Opah

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin jika cerita aku ni terima, jika tak terima tak apalah. Aku menaip ni memang saja-saja nak habiskan masa lapang. Aku rasa tak perlulah aku intro panjang2 kerana korang tak kenal aku pon.

Sebelum aku mulakan cerita ini aku akan perkenalkan watak dalam cerita aku iaitu opah kiah (nama aku ubah supaya tak ada kalangan keluarga yang tahu). Jalan cerita terpaksa aku olah sedikit supaya tidak tertangkap tentang siapa yang aku cerita. cerita ini sekadar perkongsian tidak bertujuan menfitnah.

Aku mulakan tentang opah kiah. Dia opahku. Kisahnya bermula apabila opahku jatuh sakit dan mengalami alzhaimer 10 tahun yang lalu, ibuku waktu itu baru bercerai dengan ayahku. Jadi aku dan ibu serta adik-adik berpindah tinggal bersama opah. Opah aku ni mempunyai 7 adik beradik. Opah merupakan anak bongsu. Ayahnya meninggal sewaktu dia masih kecil, maka opah berdikari menoreh getah untuk mendapatkan wang. Opahku ini seorang oku. Dia hilang pendengaran semasa berumur 22 tahun. Maka opah seorang yang sangat kuat dan tegas, jarang merasa takut akan benda-benda mistik.

Apabila opah mula menghidapi alzhaimer, keadaannya agak teruk kerana dia sering bercakap seorang diri dan suka keluar pada waktu maghrib.

Kisah pertama:

Sewaktu 10 tahun lepas, sewaktu tu opah demam panas. Aku masih ingat sebab aku lepak di atas katil sambil memicit kepalanya. Tiba-tiba katil opah bergegar. Aku dapati opah menggigil seperti kena sawan. Aku cepat-cepat call ambulans, bawak ke hospital. Hari ke-3 di hospital, opah mula buat hal pertama; dia cuba mencabut wayar pesakit-pesakit lain. Doktor menyuruh kami membawanya pulang ke rumah dengan opah yang masih memakai persalinan hijau. Opah di atas kerusi roda tersenyum kerana dapat balik ke rumahnya.

Opahku ini walaupun alzhaimer, dia masih ingat aku dan keluargaku kerana aku rapat dengan opah. Sesampai di rumah, belum sempat berhenti kereta, opah terus keluar. Dia berlari ke arah hutan di belakang rumah jiranku yang bernama opah As. Di belakang rumah opah As adalah kawasan kelapa sawit. Malam itu kami satu kampung mencari opah di sekitar situ. Nasib baik opah belum pergi jauh. Kami bawa dia balik ke rumah, namun di tak nak masuk. Katanya itu bukan rumahnya. Dia juga ada berkata hendak pulang ke rumah. Lupa aku nak cakap, tapak rumah opah As merupakan bekas tempat sembelihan satu ketika dahulu.

Opahku meronta ingin ke sana. Katanya itu tempat opah. Dia tak mahu balik. Kami bawa dia tidur di sana, namun ada orang kampung yang pandai datang cuba merawatnya. Keesokan harinya kami bawak balik opah. Bermulalah episod di mana aku diganggu, tapi tidak ketertaluan.

Setiap malam apabila tidur akan ada bunyi pasir ditaburkan di atas bumbung. Pada awalnya aku buat biasa, anggap tak ada apa-apa kerana aku tidak syak apa-apa pun. Namun perasaan takut tu tetap ada. Sehinggalah jiran aku datang ke rumah keesokannya harinya. Katanya dia ternampak hantu raya di atas bumbung. Apa lagi, memang terkejutlah.

Hari-hari di rumah aku terdengar bunyi hilaian pontianak yang bergema apabila tiba pukul 1 pagi. Kalau ingat-ingat balik, memang seram! Sepertimana aku nyatakan, opahku OKU pendengaran, maka dia selamba keluar pukul 2 pagi, kadang-kadang 3 pagi.Tapi aku tak tahu ke mana dia pergi.

kisah opah tidak terhenti di situ apabila ada kaum keluarga yang menyatakan ada saka belaan pada opah. Aku macam tak percaya. Opahku ini orangnya setiap hari solat tak tinggal, bahkan mengaji al Quran. Rupa-rupanya sedara menyatakan ia adalah saka dari datuk moyang atau dikenali sebagai khadam.

Sebelum ini kaum adik-beradik opah menyatakan mereka telah membuang benda berkenaan. Tapi persoalannya, bagaimana boleh ada pada opah? Nauzubillah… aku tidak tahu menahu dari mana. Hanya mereka yang terlibat yang mengetahui benda yang sebenar.

Sejak mengetahui benda berkenaan maka bertambah parah opah membuat perangai. Keluar malam pun kerap. Pernah sekali aku teman opah tidur atas katil bersama adik. Tiba-tiba opah tanya aku, “kenapa ada ramai orang tengok kita tidur? Semua lelaki.”

Aku pun apa lagi… terkejut bercampur seram! Waktu tu hampir pukul 12 tengah malam. Aku cepat-cepat tarik tangan opah, ajak tidur di hall. Tak boleh tidur aku dibuatnya.

Sebenarnya banyak lagi cerita opah ingin aku ceritakan, namun masa tidak mengizinkan. Ada masa kalau korang suka akan aku ceritakan sambungannya. Jika tak suka akan kukubur cerita itu dalam hatiku.

Al-fatihah opah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

cucu opah
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

32 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *