RUMAH KAYU USANG HUJUNG KAMPUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga fiksyen shasha.. nama aku fizow.. sebelum ni aku selalu mengikuti kisah2 seram di page ini tapi kali ini aku terbuka untuk berkongsi kisah kedua paling seram aku pernah alami.
Sedikit pasal aku ni, aku dari sekolah rendah lagi bercita-cita jadi detektif paranormal atau hantu ni. kalau ade cite hantu yang berlaku kat sekolah, aku dan geng-geng aku akan pergi siasat.

Sejak 2016 kerana satu peristiwa paling seram berlaku, aku berhenti mencari entiti hantu ni. Sejak tu kalau kawan-kawan bercerita pasal hantu aku senyum je la, malas nak menyampuk. Tapi aku selalu beringat, jangan cakap besar atau celupar kalau pergi tempat orang. Ingat pesan orang-orang tua, balik sebelum maghrib. sebelum masuk rumah wajib baca surah kursi dulu. Sampai ade keluarga dan kawan anggap aku penakut tapi aku buat bodo je. Ok jom mulakan.

Kisah ni berlaku tahun 2004, aku darjah enam. Bersama kawan rapat main petang-petang, aku, amer, hanif dan asyraf mula planning nak pergi tempat misteri hujung kampung .Rumah kami di pendalaman pantai timur, hujung-hujung kampung banyak rumah kayu. Hanif dan amer ada dengar cerita, ade sebuah rumah kayu usang warna putih tinggalan orang, dikatakan berhantu. Jiran-jiran diusik sampai ade yang berpindah.

Seperti biasa, aku menjadi kepala mengetuai kumpulan ke rumah tersebut. Waktu tu dah pukul 6.30 petang. Cuaca mendung dan berangin menaikkan bulu roma. Lepas 10minit naik basikal, kami sampai di lokasi. Jalan masuk ke rumah itu dikelilingi hutan dan pohon pokok agak lebat dan melengkung….Ala ala macam terowong gitu.

Dikatakan ade jiran ternampak pemilik rumah kayu putih tu tanpa kepala melambai lambai. Aku dah makin teruja ni. Aku menaiki basikal megendong kawanku amer, asyraf dan hanif naik basikal masing2. kami tak masuk rumah tu, lalu je sepanjang jalan tu. Memang rumah tu usang, tapi bagiku biasa je. Lepas kami melewati rumah tu, aku berkata ” ahh, takde apa la kat sini, tak seram pon. kosong je.” Asyaf menambah “aah la, tak seram pon. kata berhantu sangat”.

Petua orang tua dah kata jangan cakap besar di tempat orang atau dalam hutan. ” Ok, kita lalu sekali lagi jalan nak ke rumah tu, kalau takde apa aku boleh bagi kesimpulan, rumah ni tak berhantu”, kataku yakin. Semua setuju ikut lalu sekali lagi.

Kali kedua kami menyusuri jalan rumah usang tu, tiba-tiba rumah yang usang tu di pandangan kami menjadi sebuah rumah kayu yang baru berwarna kuning, rumah kayu ala ala 90an dan ada sebuah kereta saga lama di situ. Kereta first model proton. Kami bingung, macam menonton filem klasik 90an. Rumah lama usang bewarna putih dengan pagar kayu yang senget tiba tiba menjadi sebuah rumah kayu warna kuning yang baru, ada kereta saga lama dan halaman rumah yang bersih dan kemas.

Sedang kayuhan kami mendekati rumah tu, nampak seorang makcik memakai telekung atau anak tudung, ala ala makcik kampung tengah duduk bersimpuh di depan rumah tu. Memakai baju kurung dan berkain batik. Bayangkan rumah kayu yang ada berandar dan tangga kayu kat depan. Makcik tu pekik ” aish budak budak apa yang masih main main waktu nak maghrib macam ni”. “Waktu waktu macam ni sepatutnya dah balik rumah , tak main basikal dah kat sini” dia menambah. Tiba tiba dia berkata ” mari sini makcik nak bagi kuih”. Dah marah marah tetiba nak bagi kuih pulak ujarku dalam hati.

Aku mengayuh laju sedikit bersama amer yang digendong di belakang meninggalkan hanif dan asyraf yang kelu tidak berkata apa apa. Amer bertanya ” nak pergi mana?”. aku memberi isyarat mata nak menuju ke arah makcik tu. Tiba tiba amer menjerit ” ehh dia dah m**i la. m**i dahhhhh ni!!! “. semakin besar mata putihku mendengar amer menjerit. Baru aku teringat hanif kata owner rumah tu dah meninggal lama dah baru rumah tu berhantu.

Terus aku mgayuh laju melepasi rumah tu diikuti rapat hanif dan asyraf. tegak bulu tengkuk aku. Sambil mgayuh laju basikal , sempat aku berpaling ke belakang. makcik yang bertelekung tu tiba rambutnya jatuh mgurai panjang, dia terbang dengan tiada kaki kelihatan , mata bertukar merah saga seperti mahu menerkam kami. Kami memecut seperti berlumba di litar sepang dan hanya berhenti di sebuah padang bola kampung kerana ramai lagi budak budak sebaya kami tengah bermain bola.

Kami yang panik dan berpeluh ditegur oleh salah seorang budak bola tu. ” kenapa ni?korang dari mana ni? kenapa bawak basikal laju??” tanya dia bermacam macam soalan pada kami yang kelihatan kaku dan sugul. Muka dah pucat lesi lagi orang tertanya tanya. Kami menceritakan pada mereka ekspedisi kami ke rumah usang tu. Tiba tiba budak bola tu mencelah ” bukan ke owner rumah tu dah lama m**i? rumah kayu putih usang tu kan? orang tak pegi rumah tu, nak lalu pun seram” .

Tapi dia macam tak percaya apa yang kami cerita lalu mengajak kami pergi sekali lagi ke rumah tu. aku tobattt dah insaf memang tak la nak pegi lagi. Asyraf menawarkan diri pergi dengan dia. lepas 10 minit , mereka datang balik ke padang bola . Aku, amer dan hanif masih lagi sugul, kelu tidak berkata menunggu asyraf dan budak bola tiba. Sampai je kat kami, asyraf berkata ” rumah tu dah jadi usang balik dah, siap ada kunci mangga lagi depan pintu. dah takde rumah kuning tu dah, rumah dah jadi asal balik”.

Sejak dari peristiwa tu, tiada lagi ekspedisi terjah ke lokasi berhantu. Waktu petang kami diisi dengan bermain bola dan berbasikal. Inilah kisah kedua paling seram aku alami. Tak tau la kalau aku dan kawan kawan singgah makan kuih rumah tu, entah entah dah masuk alam lain. Maaf kalau tak seram, ini kali pertama aku berkongsi pengalaman sendiri. Mohon dijadikan iktibar, jangan bercakap besar lebih lebih lagi di kawasan berdekatan hutan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fizow
Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.