Nuzi – Loket

Salam sejahtera Fiksyen Shasha. Terima kasih banyak-banyak sebab publishkan kisah Nuzi sebelum ni. Muaahh ciked :p.

Kepada para pembaca yang meminta sambungan untuk kisah Nuzi, minta maaf banyak-banyak sebab ambil masa yang panjang untuk menulis lagi. Rin tengah berperang dengan kajian tesis sampai tak ada masa hendak menulis. Dah lama tak baca cerita dalam Fiksyen Shasha juga. Sob sob sob T^T

Baiklah, kali ni Rin buat sambungan kisah si Nuzi tu dan ceritanya berkisar tentang loket. Mukadimah sikit, nama aku Rin, berumur 28 tahun. Seorang pelajar, penakut tapi suka baca cerita seram.

Kisah Loket ni berkisar tentang loket yang Nuzi pakai. 3 tahun sebelum Nuzi jadi housemate Rin, dia bekerja dekat satu tempat perubatan Islam. Dekat mana lokasinya biarlah rahsia. Semasa bekerja di situ bermacam-macam lah kisah mistik yang si Nuzi ni saksikan. Selepas setahun bekerja dia berhenti sebab dia hendak tolong mak dia berniaga. Tapi sebelum dia berhenti tu ada lah dia beli sebiji loket daripada pemilik tempat perubatan tu. Orang yang jual cakap loket tu batu mani gajah. Apa tu batu mani gajah, korang search lah dekat pak cik Gugel.. Aku pun pertama kali dengar pasal batu ni. Okay okay balik dekat cerita, loket ni kononnya bagi seri supaya kalau kita bergaul dengan orang tak akan gaduh-gaduh punya. Kira macam tu lah kegunaan batu mani gajah tu.

Semasa awal-awal si Nuzi ni pakai loket tu tak adalah benda pelik-pelik tapi selepas beberapa tahun, dia mula kena ikut dengan benda-benda ghaib. Gangguan semakin teruk apabila si Nuzi ni naik ke KL dan bekerja di sebuah minimart. Dengar-dengar cerita, store minimart tu memang tempat tinggal makhluk-makhluk tu.

Jadi setiap kali si Nuzi ni balik kerja malam mesti ada benda ikut dia. Kadang-kadang benda tu berbau wangi, kadang-kadang berbau busuk. Perempuan rambut panjang berbaju putih jalan terapung tak pijak tanah lah yang ikut dia. Paling tak best kalau ‘dia’ ikut si Nuzi ni balik rumah dan ‘dia’ join sekali tengok tv. Kalau ‘dia’ hendak tengok siaran yang kita tengok tak apa lah juga, ni dia pergi tukar-tukar siaran. Kepada pembaca yang sudah membaca kisah Nuzi, mesti korang ingat lagi kejadian ketuk-ketuk pintu yang Rin ceritakan tu. Benda yang mengetuk pintu tu dan yang gelak pada malam hari yang si Nuzi tu dengar adalah benda yang ikut dia sebab loket tu.

Pada mulanya, aku tak tahu juga yang loket tu punca semua kejadian pelik dekat rumah sewa kita orang. Selepas kejadian hantu gadis cina ikut Nuzi balik rumah pada bulan hantu lapar tu, aku terdetik nak suruh dia tanya siapa-siapa pasal loket tu. Bulan hantu lapar memang terkenal dengan bulan kena sakat dengan roh-roh. Kisah hantu gadis cina ni lain kali lah aku ceritakan ye? Jangan kecam saya.

Sepanjang Nuzi pakai loket tu, aku selalu nampak perempuan ikut dia dari belakang setiap kali aku tengok dia pergi kerja daripada balkoni rumah. Okay, rumah aku ni apartment dekat hujung sekali dekat dengan jalan masuk ke kawasan blok apartment jadi memang aku boleh tengok siapa-siapa je dekat jalan bawah tu. Kebiasaannya aku nampak baju je putih yang ikut dia tak pernah nampak kepala perempuan yang ikut dia tu. Masa ni Nuzi masih lagi bekerja di minimarts depan rumah kita orang.

Tetapi, hujung tahun lepas gangguan makin menjadi-jadi dekat rumah kami. Nuzi pun banyak kali mengadu dekat aku yang dia solat tak khusyuk langsung. Ada je rasa orang lalu dekat belakang dia, kadang-kadang tu langkah dia. Sampaikan setiap kali dia solat aku yang kena teman. Kalau dia solat subuh tu menggagau juga aku hendak bangun pagi teman dia sebab dia tidur dekat bilik aku dan solat dekat bilik dia. Kepada yang baru membaca kisah ni, aku terangkan sekali lagi yang aku ni bukan Islam tapi duduk serumah dengan orang Islam. Jangan kecam kenapa aku tak solat subuh ye.

Hendak dijadikan cerita, adalah sekali ni Nuzi tengah solat Isyak. Aku duduk main handphone tepi pintu bilik dia sambil pandang dekat tingkap bilik dia. Masa tu aku nampak tangan kecil macam tangan kanak-kanak lambai-lambai dekat Nuzi yang tengah sembahyang. Nuzi habis solat tu dia cakap dekat aku yang kepala dia rasa panas semasa dia tengah sembahyang. Apabila dia habis cerita dekat aku, kami berdua dengar suara kanak-kanak gelak. Aku dah awal-awal melompat masuk bilik aku sendiri. Seram aku kata kau.

Malam tu dia tidur dalam bilik aku juga, dia cakap ada benda duduk dekat hujung tilam dia betul-betul dekat dengan kepala dia. Tapi dia tak berani buka mata. Dia juga cakap dia rasa ada orang peluk dia masa dia tidur. Awal pagi dia dah sound aku cakap kenapa aku peluk dia malam tu. Aku pula yang kehairanan, aku jenis tidur himpit dinding kalau ada orang tidur dalam bilik aku. Bukan tu je, Nuzi selalu cakap dia nampak lelaki berdiri dekat hujung kaki aku semasa aku tidur. Disebabkan dia selalu sangat diganggu, dia tidur berkelubung dengan selimut. Kadang-kadang tu dia tak boleh tidur langsung waktu malam. Dia tidur siang pun tak nyenyak disebabkan dia rasa ada orang berdiri di hujung kaki dia pandang dia. Semasa roomate dia ada lagi duduk sebilik dengan dia, dia dua orang selalu nampak benda hitam berdiri di meja solek mereka. Tak tahan dengan gangguan tu, roomate Nuzi pindah rumah lain.

Aku pun mula tak tahan asyik kena ganggu dan mendesak dia tanya orang pasal loket dia tu selepas aku terbangun tengah malam tu tengok perempuan tua terapung atas Nuzi yang tengah tidur. Gila seram. Hendak berkalih ke sebelah pun aku tak mampu. Sepanjang hidup aku dapat nampak benda-benda ghaib ni, ni lah kali ketiga yang paling seram dalam hidup aku. Apabila didesak, Nuzi tanya dekat sepupu dia. Tapi sepupu dia cakap tak ada apa-apa. Nuzi percaya juga dekat sepupu dia tapi selepas dia cerita dekat mak dia apa yang aku nampak dan sering nampak, mak dia cadangkan dia buka je loket tu. Jangan pakai dah.

Sejak dia tak pakai loket tu, Nuzi cerita dekat aku yang gangguan dia alami dekat tempat kerja dah tak ada. Kalau dulu masa dia masih pakai loket tu, dia memang tak boleh hendak buat kerja sebab ada je benda tu satu family duduk bertenggek depan dia sambil-sambil selerakkan duit yang Nuzi kira. Kalau tak selerakkan benda tu buat duit berkurangan. Pernah juga benda tu buat Nuzi jatuh kerusi sampai bengkak punggung dia seminggu.

Berbalik kepada kisah loket tu, apabila dia buka loket tu dan tinggalkan dalam kotak dalam bilik dia. Aku memang selalulah dengar bunyi seolah-olah ada orang dalam bilik tu. Tapi dah tahu pasal loket tu, aku buat tak tahu je lah. Sampai satu masa ni, aku pun tak tahu kenapa Nuzi tiba-tiba tanya aku masa kita orang makan dekat luar. Dia cakap ‘Rin, cuba Rin terus terang je apa yang Rin nampak dekat loket tu? Kita dekat luar ni, benda dekat rumah tak akan dengar.’

Aku malas hendak cerita mulanya tapi lepas dia cakap dia selalu sakit badan dengan kesan lebam dekat paha. Aku macam serba salah pula kalau tak cakap. Aku mulalah cerita dekat dia dari awal lagi semasa dia bagi aku pegang loket tu, loket tu memang rasa panas. Corak dia seolah-olah bergerak. Aku anggap je tu mata aku menipu sebab mata aku selalu tipu aku ketika aku membaca untuk exam.

Aku cerita juga semasa Nuzi bergaduh dengan rakan sekerja dia dekat minimarts dulu, aku perasan yang warna loket tu jadi merah tua daripada warna asal dia jingga. Aku cerita dekat dia kisah masa kami pergi Cameron Highlands ada benda tertarik dengan loket tu. Padahnya aku demam tiga bulan, benda tu marah aku sebab aku marah Nuzi tak bagi dia duduk atas batu dekat tengah-tengah air terjun. Aku balik kampung berubat baru hilang kesan kena usik dengan benda tu. Akhir sekali aku terus-terang je dengan Nuzi memang aku rasa yang loket tu ada kaitan dengan perempuan yang aku selalu nampak yang ikut dia.

Selepas aku cerita semua tu dekat Nuzi, seminggu lepas tu dia balik kampung. Dia jumpa balik dengan sepupu dia. Apabila dia dah cerita yang aku nampak benda dalam loket tu barulah sepupu dia pun mengaku yang loket tu memang ada benda yang duduk.

Benda tu bukan asal dalam loket tu tapi benda tu tertarik dengan loket tu sebab loket tu panas. Aku pun tak tahu apa maksud ‘panas’ yang sepupu Nuzi ni cakapkan. Sepupu dia juga cakap yang duduk dalam loket tu sekarang adalah perempuan tua. Perempuan tua tu berminat hendak gunakan badan Nuzi tu sebab tu semasa Nuzi tidur ‘dia’ akan terapung dekat atas Nuzi.

Nasib baiklah budak Nuzi tu jenis bukan tidur ternganga. Kalau tak aku pun tak tahu apa dah jadi. Sepupu dia beria minta loket tu dari dia, selepas dia bagi loket tu dekat sepupu dia memang dia cerita dekat aku badan dia rasa ringan, mata panda dia pun dah hilang dan dia dah boleh tidur macam biasa.

Semenjak Nuzi tak pakai lagi loket tu, hubungan dia dengan orang sekeliling dia pun dah baik. Tak ada macam dulu, sikit-sikit hendak bergaduh. Aku pun dah tak mood swing tengok dia macam dulu. Kalau dulu memang tak tahu kenapa tiba-tiba boleh menyampah sangat tengok dia tu. Kadang-kadang rasa hendak sepak dia pun ada. Nuzi pun dah berhenti tanya aku macam mana rupa orang bunian dan dia teringin nak jumpa orang bunian. Kalau dulu setiap malam dia tanya aku. Memang rasa lega bila semua kejadian pelik yang terjadi dah tak ada. Aku pun dah boleh fokus dengan study dan kajian tesis.

Okaylah, cerita kali ni tak seram pun tapi aku nak ingatkan dekat semua, janganlah percaya dengan benda karut seperti batu itu batu ini boleh buat ini buat itu. Kuasa Tuhan itu lagi maha kuasa. Kisah Nuzi ni ada dua lagi yang aku hendak ceritakan. Kisah hantu gadis cina dan kisah kami ke Cameron Highlands (menyesal pergi Cameron Highlands).

Oraite~ Kisah kali ini Rin tamatkan sampai disini je lah ye. Haraf maafkan sebab Rin rasa kali ni penulisan agak berserabut sama macam otak Rin. Hehehe…. Have a nice day and night. {=

P/s: Bulan lepas (Mac), Nuzi nampak kak ponti dekat parking moto tempat dia kerja. Masa tu dia balik kerja pukul 11:30 malam. Kalau dia masih pakai loket tu, korang rasa apa terjadi? Jeng jeng jeng.

Nuzi – http://fiksyenshasha.com/nuzi/

5 thoughts on “Nuzi – Loket”

  1. ko jgn memain binatang punya barang nih igt kita je minat simpan…gaknye igt senang ke benda² tu nak dipakai kalo tak da makhluk² lain yg minat..
    Tu belum kira yg alpha male punya lagi. Ada saler door to door nak jual zakar harimau kering..masa kita kat dlm bandar ok le..kena masuk hutan nanti amek..kena kejar alpha male nanti sbb masuk kwsn(ayahanda kwsn) dia kang..1 hal nak langkah seribu hahaha

    Reply

Leave a Comment