Misteri Wanita Berwajah Hitam

#baseontruestory

Misteri Wanita Berwajah Hitam!

Assalamualaikum dah lama rasanya aku simpan cerita nie untuk umum. Bukan apa selalunya kejadian aneh, misteri @ alam ghaib nie susah nak dijelaskan. So hari nie aku nak share kejadian yang pernah aku sendiri lalui pada tahun 2005.

Kisah dia macam nie, waktu tu aku bersekolah disekolah menengah kebangsaan tengku suleiman, perlis. Macam biasa zaman tu selalunya mak ayah akan hantar anak2 untuk duduk asrama supaya belajar untuk berdikari, aku salah seorang yang duduk asrama waktu tu.

Masa tu kami ada sukantara @ kejohanan sukan peringkat sekolah. So macam biasalah aku nie bab2 sukan boleh dikatakan agak aktif. Nak dipendekan cerita, dalam pukul 6.45 petang aku masih di padang sekolah sebab tengah simpan barang2 sukan. Lepas tu aku rehat kejap dekat tangga ayam. (Siapa sekolah tu mesti tahu dekat mana tangga ayam nie) Tengah aku rehat aku ada ternampak ada sorang budak lelaki sedang duduk bercangkung dekat dengan pagar tepi sekolah. Kebetulan kawasan tu ada pokok2 besar dan ada 1 ruang berbumbung, so kerap jugak la cikgu2 buat aktiviti dekat situ. Aku fikir mungkin ada murid tak balik lagi, tapi aku nampak dia macam seseolah sedang menagis..

So aku pelik kenapa dia tak balik lagi sedangkan tak dak sapa dah dekat situ, aku pun ambik beg dgn botol air nk pergi dekat dia, bila bangun aku tengok dia dah tak ada. Pelik, sekelip mata boleh hilang. Aku teruskan jugak hajat aku untuk cari dia di kawasan tu, tapi memang kosong dan sunyi mmg tak ada sesiapa pun. Yang ada pokok2 besar dan bunyi burung,dekat sini pulak aku dapat tahu agak ‘keras’ tapi tak tahu lah apa yg kerasnya. So aku pun malas nak fikir, terus jalan balik ke asrama. Jarak kawasan tu ke asrama aku dalam 300m macam tu jugak lah…

Masa nie dah dekat magrib, kiranya geng2 asrama semua dah ready untuk solat magrib berjemaah. So aku pun cepat2 ambik tuala pergi ke bilik mandi. Kebetulan dorm aku sebelah ja dengan tandas @ bilik mandi. Waktu aku langkah masuk dalam tandas tu, aku ada terdengar bunyi macam orang tengah mengerang, aku macam pelik sapa pulak yang ada dalam tandas nie, padahal aku sorang ja yang lewat tadi. Mengerang tu seolah2 mcm org tengah marah, aku fikir hah sapa pulak gaduh time2 macam nie, aku pun bersuara, sapa tu?? Tapi tak ada yang menyahut, tandas asrama nie ada banyak, so yg aku dengar tandas no 3 dari pintu masuk. ( Tingkat 2 )

Sambil aku jalan nak pergi depan pintu tandas tu, suara tu makin kuat. Aku nampak pintu tandas tu renggang, aku pun beranikan diri tolak pintu tu untuk tengok apa yang jadi sebenarnya……….

Allahuakbar! waktu nie pertama kali dalam hidup aku nampak benda2 yang tak pernah aku terfikir dan terbayang pun. Aku nampak dalam tandas tu ada susuk tubuh manusia dalam keadaan meniarap, rambut panjang hampir menutup muka, tapi masih nampak muka dia hitam pekat, mata terbeliak, mulut ternganga.

Waktu tu aku terus cepat2 keluar, waktu aku pusing nak keluar dari tandas, benda tu betul2 berdiri depan pintu tandas, aku terus menjerit allahuakbar!!!!! Terus aku langgar macam tu ja, aku lari sekuat hati terus pergi surau. Waktu aku sampai surau, aku tengok geng2 asrama tengah solat.

Aku masuk dalm surau aku panggil kawan2 aku, bagi tahu dalam tandas ada hantu, sapa sorang pun buat tak tahu ja, Diorang tengah solat macam biasa, kusyukk betul. Aku ingat lagi, masa tu aku pergi betul2 depan muka kawan aku sorang nie nama dia (Tahkim),aku cakap wey!! dalam tandas ada hantu, dia buat tak tahu ja.

Tiba2 lampu surau terpadam, blackout!! Time tu aku dah gelabah, aku ada nampak seorang lelaki berjubah hijau, pandang tepat kat muka aku sambil senyum sinis. Aku pelik,sapa pulak nie,ustaz ka?? Penceramah luar datang ka?? Aku tak fikir panjang aku terus berlari turun ke bawah dan pergi dekat bilik gardener simpan barang. Aku bersandar dekat situ.

Dekat situ aku menangis sekuat2 hati, aku jadi tak tentu arah. Aku rasa macam di alam lain. Telinga aku dengar org menjerit kesakitan. Aku rasa macam orang gila. Dalam beberapa minit, bahu aku ditepuk seseorang. Aku terus toleh… Yaaa!! ada seseorang datang dekat aku. Berpakaian cantik, putih bersih. Cukup harum. Perempuan… Umur dalam 30an aku rasa.

Dia cakap ‘jangan takut, jom ikut saya balik, saya boleh tolong kamu’ aku jawab ‘tak boleh, saya kena bagi tahu cikgu ramzi(warden asrama) ,kalau nak keluar dari asrama’ dia balas ‘tak apa, cikgu yang suruh saya datang sini’. Aku pelik, aku tanya dia ‘puan cikgu sekolah nie jugak ke? ‘ dia senyum tak cakap apa2.. dia cuma cakap ‘jom ikut saya’ tu ja..

Masa nie aku dah selangkah dua ikut dia, tapi langkah aku terhenti sebab ku dengar macam orang panggil nama aku, aku terus pusing ke balakang tapi tak ada sesiapa disana. Dan perempuan yang aku ikut tadi hilang dari pandanganku. Aku kaku tak dapat bergerak, aku rasa macam diri aku melayang…. Aku rasa gelap.. dan aku terus pengsan……

…. sham! Sham! Bangun! Istifar, selawat!….. Aku perlahan2 buka mataku, aku nampak bumbung rumah kayu, atap zink.. aku toleh sebelah, aku nampak 3 kawan aku, ayah aku dan seorang ustaz. Aku terus tanya aku kat mana nie.. depa jawab hang pengsan tadi sham dekat tandas asrama, meracau, lari sana sini.. kami bawak balik hang p rumah,dekat sana jiran2 ramai pegangkan hang,sebab hang meronta2 dan agresif..sampai cedera jugak la tangan ustaz dekat sana yang nak tolong hang tu,lama jugak la hang kat sana,jiran ada panggil ada sorang ustazah tu untuk nak tolong hang,tapi hang tak ok jugak, tu ayah hang dengan kami bawak hang mai sini pulak, jumpa ustaz nie kira untuk kali ke 3 la malam nie,alhamdulillah hang dah sedaq..

Aku blurrr, aku kata, aku p surau aku panggil hampa, tapi hampa buat tak tahu ja kat aku… Depa jawab ‘mana ada hang mai surau’,’ada orang dengar hang menjerit2 dalam tandas, kami p tengok hang dah lain, hang meracau, bahasa apa pun kami tak faham,bila kami baca ayat qursi hang gelak kat kami semua.. lepas tu hang lari sana sini, kami panggil cikgu ramzi (warden asrama) datang untuk tolong.. kami ramai2 cuba tenangkan hang…tapi hang cukup agresif siap gelak2 bagai…..

Aku macam tak percaya apa yang jadi, tapi hakikatnya benda nie berlarutan lama jugak kat diri aku, sampai aku tak boleh dah sekolah dekat situ, sebab telinga aku akan dengar orang berteriak, menjerit dengan bahasa yang aku sendiri tak faham. Aku terpaksa pindah sekolah termasuk pindah rumah. Tiap kali dirumah,terutama masa magrib, aku akan rasa diri aku melayang2, aku rasa rimas, aku rasa sedih, sayu dan nampak benda2 yang tak logik untuk aku cakap, benda tu selalu datang, susuk perempuan, wajah hitam pekat… Benda selalu menghantui aku!

Kadang2 aku dengar bunyi muzik lama, nak explain mcm mana pun aku tak tahu, adakala aku selalu nampak benda pelik2..contoh mcm beruk dalam rumah aku,kadang tu nampak kelibat budak2 lari dalam rumah, aku bau wangi, kadang bau busuk… Dengar orang panggil nama aku tu dah biasa..

Tapi.. alhamdulillah dengan izin allah swt dan sokongan keluarga, kawan2, aku sembuh…. Aku bersyukur sangat2.. aku boleh lalui kehidupan macam biasa…terima kasih pada keluarga ku dan kawan2 ku sebab banyak support aku masa tu…

Untuk geng2 asrama smkts 2005 kalau hampa ingat lagi cerita tu, boleh la share2 kat aku, apa sebenarnya berlaku…. Hehe bukan apa, aku tahu banyak benda yang hampa nampak yg aku tak nampak 😁😁

Persoalanya sampai sekarang,aku fikir kenapa aku??? Dan siapa budak lelaki yang aku nampak tu, siapa dalam tandas tu, siapa lelaki berjubah hijau dalam surau, siapa perempuan berbaju putih tu dan siapa perempuan yang muka hitam pekat tu… Semuanya hanya allah swt ja yang tahu…..wallahuallam…

Buat yang duduk asrama tu terutama aspura, jangan pulak tak nak duduk situ dah, hehe ini cerita dah lama.. mungkin zaman moden sekarang dah tak ada benda2 macam tu… Tapi kita kena selalu dekatkan diri dengan allat swt, jangan tinggal solat! Itu senjata yang paling kuat.

Note : Pada pihak sekolah berkenaan ini adalah sekadar perkongsian cerita daripada saya, tiada apa2 tujuan lain.

Sekian 🙂

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Misteri Wanita Berwajah Hitam”

Leave a Comment