Mukmin

Pertandingan bola sepak di atas padang bola yang beralaskan tanah liat merah dan bukannya padang rumput sungguh meriah. Tiap kali bola di sepak, habuk pun ikut naik ke udara sekali. Lama-lama pandang, tengah padang bagaikan kena lontar bom asap hehehe. Masing-masing jerit sokong pasukan masing-masing. Aku hanya duduk di tepi padang, memandang Karl dan Luli bermain. Mereka masing-masing berada di pasukan yang berlawanan. Di tengah-tengah perlawanan, masuk satu kelibat ke tengah padang menari tanpa menggunakan sebarang baju. Hanya seluar tiga suku. Rambutnya menggerbang tidak terurus. Aku jerit arah keluar.,..

” Mukmin!! Keluar!” Jeritku. Semua ikut jerit. Permainan terhenti seketika. Semua pujuk dia keluar. Akhirnya dia ketepi. Hayun kaki entah ke mana lagi. Kami semua tidak peduli. Mukmin. Dia ni, tiga suku orangnya. Entah kenapa jadi begitu, memang sejak aku jejakkan kaki di kilang ini dia sudah begitu sedia kala. Akhirnya kewujudannya bagaikan tidak wujud pada kami. Kadang saja dia meriahkan suasana. Kadang terfikir juga, sayangnyalah. Masih muda awal 20an dan jadi begitu. Apa boleh buat. Yang kesian ibu bapanyalah dan abang adiknya yang kena menghadap keadaannya yang begitu.

” tahniah Karl. Pasukan kamu menang” ku hulur tangan jabat dia. Luli ikut salam dengan muka kelat. ” Alah jangan risau malam nanti macam biasa malam minggu, lepak bilik aku” ku keluarkan salam yang merangkap satu perintah. Kami bertiga melangkah pulang meninggalkan padang bola. Semua berlalu pulang, maghrib sudah melabuhkan sayapnya.

Selesai makan malam naik ke bilik hostelku. Karl dan Luli sudah tercegat di luar bilik. Mereka berborak. Tak jelas biji butir. Sebaik sampai di hadapan mereka, semua tersenyum. Aku isyarat jari tunggu buka mangga kunci pintu. Angguk. Masuk saja semua ambil posisi masing-masing. Buka radio layan lagu balada english kegemaran Karl. Masih pakai kaset lagi masa tu hehehe. Tak macam sekarang, nak dengar lagu just google dan kemudian download…tap…semua masuk henpon. Meriah bilikku seketika bila Luli mula buka cerita lawaknya.

Tak berapa lama kemudian, semua sepi seketika. Hayati lagu di radio. Pintu yang sengaja di buka luas, menorobos masuk ke bilikku. Baru jam 8 malam tapi sejuknya bukan main.
” kesianlah dengan Mukmin tu kan? Sampai bilalah dia akan dibiarkan begitu?” Soalku tiba-tiba.
” ya juga, nanti ibu bapanya akan semakin tua, semakin tidak larat dan akan pergi. Adik beradiknya manalah mahu menjaga dia seumur hidup dengan keadaan macam tu kan? ” Luli sampuk. Karl angguk.
” Jadi apa kita nak buat?” Karl bersuara di hujung sunyi.
” Kita kena bantu dialah. Semampu kita” suaraku.
” Apa usahanya?” Balas Luli.
” Korang ada kenal sesiapa yang bole betulkan wayar dia yang dah lari tu sikit tak?” Pandangku tajam pada mereka berdua.
” Manada….tu jawabnya hantar pi hospital sakit mental sajalah” Luli bersuara datar.
” Takpe, nanti aku tanya kawan…kita usaha, tapi pastikan korang ikut sekali ya” mereka berdua angguk.

Esoknya aku ceritakan apa yang kami bertiga cadangkan malam sebelumnya. Hari ahad cuti luangkan masa ke rumah Kelvin. Karl hantarkan dengan menaiki motor. Kami di jemput naik oleh ayah Kelvin. Dah alang-alang naik, terus ku ceritakan apa yang kami cadangkan. Ayah Kelvin angguk saja.
” tak apa, ahad depan, hari minggu kamu boleh bawa dia ke? Bawa ke dekat sungai dalam kebun pakcik tu” ayah kelvin keluar arahan. Aku, Kelvin dan Karl saling pandang. Bagaimana nak pujuk Mukmin tu? Ah sudah.
” tak apa, nnt aku pujuk” jawapan positif Luli sebaik beritahu apa yang ayah Kelvin arahkan. Selesai satu masalah.

Tiba hari yang di nantikan memang betul, Luli berjaya pujuk Mukmin untuk ikut kami ke sungai dalam kebun ayah Kelvin. Itu pun setelah minta kebenaran ibu bapanya. Abangnya ikut sekali setelah Karl beritahu cadangan kami. Bergeraklah 3 motor bagaikan konvoi. Sempatlah berpeluh di bawah terik matahari.
Sebaik sampai, kami terasa sedikit gerun. Kelvin dan ayahnya sudah menunggu. Terdapat satu lubang yang muat-muat untuk seorang lelaki berdiri.
” Apa saja yang pakcik akan lakukan, jangan tegur jangan marah. Kalau rasa tidak boleh arahan ni, baik kamu balik” tegas ayah Kelvin. Kami semua angguk, walau kelihatan abang Mukmin Sofian terlihat sedikit ragu.
” sekarang….angkat dia masukkan ke dalam lubang tu dalam keadaan berdiri!!!” Kami semua jadi kaku seketika. Sofian pegang kemas tangan adiknya. Akhirnya kami pegang Mukmin angkat paksa walau dia meronta kuat.

Sebaik saja masuk dan hanya kepalanya yang kelihatan, kami di arahkan kambus sampai lehernya. Semua kami turut. Semua berpeluh akibat bahang. Wah apa lagi Mukmin, entah apa yang dia rasa di kambus di tepi sungai dalam pasir. Panas tu. Terdetik rasa kesian bila lihat Mukmin mula menangis. Minta di lepaskan.
” kalau dia lapar atau haus bagi makan. Ada pakcik sediakan tu” ayah Kelvin tunjuk di bawah pokok. Ya memang ada makanan dan minuman di situ. Untuk kami sekali juga ada.
” pakcik balik dulu ya, nanti agak petang sikit pakcik datang balik” ayah Kelvin berlalu pergi. Tinggallah kami. Daripada suara raungan yang kuat akhirnya Mukmin terdiam. Sofian mendekati adiknya perlahan. ” adik nak minum? Makan ke?” Bersinar seketika mata Mukmin angguk. Segera di suakan makanan. Dia makan perlahan. Suakan air minum. Selesai minum akhirnya dia tertidur. Letih agaknya. ” jom makan semua” ajak Kelvin. Semua santap.

Tepat jam 4 petang, ayah Kelvin muncul. Duduk bersila di depan Mukmin. Kami semua di arahkan duduk di belakang diam-diam dan jangan tegur apa-apa. Terdengar sayup bahasa ibunda di seru, tidak kami fahami. Semua pandang minat. Keadaan yang tadi biasa saja tiba-tiba menjadi sedikit seram. Angin bagai berhenti. Suara burung, semua berhenti. Sepi. Hanya bunyi air mengalir. Hening. Tak semena mena muncul bujang senang. Bulat mata kami serentak. Sofian ingin menerpa. Segera ku tahan geleng kepala. Semua bertahan di bawah pohon…..

Hari ni masuk wad untuk 4 hari…nantikan sambunganya ya

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi

3 thoughts on “Mukmin”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.