Misteri Rumah Tokwan

Assalamualaikum dan salam muhibbah buat pembaca FS.
Jika cerita ini diterbitkan oleh admin FS, terima kasih aku ucapkan kerana menyiarkan cerita aku yang biasa-biasa saja tapi tidak mustahil mungkin juga pernah dialami oleh pembaca FS di luar sana. Ceritanya mungkin biasa tapi impaknya luar biasa pada yang mengalami.
Cerita yang bakal aku tulis ini adalah bingkisan dan cebisan kecil dari kisah benar yang pernah berlaku dalam hidup dari usia kanak-kanak hinggalah ke umur tua begini. Oh ya, aku Sajou, nama pena tentu sekali. Perempuan Melayu yang berasal dari sebuah kampung di Utara Semenanjung.

Zaman kanak-kanak di rumah Tokwan.
Mak aku adalah anak bongsu dalam keluarga dia. Memandangkan semua anak-anak tokwan adalah perempuan (ada seorang lelaki tapi meninggal dunia dalam pantang), rumah pusaka yang kami tinggal ketika itu dihadiahkan kepada mak aku oleh kakak-kakaknya yang semuanya sudah punya rumah dan keluarga besar masing-masing. Kami semua tinggal berdekatan dalam satu kampung. Semasa aku kecil, aku masih ingat lagi pokok nyok banyak sekali di hadapan laman rumah tokwan ni. Ada padang yang luas dan rumput-rumput halus yang tumbuh di padang tu. Kami adik beradik sepupu sepapat dan budak-budak kampung ketika itu banyak menghabiskan masa bermain di padang itu. (Aduhai, sayu dan syahdu pulak teringat pemandangan dan memori masa tu, manakan nak dapat tengok dan rasa dah masa sekarang ni,huhu…). Rumah tokwan pulak, memang rumah lama. Rumah atas kayu, ada beranda, atap anyaman daun nipah. Bilik air guna air telaga dan jamban pun di luar rumah, di sebelah belakang. Walaupun depan rumah tokwan aku ni padang luas siap dengan pakej pokok kelapa yang melambai-lambai pagi dan petang, lain pulak kisah kat belakang rumah tokwan. Hutan nipah baq hang… segala macam binatang ada kat belakang tu, rimau ja takdak…haha… pernah satu masa tu, kami ramai-ramai panjat pokok jambu, bertenggek ramai-ramai atas dahan pokok tu yang besar-besar sambil makan buah jambu yang sedap giler… tengah syok mengunyah buah-buahan tu, boleh pulak terserempak dengan ular sawa sebesar peha orang dewasa tengah tour di celahan daun-daun pandan kat hutan tu (ambik angin kot, ke cari makan? Huuii…). Terjerit-jerit kami kat atas pokok tu dah macam monyet. Hahaha… takut punya pasal, kang jadi hidangan makan dia pulak. Lepas tu, mestila dapat syarahan percuma dari paknjang aku sebab pokok jambu tu belakang rumah dia.

Tokwan aku adalah bilal (tukang azan) di kampung aku ketika zaman hidupnya. Dia juga boleh berubat orang. Guna akar-akar dan daun-daun kayu di samping ayat-ayat Quran yang dijampi pada air. Tapi dia bukanlah sampai tahap tok bomoh tu, bolehla setakat ubatkan budak kena sawan tangis atau yang terkena gangguan kecil. Makngah aku adalah anak yang paling rapat dan rajin menolong tokwan ketika dia ubatkan orang. Makngah la yang selalu tolong jerang air, cari akar daun kayu dan bawakkan hidangan makan untuk tokwan. Pernah makngah ceritakan pada aku, ada sekali tu, tokwan bawak diri tinggal di sebuah pondok kecil yang dia bina di tengah sawah padi, adalah lebih kurang 1KM jugak dari rumah dia. Masa ni orang gelar dia “gila isim”. Gila hanya pada nama tapi sebenarnya dia masih waras pada akalnya. Cuma dia mengasingkan diri dari semua orang termasuk tok dan keluarga dia, tinggal di situ hanya mengaji, beribadat dan berkhalwat dengan kitab-kitab agama. Tok akan hantar makngah aku setiap pagi dan petang untuk menghantar hidangan makan untuk tokwan, itu pun dijamah sedikit sahaja. Setelah beberapa ketika, barulah tokwan pulang semula ke rumah. Selepas itu, tak putus-putus orang datang berubat dengan tokwan. Seringkali ketika tokwan baru nak menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, ada saja yang memanggil atau datang berubat. Tergesa-gesa tokwan membasuh tangan, ditinggalkan hidangan tanpa dijamah. Akhirnya pada suatu hari, tokwan mengadu sakit perut. Bila dibawa ke hospital, tokwan disahkan gastric dan ada ulser dalam ususnya. Aku tidak sempat mengenali tokwan, ketika tokwan meninggal dunia, aku baru berusia setahun dua. Ketika itu pertengahan tahun 80an.

Selepas tokwan tiada, keluarga aku terus tinggal di rumah tokwan. Memandangkan semua anak-anaknya perempuan, dia telah mewasiatkan semua barang atau alat yang dia gunakan untuk tujuan berubat supaya diletakkan dalam sebuah peti kayu dan diletakkan di sebuah makam lama di kubur hujung kampung, berhampiran dengan kubur dia dikebumikan. Apabila aku bertanya kepada makngah kenapa tiada seorang pun anak-anak tokwan yang pandai berubat? Makngah menjawab, tokwan taknak bebankan anak-anaknya kerana semuanya perempuan, ada tanggungjawab pada suami dan anak-anak. Jadi, tokwan tak turunkan ilmu berubat tersebut pada seorang pun anaknya. Kecuali, ada suatu ketika makngah memberitahu dia pernah bermimpi aneh dan tokwan telah berpesan walaupun apa saja mimpi yang dialami, jangan terima dan itulah yang dilakukan oleh makngah.

Rumah tokwan yang diwarisi mak, telah diubahsuai sedikit dengan menambah rumah batu di bahagian bawah rumah. Struktur asal masih ada cuma bumbung dah pakai zink, bilik air dah ada dalam rumah (fuh, lega! Aku besa merasa tau jamban kat luaq,gila la… malam-malam memang tak boleh blah la,huuii! Nakp buang hajat pun boleh jadi tersedut balik woi mai ngan takut ni..hahaha…sori melalut pulak!). Aku masih ingat, ketika aku masih kanak-kanak, kami memang tak pernah jejakkan kaki ke atas rumah. Tak pasti pulak kenapa, tapi memang takkan naik kalau disuruh sekali pun. Semenjak ada rumah bawah ni, lampu kat tingkat atas rumah tak pernah berbuka. Cuma tok aku sahaja yang akan naik turun setiap hari sebab dia tidur di dalam sebuah bilik hujung atas rumah. Tok aku pulak, sebab dah biasa dengan pelita minyak tanah, dia tak pernah bukak lampu bilik dan lampu atas rumah. Seingat aku memang dia hanya pakai pelita minyak tanah tu sahaja buat penerang suasana. Ada suatu ketika, ketika aku umur 8 atau 9 tahun macam tu, aku bergaduh dengan abang sulung sebab posisi tempat tidur (semua berebut nak tidur tepi sekali sebab tak suka menyempit). Yelah, dah nama pun rumah kampung, kami memang tidur beramai-ramai di laman tengah rumah. Disebabkan terlalu bengang dengan dia, aku merajuk, aku ambik bantal dan selimut berlari menangis-nangis naik ke atas rumah dan ketuk bilik tok. (Berani pulak aku naik gelap-gelap macam tu, sakit hati punya pasal kan…)Bilik yang tok aku duduk ni, pintu tu macam zaman P.Ramlee tu tau…yang kuak kat tengah tu. Macam tingkap iklan Adabi tu. Haa, macam tu la. Dah la gelap gelita, nampak cahaya lampu minyak tanah je samar-samar dari celahan pintu. Aku dengar tok bangun berjalan perlahan sebab dengar bunyi tapak kaki dia pijak lantai kayu. Perlahan dia bukak selak pintu dari dalam, dia tengok aku. Aku tengok tok bertelekung putih, solat malam sebelum tidur kot bisik hati aku.

“haa, hang ka… hang nak apa?” tanya tok.
“Che’ nak tidoq dengan tok la… che’ takmo tidoq dah dengan depa kat bawah, depa tak peduli kat che’ pun!” menangis-nangis tak habis lagi aku masa ni. (Che’ tu orang utara guna ala-ala kata ganti nama manjah-manjah la gitu…haha.)

Tok angguk-angguk perlahan. Kesian kot dengan cucu dia yang menangis macam kena tinggal mak tu. Dia bukak pintu ajak aku masuk ke dalam bilik dia. Sayu hati tengok tok tidur dalam bilik kecil ni sorang-sorang, rasa nak menitis air mata aku bila teringat semula. Ada sehelai sejadah lama berwarna hijau lumut (aku pakai sejadah tu dari zaman anak dara sampai la dah kawen), sebuah pelita minyak tanah, ada para lama tepi tingkap adabi, sebuah almari, dan selimut-selimut tebal yang tok aku lipat-lipat untuk dijadikan lapik buat dia tidur setiap malam. Di atas lantai ada anyaman tikar mengkuang yang menutupi sebahagian bilik. Memang tiada katil atau tilam dalam bilik tok. Aku tengok tok tarik 2 helai selimut tebal tu dan lipat-lipat lagi bagi tebal. Dia lapik dengan kain batik sehelai sambil kibas-kibas sikit tempat tidur tu, lepas tu dia pandang aku.

“Hang tidoq la kat sini…” perlahan tok bersuara sambil tepuk-tepuk tempat tidur yang dia sediakan untuk aku.

Aku pun tak banyak songeh, terus ambik bantal letak atas selimut tebal tu dan baring. Aku tengok tok jalan perlahan-lahan duduk semula di tikar sejadah dia sambil pegang tasbih. Sambil mata merenung tok yang sedang berwirid, aku terlena dengan alunan zikir yang sungguh menenangkan hati dan jiwa kecilku pada ketika itu. (Allahu, rindunya dengan tok~…)

Setelah lebih kurang seminggu dua rutin tidur aku dengan tok, aku ni kira orang dah nampak macam hero la sebab berani naik turun rumah tingkat atas. Kembang kuncup hidung aku ni bila sepupu sepapat aku puji aku berani dan baguih gila sebab temankan tok tidur malam-malam. Setiap petang sebelum senja aku akan naik tutup tingkap adabi bilik tok dan pasangkan lampu pelita minyak tanah dia tu guna mancis hokay (LOL). Lampu elektrik? Ada. Tapi, tak pasti kenapa tok takmau bukak lampu tu dan aku pun tak pernah pulak tanya kenapa.

Ada suatu malam tu, aku tak mengantuk macam biasa. Selalunya bila aku dah naik atas rumah dengan tok, nak tidur, aku pasti dah tertidur setiap kali tok sedang berwirid atas tikar sejadah dia. Tapi malam tu pelik sikit, aku tak mengantuk. Jadi, mata aku ni terkebil-kebil sampai la tok rebahkan diri dia sebelah aku. Tok aku ni, yang bestnya dia akan padamkan pelita minyak tanah dia tu tiap kali nak tidur. Lagi best sebab malam tu aku tak boleh tidur dan dia ingat aku dah tidur. Haha… dia pun macam biasa padamkan lampu pelita dan tidur.

MashaAllah, gelapnya ya Rabbi… aku ni mengharap la ada cahaya bulan ke bintang dari langit yang boleh menerangi sikit bilik tok aku ni, huhu. Aku dengar dengkuran kecil di sebelah aku, perlahan je. Alamak, sahih tok dah tidur la tu…Tok tidur di sebelah kanan aku, di sebelah tok pulak dinding bilik, jadi sebelah kiri aku ni lapang la hanya ada lantai kayu yang ditutupi tikar mengkuang. Aku tarik selimut sampai menutupi hidung dan beralih ke kanan menghadap tok. Aku gagau-gagau tangan aku ke hadapan, konon-konon nak pastikan tok ada padahal aku takut dan aku dapat rasa belakang tok sebab tok tidur pun mengiring ke kanan. Semasa aku tengah mengagau tangan aku di belakang tok, tiba-tiba aku rasa ada orang usap belakang aku pulak! Aiiikk???

Aku terus berhenti usap belakang tok. Tangan (tangan ke?ntahlah, aku anggap tangan la kot) yang usap belakang aku tu pun berhenti jugak. Tapi aku masih dapat rasa dengan jelas sesuatu menekap di belakang aku. Terpinga-pinga aku seketika, betui ka apa yang aku rasa ni? Bisik hati sendiri. Rasa macam percaya tak percaya je. Untuk memastikan aku tak mamai ka mamun ka… Aku pun cuba usap semula belakang tok, piiii…. tangan yang di belakang aku ni pun ikut mengusap jugak. Allahu… apakah ini?Takkan qarin kot?!! Berdebar-debar jantung aku ni,rasa macam nak tercabut ja. Aku terus tarik tangan aku letak dalam selimut. Aku pejam mata rapat-rapat. Nak suruh aku paling belakang? Mampuih aku tak buat! Dalam hati ni rasa macam nak menjerit je mintak tolong. Aku pun perlahan-lahan tarik selimut, selubung hingga menutupi muka. Perlahan je aku rasa benda tu tarik balik selimut aku turun. Aku dah gelabah bewak dah ni… mata aku masih pejam rapat. Apa jadi pun aku takmau tengok benda alah nii… terus aku pusing badan aku meniarap dan sembam muka ke bantal. Sepantas itu jugak tangan tu tekap kuat dan tekan belakang aku. Naaaahhh… terkunci aku di situ! Nak kalih kot mana pun dah tak boleh!! Aku dah mula menangis, hati kecil aku masa tu tidak la sekental mana, kecik lagi kot. Dalam tangisan tu aku tak sedar bila aku tertidur. Sedar-sedar tok dah kejutkan aku, dah subuh. Lega sungguh rasa hati ni bila nampak pelita minyak tanah tok yang menyala sendu. Huhu… aku diam seribu bahasa pasal apa yang aku alami ni, risau kalau dituduh buat-buat cerita. Aku memang taktau apa atau siapa yang main usap-usap belakang aku semalam. Esoknya bila waktu nak tidur, aku pelik bila tok ubah posisi tidur aku ke sebelah dinding dan dia di sebelah kiri aku. Terkebil-kebil aku pandang tempat tidur, lepas tu aku pandang muka tok.

“Hang tidoq la belah sana, aku tidoq belah sini senang nak bangun sembahyang…” selamba ja tok jawab.

Dalam hati aku memang la lega sangat. Tidur lena aku malam tu sebab rasa selamat di sebelah tok. Tapi aku masih juga tertanya-tanya kenapa tiba-tiba tok ubah tempat tidur kami. Seolah-olah dia tahu apa yang aku alami. Banyak persoalan yang tak terjawab ketika zaman kecilku sebab orang-orang tua dulu cukup pantang kanak-kanak banyak soal. Kalau banyak tanya, tak mustahil kena cili mulut tu (yup, true story hokay),huhu… Jadinya banyaklah perkara dan persoalan yang takkan boleh dijawab sudah kerana tiada lagi tuan empunya badan yang boleh menjawabnya di dunia ini. Allahummaghfirlahum warhamhum untuk tok dan tokwan tersayang, ameen…

Banyak peristiwa mistik dan misteri yang aku alami semasa kanak-kanak, yang kini dalam ingatan macam flashback saja. Jelmaan lembaga tinggi hitam dengan mata merah menyala di beranda rumah maknjang yang letaknya cuma sebelah kiri rumah tokwan (terkucil aku masa benda ni jadi,huhuiii), sepupu aku yang disorok hantu ketika kami main sembunyi-sembunyi di luar rumah malam raya (kena marah berapi tahap kamehamehaa masa ni dengan makngah aku), ada satu ketika ada tangan besar berbulu hitam yang tarik kaki kakak sepupu aku ketika tidur dan macam-macam lagi la. Cuma peristiwa tidur bersama tok yang paling aku ingat masa kecik sebab masa tu la aku rasa pundi kencing aku ni macam nak pecah punya la takut. Jika ada kelapangan dan ada rezki, insyaAllah, aku coretkan lagi kisah-kisah misteri ketika usia meningkat dewasa pula. Terima kasih kerana membaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Misteri Rumah Tokwan”

  1. Situs Penyedia Layanan Tembak Ikan Terbaik Terbaik Joker123 dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Tembak Ikan Joker123 Fish Hunter Monster Awaken Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Ikan Joker123 Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan Id Joker123 Judi Tembak Ikan Joker123 Yang Terkenal dan Memiliki Grafis Yang Bagus dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi, Agen Judi Tembak Ikan Bonus Deposit 20% dan Bonus Cashback Terbesar Yang Akan Di Berikan Setiap Minggu Kepada Member Setianya

    Agen Tembak Ikan Online

    bonus besar tembak ikan

    Bandar judi ikan

    Agen Tembak Ikan Online

    bonus besar tembak ikan

    Bandar judi ikan

    Agen Tembak Ikan Online

    bonus besar tembak ikan

    Bandar judi ikan

    Agen Tembak Ikan Online

    bonus besar tembak ikan

    Bandar judi ikan

    Agen Tembak Ikan Online

    bonus besar tembak ikan

    Bandar judi ikan

    Agen Tembak Ikan Online

    bonus besar tembak ikan

    Bandar judi ikan

    Agen Tembak Ikan Online

    bonus besar tembak ikan

    Bandar judi ikan

    Agen Tembak Ikan Online

    bonus besar tembak ikan

    Bandar judi ikan

    Reply

Leave a Comment