Nana

Assalamualaikum kepada pengemar Fiksyen Shasha. Terima kasih jika kisah aku ni mencapai piawaian yang dikehendaki untuk disiarkan. Kisah aku ni mungkin tak seseram mana tapi aku nak juga tulis bagi korang baca.

Nana ni roommate aku time belajar di universiti. Nana diberi peluang untuk melihat benda-benda ghaib sejak arwah mak dia meninggal atas sebab buatan sedaranya sendiri. Menurut Nana, sihir itu sebenarnya ditujukan untuk dia, tapi mungkin dah nasib, mak dia yang terkena. Nana ni pandai, sopan-santun dan juga seorang gadis yang cantik pada pandangan aku lah. Jadi sihir itu dihantar sebab hasad dengki atas kelebihan Nana. Sedara Nana tu tak suka tengok keluarganya berjaya. Walaupun adakalanya dia suka cakap lepas, tapi aku tahu hati Nana baik. Kalau sesiapa yang first time jumpa Nana ni, mesti ingat dia sombong sebab dia suka tengok orang dengan cara menjeling. Aku pun pernah kena dulu. Terasa lah juga memula tapi lepas Nana terangkan kenapa dia tak boleh tengok orang secara direct kalau terserempak , baru aku faham.

Sebenarnya, aku boleh sifatkan yang hijab Nana ni terbuka hampir ke 70% lah sebab menurut Nana dia boleh nampak sesuatu itu dengan sifatnya yang solid dan jelas. Dia boleh tahu seseorang tu mempunyai pendamping atau tidak. Tak kisah lah benda tu diambil secara sengaja atau tidak sengaja. Nana akan nampak benda tu ikut tuannya atau seseorang dengan pelbagai cara. Ada yang ikut dengan cara seret menggunakan kaki, bergayut diatas bahu dan ada juga yang duduk atas kepala.

Sebab tu Nana kata, seseorang yang mengalami sakit batin ni akan rasa sakit bahu, sakit kaki atau lenguh badan. Mata seseorang yang boleh “melihat” ni juga disebabkan benda tu. Ada juga yang boleh siap berbual. Atas sebab tu jugalah, dia tak boleh tengok seseorang itu secara direct sebab kalau dia tak sengaja bertentang mata dengan benda tu, malam tu mesti Nana akan diganggu.

Keluarga aku pun ada sejarah mistiknya juga. Sebab arwah atuk aku belah mak aku seorang pengamal ilmu perubatan tradisional dan moyang ayah aku juga merupakan seorang dukun. Mak aku merupakan pewaris saka harimau. Tapi dah dibuang lah. Masa mula-mula masuk bilik asrama, Nana langsung tak nak pandang aku. Malah kami tak bertegur hampir satu semester. Aku ni jenis yang kalau kau tak suka, aku seribu kali tak suka. Dia kalau boleh mengelak nak berdua dengan aku dalam bilik. Dia sanggup stay bilik kawan dia tingkat atas dan balik semula kebilik lepas aku tidur. Siapa yang tak terasa kan kalau tetiba orang yang kau baru kenal buat kau macam tu.

Tapi ada satu kejadian yang membongkarkan sebab kenapa Nana dingin dengan aku. Hari tu aku balik bilik time maghrib sebab kelas aku habis jam 6 petang. Disebabkan dah solat Asar kat pusat pengajian jadi aku singgah beli makanan dulu sebelum balik dan azan maghrib berkumandang masa aku dalam perjalanan balik.

Sampai kat bilik, time aku nak buka pintu, tiba-tiba pintu bilik terbuka dari dalam dan muncul muka Nana yang tiba-tiba pucat. Muka nana dah lah putih, bila pucat macam tu aku pulak yang seram. Dia tegur aku. “Baru balik ke?” First time weh dia tegur aku tanya aku baru balik ke. Aku yang terkial-kial masa tu hanya mengangguk. Ada lah beberapa saat kami kat depan pintu bilik macam termanggu. Aku tunggu Nana nak cakap apa sebab dia memang macam ada benda nak bagi tahu tapi akhirnya dia cuma senyum dan jalan terus ke tandas.

Malam tu dalam jam 2 lebih pagi lah tak silap, aku tersedar dengar seseorang bercakap. Memula aku ingat Azi yang berbual dengan pakwe dia. Biasa lah orang bercinta kan suka bergayut tengah-tengah malam. Tapi makin lama suara yang seakan berbisik tu jadi macam mengerang. Suara yang seperti nafasnya di sekat. Aku sikit-sikit mengintai dari katil aku. Tengok semua kat atas katil. Lampu dah terpadam.

Mesti dah tidur dah diorang ni. Tak nampak pula pergerakan benda asing mase tu. Untuk pengetahuan semua, aku ni nampak je berani. Selalu layan Fiksyen Shasha tak kire malam ke pagi ke, sensorang ke aku bedal baca sebab dah minatkan. Tapi di dalam situasi malam tu. Korang ingat aku berani ke nak bangun tengok suara tu datang dari mana. Gila ka apa. Buatnya suara tu datang dari tingkap. Dah lah bilik aku tingkat 3. Takkan ade manusia main luar tingkap pagi-pagi buta ni. No way, aku terus tarik selimut sambung balik tidur.

Keesokan paginya, hari cuti. Aku ni bukan pemalas orang nya. Tapi kalau nak keluar makan belanja, duit hujung-hujung sem ni pun macam hujung-hujung tanduk je. Jadi aku duduk kat bilik je layan drama korea kat laptop. Tengah-tengah layan hero hensem feberet aku, tiba-tiba Nana tegur aku.

“Min, nak tanya sikit.”Aku pun tarik earphone aku dari telinga terus pandang Nana. Terkebil-kebil juga lah time tu.
“Tanya lah.”
“Min balik kelas semalam lalu mana?” lambat juga lah aku nak jawab tu. Perjalanan dari kuliah aku ke asrama adalah ambil masa 10 minit kalau jalan kaki. Tak kan aku nak cerita aku lalu mana sepanjang perjalanan.
“Jalan Biawak ke?” (ha, ni kalau sesiapa yang satu uni dengan aku mesti dah boleh teka aku dari uni mana. Uni aku je kot yang ade istilah jalan biawak ni.Hahaha). Tak sempat aku jawab Nana dah tolong aku jawabkan.
“Ha’ah, mana tau?”
“Semalam, masa Ana balik. Ada benda ikut.” Berdesup naik bulu roma aku. Azi yang tengah baca novel kat sebelah katil aku pun terus melompat naik katil aku.
“Benda apa?”menyebok betul si Azi ni. Mula-mula Nana macam tak nak bagi tau tapi lepas didesak kami berdua barulah dia bagi tahu.
“POCONG”, BAMM kebas terus muka aku weh time tu. Tertelan terus air liur aku. Azi pun aku tengok terdiam.
“Tapi jangan risau. Malam tadi Nana dan suruh dia balik. Memula dia tak nak juga tapi dia balik juga akhirnya.”
Malam tadi? Time aku dengar orang bercakap tu ke? Uih. Nasib baik aku tak bangun.

Menurut Nana, benda tu ikut aku bukan sebab dia suka kat aku. Tapi dia tertarik benda yang ada dengan aku. Selama ni memang ada benda yang ikut aku. Benda tu mak aku pernah cerita yang dia mimpi ada benda hitam tinggi besar tarik aku dengan adik bongsu aku masuk dalam pokok.

Puas mak aku menjerit minta tolong dan suruh benda tu lepaskan kami tapi akhirnya mak aku tersedar dari mimpi tu. Gambaran yang Nana jelaskan kat aku tu sama dengan mimpi mak aku walaupun aku tak pernah buka cerita pasal keturunan aku kat Nana. Nana pun tahu yang mak aku pernah ada saka harimau sebab kadang-kadang dia ada nampak 2 ekor harimau besar, pusing-pusing katil aku time tidur.

Sebab tu lah Nana tak tegur aku sangat sebab dia kata hari first je dia masuk bilik dah kena warning. Korang jangan salah faham pulak tuduh aku ada saka. Aku dah pergi scan dah, orang tu kata aku tak ada apa-apa Cuma benda tu jaga aku satu family.

Benda dari moyang ayah aku tak bertuan sebab masing-masing tak nak. Jadi dia berkeliaran di antara kami sekeluarga. Nak cari waris. Benda tu tak boleh dibuang selagi syarat tak di lerai. Itu nanti aku cerita.
Banyak lagi sebenarnya benda misteri yang jadi dalam kehidupan aku, tapi nanti lah aku ceritakan lagi. Kalau nak tulis semua nanti jadi novel pulak.

Sekian, Terima kasih.

Anilama
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

19 comments

  1. cerita best,yang penting seram tu ada hahah yeah bab saka ni mcm2 jenis jelmaan ada yg contoh belah kpg aku kerbau putih la,ada yang nk berdamping baca surah terbalik mcm2 apa2 pun jgn smpai menduakan yg Maha Esa,org dulu2 damping brsebab untuk mnjaga tanah or nak dpt tenaga yg luar biase itu apa yg aku tahu la wallahu’ alam..btw thnks for sharing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.