Pengalaman seram sewaktu memancing di Langkawi

Assalamualaikum dan apa khabar , terima kasih kepada admin FS kalau kisah aku ni disiarkan. Korang semua boleh panggil aku Dzil (bukan nama sebenar)

Kisah ni berlaku semasa akhir bulan Disember 2020. Waktu tu saya dan sekeluarga pergi balik kampung kat Langkawi. Dalam hari ke-6 di sana , ayah aku dan pak cik aku rancang nak pergi memancing kat tanjung Rhu. Kami mula mula nak pergi berlima(aku,ayah,pakcik, paksu& kawan pakcik aku)
Tetapi akhirnya paksu tak nak ikut.

Malam lepas pukul 9 malam kitaorang gerak naik kereta dari Kuala Teriang ke Tanjung Rhu dalam 15 minit jugak nak sampai. Akhirnya sampailah kat sebuah rumah api berdekatan dengan sebuah pulau apa tah. Sampai je kat sana dah start dah benda seram.

Bila kitaorang baru nak campak umpan, tiba-tiba aku dengar bunyi macam orang menangis , tapi yang nangis tu macam suara baby. Tapi waktu tu positif thinking jelah mungkin kucing ke.
Waktu tu tak de lah rasa seram sangat sebab kat seberang sana tu ada orang mancing jugak , dan kat depan sikit dalam 100 meter ada ramai orang kat sebuah pulau yang meriah gila.

Lupa nak bagitau tempat kitaorang mancing tu gelap dan kami mancing kat atas batu. Dalam pukul 10 setengah macam tu kawan pakcik aku pun sampai naik kereta . Waktu tu aku perasan kat pintu masuk kawasan rumah api ada macam orang berdiri pandang kitaorang. Kat pintu masuk tu ada tiang lampu so bolehlah nampak.

Dalam pukul 12 macam tu, diaorang nak buat unggun api jadi aku jugak lah yang kena cari kayu. Kat situ memang senang nak cari kayu sebab banyak pokok. Jadi aku pi lah kat sebuah pokok belakang rumah api sebab kat situ banyak kayu. Tiba tiba pintu masuk rumah api tu diketuk dari dalam , memang kuat bunyinya. Dah la aku jalan sorang dah dengar benda tu memang aku lari laju lah sambil gendong kayu, kawan pakcik tanyalah kenapa tapi aku kata saja lari tadi.

Pukul 1 aku kata kat ayah aku yang aku nak tidur dalam kereta jap, ayah aku bukalah enjin kereta lepas tu aku tidur lah dibuai mimpi. Aku tersedar pukul 2:30pagi macam tu, aku dengar bunyi orang menangis lagi, tapi kali ni bukan bunyi baby lagi tapi suara biasa je. Aku nak buka pintu kereta aku terpandang sebuah entiti berbaju putih sedang terbang ke atas rumah api (faham faham lah hantu apa kan)

Aku buka kereta nak pergi kat diaorang, dalam 200 meter juga lah . Lari punya lari terjatuh pula . Lepas tu dengar bunyi benda tu mengilai , diaorang yang lagi dekat dengan benda tu cepat cepat kemas kata jom balik. Aku masuk kereta balik lah. Masuk kereta terus jalan, aku pandang belakang nampak benda tu ikut laju. Aku tengok je benda tu, rupanya dia gendong baby dalam tu.

Sampai je kat jalan besar, benda tu tak ikut dah(akhirnya). Keesokan harinya aku cerita lah kat pakcik,makcik,ayah,ibu,makteh,pakteh semua orang kat rumah lah aku cerita. Apa pak cik aku kata , kat situ memang banyak benda tu . Dia banyak kali nampak.

Sorry lah kalau cerita ni bosan atau apa , tak seram ke. Tapi insyaallah aku akan cerita lagi pengalaman mistik aku sepanjang aku bernyawa ni.
~sekian terima kasih~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dzil

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.