OBSES SELFIE

Kecanggihan teknologi masa kini amatlah di luar jangkaan terutamanya telefon pintar yang pelbagai jenis dan bentuk. Ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa dan di anggap sebagai satu trend untuk kita mengabadikan segala moment-moment indah kehidupan.

#ObsesSelfie
Histeria
Aku bekerja sebagai kerani(parttime) di sebuah pasaraya berdekatan dengan rumahku pada hujung tahun 2014. Aku berasa lega kerana mendapat kerja dan bolehlah aku simpan sikit-sikit duit itu untuk yuran semester pertama nanti. Bukan apa aku tidak mahu menyusahkan kedua-dua ibu bapaku.

Rutin harianku pergi kerja pukul 10.00 pagi balik kerja macam biasa pukul 7.00 malam, kadang-kadang pukul 10.00 malam tapi tak ada satu pun yang aneh, mungkin aku selalu balik awal dan malas buat OT sampai Abang Hafiz tegur aku supaya buat OT boleh dapat duit lebih sikit.

Hari tu ingat lagi sedang asyik aku membelek invoice sambil mengadap komputer tiba-tiba abang Hafiz masuk office dan kata dekat bilik akaun tingkat atas ada orang kena rasuk. Masa tu ada aku, kak Shun, Uncle Muthu dengan Mr Lim. Mana taknya kecoh satu pasaraya sebab ada orang histeria. Kak shun beria-ria ajak aku sebab nak tengok orang histeria. Aku menolak sebab aku kata kerja banyak nanti tak siap padahal aku takut nak tengok sebab aku dah mindset dalam kepala nanti mesti dia terkam aku, tengok aku dan lain-lain.

Kak Shun, Abang Hafiz dengan Uncle Muthu pun keluar dari office dan pergi bilik akaun, cuma aku dengan Mr Lim saja time tu. Lepas pada tu, Mr Lim pula bangun dan sebelum dia nak pegang tombol pintu aku tanya ‘Mr Lim mahu pergi mana?…. Dia jawab ‘I mau pergi atas la tengok’….. Mr Lim berlalu pergi.

Aku memerhatikan setiap bucu office tu walaupun aku tahu office tu tak berapa besar mana pun. Meremang bulu romaku dan aku jadi takut sangat last aku buat keputusan untuk naik atas tengok apa yang berlaku.

SEHARI SEBELUM KEJADIAN
Mira adalah seorang gadis dan promoter pakaian (part time) di pasaraya itu. Mira juga adalah seorang yang terlampau obses untuk berselfie tak kira tempat dan waktu, pantang ada masa terluang saja akan berselfie dan mengambil gambar belum lagi di campur dengan gambar pemandangan dan makanan.

Sedang asyik Mira berselfie kawannya Ifa datang nak join selfie sekali, macam-macam mimik
muka mereka buat selagi tak puas hati selagi tu lah berselfie. Tengah asyik membelek gambar yang di ambik, Mira campak telefon pintarnya ke atas baju-baju yang di lipat kemas. Ifa tanya ‘weh,kenapa campak phone nanti tak pasal jatuh kat lantai’……….Mira kata ‘Ifa kau tengok la sendiri’….. Ifa ambik telefon pintar Mira dan tekan punat lock, nahh terpampang gambar selfie tadi, tapi tak ada yang pelik pun. Mira suruh tengok lagi dan suruh Ifa zoom sikit gambar tu.

Sekali lagi zoom, “Ya Allah”………… Mira dekatkan diri dia dekat Ifa dia takut sangat-sangat dengan apa yang dia lihat. Terasa bala apa yang akan terjadi selepas ini ingin sahaja kedua-duanya berlari pergi dari situ tapi kaki cukup berat untuk melangkah keras seperti tugu negara.

Terlihat susuk tubuh seseorang berpakaian putih badannya agak bongkok seperti nenek tua tetapi muka samar-samar berdiri di belakang mereka. Terasa badan seram sejuk dan seperti ada yang memerhati dari situ. Mereka saling berpandangan dan ingin tunjukkan kepada boss mereka di dalam office. Mira dan Ifa masuk ke dalam office tunjukkan gambar kepada boss tetapi disuruh delete gambar itu dan boss suruh lupakan anggap macam tak ada apa-apa. Boss mereka menyuruh mereka pulang dan berehat. Akhirnya mereka akur dan pulang ke rumah.

Keesokkan iaitu hari kejadian Ifa demam panas dan MC manakala Mira datang bekerja seperti biasa tetapi kelihatan pucat seperti orang yang tidak cukup tidur dan rehat. Ramai yang menyuruh Mira untuk pulang sahaja ke rumah dan berehat tetapi dia tetap berdegil untuk bekerja. Sedang asyik melipat dan menyusun baju supaya nampak kemas. Tiba-tiba terasa meremang bulu romanya dan seperti ada suara yang berbisik di telinga kanannya. Mira terkejut dengan pantas pusing ke belakang tiada apa yang ganjil. Mira berlari anak ke arah Kak Saza dan memberitahu tentang itu dan kak Saza menyuruh Mira untuk pulang sahaja. Selepas itu berlaku histeria di bilik akaun tetapi sebelum itu ada cakap Mira pun meracau cuma dah dipapah balik ke rumahnya, part Mira aku tak berapa tahu sangat.

BILIK AKAUN
Aku berlari anak mengikut Mr Lim naik tangga. Mr Lim tengok aku dan dia senyum sinis mesti dalam hati kata aku ni penakut lah tu. Sampai sahaja di bilik akaun aku dengar ada orang yang meronta-ronta. Tangan dan kakinya di pegang tetapi cukup
kuat hingga ada yang di tendang olehnya memang cukup dasyat. Rupanya Kak Tasha bahagian akaun yang histeria, badannya tidak la besar mana tetapi 6 orang terpaksa memegangnya.

Masa Kak tasha histeria abang guard ada la tanya beberapa soalan. Aku ingat-ingat lupa sebab kisah ini dah lama.

Abang guard: Kenapa kau masuk badan dia?

Kak Tasha: Badan dia lemah sebab tu senang aku masuk. (sambil dok jeling abang guard, aku time tu dekat belakang orang lain tak berani pandang mata seram yakmat)

Abang guard: Apa yang kau mahukan?

Kak Tasha: Aku lapar. Aku lapar. Aku lapar!!!!! tiba-tiba dia menjerkah terkejut semua orang dekat situ.

Aku dekat situ dah tak senang duduk dah dan takut apa benda nak jadi. Kadang-kadang dia gelak , lepas tu menangis lepas tu marah, lepas tu jadi normal balik pastu jadi balik (aku rasa kak Tasha tu sedar cuma dia tak boleh control diri dia sendiri)

Abang guard: Apa kau nak makan? abang guard saja pancing benda tu.

Kak Tasha: Aku nak d***h!! Aku lapar tahu tak dah lama aku tak makan. Kau jangan tanya banyak-banyak boleh tak bodoh!!

Abang guard ada lah baca ayat-ayat suci Al-Quran yang dia tahu. Kak tasha jeling dia pandang tajam jaa.

Kak Tasha: Diam!!!! diam!!! sakit tahu tak sakit!!

Abang guard baca lagi. Lama juga la macam tu sampai ayah kak Tasha ni datang berubatkan anak dia sendiri. Ayah dia tahu pun sebab officemate kak Tasha yang bagitahu Kak Tasha tiba-tiba histeria. Aku tengok la ayah dia tu tengah baca sesuatu sebab mulut dia macam bergerak-gerak pastu Kak Tasha pengsan sedar minum air yang ayah dia bawa.

Lepas kak Tasha sedar dia terus peluk mak dia, mak dia cuba tenangkan dia kata tak ada apa-apa. Aku tengok la mata dia merah sangat dan dahi kak Tasha tu macam ada garis merah macam berdarah, mungkin masa dia meracau dia terlampau berkerut dahi sampai berdarah.

Aku ada la sembang dengan Mak kak Tasha ni dia cakap memang Kak Tasha ni badan lemah selalu kena rasuk tak sangka pula dia kerja kat tempat baru ni kena juga. Seminggu juga Kak Tasha tak datang kerja tapi aku still tunggu nak tanya khabar kak Tasha tapi sayangnya sejak hari kejadian dia berhenti kerja terus.

Ayah Kak Tasha ada datang ke pasaraya untuk buat pembersihan kawasan dan bagi tahu memang ada penghuni-penghuni dekat situ siapa yang bertuah boleh la nampak. Memang betul pun ada auntie cleaner india selalu cuci dekat store atas dengan tangga, selalu nampak lembaga hitam. Ada satu hari tu aku lalu dekat tangga nak bagi invoice dekat akaun, auntie cleaner tu dok maki-maki dalam bahasa tamil dekat tangga, padahal tangga tu tak ada apa pun tapi meremang juga la bulu roma aku time tu tapi aku buat relex ja macam tak ada apa. TAMAT!

Berbuka puasa

”1…2..3… Senyum” kata Tikah sambil menekan punat tengah camera iphone 8 miliknya, banyak juga gambar selfie kami berlima iaitu aku,Tikah, Maria, Fara dan Alisa. Idea untuk makan bersama aku yang ajukan nasib mereka semua setuju untuk berbuka puasa sekali. Nasib baik aku sempat reserved kedai makan dekat area SP kalau tidak jenuh cari kedai lain sebab ramai juga yang makan dekat situ tambah pula bulan puasa.

Aku datang lebih awal dan menunggu mereka sampai. Di atas meja terhidang makanan yang aku order awal tadi dan makanan paling femes dekat situ mestilah tomyam, tomyam kedai tu memang padu biasalah kedai patani rasa sedap yatmat. Aku pun ada tapau juga bawak balik tomyam padu tu.

Sambil menunggu azan berkumandang untuk berbuka puasa kami ada la berborak-borak tanya khabar dan sambil tu sempat lagi selfie bersama-sama. Biasa la lumrah perempuan mesti nak selfie kan selagi gambar tu tak perfect selagi tu la dok ambil.

Kami sedar selepas masing-masing pulang ke rumah dan sahabatku Tikah yang beritahu ada something yang pelik dengan gambar tu. Sahhhhh!! ada sesuatu yang pelik dekat gambar tu. Boleh bayangkan tak gambar selfie kami berlima dari kiri Tikah,aku,Maria,Fara dan Alisa paling hujung, masing-masing letak tangan di bahu tapi Fara tak letak tangan dia kat Alisa tapi ada tangan orang lain.

Tangan tu seperti tangan orang tua, hitam mengerutu dan kukunya panjang setiap satu. Habis meremang bulu romaku masa tu. Aku ada forwardkan gambar ini dekat kawan yang lain tapi mereka tidak percaya dan menuduhku edit gambar itu. Mana mungkin di bulan puasa ada hantu yang terlepas tapi memang benar apa yang aku nampak tu ialah realiti.

Kisah ini juga pernah kecoh di media sosial dan ada yang tidak percaya akan kewujudannya. Ada yang kata kedai patani tu ada pakai pelaris untuk memajukan perniagaan mereka, tapi memang betul ramai yang datang makan di situ kadang-kadang sampai tak cukup tempat la.

Moral of the story nak selfie memang tak salah, tapi biar kena tempat dengan masa. Mana lah tahu kita tengah syok ada yang ikut join sekali. Cuba la check phone korang manalah tahu ada kan. #gurau. Sorry aku guna ayat pasar ja nih, tapi ni memang dari true story cuma watak tu aku ubah sikit. Thanks FS dan pembaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

MERAH

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “OBSES SELFIE”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.