MISTERI

Peristiwa ini berlaku pada hujung sem 1 2012 – 2013 masa study week tak silap aku. Malam tu aku tengah study biochemistry, subjek ni memang susah. Malam tu aku study sorang je, biasa study dengan group Atiqah Lokman semua tu. Kalo study sorang tu maknanya berselang seli lah dengan gamenya. Dalam pukul 11.30 pm aku rasa dah bosan, rasa nak lepak, perut pulak mintak roti canai. Owh ya masa ini aku duduk asrama lagi aku dah tak ingat masa itu macam mana aku boleh lepas dari pengawal keselamatan@polis umt  (Universiti Malaysia Terengganu) untuk keluar.

Jadi aku call Wan dengan Ery ajak lepak makan roti canai depan UNISZA, Wan dengan Ery terima ajakan aku. Aku tak ingat yang lain pergi mana masa tu. Mungkin ramai balik. Bekem pon aku tak ingat pergi mana. Biasa natam itulah menempil dekat aku kalo pergi mana – mana. Jadi dalam pukul 12 am lebih sikit aku, Wan dengan Ery pergi lah lepak dan makan roti canai depan UNISZA. Masa ini memang ramai lepak kedai mamak ini campor pulak student UMT dan UNISZA. Nama kedai memang tak ingatlah, berapa tahun doh. Kedai lalat aku ingat lah teh o dia 0.60 sen.

Dalam 1 jam lebih kami bertiga duduk dekat kedai mamak tu. Jam nak dekat pukul 2 pagi baru kami bertolak balik. Time balik aku ikot jalan lain, jalan jauh sikit lalu depan resort quinara dan hajatnyanya nak lalu dekat pantai teluk ketapang. Jadi bila dah nak sampai simpang sebelum nasi lemak airport tu aku dah perasan ada seorang perempuan pakai kain batik kepala tunduk kebawah dan berdiri tepi tong sampah dekat bahu jalan. Masa ini aku dah tidak sedap hati dah. Masuk je simpang itu aku pelankan kereta kebal bapak aku proton saga warna merah tahun 1990. Timbul perasaan pelik, pukul 2 lebih awal pagi ada orang tepi jalan. Aku nak tengok muka dia, memang tidak dapat tengok, tak nampak. Dari segi fizikal aku bo;eh describe umur perempuan itu dalam lingkungan 70an keatas.

Bila dah lepas perempuan tadi, mata aku automatik tengok cermin pemandangan belakang, perempuan tadi masih ada. Masa ini bulu roma aku naik, perasaan seram automatik hadir. Suasana sepi seketika, dalam hati aku teringin nak tanya Wan dan Ery. Aku takot nak tanya sebab takot macam tegur. Teringat orang – orang tua pesan kalo nampak apa – apa jangan tegur.

‘’Kau orang nampak tak apa yang aku nampak tadi?’’ soal Ery.

‘’Natam ery tanya…bongok ery…’’.

“Tak lah…aku saja nak kepastian, risau aku saja yang nampak’’

“Aaaa…aaku..nampak Ery’’ sampuk wan dengan gagap.

“Kau nampak tak Abid?’’ soal Ery sekali lagi.

“Aku nampok juga, sebab itu aku slow kereta tadi nak tengok”.

“Aduh macam mana ini, berdebar aku, bid jom patah balik bid kita tengok ada ke tak lagi perempuan tu”.

Aku angguk tanda setuju. Aku u-turn semula menuju ke simpang masuk tadi. Masa nak ‘on the way’ ini, lain macam rasa jantung aku. Masing – masing senyap nak tengok ada lagi ke tak perempuan tadi. Masa ini baru aku perasan, Wan dah tutup muka dia dengan baju. 

Dari jauh aku masih nampak sosok badan perempuan tadi. Jarak semakin hampir, tekak aku tiba – tiba rasa kering. Keadaan perempuan tadi masih sama. Masih tunduk tidak berubah sedikit pon. Tiba – tiba Ery buka pintu kereta.

“Keluar kau…keluar kau…keluar kau…jangan ikot kami” jerit Ery.

“Bodoh ery…bodoh ery…bodoh ery…” jerit wan sambil tekup muka dengan baju.

“Bid bawok cepat bid…jom balik, jeng aku” .

Aku angguk dan terus tekan minyak kereta. Aku lihat wan aku rasa nak suka, sama macam tadi juga tutup muka dengan baju. Kesian pon ada aku tengok. Masuk je kawasan UMT barulah aku dapat tengok muka wan, pucat.

“Wan, mung ok tak wan?” soal aku.

“Ok bid…ok bid…”

“Aku rasa ada benda ikot ni, korang balik masuk bilik jap lagi bagi salam dulu, sebelum tido basuh kaki dulu” nasihat Ery.

Aku dan Wan angguk kepala setuju.

Masa kami bertiga keluar dari kereta, tiba – tiba dengar tapak kaki berjalan ke arah kami. Terus pecut lari masuk bangunan asrama. Habis bergoyang – goyang perut aku dan wan lari. . Pada keesokannya Wan demam tak sihat. Alhamdulilah, tidak ada apa – apa yang buruk berlaku. Perempuan yang kami nampak tempoh hari masih kekal misteri sehingga hari ini. Sama ada manusia atau jelmaan atau khyalan kami bertiga.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Abidsuzimalik

1 thought on “MISTERI”

  1. Baca balik sebelum submit. Ada banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa, antaranya :

    “Masuk je simpang itu aku pelankan kereta kebal bapak aku” = perlahankan

    “Dari segi fizikal aku bo;eh describe umur perempuan itu” = boleh

    “Aku takot nak tanya sebab takot macam tegur.” = takut

    “Teringat orang – orang tua pesan kalo nampak” = kalau

    Ni pakcik bagi sebahagian je, lain kali anak baca betul-betul dulu ye sebelum post

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.