Mualaf #2

Mualaf #2 HADIANUZ

Sekadar berkongsi lagi. Sambungan Mualaf yang lepas dan yang terakhir. Situasi ni berlaku lepas husband aku selalu bermimpi pasal syurga, neraka, tangan besar dan macam2 lagi lah. Setiap kali nak tidur.. husband aku selalu rasa takut. Takut mimpi yang buat dia xkan sedar lagi lepas tu. Bila aku selalu bacakan ayat2 Quran kat sisi dia, dia nampak tenang sikit.

Selepas untuk kali pertamanya husband aku dengar aku bacakan ayat2 Quran, husband aku cakap “Pandai lah u cakap Arab” Aku xtau la nak gelak ke apa malam tu? Aku explain la ayat2 Quran tu bukan saja2 aku yang create. Tiap malam aku bg husband aku minum 2 gelas air kosong dan air zamzam. Mak aku yg bagi air zamzam tu. Sebelum 14 hari aku nak bertunang, mak aku pegi umrah. Aku bagitau kat mak aku. Bila mak sampai Mekah doakan untuk teh. If memang jodoh teh, harap2 semua urusan berjalan dengan lancar.

Dalam beberapa bulan perkahwinan kami, hampir setiap hari lepas waktu kerja, husband aku sakit dada. Susah nak bernafas. Pernah aku tengok husband aku berselubung dalam selimut. Ada sekali, lama duduk dalam toilet. Bila aku bukak pintu, aku tengok husband aku menangis. Aku tanya kenapa. Jangan stress. Macam2 aku pujuk. Sampai husband aku ambik pen dan kertas, tulis nombor kecemasan. Kalau2 jadi apa2 kat dia, aku tau macam mana nak call ambulance kat Jerman ni. Risau jugak aku tengok.

Sebelum tidur, aku slow talk dengan husband. Aku tanya husband aku baik2. Apa yang dia tengah fikirkan. Sebab aku tengok husband aku berserabut.

“Sakit dada. Rasa takut. Susah nak bernafas.” Berair mata sambil tenung muka aku. Tak sangka mimpi tu buat husband aku takut. Agak lama jugak. Selalunya pasangan yang baru kawen happy pegi honeymoon, enjoy. Tapi aku, tiap hari perah otak jugak macam mana nak buat nak setelkan masalah husband aku ni.

Aku pun slow talk. Aku tanya kat husband aku. “Percaya Allah tak? Yakin x?”. Dia angguk. “I nak u hafal ni.” Aku amik kertas. Tulis dalam rumi. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar. Yang ni aku rasa paling simple dan senang untuk husband aku ingat. Husband aku pun hafal dan zikir banyak kali. Husband aku tanya, ” Ni untuk apa?”. “If u rasa sakit dada, gelisah ke, sebut banyak kali. Tapi, mesti yakin.”

Keesokan paginya, sebelum pergi kerja, husband aku pesan. Alert dengan bunyi phone. If apa2 kecemasan, senang. Dalam waktu bekerja, husband aku call. “Boleh x teman i bersembang kejap?”. Aku tanya ok ke x. “Dada i sakit. Rasa nervous. Berdebar. Boleh x u ingatkan i lagi ape yang u tulis semalam?”. “Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar”, Aku ingatkan balik. Husband aku sebut banyak kali. Aku cakap tiap kali rasa sakit lagi, jangan lupa lagi. “Dah ok sikit. I nak sambung kerja. Nanti if ade apa2 i call lagi.” Pernah jugak bila tengah tidur, husband aku peluk kuat2. Takut. Aku pun sakat la husband aku. “Jangan risau. Takde JuOn kat cni. Hantu conjuring pun takde. If ade kat cni. I belasah hantu2 tu if kacau u.” Kesian husband aku?

Lps 2 atau 3 bulan kawen, hampir setiap malam husband aku baca tafsir al Quran dalam bahasa Jerman. Aku senyum sendiri. Teringat masa kat Shah Alam. Masa tu baru kenal. Setiap kali pegi mana2 restoran yang ada gantung ayat2 al Quran dalam frame kat dinding mesti husband aku suruh baca. Lepas aku baca, dia akan cakap, “Wow terer la u cakap arab”??
Lepas 6 bulan macam tu, husband aku dah makin ok. Sampai hari ni.

Aku tiba2 nak becerita pasal aku dan husband aku ni sebab minggu lepas masa berbuka puasa, aku tengok muka husband aku happy je. Untuk kali pertamanya, jadi imam aku dalam solat dengan sempurna. Or mungkin aku terlalu excited dan syok sendiri. Haha. Sebab, lama aku tunggu saat2 ni. Aku teringat balik masa mula2 kawen. Tu yang buat aku nak bercerita. Sekadar berkongsi. Walaupun banyak menangis masa mula2 dulu. Dalam hati tu tertanya jugak. Kenapa ye nak kena hadap semua ni. Berat. Sebab tu bila ade kawan2 aku yang tanya pasal kawen dgn org luar, aku cakap tak senang. Pikir banyak kali.

Untuk suami aku yang tercinta, dari mula kita kenal sampai hari ni. Banyak sangat ‘magic’. Yang buat aku makin dekat dengan Tuhan. Yang buat aku banyak menangis bukan sebab penyesalan. Tapi, cara dan perjalanan kita daripada kita mula2 bertemu sampai hari ni. Indah.

Tersentuh sikit bulan Ramadhan kali ni. Tak semestinya yang pertama tu selalu indah. Ramadhan untuk kali kedua ni lebih indah di Germany.

#sekadar untuk berkongsi dengan kawan2.
#salamRamadhanalMubarak

.

Jue
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.