Cinta Kain Putih

Assalamualaikum Semua,
Terima kasih admin sebab siarkan cerita aku. Jangan Pandang Atas Bumbung. Ada yang dah jumpa jodoh ke lepas baca cerita tu?Kalau belum,cuba lagi,biasanya memang ada yang bertenggek atas tu.Hahahaha.

Okay,intro ringkas,
nama aku Jay,asal dari pantai timur.
Cerita aku kali ni masa zaman aku sekolah asrama lebih kurang 11,12 tahun yang lepas.

Aku sekolah di sebuah daerah di Negeri Pahang.
Asrama untuk pelajar berada di belakang sekolah.Asrama ini ada 4 tingkat.Setiap tingkat ade 8 bilik untuk pelaja yang boleh menempatkan 8 orang 1 bilik.

Antara 2 bilik pula ada 1 bilik air yang menempatkan ruang untuk membasuh baju,3 bilik mandi dan 3 tandas kiranya tak seperti asrama sekolah lama yang tandas,bilik airnya dihujung blok asrama.

Ok,cukup info,nak lukis tak boleh terpaksa la menaip dan terpaksa la
korang membacanya..

Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 4 memang Aku tak diganggu makhluk halus,jin,syaitan ni.

Ada pelajar junior,senior yang kena ganggu,penampakan lah tapi aku alhamdulillah 4 tahun aman siap prank budak budak junior lagi.
Prank biasa lah kalau duduk asrama,balut diri dengan selimut buat macam Pocong.

Aku terkena juga akhirnya bila tiba masa exam SPM.Sedia maklumlah SPM hujung tahun.Jadi asrama agak sunyi memandangkan hanya
Aku dan rakan rakan tingkatan lima yang ada.

Ada dua kelompok,
satu kelompok yang betul-betul belajar,ikut Law asrama dan aku kelompok kedua,belajar ala kadar,hisap rokok,Fly asrama dan macam2 kenakalan lah senang cerita.Jadi anggapan aku sebab tu lah aku tak ade kena kacau dengan hipotesisnya.

“Geng tak kacau geng”.
Tapi aku silap.

Pada 2 malam terakhir,
Lepas study ala kadar untuk last paper pada hari last.Aku tergerak nak membasuh pakaian kotor yang aku biar beranak pinak dalam baldi.

Bila datang rajin ni memang tak kira masa dah lagi pulak aku tak ada rasa mengantuk,rasa seram pun takda sebab bertahun duduk takda apa.
2 lagi kawan aku dah terbongkang dah tidur.Yelah,pukul 3 pagi dah masa tu maunye tak nyenyak.

Aku letak baju,seluar kotor dilantai.Aku pasang lagu di handset sony Walkman. Tak kuat sangat tak slow sangat volume.
Aku letak dalam baldi kecik yang biasa untuk letak ubat gigi dan berus gigi tu. Aku pun mula membasuh baju sambil ikut menyanyi takdela kuat macam nak karoke tu.

Lupa nak cerita,di sebelah tempat basuh baju dindingnya pakai batu bata lubang angin dari paras lutut sampai la atas sikit dari kepala.
Saiz lubang muat la nak hulur tangan dari luar ke dalam.Aku tinggal di bilik menghadap hutan di sebelah kanan asrama.Ada ampaian baju
yang dan pagar antara asrama dan hutan.

Sedang aku seronok membasuh sambil menyanyi kecil akhirnya sampai lagu
CINTA KAIN PUTIH dendangan Putra.
Sampai je part ,

” Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu…”

Tiba tiba bulu roma aku meremang lain macam.Aku rasa semacam dah macam ada yang tak kena je.Habis je part tu tiba tiba lagu terhenti
macam kena pause. Aku dah gelabah nak bangun. Tapp! Lagu terpasang semula! Terduduk balik aku sebab terkejut.

“Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa”

“Aaaaaaaaaaa….”
Tiba ada suara perempuan Aaaaaaa part berjumpa tu.
Aku memang yakin suara tu bukan dari dalam lagu kat handset aku sebab aku dengar dari suara datang dari depan aku dari lubang angin tu.

“Aku ada ni,kau cari aku?
nak jumpa aku?”
Suara perempuan halus,manja je.
Kali ni,Betol2 sebelah telinga aku.

Merangkak rangkak aku secepatnya keluar dari bilik air sambil aku dengar ketawa dia yang merdu tu aku memang tak toleh belakang dah,nak bangun lari memang cari pasal la lantai licin.

Jejak je tangan kat lantai bilik,terus aku lari dan melompat atas tiga katil yang memang dirapatkan dan diletak di tengah tengah bilik oleh kami bertiga.Elok pulak kosong kat tengah2,kawan aku sorang mengiring kiri sorang mengiring kanan.Terus aku rentap kain selimut kawan aku buat tutup muka. Bau hapak pun hapak la.Ayat semua baca terabur habis.Jantung laju berdegup.Dub,dab,dub,dab.

Dalam serabut,serabut,takut,takut aku tertidur sampai lah keesokan harinya.Aku terjaga bila kawan sebilik aku kejut aku ajak pergi makan sebab dah hampir pukul 11.30 pagi masa tu.Aku suruh dia tunggu aku nak mandi dulu.

Aku masuk bilik air dan tengok baju aku tengah basuh,handset aku sama macam aku tinggal semalam.

“Sial punya hantu,dah la tak tolong basuh pun”
Geram aku,berani lah cakap macam tu sebab hari dah siang kan..

Lepas mandi, tengah aku siap2 pakai baju ape semua,
Anip yang tengah tunggu aku di katil tepi pintu keluar bilik,tegur aku.

“Berani kau eh semalam,relax je basuh baju,Siap tidur lagi sorang sorang kat bilik ni”

Aku yang tengah tutup pintu lokar tiba tiba rasa cuak yang teramat.
“Kau cerita apa ni Nip?”

“Lah,semalam masa kau basuh baju kan ada perempuan ketawa mengilai kuat kot,Sampai aku ngn Joe terbangun,kami dengar
kau basuh baju,kami jenguk tengok kau relax je berus baju padahal dia
cangkung sebelah kau,kami pun lari la tinggal kau pergi bilik Kamil,tunggu jugak kau tak datang datang,last last kami tertidur kat sana ”
Anip bercerita tanpa ade tanda tanda menipu.

“Kenapa Jay?”
Anip bertanya bila lihat aku macam terkelu.
“Takde ape lah,jom gi makan”
Padahal aku dah mati selera dah,berat rasa kepala,berfikir fikir,aku tidur dengan siapa semalam?

Sejak pada tu sampailah sekarang.Aku dengar waktu siang je lagu
Cinta Kain Putih ni.
Aku kelaskan lagu ni sekelas dengan Ulek Mayang.Bagi aku la.

 

Cuba la dengar malam malam, nyanyi nyanyi,sorang sorang.
Mana tahu jodoh kain putih datang nak nyanyi sama sama.

Assalamualaikum.

Jentik Jentik
Cinta Kain Putih
9.3 (92.89%) 45 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

21 comments

    1. Diorang dengar awal lagi perempuan mengilai dan waktu diorang jenguk tu aku tengah fokus memberus lagi,hareii betui..😂

  1. Celah tu pulak ter play lagu pontian nakmetal-60an..last skali langsuir liar-rustyblade..fuh memang meriah lah hang malam tu..haha

    1. Ade,tapi awal awal aku da set playlist,
      Boleh pulak lagu kita tak pernah terjangka,dia punya jawab lagu tu terngiang ngiang sampai sekarang.😅

  2. Menipu la kau… kalau jin ni nak takutkan kau, tak payah nak tunggu lagu ni keluar dulu… bila2 je boleh sbb ko mmg penakut… dah penakut, nak takutkan orang lain pulak… cittt!!!

  3. Seram kelakar cite ni..tp sanggup plak tu kwn2 tgk and blah je..xde plak nak panggil2 kamu atau nak gitaw kamu ada cikpon kat tepi..mmg lawak..hahaha

    Nak lagiiiiii!!

  4. Aduhhh.. sblm ni selamba je aku smule lagu ni tgh2 mlm buta sbb sunyi sepi dan xde gangguan kan.. xde la plk rasa takut. Tp lps baca kisah ni, mmg tidak la aku bawa nyanyi mlm2.. haha

  5. actually dh lama dgr cita yg lagu ni mcm mistik ckit. Bila tgk balik lirik2 lagu tu mmg rsa lain macam ja. Tapi nice story bro!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.