Mukmin Akhir

” Masa bila yang……” jari telunjukku tuding ke arah di mana ayah Kelvin berada sebelumnya…yakni di depan Mukmin kemudian muncul dari belakang. Kami Semua berpandangan. Pandangan Kelvin bagai beri isyarat yang berbunyi = JANGAN TANYA!!

” Kamu semua…mari tolong keluarkan Mukmin” tiba-tiba ayah Kelvin bersuara. Sepantas kilat kami semua menerpa. Paling depan Sofian. Kais semua pasir…
Baru separas bahu Karl dan Luli cuba tarik naik, tiba-tiba mereka berdua terpelanting ke belakang. Bulat mataku pandang mereka berdua. Sekonyong konyong aku juga merasa berada di udara seketika dan mendarat di perdu pokok. Masih pening lalat, tengok ayah Kelvin dan Kelvin bagai bersilat dengan sesuatu yang tidak kelihatan. Aku terduduk bingung. Karl dan Luli pun sama. Cuma sofian yang masih tarik badan adiknya. Dua kali, tiga kali akhirnya berjaya keluarkan. Jadi bingung yang amat bila lihat pertama kali Kelvin bersilat melawan angin. Lawan siapa sebenarnya?? Silih berganti melepaskan buah pukulan dan menepis. Wah!! Bagai menonton wayang pendekar pula…live tu!!! Setelah lebih kurang 15 minit dengan aksi silat begitu, akhirnya di tengah sungai bagai ada sesuatu yang berat jatuh. Habis berdebur air….
” Pergi!!! Jangan ganggu lagi anak ini. Kami sudah kalahkan kamu. Tunaikan janji tidak akan ganggu dia lagi!!” Ayah Kelvin menjerit keras berdiri cekak pinggang mata hadap ke tempat di mana benda tadi jatuh. Kelvin berdiri di sebelah ayahnya. Kami? Berdiri juga….tapi…100 meter di belakang hehehe…

Suasana sepi seketika. Kelvin bercakap dalam bahasa ibundanya lagi. Haram sepatah pun kami tak faham.
” jom cari daun pisang, ayah nak mandikan Mukmin” Kelvin datang ke arah kami. Mukmin masih koma bersandar pada Sofian. Karl dan Luli ikut Kelvin cari daun pisang masuk ke dalam kebun. Ayah Kelvin isyarat jari panggil aku mendekatinya.
” ya pakcik? Ada apa?” Soalku sebaik berdiri di depannya…
” nanti, kamu yang mandikan dia ya? Bacalah doa apa-apa yang patut. Tugas pakcik sudah selesai. Lepas mandikan kita akan tengok apa hasilnya. Doakanlah semua baik baik sahaja” ayah Kelvin tepuk bahuku.
Selesai hamparkan daun pisang dibawah pohon getah, kami baringkan Mukmin perlahan. Sofian riba dia. Daun keladi di gunakan untuk ambil air. Aku duduk berlutut di depan Mukmin. Timbul rasa seram. Tidak pernah aku buat perkara begini.

” Bacalah apa yang patut, pakcik tidak tahu sebab kita lain agama…yakin saja pada Tuhan kamu semua akan baik baik saja nak” bisik ayah Kelvin yang bersila di belakangku. Perlahan baca Al-Fatihah….ambil daun keladi berisi air dari tangan Luli. Jirus perlahan dari kaki ke kepala. Lapkan sedikit air yang tersisa pada wajah Mukmin. Tiada apa yang berlaku. Semua terdiam.
” sabar itu tidak merugikan manusia…” ayah Kelvin bersuara. Tidak sampai 5 minit kelopak mata Mukmin terbuka. Pandang sekeliling.
” abang Sofi” dia bingkas bangun peluk abangnya. Terharu kami. Sofian jangan cakaplah, menangis tiba-tiba. Kami semua tersenyum. Terharu campur sekali.
” kenapa dengan saya? Ramai-ramai kumpul ni ada apa?” Mukmin bertanya keliru.

” Sofian, cuba beritahu pakcik sebelum adik kamu jadi begini, apa yang berlaku sebenarnya?” Ayah Kelvin kemaskan silanya. Kami semua ikut bersila. Inilah masanya untuk tahu apa semuanya.
” oh ya masa tu, umur adik 7 tahun, ayah pernah bawa masuk hutan cari sayur…cendawan pakis tu semua lepas balik adik jatuh sakit, lepas seminggu demam jadi macam ni sampai sekarang” Sofian bercerita teragak agak bagai cuba imbas semula…
” ayah kamu tahu kenapa dia jadi begitu?” Ayah Kelvin bertanya. Sofian geleng.
” beginilah, sebenarnya masa dalam hutan tu adik kamu ni di biar bermain seorang diri, dia terlangkah kubur lama. Biasalah kubur lama kadang kita pun tak perasan batu nisan sangka busut atau batu biasa itu yang jin yang menghuni marah sangat dahlah masuk tak minta izin” kami semua angguk bagai burung belatuk.
” syukurlah selepas ni, kamu telah pulih sepenuhnya” ayah Kelvin bersuara mata pandang Mukmin. Perlahan Mukmin mengesot menghampiri ayah Kelvin. Peluk erat. Suasana petang yang dingin menambahkan aura penuh emosi.

” terima kasih semua. Jasa kamu semua tidak dapat saya balas hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya. Saya terhutang budi seumur hidup saya terutama pada pakcik” Mukmin bersuara sungguh fasih. Dia bukan lagi Mukmin yang dulu. Mukmin yang baru ini telah bertukar 360 darjah!
” sebenarnya, bukan pakcik yang patut kamu berterima kasih. Yang layak adalah dia…jika bukan dia, apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku tanpa usahanya…pakcik hanya membantu apa yang boleh” ayah kelvin tuding jari padaku. Perlahan Mukmin bergerak padaku. Peluk erat. Aku kaku seketika. Aku sendiri terlupa yang ini adalah hasil cadangan usilku. Terakhir Mukmin peluk semua orang. Tanda syukur.

Sebelum pulang, ayah Kelvin minta aku bacakan sedikit doa tanda syukur semua usaha kami telah berjaya. Aku ikut saja. Terdengar syahdu bila baca doa dalam bahasa Melayu yang lebih kurang intinya syukur atas apa yang kami lakukan hari itu membuahkan hasil dengan izin Allah swt. Suaraku menjadi serak bercampur emosi hiba. Karl, Luli, Kelvin dan ayahnya hanya lipat tangan diam tunduk . Sofian dan Mukmin tadah tangan raup wajah sebaik doa habis.

Sebaik balik dan masuk ke kawasan hostel pekerja, aku terus naik ke bilik hostel dan tertidur pulas. Masa tu sdh jam 5 petang. Jam 7 malam, terdengar ketukan pintu. Aku terpisat buka mata. Gelap. Bilik gelap luar gelap. Capai suis lampu buka pintu.
Terpacul wajah Luli, Karl…..
” woi ko tak solat eh? Ni baru bangun” aku mamai berdiri depan pintu pandang luar. Gelap. Tengok jam dinding. 7 malam!! Adei.
” masuk masuk” pelawaku separuh mamai. Kembali terbaring. Biarkan mereka layan diri masing-masing.
” Nah! Ibu Mukmin bagi” suara Karl terdengar seiring dengan suara satu bekas di letakkan atas meja. Aku palingkan kepala. Mangkuk tingkat. Terlihat jelas dalam bekas plastik putih. Aku bangun duduk atas katil.
” apa tu?” Soalku. ” aku dengan Luli pun dapat. Tadi mak ayah Mukmin buat doa selamat secepat kilat. Nasib baik ko takde. Habis nama ko glamer malam ni” suara Karl tersenyum.
” Tinggilah saham kawan kita ni minggu ni hahaha…semua awek dekat dia nanti” Luli sakat. Aku garu kepala masih cuba proses apa mereka katakan satu persatu. Loading slow hahahaa. Aku turun ke lantai sandar badan pada katil. Posisi selesa.
” sepatutnya bukan aku yang di sebut sebut, ayah Kelvin patutnya” suaraku malas.
” eh ayah Kelvin pun kena jemput tadi, dia cakap kalau bukan sebab idea gila ko nak bantu Mukmin memang tak ok lagi Mukmin tu. Ayah Kelvin cakap dia pun bukan sebarang orang nak bantu. Dah bertahun dia tak berubat orang. Entah kenapa ko yang datang bagi cadangan hati dia terbuka nak bantu” panjang penerangan Luli. Aku senyum saja. Syukurlah semua sudah selesai.

” tak apalah, kita ni setakat bantu apa yang bole, itu pun dengan bantuan orang-orang di sekeliling kita. Bersyukurlah Mukmin sudah pulih. Kita ni yang memang sedia sempurna kena jaga hati” suaraku datar.
Karl dan Luli angguk perlahan.
Mukmin sekarang? Sudah lost contact. Cuma ada juga dengar kabar Sofian telah pun berkahwin dan berada di bandar lain berdekatan denganku. Belum rezeki kami berjumpa. Mukmin kabarnya berkahwin dengan orang seberang dan ikut balik ke sana dengan isterinya.

The end.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.