Misteri Stor

Hi kepada semua pembaca FS.
Nama aku Sha (nama samaran). Cerita ini adalah cerita yang pertama kali aku tulis. Sebelum ini aku hanya pembaca FS sahaja. Pada hari ini tiba-tiba tergerak hati untuk menulis cerita yang pernah aku alami sebelum ini disini. Ok, apa tunggu lagi. Meh aku ceritakan.

Aku waktu itu baru habis belajar dan sedang mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Aku tinggal di sebuah rumah sewa. Aku sudah tiga bulan tinggal di rumah sewa itu dan sudah mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Selama tiga bulan itu tiada apa-apa gangguan yang menggangu ku. Tetapi, pada suatu hari, aku sedang mengemas rumah dan ternampak sebuah stor di bawah tangga. Oh,lupa nak cakap. Rumah aku tu jenis rumah sewa dua tingkat. Ok, sambung. Aku membuka stor tersebut. Tetapi, tiada apa-apa di dalamnya.

Ketika aku mencuba untuk menutup pintu stor itu, tiba-tiba aku terasa ada yang menghalang daripada pintu stor itu ditutup. Setelah berkali-kali aku cuba untuk menutupnya, masih tak dapat. Aku berputus asa. Aku membiarkannya terbuka dan menyambung untuk mengemas rumah.

Tibanya waktu malam. Aku sedang bersiap untuk tidur. Setelah aku menutup mata, aku terdengar bunyi seperti ada orang di dalam rumah itu. Aku bangun dan melihat keliling rumah. Tetapi tiada siapa-siapa di dalam rumah itu selain aku.Tiba-tiba mata aku terpandang sesuatu yang sedang memandang aku dari stor. Aku mendekati stor itu dan dengan tiba-tiba pintu stor itu tertutup. Dengan segera, aku terus berlari ke bilik dan terus tidur.

Pada waktu paginya, aku pergi lagi ke stor itu. Aku membuka pintunya dan melihat tiada apa-apa pun di dalam stor itu. Aku jadi hairan dan aku fikir mungkin semalam itu hanyalah imaginasiku sahaja. Malamnya lagi, aku sedang memasak di dapur. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi. Tapi kali ini, bunyinya pelik seperti bunyi orang sedang sesak nafas. Bunyinya datang dari dalam stor. Kali ini aku yakin aku bukan berimaginasi. Aku mendekati stor itu dan ternampak kelibat seorang lelaki dan bajunya berlumuran dengan d*r*h di dalam stor itu. Aku mendekati lelaki itu. Tiba-tiba sekali lagi pintu stor itu tertutup. Aku berasa terkejut serta takut pada waktu itu. Tanpa berlengah, aku terus menelefon kawan aku yang tinggal berdekatan dengan rumah aku untuk menemaniku pada malam itu….

Setibanya kawan aku datang, aku terus menceritakan tentang apa yang berlaku. Kawan aku menyuruhku untuk berjumpa dengan penyewa rumah ini tentang stor itu. Pada keesokan paginya, penyewa itu datang ke rumah. Kami bertanya dengan penyewa tentang stor itu. Penyewa itu pun berkata yang stor itu memang jarang sekali dibuka kerana selalu mendengar bunyi pelik dari dalam stor itu ketika beliau tinggal dirumah ini dulu. Sebab itulah penyewa rumah ini menyewa rumah yang aku tinggal ni. Sabenarnya,memang dah ramai orang terkena gangguan macam aku ni. Ada yang lebih teruk dari aku. Jadi, selepas mendengar penjelasan penyewa itu, aku tanpa cakap panjang memutuskan untuk tinggal sahaja dengan kawanku. Lagipun, dia tinggal seorang. Kawan aku bersetuju dengan keputusanku. Penyewa tidak dapat menolak permintaanku kerana sebelum ini pun ada juga yang macam aku.

Setelah aku berpindah ke rumah kawanku, aku dapat menjalani hidup aku seperti biasa. Tentang stor tu, aku dah malas nak fikir dah. Entah apa benda dalam stor tu pun aku tak tau sampai sekarang. Lagipun, aku memang tak nak ambil tahu lagi dah tentang stor tu. Oklah,tu jelah kisah aku. Maaflah, tak berapa seram sangat. Hehe.

Bye!…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Seram tak?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.