumpa image perempuan tu. So sebab tak ada bukti aku anggap dia berkhayal.

Kisah 3- Budak
Ni kisah dari akak-akak promoter. Diorang ada kisah seram yang tersendiri lagi-lagi dekat dalam store. Kak lisa ni dia promoter baju. Bila stok baru sampai dia akan duduk seharian dekat dalam store dengan staff-staff lain untuk sorting, gantung dan sebagainya. Masa kejadian, dia dengan seorang lagi staff, Ain tengah sorting baju kanak-kanak. Tengah-tengah sorting tu tiba-tiba kak lisa dengar suara budak ketawa-ketawa. Macam tengah main kejar-kejar. Dia tengok Ain, Ain dia tengah tengok dia maksudnya Ain pun dengar juga apa yang kak lisa dengar. Dah tu diorang buat tak tahu je lah sambung kerja.
“BAMMM” tiba-tiba dengar bunyi sesuatu jatuh. Macam bunyi kotak yang besar jatuh. Kak lisa dengan Ain pergi kearah bunyi tu. Oh sebelum tu, kejadian ni petang dan store ni terletak dekat belakang jauh dari pasaraya. Jadi mustahil kalau nak kata customer kan. Mungkin staff lain kot. Kak lisa positif lagi. Lepas tengok tak ada mana-mana kotak yang jatuh dia dan Ain pun patah balik kat tempat dia sorting baju tadi. Tapi alangkah terkejutnya dia bila baju yang dah separuh siap disangkut ke hanger dan dilipat tadi terselerak diatas lantai. Terus Kak Lisa panggil semua staf-staf lain dan tanya siapa punya kerja tapi satu pun tak ada yang mengaku masing-masing tiada di tempat kejadian. Bila dah tak daa siapa nak mengaku semua lah kena tolong kak lisa gantung balik baju-baju tu semua. Masa tengah kutip baju yang terserak dilantai, kak Lisa tunduk untuk ambil baju yang sedikit termasuk bawah rak dinding. Masa dia tengah tunduk tu dia terperasan ada satu bayang persis macam budak kecil tengah senyum pandang kak lisa. Menjerit dan terkejut semua staff kat situ. 2 hari juga lah kak Lisa cuti demam lepas tu.

Macam dah panjang je ni geng. Tapi banyak lagi ni nak cerita. Nanti kalau ada masa aku tulis lagi. Harap admins approve kan la cerita ku ini ya. Sekian Terima Kasih.

Mia
Misteri Pasaraya Lama
8.8 (87.5%) 32 votes

14 comments

  1. Guys aku baru dpt tau.. adek aku baru bg tau yg die pon pernah nampak makcik tu tahun lepas (refer siapa makcik itu) .. die nampak time balik sekolah.. dia memang suka duduk dekat bustop sensorang..petang petang dah nak maghrib gitu.. ape die buat x tau lah.. tp setiap kali nampak mesti kat bustop.. meremang jap.. wujud lagi die sampai sekarang.. dh 6 tahun kot..

    1. Dia kn ada sakit meroyan. Kadang ok kadang x. Mayb x di rawat itu yg jd makin teruk. Melalau ntah mana² x blk rumah kdg² tu. Itu pn dh kira ok sbb dia x de la agresif mcm pesakit lain. Dia cuma nk bercerita je tu .. nnti jmpa lain² org pn dia ttp cerita benda yg sama.

  2. Mia..
    Carrefour Tebrau kan?
    Dulu popular sebab ia hypermarket harga borong kedua di JB selepas Makro Plentong..
    Tapi lama2 gulung tikar, jadi AEON Big. Sekarang NSK..
    Awal balik jalan kaki lalu bawah fly over utk ke bus stop seberang kan?

  3. ko cakap terus je
    skudai perade ke carefour tebrau ke
    xde org nak teka teki.
    kalau takut nk bagi tau nama tempat maknanya cite ko tipu dan takut kena saman dgn pemilik nya.

    1. Mia dah jawab soklan Jentayu teka tempat tu n Mia bagi thumbs up, maknanya betul la tekaan Jentayu. Skroll atas tu baca soalan n jawapan deols hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.