#Nia – Kerana Sekeping Tiket Bas!

Self introduction, semua kejadian yang diceritakan terjadi pada diri Nia (Aku) sendiri dan cerita-cerita lain yang diceritakan oleh family dan kawan Nia. Memang takde cerita yang ditokok tambah, cuma nama2 Nia tukar untuk keselesaan kawan2 dan family. Nia tak reti nak tulis acah2 writer novel or cerpen, kita straight to the point je la ye, santai-santai. Kali ini, menceritakan tentang pengalaman Nia sendiri dan juga roommate Nia, nama Ija.

Senarai cerita:
1. #Nia-Salam Perkenalan https://fiksyenshasha.com/nia-salam-perkenalan/
2. #Nia – “Cari Apa Tu?” https://fiksyenshasha.com/nia-cari-apa-tu/
3. #Nia – Padan Muka Aku https://fiksyenshasha.com/nia-padan-muka-aku/

Introduction tentang lokasi, memang details dan panjang sebab ada kena mengena dengan cerita, kalau malas baca, skip terus ke Kisah 1.

Tahun: 2008
Lokasi: Salah satu kolej pengajian di bawah pengurusan MARA
Negeri: Kedah Darul Aman

Masa ni, aku dalam tahun pengajian matrikulasi. Nasib badan, tercampak la ke kawasan yang boleh dikatakan agak terperuk di Kedah, di mana tempat pengajian ini dan kampung-kampung berdekatan dikelilingi oleh hutan. Pelajar-pelajar kolej ini, terdiri daripada pelajar matrikulasi dan juga pelajar-pelajar foundation di bawah biasiswa MARA yang bakal fly to oversea.

Setahun belajar situ, aku dapat blok asrama paling belakang bagi asrama perempuan, tetapi bersebelahan dengan blok lelaki. Kalau rajin nak bayangkan, ada 4 blok asrama 3 tingkat, susunan dalam bentuk segi empat sama.

Bucu kanan atas (blok aku, P2, belakang blok aku hutan, tingkap bilik aku menghadap hutan).
Bucu kanan bawah, blok perempuan (aku bagi nama blok P1 sebab ada kaitan dengan cerita).
Bucu kiri atas, blok laki.
Bucu kiri bawah, blok laki.
Yang memisahkan tengah antara blok perempuan dan lelaki, adalah pagar. Ada je blok2 asrama lain, tapi tidak perlu bagitahu detail sebab tidak ada kena – mengena.

Blok aku pula 3 tingkat, terbahagi kepada 3 bahagian:
Bayangkan kalau rajin ye, sebab ada kaitan dengan cerita.
(Dari kiri) Wing A – pintu keselamatan – tangga A – pintu keselamatan – Wing Tengah (ada bilik2, ada bilik berkumpul, ada toilet) – pintu keselamatan – tangga B – pintu keselamatan – Wing B.

Pintu keselamatan itu, yang macam dekat hospital, yang kita tolak, dia buka, lepas tu tertutup sendiri, yang ada tulisan, “Pintu rintangan api hendaklah sentiasa ditutup” – ada orang panggil pintu rintangan api/bomba.

Memang details la aku bagitau, sebab semua benda-benda kat atas ada kaitan dengan cerita-cerita aku.

Aku bahagikan cerita ni mengikut bahagian cerita masing-masing, kerana berlaku pada berlainan hari dan masa. Lets begin!

Kisah 1: Pengalaman Ija

Ija ni roommate yang bagus lagi skema. Walaupun tidak berpakaian terlalu warak, tetapi masih menutup aurat dengan sempurna, solat cukup waktu, rajin belajar sampai lewat malam, study group ataupun bangun awal pagi untuk belajar. Tapi dia penakut, hehe. Sebelum tidur, adat kami bersama budak-budak bilik sebelah untuk berjemaah ke tandas. Aku jenis memang tak kisah untuk berseorangan ke tandas, hati kental sikit (sikit je). Kalau korang baca kisah “Nia-Padan Muka Aku”, korang akan tau aku sentiasa bersendiri.

Berbalik kepada cerita, pada suatu malam, hampir pukul 12 malam, kami berjemaah dalam 6 orang (1 bilik ada 2 orang, ini semua penghuni 3 bilik). Ija depan sekali, aku di belakang. Sambil jalan lenggang kangkung, sambil bersembang gelak-gelak huha huha, Ija masuk dari pintu 1 toilet.

(Toilet ada 2 pintu, bentuk L, kami di hujung L yang panjang, tempat mandi di L yang panjang, toilet dan sinki di L yang pendek, dan pintu ke 2 dekat tengah2 bucu L). Masuk je Ija ke dalam toilet, dari mulut galak bersembang, terus mulut dia senyap. Kitaorang memang tak perasan perubahan dia senyap mendadak (ini aku tahu dia senyap mendadak pun lepas dia cerita balik).

Ija cakap “Korang masuk la dulu dalam toilet, aku boleh tahan lagi. Lepas korang dah settle, baru aku masuk”

Kitaorang yang tak tahu ape-ape, terus la masuk toilet sambil terus bercakap-cakap. Keluar dari toilet, setelah semua orang selesai buang hajat, kami balik secara berjemaah. Kami semua OK, tapi bukan Ija. Kenapa dengan dia? (nanti aku cerita dalam Kisah 3, sebab aku pun tahu masa kisah 3 tu berlaku).

Kisah 2: Ija sebagai AJK blok.

Aku sebenarnya lupa ape jawatan Ija dalam blok asrama kami, tapi yang aku pasti, dia antara jawatan-jawatan yang tinggi la (dalam ranking ketua asrama ke ketua AJK la kot). Kalau ada terjadi apa-apa kes dalam asrama, memang dia antara orang terawal kena respond and take action. Jenis aku, kalau ada kes dalam asrama, aku malas menyibuk untuk tanya kes apa yang jadi, melibatkan siapa dan sebagainya. Kalau Ija cerita, aku dengar, kalau Ija tak cerita, aku tak tanya. Simple.

Satu hari, tengah-tengah malam (anggaran aku atas pukul 12), Ija dapat call daripada AJK lain. Dari raut muka dia, dia betul-betul terkejut dan muka dia jadi pucat. Aku pandang je, tapi malas nak ambil tau. Dia cepat-cepat pakai baju lengkap bertudung, nak keluar dari bilik. Sebelum keluar, dia pusing ke arah aku,

Ija: Nia, boleh tak kalau ko nak tido nanti, ko jangan tutup lampu, sebab aku takut nanti aku nak masuk bilik, bilik gelap pula.

Eh, kenapa pula ni, dalam hati je la kan aku cakap macam tu.

Aku angguk dan tanya balik “Weh, ko apesal? OK tak?”
Dia cakap “Ok je” lepas tu terus keluar bilik.

Aku buat hal aku, dan masa aku nak tidur, aku pastikan aku tak tutup lampu.

Bangun pagi, rasa badan penat sangat, buka mata “Eh, kenapa lampu tak tutup, Ija xbalik ke”. Sebab, mestilah aku fikir dia tak balik, sebab tu lampu tak ditutup. Pusing tengok katil sebelah, elok je dia tidur. Aku kejut dia, tanya,

Aku: Ija2, bangun. Kenapa tak tutup lampu wei? Penat badan aku tidur dalam keadaan lampu terbuka. (Badan rasa lemau tiap kali tidur dalam keadaan lampu terbuka.

Dia bangun, macam muka orang yang baru tidur, “Oh, aku lupa. Sorry ye. Tak pe, tidur buka lampu, bukan selalu kan. Lagi pun senang, kalau bilik cerah boleh nampak keadaan dalam bilik.”

Eh dia ni, pelik betul cara bercakap. Aku dalam keadaan mamai, dengan badan rase penat, aku dah malas nak ambil port, ambil toiletries, pergi mandi. Aku langsung tak bertanya lanjut pasal kes asrama semalam dan dia pun tak ada bercerita langsung. Tapi yang aku perasan, lepas kejadian malam tu, Ija selalu berebut nak tidur awal dulu sebelum aku tidur. Kalau aku tengah kemas-kemas barang untuk aku tidur, dia mesti akan cepat-cepat kemas buku-buku dia, terus nak tidur. Surah Yassin atau Al-Quran selalu ada berdekatan dengan bantal. Tak ada lagi stay up lewat malam sorang-sorang. Kalau ada pun, untuk masa exam, itu pun bersama classmate dia. Aku perasan semua perubahan tu, tapi aku anggap itu perkara biasa.

(tergantung kan? Jawapan dia dalam Kisah 3)

Kisah 3: Kerana sekeping tiket bas!

Walaupun aku agak rapat dengan Ija, tapi hanya di dalam asrama, tidak di bangunan akademik sebab kami berlainan kelas. Di kelas, aku rapat dengan Lily. Seminggu sebelum Raya Aidiladha, Lily bagitahu, yang tiket bas untuk balik ke kampung dia dah habis, dan parents dia tak boleh ambil dia pada hari khamis. Hanya boleh ambil hari jumaat pagi. Semua student akan balik petang khamis (di Kedah, hari bekerja Ahad sampai Khamis – ini info untuk siapa-siapa yang blur, kenapa balik hari khamis). Aku memang biasa naik bas balik kampung. So, Lily dengan muka sedih, minta aku beli tiket balik kampung hari jumaat juga, untuk teman dia dekat kolej. Aku OK je, dan beli tiket bas, jumaat petang.

Sampailah ke hari khamis pagi, aku tanya Lily,

Aku: Weh, nanti kita nak tidur kat bilik ko atau bilik aku?
Lily: Haa, kenapa kita nak tidur sini? Means, tidur kt asrama?
Aku: Laaa, kan ko dengan aku balik esok, lupa ke?
Lily: Allah Nia, aku lupa nak bagitau ko. Aku balik petang nanti, sebab abang aku datang ambil.

Berderau je darah aku sebab dia cakap dia lupa. (Lily, kalau ko baca ni, sampai sekarang tau aku ni masih sedih, sebab ko tinggal aku sorang-sorang la, semua benda ni jadi).

Aku malas dah nak pandang muka dia, buat sedih pujuk aku. Tang mana pula aku nak dapat tiket bas sekarang. Raya Haji kot. Mesti semua tiket dah habis. Kampung aku kena langkau dua negeri, tang mana nye aku nak balik dalam keadaan macam ni. Aku call mama suruh ambil aku dekat kolej, memang jawapan dia, aku boleh agak.

Mama: Ala, siapa suruh kakak nak tunggu kawan sangat. Sekarang kawan tu tak nak tunggu kakak pula kan. Mama abah tak boleh ambil, susah adik2 ni kecik lagi. Kakak duduk la situ satu malam. Ala, satu malam je. Mesti ada orang yang balik hari jumaat juga.

(sedih..bukan satu malam je Mama oii, itu malam jumaat)!

Dengan hati bengkak, petang tu, aku duduk lepak dekat Student Centre, tidak jauh dari blok P1. Aku tengok sorang-sorang budak asrama balik. Ija pun balik, dia pesan “Hati-hati je”.

Tiba-tiba, ada pengumuman.

“Kepada pelajar yang balik hari jumaat, sila ke bahagian depan Student Centre untuk menulis nama anda, untuk pengurusan makanan dan asrama“.

OK, cun, ada juga rupanya student yang akan balik hari jumaat. Aku pergi ke arah warden yang bertugas, aku tulis nama dan blok aku duduk, dan waktu balik ke kampung. Sekurang-kurangnya, berdasarkan maklumat yang ada pada kertas tu, aku tahu bukan aku sorang je dalam kolej dan bukan aku sorang je balik lewat.

Aku jalan, balik ke blok asrama Aku akan lalu dekat tepi blok P1, lepas tu lalu laluan berbumbung ke asrama. Disebabkan waktu tu hampir senja, dan hampir semua student asrama aku balik, aku buka lampu setiap tangga. Tangga A ground floor, Tangga A tingkat 2, Tangga A tingkat 3. Lepas tu aku buka lampu wing aku, Wing A, dan Wing Tengah untuk aku pergi toilet, dan aku buka semua lampu toilet. Aku buat hal sendiri malam tu, sampai la aku dengar pengumuman kedua,

“Kepada semua pelajar yang masih berada di asrama, supper telah disediakan (disediakan dalam pukul 9, sebab kitchen tutup awal sikit, sebab student pun dah tak ramai), sila turun ke dewan selera sekarang.)”

Itu sahaja pengumuman yang aku dengar!

Aku malas turun makan, tak lapar. So, apa aku buat, aku bawa botol dalam 3 botol air mineral yg 1.5L tu, dan satu botol air mineral yang besar macam botol minyak tu. Aku pergi toilet, aku isi air penuh, lepas tu aku angkut ke bilik. Baldi untuk membuang, checked! Air untuk cuci-cuci, checked! Apa-apa rasa nak kencing, aku akan kencing je dalam baldi. (Nasib baik aku tak rasa nak membuang air besar malam keramat tu).

Aku memang tak ada rasa nak bersopan masa tu. Asalkan tak ada orang nampak aku, tak ada orang kisah, aku pun tak kisah. Asalkan aku OK. Semasa aku angkut air, aku dengar lagi pintu-pintu rintangan api duduk terbuka, tertutup dekat aras bawah (aras 2). Dengar lagi suara-suara budak asrama bersembang, gelak ketawa. Masa aku lalu dekat tangga pun, dari tingkap, aku nampak ada dalam 6 bilik dekat blok PI yang masih terbuka lampu. (Jam pkul 9 lebih kot waktu tu.) Aku jenguk dari tangga aras aku, semua lampu tangga aras-aras bawah masih terbuka.

Settle angkut air, aku baca novel, aku main telefon, lepas tu aku tidur, lampu bilik buka (takut).

“kreekkk…bammm!!” bunyi pintu keselamatan Wing aku tu dibuka dan ditutup kuat. Aku tersedar, tertengok jam, pukul 12 malam. “Oh, ada je orang dekat Wing aku ni xbalik lagi” Seronok je aku kan. Dah tersedar dalam keadaan terkejut, aku susah nak tidur balik, aku main telefon.

Tak lama selepas tu,

“kreekkk…bammm”…..”sssss…ssss..sss….krekk..bam”

Ini dari penghayatan aku, ape yang aku dengar.

pintu keselamatan terbuka, selepas tu bunyi selipar toilet (orang berjalan), kemudian bunyi buka pintu bilik (pusing tombol), tutup pintu bilik.

OK, aku fikir, maybe tadi orang tu tadi pergi toilet, lepas tu, ni baru balik dari toilet. Yang aku pasti, dari pintu keselamatan, dia akan lalu depan bilik aku, bunyi jelas lalu depan bilik aku, lepas tu baru masuk bilik dia.

5 minit kemudian, dengar lagi,

“krekk..bam!!… sssss…ssss..sss”… “kreekkk…bammm!!”..
(dia keluar bilik,pusing tombol buka pintu, tutup pintu bilik, pergi ke pintu keselamatan, buka pintu keselamatan, dan pintu tertutup semula dengan kuat.)

“Sakit perut ke ape? Asyik pergi toilet je”. Itu la yang aku fikir. Tapi, lantak la kan.

Tapi!!! Silap aku. Aku tak boleh nak “lantak kan je la bunyi tu” sebab..!!

Tak sampai satu minit, “kreekkk…bammm”…..”sssss…ssss..sss….krekk..bam”, aku dengar dia masuk balik ke wing, dan masuk bilik dia.

Dan ulang!!…dan ulang..dan ulangggg!!

Aku? Aku menangis semahu-mahunya, aku peluk Al-Quran. Aku baca ape yang aku tahu, sebab bunyi tu, diulang2 makin laju, makin laju. Macam xlogik, ape makhluk yang tengah ulang-alik di luar bilik aku? Tak mungkin manusia yang waras nak buat macam tu, tambahan pula, aku tak dengar bunyi orang berlari, cuma bunyi berjalan sahaja. Tapi pintu berdentam-dentum seolah2 laju pintu-pintu ditutup kuat, berselang seli pintu bilik dan pintu keselamatan. Sampai tahap aku berselubung dalam selimut sampai leher, sebab aku tak berani selubung kepala, takut karang masa buka selimut, terjojol muka hantu depan mata (imaginasi aku memang teruk2 sebab aku baru lepas tengok cerita Dead Silence dan Silent Hill dalam tempoh tak lama sebelum kejadian ni berlaku).

Dalam 10 minit selepas tu, semua bunyi tu senyap. Aku pun senyap, berhenti dari menangis. Baru je aku nak bertenang,

“tuukk..tukkk..tukk”, pintu aku diketuk.

Bermula lah adegan aku kembali menangis sambil peluk Quran. Dari ketuk skala 1, sampai skala 10 kuat nya. Dari “tukk..tukk..tukk”..sampai “DUMMM..DDUUUMM DUUMM!!!”.

Aku berdoa sungguh2, pertama, janganlah pintu terbuka ya Allah, kedua, janganla lampu bilik terpadam. Dari fasa DDUUMM..DDUUMM..DDUUMM!!, masuk fasa krekk—kreekk.

Syaiton, ko main pulas2 tombol pula!! Berselang seli,

DDUUMM..DDUUMM..DDUUMM,
krekk—kreekk,
DDUUMM..DDUUMM..DDUUMM,
krekk—kreekk.

Sampai daun pintu bilik aku tu, bergegar-gegar macam nak pecah. Berapa lama bunyi, aku anggarkan 10-15 minit la ye. 15 minit bukan sekejap ye tuan2 dan puan2. Nasib baik tak putus nyawa je. Lepas tu senyap. Sunyi sepi. Aku baru terfikir nak call mama aku, aku call tengah2 malam buta, bagitau apa yang aku lalui, bercerita sambil menangis2. Guess what, mama aku cakap,

Mama: Ala, tak de apelah, perasaan je…kakak baca yasin, lepas tu tido. Takut warden datang cek kot, tapi, kalau tak yakin nak buka, tak payah buka. Tido je….**lepas pujuk-pujuk aku sikit, terus mama aku bagi salam dan….Papp**mama aku letak fon!!

Aku? Menangisss!!, sebab, bunyi pintu bilik lain dan bunyi pintu keselamatan kembali berdentam-dentum. Haru gila. Aku menyumpah-nyumpah Lily, dan aku sambung nangis. Aku peluk je Al-Quran, menangis sambil baca apa-apa surah yang terlintas, dan dalam kepenatan menangis, aku tak sedar bila aku tertidur.

Dalam pukul 10 pagi, aku terjaga. Lampu bilik terang, cahaya dekat luar tingkap pun terang. Aku fikir, baik aku cepat-cepat pergi mandi dan keluar dari asrama. Tiket bas pukul 3, makna nya, pukul 12, aku dah kena naik bas tingtong (bas yang berhenti-henti amik penumpang macam Rapid KL tu, aku panggil bas tingtong sebab bunyi bell tu) untuk pergi ke Alor Star, lepas tu naik bas ekspress balik kampung.

Sebelum buka pintu, aku ambil bakul mandi, baldi yang aku buat tadah buang air semalam, tuala, dan telefon. Aku baca bismillah, aku buka pintu bilik, aku terus berlari mengharungi semua pintu keselamatan, dan terus masuk tempat mandi. Sambil mandi, aku buka lagu dari handphone aku masa tu. Tak kan nak buka ayat al-Quran pula dalam bilik air kan. Aku buka lagu untuk bagi hilang bunyi sepi.

Aku mandi kerbau, sebab mandi dalam keadaan meremang bulu roma. Bukan setakat rasa diperhati, tapi rasa macam keliling aku, penuh orang. Kiri kanan depan belakang, atas, aku rasa ada orang yang tengah tenung aku mandi dan aku rasa jarak nya macam dekat sangat-sangat dengan badan aku. Aku tak tutup mata even cuci muka, sebab, aku takut muka hantu keluar time aku bukak mata. (Scary la hai imaginasi aku).

Semasa nak buka pintu bilik mandi pun, aku baca bismillah dalam hati, aku buka pintu, aku berlari, masuk bilik. Aku perasan, semua lampu koridor yang aku buka, trmasuk lampu toilet,masih terbuka. Masa aku lari balik ke bilik, sambil aku tutup balik semua suis lampu.

Aku bersiap cepat-cepat, aku punggah beg, keluar bilik, kunci, turun tangga, sambil aku tutup balik semua lampu tangga A dekat semua aras yang aku buka semalam. Dan yang aku ingat, 4 anak tangga terakhir, aku terjun dengan bag luggage aku yang besar tu dan bag laptop aku. Terus aku berlari ke arah blok P1, seterusnya ke arah pintu pagar utama kolej.

Dah nak sampai dekat pondok pengawal, Pak Cik Guard tanya,

PCG: Hah, kamu dah nak balik ye? Sign dekat list nama pelajar tu. Lepas tu baru boleh balik.
AKu: OK pakcik ***sambil aku cari nama aku. List tu, list yang aku tulis nama pada waktu petang khamis, semasa aku dekat Student Centre. Aku tulis nama aku, depan warden**

Aku: Pak cik, apesal nama saya takde ea? Saya dah tulis semalam.
PCG: Kamu pasti ke kamu tulis? Kalau tulis, semalam kena tulis dekat mana?

Eh pak cik ni, soalan dia macam nak test, ingat aku menipu la tu.

Aku: Dekat Student Centre, pkul 6 lebih, dengan Cikgu XXXXX.
PCG: Yeke? Tak pe la, kamu tulis sekali lagi. Kamu tulis sekali kamu tidur dengan siapa, dekat bilik mana.

Aku: Saya tidur dalam bilik saya la, mana ada kongsi bilik. Tak ada cakap pun kena kongsi bilik.
PCG: Ada la, semalam kan ada pengumuman. Kamu dengar tak pengumuman untuk supper?
Aku: Dengar.
PCG: Pengumuman untuk kongsi bilik? Kan pengumuman dibuat sekali.
Aku: Tak dengar pun!
PCG: Kamu duduk blok mana?
Aku: P2

PCG: Kamu biar betul, tak ada orang berani duduk sana sorang-sorang, dan lagi lah tak ada sorang pun berani untuk duduk dalam blok asrama tu berseorangan waktu malam. Pakcik round semalam, tak ada orang pun. Dekat blok tu. Gelap je.

Aku: Tak de lah pakcik. Aras 3 tempat saya duduk, memang tak ada orang, tapi aras 2 ada orang. Saya dengar je suara-suara dari aras bawah saya, pukul 9 malam. Lagipun, kan saya ada buka lampu tangga A semua aras, lampu koridor aras saya, lampu bilik pun saya buka. Tak kan pakcik tak perasan.

PCG: ***senyap**. Dia pandang abang guard dekat sebelah dia. Dua2 senyap.

PCG: Dik, semua pelajar blok adik dah balik petang semalam. Tak ada sorang pun yang tinggal. Tengok list tu, tiada seorang pun yang masih ada di asrama, di mana blok asal nya daripada blok adik. Adik sorang je daripada blok adik yang balik lambat. Semua pelajar perempuan ditempatkan di blok P3 malam tadi (jauh dari blok aku). Semua blok perempuan, P1, P2, gelap gelita dan kosong dari pukul 9 malam, selepas kita buat pengumuman. Sebenarnya, dari petang lagi kami bagitau yang tidak bole tinggal di asrama masing-masing, kecuali kongsi bilik di asrama P3.

**Aku tercengang seribu bahasa**..tidak ada kata yang boleh diungkap, tidak ada kata yang boleh aku luah.

Aku: Takpe la pakcik, dah lepas pun, saya balik dulu la. (Aku rasa nak nangis je, terus tarik beg luggage, nak pergi tunggu bas tingtong dekat bus stop)

PCG: Adik, kejap! Semalam kamu OK ke? (muka dia pucat weyh).

Aku mampu tersenyum kelat, angguk kepala dan menapak ke bus stop.

Sampai je aku dekat kampung, orang pertama yang aku hubungi, ialah Ija. Aku memang tak la nak call Lily, dia lah punca nya!

Perbualan aku dengan Ija, memang tak disangka-sangka. Kalau lah aku tahu ape yang aku bakal dengar dalam perbualan aku dengan Ija ni, sumpah, aku tak ada nya sanggup tawar diri balik lambat, tambah-tambah lagi terus stay dalam blok aku tu sorang-sorang.

Aku: Assalamualaikum Ja.
Ija: Waalaikummussalam, ha, kenapa wei? Ko baru sampai kampung ke? Semalam ko OK x?
Aku: Apehal soalan ko macam bunyi sesuatu je? Kenapa ko tanya aku OK ke x? **pelik kan reaksi Ija**.

Ija: Cepatla cerita, ko OK tak?
AKu: **menceritakan segala-galanya dengan bersungguh2***

Ija: Allah, Nia, kuatnya ko. Kalau aku, sumpah aku dah lama pengsan. Ko memang tak tahu langsung ke pasal blok kita?

Aku: Aku tak tahu sebab aku tak pernah amik tahu. Kenapa?

Ija: Mula-mula aku nak minta maaf sebab aku rahsiakan beberapa perkara.

Ija: Ko ingat tak kita pernah berjemaah ke toilet (kisah 1). Sebenarnya, semasa aku masuk ke dalam toilet, aku nampak benda putih terbang dari arah kawasan shower, ke arah toilet dan sinki. Aku masa tu terlalu takut tapi aku tak nak takutkan korang, sebab tu aku senyap je, dan aku cakap aku tak nak masuk toilet dulu, aku bagi korang masuk dulu.

Aku..**senyap**dalam hati, aduhai, Ija, mesti ko takut kan, takut buka je pintu toilet nampak hantu, tapi ko tak fikir pula kalau kitaorang ni yang nampak hantu dulu kan!!***

Ija: Ko ingat tak, ada aku terima kes asrama (kisah 2), sebenarya, ada orang kena rasuk dekat Wing B. Aras kita, Wing B. Mula-mula, student tu nampak ada benda putih terbang dalam toilet, dalam sekilas je, dia buat-buat tak pedulikan. Lepas tu, dia masuk ke bilik dia dan tidur macam biasa. Malam tu, ada benda baju putih muka buruk (ponti la kot) duduk main hujung kaki dia, goncang-goncang katil dia. Terus dia menjerit dan lepas tu kena rasuk. Sebab tu aku tak berani bagitau ko, sebab ko kan selalu tak pergi prep (kelas persediaan malam) dan suka tidur lambat. Ko pergi toilet malam-malam. Aku tak nak ko takut. Benda putih tu, selalu orang nampak dari toilet ke Wing B. Tak tahulah masa ko kena, dia pergi merayap ke Wing A.

Aku: ***senyap***dalam hati, Ya Allah, kenapa lah kawan-kawan aku semua durjana**.

Aku cakap ala kadar je lepas tu dengan Ija, lepas tu aku letak telefon. Dia ada minta maaf sebab tak berterus terang dan tak warning perkara yang sebetulnya, sebab dia takut aku akan takut.

Logik ke, kalau aku tau perkara yang sebenar, tak ada ye aku nak stay dekat hostel aku tu sorang-sorang. Mesti daripada petang khamis tu juga aku akan fikir cara untuk aku tak tidur di asrama aku.

Aku terus letak telefon, sebab? Aku terasa kot!

Lily boleh pula balik, tak tunggu aku, padahal aku sanggup tunggu dia pada awalnya.

Ija pula, dia tahu kot aku balik Jumaat, dan dia tahu aku akan duduk sorang-sorang sebab Lily tiba-tiba boleh balik awal. Tapi sebelum dia balik, dia pesan “Hati-hati”. Itu sahaja!

Pengajaran: Entah lah. Tak ada pengajaran. Kalau korang rasa boleh balik kampung seawal yang mungkin, baik korang berambus awal-awal dari asrama korang. Lagi baik. Kalau jadi macam aku, korang nak rasa? Kerana sekeping tiket bas yang lambat sehari daripada orang lain, macam-macam aku terpaksa lalui.

Nota kaki: Maaf la ye, banyak guna shortform “tak” “nak” “ye” dan lain-lain, dan guna English word sikit-sikit. Kalau boleh, aku nak bercerita, macam tengah bercerita dengan member ada ket depan aku sekarang . Kalau “nak” jadi “hendak”, macam tak sampai. Aku tak berhajat nak jadi penulis ye, Cuma berkongsi cerita. OK itu je. (panjang kan..kah kah). Bye!

#NiaAzif
#Nia.

Nia Azif
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

85 comments

  1. Amazing story. Jalan cerita kemas, menyeramkan dan dapat membayangkan situasi penulis. Kepada ‘Nia’, kadang2 ada jugak hal2 disekeliling yg perlu utk kita ambil tahu dan bukan sekadar mengharap orang lain utk kongsikan kepada kita.
    9/10

      1. oppss bkn kdg2 yer…!! sntiasa ada sifat ambil tahu/ambil berat sesuatu prkra.kebajikan,brulh org akn amik kisah psal kita.

  2. Nia, kalau aku jadi kau pun, aku menyumpah kawan² kau tu. Terutamanya Lily, tak kenang budi betul. Kat Ija pun geram juga sebab tak bagi tau hal sebenar. Alhamdulillah kau tak kena apa² Nia. Benda tu just mengacau kau macam tu je.

    1. Alhamdulillah….nsib baik mngacau gitu je..klu tunjuk muka..haru la…dorg kwn yg baik..cuma time tu mcm xbtul je cara dorg..xpela..nk wat cane..huhu

  3. mula baca tadi ingatkan tiket tu yg berhantu… huhu….best2…blh bayangkan stiap detail yg di beri…congrats~

  4. nak tau? bace part ni.
    nak tau? bace part tu.
    naek 2 part aku bace macam ni terus ilang minat. kau tulis cerite ke kau tulis nota study? nak tunggu isi je berjela2. nak tulis panjang2 kau tulis buku je la.

    1. la..mmg setiap kisah tu stop sampai situ…n tau ape sbb ye bila dh smpai kisah ke3..bru la dri sendri ni tau ape sbnarye yg trjadi utk kisah 1 n 2..bgtau awl2 sbb kang org engat kisah 1 n 2 tu trgantung.

    2. good story.
      cara penceritaan yg menarik.
      terbukti 100% cerita tulen.
      dari 1st cerita tido rumah bf follow.
      yg last ni terbaik.
      nampak peningkatan teknik penulisan.

  5. Nasihat akak,tak gune ko ada kawan dik,tambaham pulak perangai yg cenggitu.. kesian ko kne hadap semua tu sebab member pedajal 😢

    Yg mak ko pulak kenape? Allahuakbar.. akak husnuzon je la ye 😢

    1. xpela kak ct..husnuzon..

      mama sye tu garang, bila sye fikir balik, dia agak nya faham situasi sye, tapi, takkan la tgh2 malam buta parents nak dtg kot..perjalanan dr kampung dah 4-5 jam, adik2 ramai yg kecik2 masa tu. Maybe dia xnak sye layan kan sgt gangguan tu n keep berdoa supaya gangguan tu berakhir..mana nak tau, dari jauh dia doakan saya…kan….hehe

  6. cerita ko best dan sampai kat aku. aku dapat rasakan ketakutan ko.
    dri part dia main pintu rintangan api hinggalah dia ketuk pintu bilik ko
    nasib baik dia tak masuk sampai dalam bilik ko, dia nak uji keberanian ko jer tuh
    anyway cerita ko BEST …

  7. Cerita Nia panjang berjela dan detail dia agak memeningkan kepala.Sikit-sikit dah la.Kadang ada beberapa benda yang tak perlu detail sangat.7/10.

  8. matrikulasi kuala nerang kan?hehehe..serius seram cerita awak..nasib baik awk tabah malam tu,kalau sy, xtau ape cerita lah..huhuhu

  9. Weh, bercampur baur perasaan aku baca kisah kau ni. Mula-mula aku tak nak baca tapi lepas baca komen aku baca balik betul2. Aku cuba untuk tak skip mana2 sebab aku scroll nampak macam panjang cerita ni terus aku macam malas nak baca dahlah permulaan tak berapa memberangsangkan :p (Sorry) Aku bina suspense tu pelan2. Berbaloi kesabaran aku sebab seram gak cerita kau ni. Dahlah duduk seorang. Kuang haja betul kawan-kawan ko tu. Ija ni pun satu logik tak pakai??? Warden hang ni pun masa hangpa tulis nama tu kenapa tak beritahu siap2 ke lekat la notis dekat tempat nak tulis nama tu pasal kongsi bilik ishkkkk!! Sedih aku baca pasal pengkhianatan dia orang :'(

    kipidap dongibab!

    1. Ni matrik sy time 2003.. mmg berhantu pon. Tp selamat la xpenah kene. Blok nia tu mmg seram.. slmt sy duk blok depan..

  10. sikit pun aku x takut masa aku kena kacau kt sana..aku siap bole lepak2 isap rokok ngan dia..siap bgurau lagi x nak cuci ke kain dia tu..

    1. Nasib baik laaa..kau tu baik..boleh tahan dgn kawan keparat macam tu..kalu aku …dah bagi terajang 18 kali dah tu😡😡😡😡😡

  11. 1st time nak komen, mmg nia ada kat wrong place at wrong time. Anyway, pengalaman. Lps ni kalo masuk u, crik kawan yg betul2 ikhlas.
    Mmg betul cerita ori 100% sy suka

  12. Kalau aku,memang tak bertegur da dgn lily tu..mujur xmunculkan diri.masa ija berkelakuan pelik kenapa xtanya?kadang2 kite kena jadi kepoh..

  13. Tho, kalau bende ii mcm ni biasanya member ii aku akan bagi warning awal ii. Nak gi memana mesti ramai ii 😎😅

  14. Dok rumah sewa 2011. Lima org. 3 org blk kpg hujung minggu. Tinggal berdua. Kami pakat tak ke mana² la hujung minggu. Pagi sabtu, housemate cerita pengalaman kena kacau masa dok rumah sorang² time kami 4 org pi keje. Housemate tu student kptm bangi. Pastu masing2 masuk bilik nak sambu g nap sampai tengah hari. Tetiba kol 10 housemate ketuk pintu bilik cakap nak balik Tg. Malim time tu juga. Celaka punya housemate. Lastly aku lari pi bilik kawan kat ukm bangi tumpang tidur. Mampus la aku nak tinggal sensorang kt rumah sewa dua tgkt tu

  15. Berani sungguh tinggal sorang2 kat blok…yg kawan2 pulak jenis penting diri…tu bukan kawan yg tega tgk nia duk sorang tanpa bg tau perkara sebenar..saya penah alami masa duk sorang…bunyi ketukan dan dentuman pintu bilik bertalu2 kul 3.30 pagi time hujan lebat kilat petir…huuu…segala surah yg tau saya baca..siap azan sambil badan himpit pintu bilik takut benda tu masuk..walhal setiap mlm saya mengaji dan baca kursi 4 penjuru rumah…

  16. Panjang sgt cite nia ni…blh lpe lokasi2 yg nia mention time permulaan,da kne skroll ke atas blik…klu gne laptop ke,desktop ke,senang..ni gne hp,ssh…better xpyh mention lokasi time start cite…bia pembace gne imaginasi diorg…

  17. gile babeng kawan2 kau x boleh harap betul. mmg mcmtu la selalu lumrah berkawan, bile kita sanggup berkorban utk dia, dia pulak lupekan kite. cendol betul. sepatutnye dia kne bg tau kau dia balik ptg khamis tu bukan diam je and alasan “lupa”, weii how could your friend do that to you?

  18. mmm biasala tu nia. cuma jgn ambik negatif hal y jadi tu, kita manusia dngn sifat baharu tak terpisahkan. cuma bila komentor sekalian ckp bukan2 mcm tu, mcm mana perasaan depa semua y terlibat dlm cerita ni? sy perasan dr intro nia ngan kwn dy bukan gaduh pun dy ckp dy sedih ja. jgn komen teruk2 sgt. takut dari y x gaduh jadi x ckp lgsg sbb komen. tapi nia dan kawan2 dy x mcm tu, depa akan tetap bersama, sedikit ujian dlm persahabatan, jadikan persahabatan kalian penyebab kalian ke syurga.

  19. peghh…kawan pe cam lily tu…pentingkan diri sendiri je…pasni make sure kawan dgn mmber yg leyh susah senang bersama..hurmm

  20. kawan kau tu selfish gila. boleh pulak lupa nak bagitau dia dpt balik dgn abg dia. padahal beria2 suruh org teman dia, boleh. tak jadi balik lewat tak boleh bagitau? kalau aku kat tempat si lily, aku akan cancel je suruh abg aku amik jugak Jumaat sbb dh ajak kawan teman. bukannya ajak kwn teman lepas tu tinggal kwn tu sorang2.

    LIILY, IJA, KORANG SELFISH GILA NAK MAMPOS.

  21. wey gila ape kawan ko buat mcm tu. lily tak guna tu patut sedar weh dia punca kau duduk kat hostel tu lama, sbb tunggu dia, dia selfish gila boleh tak tolak abg dia nak amik, n tinggalkan kau sorg2, kalau aku la, the moment org cakap nak dtg amik, aku pk dulu aku balik tu affect sape2 tak, ni tak. sumpah tak guna punya member mcm tu, time susah mintak tlg ko, time sng dia byebye. pastu aku rasa si ija tu mmg taknak ko takut tapi silap la dia tau ko duduk sorg2 lepas tu, atleast inform. aku kalau tempat ija, aku tak senang hati gak tinggal kawan mcm tu weh, kene make sure kawan aku settle okey, baru sng hati, boleh eh kawan2 ko hidup dgn mcm tu? gila tak guna.

  22. Tak boleh nak salah kan si ija juga. Sebab nia sendiri tak suka amek port hal sekeliling. Bukan suruh busy body. Atleast, alert hal sekeliling. n si lily tu kalau tak boleh nak menyenangkan orang, jangan menyusahkan.

  23. Mmg seram gila.. tak apa la nia.. at least lepas kejadian tu ko dah tau mana satu kawan yang ko boleh buat kawan.. tu hikmahNYA

  24. aku baca cerita ko ni bukan takat seram je, siap pakej marah rase nak lempang je muke kawan2 ko tu. ape punya kawan lah nih. LILY ko memang tak layak digelar kawan. harap ko mereput tanpa kawan lily ooo lily

  25. Kawan-kawan ko memang hamblau. kalau aku sanggup berteleku kat pakgad kalau tau tinggal sorang2 kat asrama..lagi rela dari tinggal sorang kat blok tu….

  26. I feel u nia.. pernah macam tu masa study kat ptss. Mandi dlm keadaan meremang tu still terasa . 😿 Jangan kawan dorang . Hehe

  27. ak faham perasaan penulis.

    ak pun penah terkena ngn kawan2 taik mcm ni.

    konon mse study, nk kawan susah senang, alih2 tetiba dia dulu blah sb family dh dtg ambik!

    ak cukup terkesima beb.. dah baru2 ni mse adik ak duk hostel, dia terkena mcm ni jgk.

    kawa2 aku ceramahkan dia pdhal ak dh pesan part2 nk tlg kawan ni, biar berpada2. ak dh siap bg cth, tp dia buat jugak. atas tiket alasan “kesian kat kawan” pahtu skg ni men kawan yg ko nk tlg tu dik oiiii??????

    pesan ak, berpada2 nk tlg org, sb entah2 kita yg terkena balik!

  28. Setiap cite ad pgajaran lain kali belajat amik tau persekitaran sekeliling jgn.buat kepala.sndri kan dh kene..ngok

  29. KMKN kah ? aku stay situ juga 😅 nasib baik dah habis study sana . kerap juga kena ganggu dulu tapi buat tak tahu je la.

  30. Nasb baik batch saya takdak.. Batch 17/18.. Dahla duduk dkt blok yg sama dgn akak… Huaaa takut jugak sbb dekat blok F(blok dkt dgn rumah lecturer) kawan2 selalu nampak..

  31. cukup pantang kalo dpt kwn mcm 2 ekor tu.. kalo aku, mmg aku buat silent treatment je lepas tu.. dah tahap pedajal kawan ni eventhough buat tanpa sengaja..

  32. 100% jalan cerita yang menarik senang difahami.yang peliknya ada jugak speasis kawan cm tu kalau aku jadi hang dh lama putus kawan haha jahat tk aq tapi hakikatnya kawan kita yng prngai cm tu yg jahat.tapi aku respect lah kat hang NIA sbb hg boleh tahan dengan gangguan tu klau aku dah lama demam sebulan hahahaha

  33. Aku pon dah rasa macamana ko rasa..dok satu blok sorang2..ko xpe la satu malam aku tiga malam!!!…rasa macam nak kongsi dalm FS ni…tapi aku x reti nak tulis…bakat membaca je aku ada…huhuhuhu

  34. Peghh,gila ahh..berani stay lagi..klu aku tahlah..tp mmg harrem part mmbe tggalkn tu.
    Satu je pngajaran,amik tau sket hal2 yg trjadi kt tmpat kita tggal..bkn mnyebok,tp bekalan di hari kecemasan mcm yg ko lalui mlm tu..peghhh cenggini wei 🤦🏻‍♂️👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.