Nabilah

ASSALAMUALAIKUM buat warga fiksyen shasha. Salam pengenalan, nama aku Hannah. aku nak ucap terima kasih buat fiksyen shasha andai cerita aku di siarkan. Selama ni aku hanya lah seorang silent reader. Disebabkan hari ni hari last aku kerja  dan kerja aku dah banyak yang dah siap jadi aku manfaatkan masa yang berbaki ni untuk menulis.

Cerita yang aku bakal coretkan ni adalah cerita benar yang terjadi pada diri aku semasa aku menuntut di salah sebuah IPT di ibu kota lebih kurang 5 tahun lepas. Masa tu aku pada semester akhir pengajian. Aku sebenarnya ada kelebihan untuk melihat makhluk halus tapi hijab aku tak adalah terbuka sepenuhnya hanya sekadar dapat melihat jika ada yang mahu aku melihat ‘mereka’. Jika ada peluang dan ruang akanku coretkan kisah bagaimana aku dapat melihat ‘mereka’.

Okey berbalik pada cerita aku tadi. Pada tahun akhir pengajian aku dan 2 kawan aku telah menyewa sebuah rumah di belakang kolej kami dek kerana ingin menukar selera dan ingin merasa tinggal di rumah sewa setelah hampir 3 tahun tinggal di asrama. Rumah yang kami sewa itu tidak lah besar dan tidak lah terlalu sempit. Ianya ngam untuk kami 4 orang. Oh ye yang sorang lagi tu bukan kawan kami dia adalah seorang senior yang extend pengajian dan merupakan penyewa asal rumah tersebut. Dulu, dia tinggal bersama 3 lagi kawannya tapi selepas mereka semua tamat pengajian, mereka keluar dari rumah terbabit dan tinggallah housemate aku tu sorang-sorang sebelum kami bertiga menyewa bersama.

Okey aku namakan senior aku tu Chung. Dia tua 2 tahun dari kami, bukan beragama islam dan merupakan orang sabah. Kawan aku yang lagi dua tu aku namakan Zulaikha dan Nabilah. Untuk pengetahuan para pembaca aku dan nabilah merupakan bussiness partner. Acewahh. Kami berniaga nasi ayam bersama-sama. Oleh kerana pada semester akhir kami tidak mempunyai banyak kelas kerana banyak kerja dan kelas lebih tertumpu kepada FYP, jadi aku dan nabilah bersepakat untuk memulakan perniagaan nasi ayam. Dan disebabkan kami tinggal di rumah sewa, itu menjadi bonus buat kami kerana kami boleh memasak.

Jadi, setiap hari pada waktu pagi hingga petang kami akan mengambil order melalui whatsapp untuk dihantar pada keesokan harinya. Kebiasaan kami akan menghantar makanan pada waktu makan tengahari atau malam bergantung kepada jadual kami. Dan pelanggan kami merupakan student yang tinggal di asrama.

Pada satu hari ni, aku dan nabilah membuat delivery pada waktu malam. Kami keluar rumah selepas solat maghrib dalam pukul 8 malam. Kami berjalan kaki ke asrama melalui pintu belakang asrama. Perjalanan dari rumah sewa kami ke asrama hanya mengambil masa 5 minit dan kami terpaksa melalui satu pokok besar yang dikatakan berhantu oleh rata2 pelajar di situ. Ada yang mengatakan pernah terserempak pocong lah, langsuir lah, tapi aku dan kawan aku tak pernah takut kerana kami tidak pernah terserempak apa-apa sepanjang berada di rumah sewa tersebut.

Usai menghantar makanan yang dipesan pelajar-pelajar di asrama, aku dan nabilah lepak dulu di kafe, pekena teh o ais dan shawarma sambil menonton maharaja lawak mega. Selepas sedar yang jam dah menunjuk pukul 11 malam dan aku belum solat isyak (nabilah cuti masa tu), kami terus bergegas pulang ke rumah sewa. Semasa melalui pokok yang besar tu, aku dah rasa lain macam, lepas tu mata aku ni mula lah gatal melilau tengak sana sini. Sampai je mata aku tengok pokok tu aku ternampak susuk perempuan berambut panjang yang menggerbang dengan muka yang hodoh dan menyeramkan sambil tersenyum sinis menunjukkan gigi taring dan matanya yang merah menyala melihat kawan aku nabilah. Tapi aku heran sebab di sikit pun tak pandang aku. Lepas tu aku buat bodoh jer lalu depan dia macam tak ada apa-apa berlaku tapi aku tak bagitahu si nabilah sebab tak nak dia takut kan.

Sampai je depan pintu rumah aku bagitahu nabilah baca ayat qursi dulu sebelum masuk. Lepas tu kami masuk dengan aman tapi tak de lah aman sangat sebab aku rasa tak sedap hati je. Masuk jer rumah aku terus mandi. Si nabilah ni dia terus baring atas katil sambil tengok youtube dan gelak-gelak. Entah apa laa yang dia gelakkan. Dah lah dia uzur lepastu dari pagi dia tak mandi aku pun tak tahu lah pad dia tu bersalin ke tak sebab dia ni antara kawan-kawan aku yang pengotor sikit. Masa tengah mandi aku dengar si nabilah ni gelak kuat sangat macam nak terkeluar anak tekak padahal dia duk dalam bilik aku duk dalam bilik air kat dapur tapi suara dia gelak tu macam dia ada kat sebelah aku! Aku dah rasa tak sedap hati dah. Aku percepatkan mandi dan terus ambil wudhuk.

Masa aku masuk bilik tu, aku terkejut tengok ada 2 nabilah kat atas katil dia. Satu nabilah kawan aku yang tengah baring sambil gelak-gelk tengok fon dan sorang lagi i’m pretty sure she’s something else. Dia duduk mencangkung atas katil tu sambil pandang jer member aku. Cara pandangan dia memang seram weh walaupun dia menyerupai kawan aku, tapi dengan senyum sinis yang terukir di bibir tu mahu luruh jantung aku dibuatnya.

Selesai solat, aku masih nampak ‘nabilah’ satu lagi tu. Dia seolah olah suka dengan member aku tu. Dan sepanjang aku solat memang member aku tu asyik gelak-gelak jer, kuat pulak tu biasanya dia hormat orang tengh solat, ini tak macam tak hiraukan aku je. Lepastu aku tanya lah member aku tu apa yang seronok sangat gelak tu, dia bagitahu aku dia tak rasa kelakar pun skrol ig tu tapi entah dia rasa macam nak gelak. Mampos! Aku dah tak keruan dah masa tu. Pastu aku cakap kat kawan aku tu, ‘kau tu uzur, pastu tak mandi-mandi lagi kita pulak baru balik, baik kau mandi bersih-bersih sekarang, aku takut ada yang berkenan je nanti’. Dia dengar je aku cakap mcm tu dia terus capai tuala dan menuju ke bilik air tapi sepanjang perjalanan dia ke bilik air tu dia asyik gelak je dan yang ‘nabilah’ sekor lagi ikut dia sambil merangkak.

Aku perasan lepas dia siap mandi dia pegi dapur untuk buang sampah kat dapur. Aku agak tu mesti pad dia sebab masa dia buang je dalam tong sampah, ‘nabila’ satu lagi macam teruja sangat. korang pernah tengok tak anjing masa orang nak bagi makanan? haa macam tu lah reaksi ‘nabilah’ lagi satu tu. Lepastu dia terus korek sampah tu ambil pad tu dan macam tengah hisap d***h dari pad tu. Bila aku tanya member aku tu memang ye guys dia tak cuci pun d***h dari pad tu, dia main buang je weh. Lepastu belum pun sempat member aku tu pakai baju dia dah mengerekot kat atas katil dia cakap kemaluan dia sakit. Aku syak tu mesti kesan dari d***h yang benda tu hisap. Dalam 15 minit macam tu aku tengok benda tu dah takde. Dan kawan aku pun dah kembali normal.

Jadi, kesimpulannya guys, jagalah kebersihan terutamanya kita yang perempuan ni lagi-lagi masa period. pad tu pastikan basuh dan bungkus ketat-ketat dulu sebelum buang. Sebenarnya ada lagi kisah yang terjadi antara aku, nabilah, zulaikha dan chung nanti ada masa aku tulis lagi. adios!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

KAKAK HARDWARE

3 thoughts on “Nabilah”

  1. mengerekot tu mcm posisi menahan sakit perut kot..huhu..ada tak lg smbunga cerita zulaikha dgn chung tu..menarik la nk baca

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.