Nina bobo penghuni kuarters

Aku Lana
Peristiwa berlaku lebih kurang lapan tahun yang lalu. Kisah masih berkisar pada waktu aku bekerja sambilan dipusat pelancongan…

Jam menunjukkan jam 9 malam. Tinggal aku , kak long dan achik di kuarters. Memang kami saja yang tinggal sini pun. Achik datang kerana cuti sekolah. Malam tu aku tak on duty. Giliran kak Ida, manager kami bertugas di kaunter. Bila dia bertugas dia akan bawak anak-anak kecilnya seramai tiga orang. Yummy, Aina dan Chacah. Paling sulung Aina berumur dalam 5 atau 6 tahun, paling bongsu Chacah dalam berumur dalam 3 tahun.

Anak-anak kak Ida duduk di kuarters sementara tunggu ibu mereka habis bekerja. Di dapur achik memasak juadah malam. Bagaimana aku nak gambarkan kuarters kami ini. Rumah hutan di tengah belantara, open concept yang kita boleh merasa secara langsung aura hutan. Di dapur ada satu tingkap besar. Pandangan mesti menghala ke luar ketika memasak. Ada satu meja makan di situ.

Selesai memasak achik menghidangkan makanan. Dia yang sukakan budak-budak melayan anak-anak kak Ida makan. Bila budak-budak tak nak makan dia momokkan dengan lagu Nina bobo. Tau tak lagu Nina bobo.
“Nina bobo, oh nina bobo
kalau tidak bobo di gigit nyamuk..
Nina bobo, oh nina bobo
kalau tak makan Nina bobo datang” achik tukar liriknya sekali.

Selesai makan, kak long dapat panggilan dari kak Ida minta bantuan melihat bilik guest yang ada tandas tersumbat. Achik ikut kak long. Tinggal aku dengan budak-budak di rumah. Kami bergerak ke ruang tamu. Ruang tamu ni ada satu sliding door. Memang jelas sangat melihat ke luar.

Masa ni aku sudah rasa aura tak elok. Di ruang tamu ada satu lorong di belakang laluan untuk ke bilik. Bilik aku dengan kak long di tengah. Manakala bilik yang dua lagi kosong.. Kedudukan tv bertentangan dengan lorong itu tadi. Dari skrin tv itu kalau tv tak hidup kita akan nampak apa yang lalu lalang di belakang.
Budak-budak yang seronok bermain tiba-tiba berhenti. Semua mata menghala ke belakang tempat aku duduk. Lorong laluan ke bilik. Tepat di belakang aku seinci dua inci aku ada dapat rasakan aura negatif.

Masa ni aku duduk diam. Walaupun aku boleh melihat. Tapi aku tak boleh kontrol aura jahat. Lebih-lebih lagi bila ada anak-anak kecil. Aina, Yummy dan Chacah mendekat ke arah ku, sambil mata mereka tunduk memandang lantai. Aku tarik Chacah yang paling kecil dalam dakapan. Dari skrin tv aku dapat melihat bayangannya. Sangat hampir. Hanya di belakangku sahaja. Semakin kuat aku dakap Chacah. Aku takut dia apa-apakan budak-budak. Aku tiada kuasa untuk menghalang walaupun aku mampu melihat. Ini bukan cik ponti di sebalik pokok besar, bukan kak ponti di dapur yang hancur mukanya. Ini Nina Bobo yang datang singgah, yang menginginkan anak-anak yang aku rasakan auranya sangat jahat.
Di sebalik ekor mata aku masih boleh melihat dia di belakang.

“Pergi..” Arahku. Makin kuat Chacah dalam pelukan. Aku sendiri di situ. Aku sangat nantikan kak long atau sesiapa saja yang datang. Masa ni mulut ku kumat kamit membaca surah-surah yang aku
tahu.
“Aku nak mereka…” bisiknya garau di belakang. Aku dapat melihat kuku-kuku panjangnya melingkar di kerusi rotan tempat aku duduk. Cuba menggapai kepala Chacha. Boleh nampak kain putihnya terliuk di tiup angin kipas.
“kenapa lambat lah durang kak long ni datang.” keluhku sendiri.

Seminit dua minit sehingga setengah jam berlalu, pintu kecil di depan terkuak. Aku terkejut. Budak-budak terus memeluk aku. Tersembul muka kak long dan acik. Aku menarik nafas lega. Alhamdulillah.

“Kenapa muka pucat” seloroh acik. Masa ni aku nampak kain putih lusuh berkibar dekat sliding door. Aura negatif tadi perlahan-lahan menghilang. Keadaan kembali pulih.
Jam 11 malam kak Ida ambil anak-anaknya pulang kerana dia sudah habis duty. Tinggal aku, achik dan kak long di kuarters. Esok juga achik akan pulang kerana cuti sekolah hujung minggu sudah habis. Tinggal aku dan kak long dengan seribu satu kisah.

Nina bobo tadi bukan yang memang ada dalam resort ni. Dia datang singgah. Adakah kerana lagu Nina bobo atau memang dia dapat merasakan aura anak-anak dia singgah, aku pun tak tahu. Sebab antara ramai-ramai aku jumpa, aku paling tak suka dia. Sebab dia kacau budak-budak. Dan aku tak mampu melindungi kalau dia dapat menyakiti budak-budak. Kak ponti dapur dan adik poti dalam bilik hujung pun tak pernah kacau-kacau jahat macam tu. Kak ponti dapur ni, dia akan stay situ saja. Jadi jangan terkejut kalau nampak dia dok perhati kita lalu lalang situ. Adik ponti bilik hujung sekala sekala akan stay ruang tamu. Ni sering usik bila nak tutup pintu dia akan tarik.
Jangan nyanyi nina bobo bila tidurkan anak-anak tau..nanti dia datang..hahhaha.

**based on true story, kalau achik baca ni mesti ingat kan. Sampai sekarang tak nyanyi lagu tu lagi..**
lepas ni aku kan cerita pasal makcik karipap. Dia siap ada gerai depan kuarters.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cinta

6 thoughts on “Nina bobo penghuni kuarters”

  1. Lana, next postkan… request tulis link post2 sebelum nie… senang mo cari bah… ada 3 story sdh kan…? Thank you Lana.. Share lagi pengalaman di resort tu aaa…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.