lembaga hitam yang besar di asrama
Assalammualaikum, nama panggilan saya iaitu zara. Saya merupakan pelajar tingkatan 3 pada tahun 2021 di Pulau Pinang. Sekolah itu adalah satu-satu di malaysia sahaja dan sekolah itu berhampiran dengan hutan yang besar dan di atas bukit. Saya jenis berminat kisah-kisah seram so saya jenis tak kisah pasal “makhluk halus”…
Di sini bermula kisahnya, saya dan kawan-kawan dapat dorm bawah so dorm bawah boleh nampak hutan-hutan disekeliling aspuri. Kawan-kawan saya suka berdekah-dekah sampai ke malam mahupun sudah pukul 1pagi. Kami tidur lambat sebab esok cuti so kitorang bersembang tu sambil gelak-gelak sampai ke lewat malam.
Lepas kitorang sudah mula mengantuk tapi muka Fiqa dah terkedu sebab dia ternampak ada lembaga hitam lalu di koridor tapi aneh bayang-bayang di bawah pintu tiada kaki. Saya berkata “alaa takdak apa-apa mungkin kau terlalu letih” masa yang sama saya perasan cuma saya tak endah.
Malam itu juga hari hujan lebat dengan bunyi guruh yang sangat kuat dan kilat yang disambar dengan cerah sebab asrama di atas bukit, dalam pukul 3pagi, saya terjaga saya tengok kawan-kawan tidur tetiba saya ternampak ada sesuatu yang takkena di sudut yang berhampiran tingkap yang penuh hutan-hutan masa yang sama kawan-kawan terjaga sebab mereka ternampak sosok lembaga hitam yang sangat besar di sudut yang saya sebutkan dan lari ke katil kawan-kawan yang berdekatan koridor luar. Saya masih tidak nampak lagi sampai Ain suruh saya tidur, saya perihati di sudut masa yang sama kilat dipancar cahaya lalu saya ternampak dan saya buat-buat tidak nampak lalu saya tidur.
Lepas keesokan hari seterusnya, kawan-kawan bukalah cerita apa terjadi malam tadi, Ain terjaga sebab katilnya goyang tapi dia pelik siapa yang goyang katil dia lalu dia ternampak sosok lembaga hitam dia terus lari ke katil saya. Kemudian, Mei terjaga dan dia tengok sekeliling masa yang sama dia ternampak “Nurin” bersikap rambutnya dengan matanya merenung ke arah Mei, akhirnya Mei lari ke arah katil Nina.
Di situlah, kawan-kawan saya tidak mahu perkara berulang lagi tetapi still gelak tu wajiblah berdekah-dekah dan di sini lah pengajarannya, kita ni kena jaga adab percakapan walaupun tempat selamat tetapi kita tidak tahu ada makhluk lain tumpang.