Disebalik Kisah Di Kampus Tapah

“La mano arriba, cintura sola, da media vuelta, danza kuduro, no te canse ahora, que esto sola empieza, mueve la cabeza, danza kuduro“ alarm handphone aku bernyanyi. Kejut aku bangun tidur mungkin. Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. “Siapa yang set alarm dekat phone aku pukul 3 pagi ni. Kacau betul!”, getus hati kecilku. Saat itu, aku tidak dapat melelapkan mata kembali. Lantas jari comelku laju menekan aplikasi yang ada di screen handphone. Aplikasi facebook menjadi sasaranku. Di ruangan search. Tanganku laju menaip nama Fiksyen Shasha. Ingin melayan cerita seram kononnya. (Acah novel lagi. hihi)

Banyaknya komen. Ish ish ish ! Satu-persatu aku baca. Sebelum memulakan kisah yang seterusnya, izinkan aku berletiaq dulu. Macam-macam aku nak jawab, bidas segala anasir anasir jahat dari keyboard warrior. Huhu (gurau jaa). Yang menarik minat aku, kawan-kawan yang satu batch tahun 2013. Punya banyak clue aku bagi, sorang jaa dapat detect siapa yang post pasal “di sebalik kisah di UiTM Permatang Pauh”. Haha! Cari lah korang siapa aku.

Komen pasal tapak kubur dekat kolej Kristal tu, maaflah. Aku kan cakap ada senior yang cerita. Mungkin dia nak takutkan kami je kot. Aku masuk pun kolej dah siap. Aku dengar je. Hm Hm. Yang pasal tak pernah dengar, tak pernah alami tu, mungkin sebab ‘Dia’ pun tak lalu nak kawan, nak berkenalan dengan korang kot, hm. Lagipun mungkin kawan korang yang pernah dengar kedekut nak share dengan korang kot sebab tu tak pernah dengar. Kahkah! Macam ni, benda ni bukan semua orang kena tau, dia pun reti nak ‘target’ siapa kena. Dia ada ja kat mana-mana, tah-tah sebelah korang pun kita tatau. Cuma nampak dengan tak nampak jaa. Aku syak mungkin malam ni dia mai ketuk tingkap bilik nak jual karipap, siapa tau kan. Haha !

Memang aku alami pengalaman tu. Aku pun tak boleh paksa korang percaya sebijik. Telan macam ubat tu, bukan. Itu SALAH ye anak-anak. Orang yang tak pernah kena memang selalu cakap pandai. Tunggu korang kena nanti. Baru tahu. Lemah semangat ke dakk. hihi. Habis dah berletiaq, ni last story yang aku nak share kot. Sentap sat! Hm, aku kan perempuan. Hati ni macam buih-buih sabun ja. Ommo omoo (macam attention seeker pulak. Hahahaa). At least sepanjang aku share story, tadak yang tergantung hokeyyy. Muka riak, bangga, kembang kucup semua ada!

Okay, Start Jun 2014. Aku dapat sambung diploma. Merupakan pelajar FSKM. Sempat jugak aku merasa duduk UiTM Seri Iskandar. Misteri yang aku rasa dekat SI, hari first, blok fakulti aku hilang. Pusing satu kampus tak jumpa. Sampai sesat aku dibuatnya :’( setengah jam cari bangunan tu, last jumpa jugaklah. Haha! Seminggu ja dok sana, Alhamdulillah tadak apa yang berlaku. Kisah bermula bila aku transfer ke Tapah. UiTM Tapah terbagi kepada dua fasa. Fasa 1 (bangunan lama), fasa 2 (bangunan baru). Waktu aku mula masuk, aku dapat duduk kolej dekat fasa 2. Aku dapat Alpha 7 aras 2. Waktu duduk kolej ni, Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku. Kita cuma kena perbanyakan diri dekat dengan Allah, mengaji, berzikir.

Waktu aku sem 2 kalau tak silap aku, aku dah pindah masuk kolej Beta. Sebabnya budak transfer dari Arau ditempatkan di kolej Alpha. Time ni viral satu gambar pasal penampakan. Viral antara group whatsapp. Dengar kata, lembaga hitam. Aku yang tengok ni rasa menggelupur, rasa macam nak baling handphone ni ke dinding. Bukan apa, gambar tu kabur kot! Murung aku bila fikir pasal gambar tu. Aku assume yang tu polis bantuan yang buat rondaan atau mungkin jugak anak khinzir yang terlepas masuk kolej. Pernah jugak, tingkap kau yang menghadap kelapa sawit tu, kena ketuk berkali-kali, padahal kau duduk aras 4, kau rasa siapa? Mungkin akak yang jual roti sosej malam-malam?

Nak dijadikan cerita, kawasan ni dikelilingi dengan kelapa sawit. Pernah sekali tu, tengah lepak dengan sorang mamat KL ni dekat café beta, “ weh waktu aku masuk awal sem, aku tengah study untuk test esoknya sambil hadap nyok sawit, aku nampak dekat tepi nyok sawit tu ada Pocon*, elok jaa perati aku dok study”. Aku yang dengar ni tak jadi nak meremang pasal penampakan abg Pocon*, meremang bulu telinga aku bila dengar “nyok sawit” hm, orang utara pun tak panggil kelapa sawit tu nyok sawit. Hahaha!

Tak seram, tak lawak kan, okay takpa.. kita teruskan, Sampailah masuk hujung sem. Dalam masa empat bulan, menghabiskan sisa-sisa di bumi Tapah, aku ada pegang jawatan dalam persatuan, time sem 4 dan awal sem 5 aku duduk luar (NR). Kisah waktu sem 4 duduk rumah sewa, ada aku share dekat sini Rumah Sewa berpenghuni di Tapah (http://fiksyenshasha.com/rumah-sewa-berpenghuni-di-tapah/)

Yang ni aku nak share waktu aku awal sem 5, time ni aku duduk luar lagi. Kawan serumah aku demam, time ni pusat kesihatan dalam kampus of course dah tutup, jam pun dah tunjuk hari dah malam, so sebab demam dia teruk, kami bawa ke hospital Tapah. Rumah sewa pulak area kampung Mak Teh, nak ke hospital dekat pekan Tapah tu ambil masa sikitlah nak sampai. Tunggu dekat emergency lama jugak, jadi dua orang housemate ni mungkin boring menunggu, diorang pun ambil angin dekat kawasan hospital.

Katanya sampai ke belakang ceruk mana tah diorang masuk, dekat satu tempat ruang menunggu, ada abg pocon* lagi, yang ni memang real. Serius aku tak tipu! Tak boleh blahnya, dua orang minah ni nampak, yang sorang nak angkat kaki blah, sorang lagi tercegat tengok abg pocon* tuu, bila yang sorang dok usha “Dia”, pastu perasan kawan dah nak cabut lari, boleh pulak dia jerit “ weh I****, tunggu aku!” sambil tangan dia buka kamera, ambil gambar, kononnya bukti yang dia nampak. Waktu ambil gambar, keluar pulak flash! Perasan si “Dia” toleh, lintang-pukang lari mai dekat emergency. Tercungap-cungap.

Gambar tu pun dah padam haritu jugak, sebab takut dia follow tepi tingkap keta jaa, mau aku menangis seminggu, huhu. Sepanjang perjalanan balik tu, baru aku perasan, dekat area kampus, ada signboard Tanah Perkuburan Islam! Start haritu aku pun kaji sejarah pasal tanah kubur tu. Dengar cerita, tapak UiTM Tapah tu, tanah perkuburan islam, tapi sebelum pembinaan UiTM, semua kubur tu dah dipindahkan.

Aku pun taktau sahih ke tak. Pasal kolej dekat fasa 1 (Gamma) ada jugak dengar cerita, ada satu toilet dekat area auditorium (tak sure toilet mana sebab banyak toilet), kalau masuk sorang lepastu tambah yang ada kelas malam kan, kau akan dengar someone menangis mendayu-dayu dekat tandas hujung skali, bila check takda siapa. Kalau aku tak check dah! Mau terkencing dalam seluar dulu. Haa! Pastu dengar ada main guli, tarik meja semua tu biasalah kan, tapi yang lain aku tak berapa ingat ceritanya, dan aku tak alaminya, tak dapat lah nak share. So, kot-kot ada keyboard warrior yang duduk kolej gamma nak share misteri tu, share laa kat komen. Aku pun nak tau, refresh balik cerita sensasi waktu tu. Hihi!

Sebulan duduk luar, aku masuk kolej balik, senang sikit kerja aku yang ada jawatan ni. Start sinilah bermulanya macam-macam cerita mistik yang aku tatau, jadi tau. Haa, ada satu ketika, aku baru balik dari study dekat pusat pelajar, kawan aku duduk Alpha, aku ni Beta, jadi terpaksa jalan balik sorang-sorang. Waktu tuu dekat pukul 1 pagi dah. Laluan aku diantara FP dan FSKM. Tengah-tengah tu ada pokok besar. Kisah yang aku dengar, ada satu pokok tu jaa sebab pokok tu angker, dah cuba tebang, tapi tak boleh. Kalau perasan pokok tu, macam bukit tinggi sikit. Kononnya, kontraktor nak bagi rata ja, tapi tak boleh tebang, jadi diorang biarkan pokok tu. (jangan kecam aku, aku dengar je. Antara percaya atau tak)

Berbalik kepada kisah aku, bila aku lalu jaa kawasan tuu, automatic bulu roma aku terpacak, meremang tengkuk, dalam hati aku, “jangan cuba nak sakat aku, kau nak sakat, sakat orang lain” tapi mungkin cara aku cakap dalam hati tu “Dia” dengar, sepanjang jalan tuu aku rasa macam diperhatikan, tingkap-tingkap yang dekat fakulti tu memang aku tak berani pandang. Tanpa melengahkan masa, aku lari tak cukup tanah! Padahal perasaan aku yang penakut sejak dari UiTMPP lagi. Huhu.

Then, roommate aku waktu tu, diorang ada join satu event, awal lagi, dalam sekitar 10 hingga 11 malam macam tu, time nak balik kolej, ada satu mamat ni lalu, naik moto ego, kalau orang lain pandang, memang dia sorang je, tapi roommate aku ni nampak, perempuan baju lusuh jadi penumpang. Kira mamat tu carry dialah kan. Sampai mana dia tumpang tu aku tatau. Lepas tu, sorang lagi kawan roommate aku share pengalaman dia, katanya waktu tu dekat toilet, dia perasan kawan dia tengah cuci baju dekat toilet, sebiji! Macam mana tiap kali si Senah dia cuci baju, macam tu lah dia nampak. Si Senah ni basuh macam membelakangi lah. So dia pun tegur, “cuci baju lagi ke” tiada sahutan macam selalu, pergi intai balik, toilet tu kosong takda orang. Hm! Menyakat sungguh.

Mungkin taklah seram sangat, tapi yang jadi misterinya sampai sekarang, ada student NR, dia nak pergi Teluk intan kalau tak silap, waktu tu dia sorang, sebab dia orang luar kan, dia pakai waze, gps tu lah nak p Teluk Intan, dia dari arah pekan Tapah kalau tak silap, tapi sebelum sampai kat persimpangan yang sepatutnya maybe macam jalan short cut kot. Tapi pelik kenapa macam perjalanan jauh sangat, sampai nak cerah sikit baru perasan sesat, rupanya boleh pulak sangkut dalam ladang kelapa sawit. Wallahualam.

Sebab pernah jadi kes, lecturer nak balik ke rumah dia lalu Changkat Petai, tiba-tiba bila sampai dekat dengan tanah perkuburan yang tepi jalan tuu,dia rasa moto/ kereta dia berat, kalau tak silap aku lah, ke rosak, hm lebih kurang macam tu lah. Cerita ni pun aku dengar dari roommate je, sebab lecturer tu cerita dekat kelas dia je, huhu. Tapi area ni memang kawasan dia kan, sebab sepanjang jalan dari Tapah Road- Changkat Petai kiri kanan ladang kelapa sawit. Nak bukti lagi pasal jalan ni angker, pergi cari buku Mastika, aku tak ingat keluaran mana, tapi kalau nak baca, nanti komen, baru aku send dekat FS. Selalu yang kena kacau, orang luar je. huhu

Sebelum lupa, aku teringat waktu aku sem satu, kami sebenarnya campur. Siswa siswi duduk satu kolej yang sama. Cuma blok lain. Siswi hanya dua blok di belakang, yang lain semua siswa, then, dua bulan ke sebulan sebelum final exam, masing-masing sibuk study lah. Kau kusyuk memang tak tengok kiri kanan punya style, bila kau angkat je kepala nak tengok luar tingkap ( meja study yang menghadap tingkap) kau nampak sup bunjut. Mungkin kau terkejut lagi banyak dari takut. Bukan apa, tetiba sup bunjut boleh terbang sampai aras 3 dan statik je perhati kau. Kau rasa?

Hm hanya angkara budak siswa aras 4. Keluar air mata jantan budak tuu diorang kenakan. Hm bagi aku lah, tak baik doh korang buat camtu dekat kawan korang, kesian habaq hang! Bertambah misteri lagi bila kain yang kau sidai, tudung yang kau sidai, baju yang kau sidai, lesap. Syampu yang letak luar bilik pulak tak hilang, tapi dari banyak tinggal sikit. Hm misteri kan . Huhu

Okay penat dah mengarang, belajar dekat mana pun sama, tak ada tempat mana pun angker, betulkan niat balik, masuk tempat belajar sebab nak tuntut ilmu, hoho! Minta maaf minta ampun kalau salah silap, kalau tak seram, tak best, lepastu terkutuk kat mana-mana ka. Terima kasih admin. Oh! Lagi satu, ni nama pun fiksyen Shasha, yang rasa tak betul ka, anggap je fiksyen, yang ada pengalaman sama, taniah! Anda adalah targetnya. BACA TAKPA, PERCAYA JANGAN. Nak komen, komen yang murni sahaja, nak perli, biaq kias-kias sebab aku ni lurus sikit, haa yang tu takpa, haha, bye!

Kyra

Leave a Reply

12 Comments on "Disebalik Kisah Di Kampus Tapah"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Da

Ko ni banyak sgt dengar cita hantu tp takpenah kena kan..sbb tu banyak sgt rasanya,taksilap,kononya..

Akma

Hospital tapah memang scary la dik..ko takkan x perasan. hospital tu dekat dengan pe.area bilik mayat pn kat ne..lagi satu bkn takat tanah operkuburan..bkn belakang UiTM tu ade perkampungan orang asli ke..Kg sg Geroyang..Jlan nak pi Tapah tu pn da scary…lagi2 corner baring tu

taty

Story pasal lecture tuh femes kat uitm tapah. Story tuh dari first batch ke batch2 junior yg lain. Tapi dgr citer dari member yg lecture tuh pusing2 kat area tanah perkuburan tuh banyak kali but still tak jumpa jalan keluar huhuhu aku pun student uitm tapah skrg and aku super senior. Faham2 la ape maksud super senior tu. hehe so far okay je. Ada laa sikit2 kena ganggu kat alpha 6 dulu and alpha 1 ahh paling banyak kena ganggu. Lagi satu pasal pokok antara fp and fskm tu, dulu member aku prnh lalu dgn member dia yg lain. Bila lalu situ okay je macam biasa. Tapi bila member aku tanya member dia yg lagi satu ni nampak tak pokok tuh, guess what? Member dia tak nampak pun pokok tuh. Dia kata dia just nampak tanah yg ditinggikan sikit je tuh. Hahaha bila tengok besok siangnya, baru member dia nmpk pokok tuh.. lol mencuak ah member dia tuh

Izz

Aku first batch uitm Tapah. 3 sem duk situ x de plak budak2 ni jumpa hantu bagai. Cuma otw balik dr pekan tapah, depan kuil hindu tu la ade bende bertenggek. Tp kolej perempuan, ada satu kes tertangkap gambar benda alah makhluk halus ni. Kecoh kejap je la. Untuk kolej laki, siang malam dota, hantu pun takut dgr budak2 ni punya suara.

Penulis

Sebagai anak jati TAPAH..n selalu setiap malam dulu ulang alik tapah ke tapah road masa zaman sekolah dulu naik rx jek p lepak dgn member nak ke sane mmg scary jalan gelap..tapak uitm dulu sawit je xsilap aku xde kubur,kubur kat t.road satu je jalan nk ke kg.mak teh

Changkat petai tmpt lecturer ko kene tu yg ad kubur tepi jalan situ mmg angker salu org kene sakat dek kak ti kat situ.

Hospital tapah ni plak mmg scary dekat simpang masuk hosp ad office situ lg scary siap mjelma jdi org lagi..mb mmber ko jalan2 msuk kedalam tu area bilik mayat dekat tepi sungai tu..dulu aku suke mancing situ haha..smbul menyelam tembak ikan waktu zamn jahiliah dulu peduli apa air basuh mayat semua ak bajet xkene pun huhu..

Kat selekoh kuil tu bhya jugak hati2 le..

Pasal pokok xblh tebang tu aku rase cerita mulut ke mulut org tmbh asam garam manis cuka semua sebenarnya pokok xblh tebang tu kat area penjara tapah road tu mmg betul..pokok tu ad kuil org sembah ular besar jaga smpai skng xblh tebang.mcm2 cara dh buat.

Sekian..

Nur Liyana

Pasal pokok kelapa sawit tu aku ada dengar jugak. Sebab family aku ni kira batch first yg pindah ke penjara tapah. Lama jugak lah diorang amik masa nak tebang pokok tu. Dah byk ustaz diorg panggil utk tebang pokok tu. Tapi still tak boleh. Macam-macam jugaklah cerita yg aku dengar dekat penjara tapah + apa yg family aku alami.

Syaaa

Kisah pokok tu memang betul. Nak tebang tak boleh, everytime diorg nak tebang mesti kenderaan yg diorg nak tebang pokok tu akan terbalik. Thats why ada satu pokok tu je antara fakulti. Lect pesan jangan tegur. Tapi tengok budak budak transit bukan main seronok bergambar dekat pokok tu. Kami yg mmg student asal tapah pun tak berani dekat.

Tapahians24

Dan bdk-2 junior skrg pun kemain riang bergambo situ. HAHAHAHAA.

Husna

Huhuhu, lps lalu kuil hindu tu boekkk je terus aku eksiden sendiri naik motor yg ditunggang oleh anak buah, jalan gelap sgt. Aku eksiden pun sbb rasa ada benda tarik badan aku & anak buah aku then jatuh, seram bila ingat. Wallahualam mungkin dah takdir nak jatuh motor kot hehe

Syafiqah ahmad

Em aku pun ex student Uitm Tapah. Malam malam mmg scary, especially dkt alpha 1 aras 4, banyak gangguan. Auditorium pun scary kalau ada class malam, nak terkencing? Tahan je laa

Nur Liyana

Hai, saya stay sana, dekat penjara Tapah. So, sume tempat yg disebut sume saya tahu. Pasal kubur yang dekat changkat petai tu mmg mcm2 benda misteri yg terjadi. Pernah satu kes ni, ‘dia’ mengusik sampai mengorbankan nyawa org. Jgn suruh aku cerita. Sbb aku pun x thu cerita full dia. Aku tahu pun sbb bnde tu berlaku dkt jiran tetangga aku. Diorang ckp dari Tapah Road sampai Changkat Petai tu memang kawasan / laluan dia.

Arfa Izzat

Aku baru minggu lepas jalan 6km dari stadium mini tapah nk balik ke uitm tapah start jalan kol 10:30pm – 11:15pm ,ade babi 2 ekor kt tpi semak,degup2 jantung aku,kami 5 orng je,buat xtau jalan terus pastu depan ade anjing pulak,adehh😂.Pastu ade stu bangunan bunyi burung kuat.Pastu selamat smpai kt u.Kami jalan ni time bulan Ramadhan ✌️.

wpDiscuz