Nenek Rambut Putih

Assalam semua. Tak tau nak start macam mana. First all nak ucap terima kasih untuk admin kalau cerita ini disiarkan. Cerita ni mengenai seorang kanak-kanak yang boleh melihat nenek yang tidak semua orang boleh lihat.

Let me introduce myself. Nama Ika bukan nama yang selalu disebut orang yang dikenali. Orang Batu Pahat. Saya mempunyai seorang mak saudara yang saya panggil Mak Arin (bukan nama yang selalu dipanggil). Mak Arin ni tinggal di JB. Dia ada 5 orang anak. 2 pompuan, 3 lelaki. Yang paling kecik pompuan, namanya Yaya. Yaya berusia 7 tahun tapi masih boleh “nampak”. Tak tau lah memang hijab terbuka ker ataupun masih budakx2 lagi.

Cerita ni bermula time kakak dia kahwin (dah 21 tahun). Time tu dah siapx2 pakai baju sedondon untuk jadi flower girl. Lepas dh akad nikah terus buat majlis kat taman depan umah. Saya rasa tu lah majlis kahwin yang paling best. Saya rasa best sebab saya jadi flower girl kot. Ok , time tengah layan tetamu yang dtg ke majlis perkahwinan tu saya perasan yang Yaya tak ada kat taman tu dan dalam masa yang sama mempelai pun belum sampai. Abang Yaya ajak saya balik umah tengok mempelai. Abang Yaya tu umurnya 12 tahun. Umah pun dekat so balik lah jalan kaki. Sampai umah saya nampak Yaya cakap sorangx2 tapi bila saya n abang dia datang dekat dia, dia terus diam.Ahhh , biar je lah.

Dan lepas habis majlis tu saya pun duduk dengan saudara sayalah. Dah malam dah time tu. Time tengah duduk tibax2 saya terkejut tengok ada benda warna merah kat carpet. Fikir darah rupanya marker tapi saya x jumpa markernya. Tibax2 mak Arin marah Yaya sebab conteng carpet. Saya pun diamlah dan dengar Yaya buat alasan yang tak masuk akal. Dia cakap yang kawan dia buat n kawannya tu ialah nenek rambut putih.

Lepas saya balik BP saya ingat benda tu dah berhenti tapi Mak Arin call mak saya dan cakap pasal nenek rambut putih tu. Mak Arin cakap yang dalam minggu tu Yaya pelik . Yaya ada abang lagi. Umur abang yang satu lagi ni 18 tahun. Abang dia ni dah tau yang dia boleh nampak nenek tu.Abang Yaya pun tanya Yaya yang nenek tu baik ker jahat , tinggal kat mana dan adalahlah. Yaya pun jawab lah soalan yang abangnya tanya.

N setiap kali tengok tv….ops lupa nak cakap yang umah dia 2 tingkat. Ok sambung , setiap kali tengok tv kat tingkat atas, dekat sebelah Yaya mesti ada kertas. Nanti bila tengah tengok tv, Yaya amik kertas tu dan lukis ruang tv tingkat atas dan bulatkan saturuang dengan warna merah dan tunjuk kat abang dia. nanti dia cakap “tadi nenek tu ada kat sini ” sambil tunjuk dekat tempat yang dia bulatkan. Abang dia pun anguk. Nanti lepas dah lama sikit abang dia tanya ” nenek tu ada lagi ker” dan dengan selambanya Yaya cakap “nenek tu dekat sebelah tv tengah tengok abang.”

Time dia baru berkenalan dengan nenek tu ( bulan puasa) dia selalu tido lambat. Nanti dia tengok tv sorangx2 sampai pukul 4 pagi. dah bila dah ngangtuk dia kejut mak dia “mak, mak bangun masak sahur”. Nanti mak dia tanya ” belum tido lagi ker” dia pun cakap “belum”. nanti tengok jam pukul 4 pagi. So Mak Arin amik keputusan nak tanya ustaz mengenai “nenek” tu n ustaz tu cakap memang betul yang “nenek” tu ada. Dan ustaz tu pun suruh nenek tu keluar.

THE END
sorry cerita ni x berapa seram dan hargailah cerita saya ini kerana saya memerlukan lebih 20 minit untuk tulis cerita ni.(:

.

ika
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

  1. Klu cerita tu disusun elok-elok, mungkin boleh bagi sedap sikit. Ada yg anti-climax. Mcm time abg Yaya tanya Yaya pasal nenek tu, dan Yaya jawap lah. Klu boleh diceritakan jawapan-jawapan Yaya, boleh build karakter nenek tu supaya boleh feel seram sikit kt nenek tu utk scene-scene seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.