#Stella – Jam antik

Assalam warga FS.

Kisah yang aku ceritakan dalam episod kali ni adalah tentang kawan aku, Wani dan jam pusaka milik keluarga dia. Jam ni dah jadi milik keluarga Wani sejak zaman British menjajah Tanah Melayu lagi. Aku tengok dah jam tu dan rupa dia memang cantik dan klasik. Jam tu kecik je dan sesuai kalau kau letakkan kat atas kabinet bersama bingkai-bingkai gambar.

Menurut Wani, jam itu diperbuat daripada perak tulen dan mechanism dalam jam tu pulak daripada emas. Betul ke tak aku tak tau. Aku bukan pakar tengok emas ni tapi bila tengok dalam tu memang kuning emaslah. Okay, panjang sangat pulak intro. Untuk memahami kejadian yang berlaku dalam hidup Wani berkaitan jam tu, terlebih dulu Wani minta supaya aku ceritakan sejarah jam tu, cerita yang disampaikan kepada kepada keluarga Wani dari generasi ke generasi.

Kisah Moyang Wani

Ada seorang perempuan melayu bernama Latifah. Latifah ni boleh dikatakan lawa la jugak. Jenis wanita melayu yang cantik ada tahi lalat kat bawah dagu tu. Sejak dari dulu lagi, Latifah ni bercita-cita tinggi. Nak kahwin dengan orang kaya dan duduk senang -lenang goyang kaki. Mungkin sebab kesusahan keluarga dia, dia nekad untuk tinggalkan kemiskinan dengan cara apa sekalipun. Bila penjajahan British di Tanah Melayu, ada seorang pegawai British bernama Mark ditempatkan di kampung Latifah. Dalam diam Latifah menyimpan hasrat untuk mengahwini Mark.

Dia minta bekerja dekat rumah agam Mark bersama dengan kawan baik dia, Mariani, moyang kepada Wani, sebagai tukang masak. Dalam beberapa bulan lepas mereka berkhidmat, si Mark ni berkenan kat Mariani dan berhasrat nak jadikan Mariani isteri dia yang sah. Sebagai bukti keikhlasan dia, Mark pun hadiahkan Mariani sebuah jam yang ditempah khas untuk Mariani. Selepas pegawai British tersebut meminang Mariani, Latifah lesap dari kampung. Tak ada siapa tahu ke mana dia pergi hatta keluarga dia sekalipun.

Even waktu perkahwinan Mariani dan Mark pun, Latifah tak pulang ke kampung. Untuk beberapa bulan, mereka bahagia tanpa sebarang gangguan sampailah satu hari bila Latifah tiba-tiba muncul. Tapi bukan Latifah yang dulu cantik dan ayu. Latifah yang baru ni nampak lebih tua dan matang. Padahal dia dan Mariani sebaya. Latifah datang mengadu yang ayah dia tak benarkan dia tinggal di rumah selepas menghilangkan diri secara tiba-tiba. Tanpa syak apa-apa, Mariani pun mempelawa kawannya tinggal di villa tersebut dengan dia. Kebetulan suami Mariani ketika tu sedang outstation di luar negeri.

Pada malam pertama Latifah tinggal di situ, Mariani bermimpi ngeri. Mimpi dia dibakar hidup-hidup. Namun Mariani mengabaikan mimpinya. Pada dia mimpi cuma mainan tidur. Malam kedua Latifah di situ, Mariani bermimpi ditelan ular. Hampir setiap malam Mariani diganggu dengan mimpi-mimpi yang menakutkan sehingga dia akhirnya kurang tidur dan selalu penat. Walaupun selalu kepenatan, Mariani tidak pernah lupa melayan Latifah sebagai tetamu. Cuma dia rasa pelik bila Latifah tidak petah bercerita seperti dulu. Pernah satu malam ketika Mariani ke dapur kerana dahaga air, dia melihat Latifah di belakang rumah sedang bercakap dengan seseorang dalam gelap. Bila diajukan hal ni keesokan harinya, Latifah menafikan dan mengatakan Mariani cuma berimaginasi.

Kepenatan Mariani semakin menjadi-jadi. Seolah-olah tenaganya digunakan untuk pekerjaan berat. Apabila dia akhirnya pengsan di rumah, dia dibawa berjumpa dengan Misi Senah (panggilan untuk jururawat). Dia dikhabarkan dengan berita gembira yang dia sedang berbadan dua. Mariani teruja dan pantas menulis surat meminta agar suaminya pulang.

Malam kepulangan suaminya merupakan malam tragedi itu berlaku. Disebabkan penat yang melampau, Mariani tertidur di sofa menunggu ketibaan suaminya. Tengah sedap tidur tu, tiba-tiba dia terasa kepanasan. Bila dia buka mata, tengok Latifah sedang melalukan lilin dekat sekeliling badan Mariani.

“Pah, apa yang kau buat ni?” tanya Mariani panik. Dia cuba untuk bergerak tapi dihalang Latifah.

“Shhh,”kata Latifah sambil meletakkan jari di bibir. Dia tersengih menyeringai. Mariani mula takut dengan kelakuan Latifah. Dia berusaha juga untuk bergerak. Tapi usaha terhenti bila Latifah tiba-tiba bangun dan mengeluarkan pisau yang tersimpan di belakang kain batiknya.

“Pah, apa yang kau nak buat ni?” tanya Mariani. Air mata sudah mula mengalir.

“Anak dalam perut kau tu sepatutnya anak aku! Suami kau sepatutnya suami aku!” jerit Latifah. Dia mengangkat pisau. Mariani menangis sambil cuba berfikir untuk melepaskan diri. Melihat keadaan Latifah begitu, Mariani mula mendapat idea.

“Pah, kenapa kau tak pernah bagitau aku yang kau suka Mark? Kalau aku tau, aku takkan kawin dengan dia,” kata Mariani. Dia berusaha untuk bangun sedikit demi sedikit. Latifah yang mungkin terleka memikirkan jawapan kepada persoalan itu gagal melihat tindakan Mariani.

“Kau kawan aku Ani. Kau sepatutnya ta.. Arggh!”

Mariani menolak kuat Latifah dengan sedaya yang boleh. Latifah tertolak ke belakang dan pisau genggamannya jatuh ke lantai. Dia memandang Mariani dengan wajah yang bengis. Pantas Mariani mencapai apa yang ada di kabinet berhampiran sofa, dan mencampakkannya ke arah Latifah. Setiap balingan itu kena pada Mariani tetapi dia seperti tidak terusik sikit pun. Ada beberapa luka di wajahnya akibat balingan Mariani. Tetapi dia mampu berjalan seperti biasa dan semakin menghampiri Mariani. Sampai di depan Mariani, Latifah menarik rambut rakannya itu.

Mariani yang kesakitan sekali lagi mencapai sesuatu di atas kabinet. Apabila berjaya memegang sesuatu yang agak keras, Mariani pantas memukul Latifah dengan objek tersebut. Dia memukul dan memukul Latifah tanpa henti. Sehinggalah dia sedar yang Latifah sudah tidak bergerak lagi. Mariani mulai takut. Objek tersebut terlepas dari tangan. Jam perak kesayangan pemberian suaminya dahulu. Jam tersebut kemek sedikit. Warna perak dicemari merah d***h.

Dalam Mariani ketakutan, Mark tiba di rumah. Bila dia melihat Latifah yang tidak lagi bernyawa, dia tahu dia perlu melakukan sesuatu untuk melindungi isterinya dan bakal anak mereka. Sejak dari hari itu, tiada siapa pernah melihat Latifah lagi. Bagaimana Mark menghapuskan bukti, rahsia itu terkunci rapat antara Mark dan Mariani.


Okay readers sekalian, minta maaf kalau penceritaan kat atas agak serius. Aku yakin mesti ada yang kata cerita ni tipu. Jujurnya, tak siapa tahu betul ke tak. Even Wani sekalipun. Sebab cerita ini diberitahu dari generasi ke generasi keluarga Wani. Tapi aku dah tengok jam tu, memang ada kesan kemik. Tapi kesan tak mengesahkan cerita. Berbalik kepada kisah utama kita untuk episod kali ni, pengalaman Wani dan jam pusaka keluarganya.

Kisah Wani

Aku request kat opah nak jam antik tu kat rumah baru aku. Mula-mula opah tak kasi sebab jam tu kan warisan keluarga tapi lepas dipujuk-pujuk akhirnya opah bagi jugak. Reason kenapa aku nak sebab jam tu sebab sesuai dengan kabinet baru yang aku beli. Kira kalau letak kat situ memang fits perfectly dengan colour dinding dan lighting rumah. Okay cukuplah pasal decoration rumah.

Hari pertama jam tu kat rumah, ada satu kejadian aneh berlaku. Malam tu kami sekeluarga (Aku, husband dan anak kami Mikail, 4 tahun) sibuk mengemas. Well, sebenarnya aku dan husband je yang mengemas. Mikail duk busy unpack barang mainan dia je. Tengah busy menyusun barang tu, tiba-tiba Mikail menjerit. Aku dan husband panik. Takut jugak kalau dia dihempap kotak-kotak yang bertimbun banyak. Kami berlari mendapatkan dia. Tapi dia tak apa-apa pun. Cuma muka dia pucat macam ketakutan sikit. Tangan dia asyik duk tunjuk ke arah kabinet baru aku.

“Kenapa Mika?” tanya aku.
“Ada auntie muka d***h-d***h kat situ,” jawab Mikail sambil cuba menyembunyikan wajah dia kat badan husband aku. Aku dengan husband dah berpandangan. Tak pernah pulak Mikail buat perangai macam ni. Sudahnya malam tu, Mikail tidur dengan kami berdua.

Kejadian seterusnya berlaku masa husband aku bawa Mikail pergi klinik sebab dia demam, aku duk sorang-sorang kat rumah. Mikail demam biasa je sebab time ni cuaca tak menentu. Tak ada unsur-unsur mistik kat situ. Aku pun duk busy sapu-sapu habuk kat kabinet bila aku perasan ada kesan merah kat alas kat kabinet tu. Kesan merah tu terletak betul-betul kat bawah jam antik tu. Aku jadi pelik. Balik dari klinik aku tanya Mikail kalau-kalau dia ada pegang alas meja tu bila tangan tengah comot, Mikail menafikan. Husband aku pulak kata tak logik kalau Mikail sebab tangan dia tak sampai nak capai barang kat kabinet tu. Selepas kejadian tu, tiap-tiap minggu aku kena cuci alas meja sebab kesan merah tu ada. Bila ganti dengan alas meja lain pun tetap ada. Bila masa dia kotorkan aku pun tak tau. Tau-tau je bila weekend nak mengemas dah ada. Start masa ni, aku dah suspect something wrong dengan jam tu.

Ada satu malam tu, husband aku outstation. Yang ada kat rumah cuma aku dengan Mikail je. Aku tengah tengok TV berdua tiba-tiba dengar jam besar kat rumah aku berdenting. Pelik sebab jam tu selalu berbunyi pukul 12 sedangkan sekarang baru pukul 9 lebih. Jam tu aku letak kat dining room supaya senang semua orang tengok masa breakfast. Aku pun pergilah check ke situ. Jam tu terhenti kat 9 lebih sama macam jam kat handphone aku time tu. Masa tu aku assume habis bateri kot. Baru nak patah balik, aku dengar Mikail menjerit. Laju aku lari ke ruang tamu. Tengok anak aku dah terbaring atas lantai. Gila tak panik. Cepat aku lari kat anak aku tengok Mikail macam pengsan. Cepat aku dukung dia bawa ke kereta, nak bawa pergi klinik or hospital berhampiran. Aku baringkan dia kat back seat sebelum terkocoh-kocoh ke tempat driver.

Aku pun start kereta, dah reverse pun tapi brake mengejut. Sebab aku nampak anak aku elok je kat pintu masuk rumah. Siap panggil-panggil aku lagi. Masa tu jantung nak gugur dah. Kalau Mikail kat depan aku, kat belakang ni siapa? Perlahan-lahan aku off kan enjin. Memang tak berani toleh atau jeling cermin belakang tu. Aku keluar dari kereta, cepat dukung Mikail kat pintu masuk dan terus masuk dalam.

“Mama nak pergi mana tadi?” tanya Mikail masa aku tengah lock pintu.
“Tak delah. Mama saja nak start kereta tadi,” jawab aku pulak. Mikail macam confused.
“Tapi kenapa mama tinggalkan auntie kat dalam kereta? Kesian dia, ada banyak d***h kat muka dia.”

Gulp! Nak tercabut jantung bila dengar ayat Mikail. Aku angkut anak aku terus pergi bilik tidur. Baik tidur je. On the way nak ke bilik tu lalu kabinet baru aku tu, aku tengok jam silver tu jatuh kat lantai. Tapi bukan jam tu yang menarik perhatian aku. Tapi cecair merah yang ada kat sekeliling jam tu. Aku ignore jam tu, dan terus panjat tangga nak ke bilik. Tapi memang harapan lah kalau dapat tidur dalam keadaan takut macam tu. Tengah takut peluk Mikail tu, tiba-tiba anak aku bersuara.

“Mama, auntie ada berdiri kat pintu tu. Mama, kita bawa auntie pergi hospital nak? Auntie macam sakit je.”

‘Diamlah, Mikail. Janganlah tegur-tegur. Mama dah takut ni,’bisik aku dalam hati. “Mikail, tidur je lah. Biarkan auntie tu,” kata aku sambil mengusap kepala anak aku. Aku berpura-pura pejam mata.

“Mama, auntie pesan kalau nak tidur, tidur betul-betul. Jangan main-main macam tu.”

Aku terus buka mata. Tapi yang aku usap sekarang bukan Mikail. Tapi satu bungkusan hitam yang berbentuk tubuh manusia. Bau busuk mula menyengat hidung aku. Aku melompat bangun dari katil. Benda pertama yang aku fikir cuma Mikail je. Kat mana anak aku? Perlahan-lahan bungkusan tu bergerak-gerak macam cuba nak keluar dari situ. Aku pun apa lagi. Lari laju keluar dari bilik terus pergi ke ruang tamu. Kat situ aku nampak anak aku tengah elok je baring-baring sambil main ipad. Tak fikir panjang, aku terus dukung Mikail dan capai kunci kereta. Mikail meronta-ronta jugaklah marah sebab ganggu dia main. Before aku drive keluar, aku text husband kata nak tidur rumah kawan. Lepas tu aku terus keluar.

“Mama, kita nak pergi mana?”
“Mika, kita tidur rumah kawan mama ye malam ni?”
“Okay, tapi tak pe ke kita tinggal auntie? Tadi Mika nampak mama bawak auntie naik atas,” kata Mikail selamba. Aku meraup muka penat.
“Mika, lepas ni kalau nampak auntie, Mika buat tak tau je tau,” jawab aku. Mika mengangguk sebelum sambung main ipad.

Keesokan harinya, aku balik rumah semula dan terus packing balik kampung. Aku pack sekali jam tu. Nak pulangkan kat opah. Walaupun aku tak sure, tapi aku rasa macam jam tu lah puncanya. Sebab lepas aku pulangkan, takde kejadian aneh pun berlaku kat rumah aku. Mikail pun takde nampak apa-apa perkara pelik lagi dah. Masa hari aku pulangkan jam tu, aku cerita kat opah kejadian yang berlaku pada aku semalam.

“Lepas ni, jangan sesekali minta kat opah lagi jam ni. Biarkan dia kat sini. Even lepas opah dah tak de pun. Pesan dekat sepupu-sepupu kamu yang lain pun.”

Tak de maknanya aku nak minta jam tu lagi sekali. Tak pasal-pasal Mikail dapat best friend auntie muka d***h-d***h pulak nanti. Aku pernah tanya opah kalau-kalau dia ada kejadian aneh sepanjang jam tu ada kat rumah dia, dia cuma senyum-senyum je tak nak jawab. Mungkin tak nak bagi aku atau sepupu lain takut kot. By the way, rumah yang opah aku duduk sekarang memang rumah asal moyang aku, Mariani.

Stella

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

33 thoughts on “#Stella – Jam antik”

  1. #stella, mesti umah moyang mariani ni rumah agam kan? kat area mana? share laaa
    ( sapa follow crita peninggalan arwah – IIUM confession mesti fham bab2 pusaka ni )

    Reply
      • hmm menarikk kalau dapat explore kan?
        nanti klau dah ada sambungan pasal Nadia, jgn lupa share. ( tetiba )
        keep it up #stella, mana tau nanti dah banyak, bleh tulih novel pulak.
        Novel fiksyen pon ok, sbb hang ada banyak cerita nak refer.
        Gud luck
        #followerhang

        Reply
    • Rumah pusaka orang buat apa kau nak tahu derr. Privacy keluarga diorang. Tk yah nk explore2 bagai.kang jumpa bnda lain pulak.kihkihkih

      Reply
    • Kalau ada sambungan, akak sambung ye. Sebab nadia pun tgh busy sekarang. Mungkin bila jumpa dia nt baru boleh share cerita.

      Reply
  2. Tak tahu la nk komen apa , sebab cerita asal usul pasal jam antik tu ada persamaan dgn cerita yg aku tulis , aku menulis cerita seram sekadar untuk suka-suka , ikut imaginasi aku sendiri , kalau betul la.. aku yg scary ni ???

    Reply
    • Ada persamaan dgn cerita sis ye? Cerita tu dikisahkan dari keluarga wani generasi ke generasi. Jadi mungkin ada unsur tokok tambah untuk sedapkan cerita ?

      Reply
  3. Fuhh..baca pon dah seram, meremang bulu tengkuk. Kalau buat movie nih confirm seram giler. Best, ada 2 zaman dalam cerita nih.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.