Misteri Sebuah Sekolah Di Terengganu

Assalamualaikum…
Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita aku ini. aku berharap pembaca dapat menikmati cerita ini.
Orang kampung panggil aku Ming. Ni kisah yang terjadi pada tahun 2001 di sebuah Sekolah Rendah di Terengganu. Masa ni aku berusia 12 tahun iaitu darjah 6. Di sekolah kami, semua murid tahun 6 mesti tinggal di asrama untuk memudahkan mengikuti kelas tambahan yang telah disediakan. Aku pula jenis nakal bisalah budak-budak. Bila kena masuk asrama memang gembira la dapat jumpa kawan-kawan di situ.

Kisah pertama
Bermula apabila aku, Wan dan Saiful membuat cadangan jahat. Kami bertiga ni memang kaki kuat mengusik.
Aku : Saiful, jadi ke malam ni nak main hantu-hantu ?
Saiful : boleh je, janji wan jadi hantu.hehehe
Wan : Boleh2, letak bedak tebal-tebal sedikit. Biar budak-budak mengucap panjang. hahaha
Aku : Cun, malam jumaat lagi afdal. Kita buat hantu bungkus senang nak bungkus. hehehe

Pada 1200 tengah malam kami mulakan operasi. Wan sebagai hantu bungkus yang dah dibungkus serta muka putih penuh dengan bedak, Saiful sebagai tukang tarik kain selimut, aku pula tukang gegarkan katil. Kami bergerak dari katil ke katil, seronok tengok member ada yang mengucap ada yang takbir ada juga yang mengigil.
Aku : Wan, ko pergi hujung koridor dan lompat dari hujung sana ke hujung sini. Lepas ni kita tidur la.
Wan : ok, nanti ko tengok gaya hantu bungkus lompat.

Apabila Wan sampai dihujung koridor, semasa hendak berpusing aku dan Saiful terpandang wajah Wan berubah menjadi buruk dan kedua-dua tangan didepakan kedepan. Padahal sebelum ini, aku yang ikat tangan tu. Dengan selamba, Wan melompat dari hujung koridor ke koridor ketinggian dan jarak yang tidak masuk akal. Masa tu aku dan Saiful terus lari ke katil masing-masing dan pura-pura tidur. Setelah selesai melompat Wan menghampiri aku.
Wan : Camne lompatan aku, ada gaya hantu bungkus tak??? Heheheeeee ( suara pon tak sama dengan Wan)
Aku : Pergi la tidur.

Keesokkan harinya, aku pon cerita apa aku dan Saiful tengok pada diri Wan. Selepas itu, Wan terus demam beberapa hari. Kami pon menjadi insan yang baik untuk beberapa minggu.
Kisah kedua
Selepas kejadian itu, kami tidak berani lagi main hantu-hantu. Petang seperti biasa kami bermain sepak takraw. Tetiba hari tu bola takraw terlalu kerap masuk ke bawah bangunan dewan makan asrama. Untuk pengetahuan semua, dewan asrama kami bangunan binaan zaman dulu dan mempunyai ketinggian bawah 1 meter, ini membolehkan pelajar masuk mengambil bola dalam keadaan merangkak. Entah kenapa, petang tu bola kerap sangat masuk ke kawasan tersebut maka keraplah kami merangkak ke situ.

Pada malam itu, kami susah mahu tidur kami yang nakal nip on bermain pantun kerat. Seronok bermain pantun tiba-tiba ada suara asing yang sampuk.
Aku : Ayam ketok bawoh umoh pokngoh
Palo botok tengoh-tengoh
Saiful : Hisap rokok 2 bate
Nok gojoh mari nate
HANTU :pat pat siku lipat
Sapa cepat dia dapat
HEHEHEHEHEEEEEEEEEEEEEEEEEHEHEEHEHEHEEEEEEEEEE

Aku dan geng apa lagi, terus diam seribu bahasa. Tiada seorang pon berani jawab pantun. Meremang bulu roma masa tu. Masa tu ramai dah tidur tinggal yang kami berlima je yang dengar. Suara tu masih ada lagi kedengaran mendayu-dayu. Bunyi macam jauh kata orang kalau dengar suara dari jauh benda tu berada dekat je. Lebih kurang 15 minit kami diam, Saiful bangun dan buka lampu bagi mengurangkan ketakutan. Tapi malangnya, satu tangan hitam besar menjalar dari tingkap ke suis lampu dan tutup lampu tersebut. Masalah nya tingkap dengan suis lampu jarak dalam 2 meter. Cuba bayangkan tangan hitam besar berbulu panjang pula. Kami berlima terus berbungkus dengan kain selimut, masing -masing membaca surah apa yang ingat. Akhir nya aku terlelap dalam ketakutan.

Aku terjaga apabila Wan minta aku menemani nya ke tandas. Untuk pengetahuan pembaca asrama lelaki sekolah aku jenis memanjang semua pelajar lelaki tinggal satu bangunan je. Pelajar tahun 6 lebih kurang 100 orang, manakala warden asrama tinggal di bangunana berasingan jarak dari asrama lebih kurang 500 meter. Tandas berada di hujung bangunan tersebut dan kami terpaksa keluar dan jalan ke hujung bangunan untuk ke tandas. Aku dalam keadaan pening dan mengantuk tapi gagahkan juga untuk menemani Wan.

Di tandas, terdengar bunyi percikkan air yang banyak. Ni mesti Wan cirit, tadi makan nasi ayam tidak basuh tangan. Gelakkan ku dalam hati. Sudah lama menunggu, Wan masih tidak keluar-keluar.
Aku : Wan, lama lagi ke? Aku dan mengantuk ni
Wan: ……….???
Aku : Aku tahu la, dalam tandas tidak boleh cakap. Jawab je lama ke kejap

Tetiba air dalam tandas berhenti, tiada lagi sebarang bunyi atau percikkan air. Tengkuk aku terus meremang, semua bulu roma berdiri. Aku terus berlari masuk ke bangunan mencari katil. Setiba nya aku di katil, aku tengok Wan sedang tidur serta berdengur. Katil kami jenis bertingkat aku di atas Wan di bawah. Jadi dari tadi siapa yang kejutkan aku? Siapa yang aku teman? Aku gagahkan juga naik katil serta mengigil ketakutan. Tapi aku bernasib malang, benda tu ikut aku, boleh pula ia main tarik kain selimut dengan aku. Aku pegang erat selimut sambil membaca ayat Al quran yang aku ingat. Tiba-tiba aku rasa diri aku macam dihimpit ditindih, Aku berani kan diri untuk melawan tapi masih tak mampu untuk bergerak. Aku hanya berdoa agar aku selamat, janganlah tunjukkan muka kalu tak boleh demam kus-kus. Akhirnya aku dilepaskan, aku dalam ketakutan dan mengigil sehingga pagi.

Keesokan hari nya, aku bercerita pada Wan dan Saiful. Rupa-rupanya si Wan ada tersedar malam tu. Dia ada melihat satu bayang ikut aku ke tandas tapi dia tidak berani menegur risau pula takut ditindih. Wan sejak menjadi hantu bungkus seminggu sekali kena tindih. Tu dia berdiam diri biar kami sama-sama rasa.

OK la..sampai sini je la cerita aku ni. Masih banyak sebenarnya kejadian aneh berlaku sepanjang tahun 2001 di Sekolah itu. Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

MING GANU

2 comments

  1. Moral of da story.. duk asrama ni tak boleh nakal sangat n tak boleh jiwa halus sngt.. paling penting hati kecil kena brani..

    Tok bagi 7/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.