Assalamualaikum..secara tak langsung, aku terpanggil juga untuk menceritakan, satu pengalaman yang boleh dikatakan seram, ketika aku menghadiri satu kursus yang telah diwajibkan, untuk aku menghadirinya semasa aku berkerja dahulu.
Kisah bermula di suatu tempat ( rahsia) di negeri ku jua iaitu di Perak. Aku bersama dengan kawan ku Ina, menuju ke destinasi dengan menaiki keretanya, kami sampai agak awal ke pusat latihan tersebut, iaitu lebih kurang pukul 11.am.
Sesampai di kaunter pendaftaran, aku dan Ina hanya diberitahu bahawa barang keperluan kami hendaklah ditempatkan di dorm yang sebelah bawah sekali, iaitu di bangunan yang terletak di sebelah kiri. Aku memerhati keadaan sekeliling pusat latihan tersebut, “Ina..Ina..kau tengok tu..bangunan di sebelah kanan, ada perkuburan kristian lah sebelah pagar sana, ” kata ku pada Ina, ” ye lah..nasib kita sampai awal kan..kalu tak, kita kena duduk bangunan sana lah jawabnya, ” kata Ina.
Aku dan Ina memberi salam dan memasuki ke dalam dorm, ramai juga peserta kursus yang telah sampai dulu dari kami, mungkin mereka dari tempat yang jauh, masing-masing sedang sibuk mengemas barang-barang, nasib baiklah katil-katil di dalam dorm itu tiada yang dua tingkat, jadi kami semua tiada masalah dengan tempat tidur.
Dalam pada mengemas barang-barang kami juga sempat berkenalan dengan rakan-rakan yang lain. Pada sebelah malam, selesai sesi kursus iaitu pada pukul 10.pm, kami pun menuju ke bilik, dalam perjalanan dari kantin ke bilik, beberapa orang rakan yang awal, telah pun ternampak satu lembaga yang melompat-lompat semacam beruk di atas bumbung bangunan, mereka cakap benda tu berbulu lebat..hmmm. Bukan seorang yang nampak tapi 3 orang rakan ku, masing-masing pun heboh beritahu cerita yang sama.
Aku..tersenyum seketika, tapi dalam hati..ahh..adakah ini satu permulaan, rakan-rakan yang lain masing-masing juga terdiam, aku sengaja beritahu pada mereka..mungkin ada kera atau beruk di belakang bangunan, sebabnya aku tengok dibahagian belakang terdapat hutan dan pokok pokok semak samun. “Mungkin juga lah kak,” kata salah seorang rakan yang lain.
Aku dan ramai kawan-kawan lain, hanya menunaikan solat Isyak’ di dalam bilik, beberapa orang lagi kawan mereka menuju ke surau yang terletak di tengah-tengah antara bangunan kiri dan kanan. Selesai bersolat, rakan-rakan yang bersolat di surau pun balik ke dorm, apa yang mengejutkan kami..mereka menceritakan..tadi ada seorang makcik ‘ cleaner’ yang ada di surau bagitahu pada mereka, makcik tu pesan, jangan lah buat hal yang tak elok di tempat kursus tu, jangan lah terlalu suka sangat, kata nya lagi. Itulah yang disampaikan oleh kawan-kawan kepada kami yang bersolat di dalam dorm. Kami pun hanya menggangguk sajalah..tanda faham apa yang disampaikan.
Malam ke dua di dalam dorm, kami sudah mulalah riuh sedikit di waktu malam, maklumlah sudah kenal, jadi macam-macam cerita pun ada, ada yang gelak, bila teringatkan perkara lucu semasa di kelas, aku boleh dikatakan peserta yang otai, sebab akulah orang yang lama sekali berkerja dalam bidang tersebut jika dibandingkan dengan peserta yang lain, maka kebanyakan mereka semua pun memanggil aku kakak, bilik air di dorm kami agak besar, tetapi tandas dan bilik mandi pulak tak cukup, ada tandas pulak yang rosak, ada tempat mandi yang tak berfungsi, memang berebut jugaklah bilik-bilik ini untuk kami. Sebelum tidur, aku pergi ke bilik air untuk memberus gigi, memang tabiat aku kalu ada cermin di depan, aku tengok je cermin tu, sambil memberus gigi.
Tapi..apa yang menghairankan aku, bila aku terpandangkan cermin..banyak pulak gigi aku yang berdarah, walaupun aku basuh, tapi bila ku pandang ke cermin semula..ada juga darah yang keluar lagi. Lantak lah..aku cakap sendiri..aku toleh kiri kanan..semua orang pun dh tiada, hishh..naik juga bulu tengkuk aku waktu itu, rupanya hanya aku seorang saja di bilik air. Lekas-lekas aku pun masuk ke bilik untuk tidur. Lebih kurang pukul 3 pagi, aku terjaga lah pulak, sebab rasa nak buang air, tapi aku terdengar bunyi air di pasang dalam bilik air tersebut, di dalam hati aku berkata, mungkin ada orang yang bangun untuk ke tandas juga, sebelum masuk ke bilik air baca dulu ayat qursi, ada lah aku gunakan ilmu-ilmu yang aku pelajari dengan arwah guru ku, jika dalam situasi yang agak mendebarkan..semasa aku masuk, aku tidak menoleh kiri atau kanan, yang aku fokus cuma tandas saja, aku pilih tandas yang di tengah..ku lihat tandas yang di hujung sekali masih tertutup, dan bunyi air dipasang..selesai saja, aku keluar tandas, aku perhatikan tandas hujung masih lagi tertutup..”isshh sape lah agaknya..lama sangat membuang”..kata dalam hatiku. Aku pn terus masuk ke bilik dan sambung tidur.
Malam ke lima kami di pusat latihan, memang banyak perkara yang pelik terjadi, aku telah dilantik untuk menjadi juruacara, bagi majlis tamat latihan dan penyampaian sijil pada keesokan malamnya. Jadi pada malam itu, aku seorang diri, sebelum sesi dimulakan, telah pergi ke kelas awal, konon nak berlatih, tanpa ada orang yang nampak.
Aku pun membuka pintu kelas dengan bacaan doa, aku pasang semua lampu yang ada, aku bukak satu bilik yang menyimpan segala peralatan. Semasa aku bukak pintu bilik…alangkah terkejut nya aku, aku dapati ada tompokan berwarna merah, seakan darah dan semacam titik-titik darah di atas lantai bilik tersebut, aku pun capai saja ‘ microphone’ yang nak ku ambil, terus saja aku keluar dari bilik tersebut. Sambil daripada itu, aku bercakap kuat-kuat di dalam kelas seorang diri..” Aku tak kacau kamu..jangan kamu cuba untuk kacau aku..aku tak takut pun kamu, yang aku takut hanya Allah Swt.”
Aku pun meneruskan latihan seorang diri dalam beberapa minit, kemudian barulah datang rakan-rakan ku yang lain.
Malam itu, selesai saja sesi kami, ku lihat ada beberapa orang kawan-kawan yang berkumpul sambil menunjuk nunjuk ke arah bumbung bangunan, mereka mengatakan ada lembaga berbulu lebat di atas bumbung, aku cuba untuk menenangkan mereka, mengatakan..itu cuma beruk dari dalam hutan di sebelah belakang. Masing-masing pun agak tidak berani untuk memandang lama ke arah bumbung, dan beredar masuk ke dorm. Aku dan beberapa kawan lagi mengambil keputusan untuk menunaikan solat isya’ di surau, setelah hampir di surau, kami dapati makcik ‘ cleaner’ pun ada sekali dengan siap memakai telekung, aku dapati makcik itu hanya tersenyum memandang kami. Selesai menunaikan solat, aku dapati tiada pulak makcik tadi, mungkin juga dia telah keluar awal, bisik hati kecil ku.
Di dalam bilik..riuh rendah suara masing masing, semua pun sibuk untuk membuat latihan sempena hari tamat latihan, seakan kami telah lupa pesanan makcik supaya jangan terlalu suka. Tapi tanpa kami sedari ada juga kawan di katil sebelah almari yang tidak berapa sihat. Rupanya dia agak pendiam dari hari kedua lagi. Kami pun meneruskan kursus sehinggalah sampai hari penamat. Tapi hari esok nya lah kami baru boleh berangkat pulang, itu pun setelah selesai pertandingan.
Pada keesokan paginya..kami rutin kami memang bangun awal, berebut bilik mandi dan menunaikan solat subuh, semasa aku membaca tahiyat akhir, aku terdengar orang menjerit di dalam bilik air, semua orang pun terkejut, selesai memberi salam, aku bergegas ke bilik air, dan mendapati seorang rakan ku menjerit sambil jarinya menunjuk nunjuk ke arah tandas hujung yang masih tertutup, seorang pun tiada yang berani untuk masuk ke bilik air, hanya aku dan kawan yang menjerit tadi yang ada. Aku bertanya kenapa..dia mengatakan..tadi kawan sebelah katil nya telah masuk ke tandas itu, dan tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman, bunyi orang terjatuh. Bila dia cuba untuk buka, pintu tersebut telah terkunci dari dalam. Aku tanpa membuang masa terus menendang pintu tandas, bila terbuka, aku dapati liza (bukan nama sebenar) telah pun pengsan di dalam tandas.
Aku lantas memanggil rakan tadi untuk menolong aku, mengangkat liza dan membawanya ke katil. Aku mengambil air mineral yang ada, ku hembuskan ayat Qursi dan 4 Qul ke dalamnya, lalu ku sapukan ke muka liza dan merenjis-renjis kan ke arah badannya. Alhamdulillah, Liza tersedar dari pengsan, dan bilik kami di datangi oleh cikgu-cikgu dan penyelia kursus, setelah Liza boleh bercakap, aku tanyakan padanya, kenapa boleh terjadi sebegitu, lalu dia menjawab..” masa masuk tandas tadi..ada orang telah menolak dan mengetuk kepala saya itu lah sebabnya saya terjatuh dan pengsan.” Kata Liza.
Kami semua memandang antara satu sama lain..ada yang pucat lesi kerana ketakutan, aku pulak telah diminta oleh pihak pengurusan untuk menghantar Liza menaiki kereta bersama seorang penyelia ke hospital, dalam perjalanan ke hospital, aku bertanyakan pada penyelia tersebut..akan keadaan sebenar di tempat kursus itu, apa yang mengejutkan aku, dia mengatakan tiada langsung pun seorang ‘cleaner’ yang berkerja di sebelah malam di situ, aku menggaru kepala yang tidak gatal pun, sambil memikir, siapalah makcik misteri itu ya..penyelia tu pulak baru itu lah menceritakan, macam-macam kejadian yang berlaku sebelum kumpulan kami berkursus. Ada kumpulan lain pun mengalami kejadian2 yang seram.
Di pendek kan cerita..perihal Liza, rupanya dia semenjak hari kedua, telah pun mengalami gangguan, dia terdengar seakan ada suara memanggil dari arah tandas tersebut, itu lah sebab nya dia agak murung dan nampak tidak berapa sihat..Alhamdulillah..setelah di buat ‘x ray’ kepala liza tiada apa-apa pendarahan, dan semuanya selamat.
Itu lah saja yang dapat aku ceritakan, pengalaman aku sendiri ketika berkursus suatu masa dulu, kalu tak menarik tolong lah jangan dikecam. Sebab ini bukan cerita rekaan. Ingat syaitan dan iblis itu pengikutnya adalah jin-jin..bertujuan untuk melemahkan dan menyesatkan kita. Wallahuaklam bissawab.
:-mlj
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Menarik boleh buat filem
Best nya kak! Semoga akak dapat banyak buat cerita macam ni!